Anak Tak Selesa Senak Dan Sakit Tapi Mak Ayah Tak Perasan Angin Pasang Boleh Undang Bahaya


Masalah angin pasang yang sering terjadi kepada anak kecil kita selalu dipandang ringan oleh masyarakat. Hakikatnya jika dibiarkan akan menjadi ketidakselesaan kepada kesihatan anak kecil kita.
Masyarakat kita umumnya menamakan penyakit Inguinal Hernia ini sebagai angin pasang. Ia berkait rapat dengan symptom yang ada dengan penyakit ini. Di dalam ilmu perubatan, penyakit ini di namakan penyakit inguinal hernia. Inguinal merujuk kepada kawasan ari ari pesakit dan hernia pula pada takrifannya bermaksud benjolan yang tidak normal yang muncul pada tempat atau kawasan yang tidak sepatutnya berlaku.

Menurut Dr Syariz Izry Sehat, Pakar Bedah Pediatrik, Hospital Pakar Annur Bangi sekitar 3% bayi yang di lahirkan akan mengalami penyakit yang dinamakan angin pasang atau inguinal hernia. Bayi lelaki mempunyai risiko lebih tinggi menghidap penyakit ini berbanding bayi perempuan. Peratusan ini meningkat sehingga 30% sekiranya bayi dilahirkan pramatang kerana proses tumbesaran di dalam badan bayi belum sempurna.
Benjolan yang timbul di kawasan ari ari sebenarnya disebabkan oleh salur ‘processus vaginalis’ yang tidak tertutup sempurna. Salur ‘processus vaginalis’ ini berfungsi sebagai pemandu arah untuk buah zakar turun dari kawasan abdomen ke kantung zakar.

Proses ini sepatutnya selesai dengan sempurna ketika kandungan mencecah umur 30 hingga 32 minggu. Walau bagaimanapun, kadangkala proses tersebut tidak berlaku seperti yang di inginkan. Ini akan menyebabkan salur ‘processus vaginalis’ kekal sebagai satu saluran yang menghubungkan kawasan inguinal ke abdomen.
Saluran yang kekal ini membolehkan organ atau sebahagian usus turun ke kawasan ari ari, dan sekiranya saluran tersebut besar, benjolan boleh dilihat di kawasan ari ari sehingga ke kantung zakar. Untuk bayi dan anak perempuan, benjolan tersebut boleh dilihat di tepi bibir faraj.

Perlu juga saya tekankan di sini bahawa punca penyakit angin pasang yang berlaku di kalangan anak anak dan orang dewasa adalah berbeza. Untuk orang dewasa, sebahagian besar kes inguinal hernia adalah disebabkan oleh keadaan otot di kawasan inguinal yang sudah lemah. Justeru, pembedahan hernia untuk orang dewasa menjurus kepada menguatkan otot di kawasan tersebut
Simptom Penyakit Angin Pasang
Simptom awal adalah wujudnya benjolan sekitar kawasan ari ari. Benjolan ini boleh membuat rasa tidak selesa, senak dan sakit kepada anak anak dan boleh membawa mudarat. Benjolan yang terjadi sebenarnya berkemungkinan mengandungi sebahagian usus, omentum (lemak sekitar usus) atau ovari bagi anak anak perempuan.

Sekiranya dibiarkan tanpa apa apa intervensi, kandungan hernia tersebut boleh tersumbat dan di manifestasikan dengan perut anak yang semakin kembung, sakit, diikuti dengan muntah dan dehidrasi. Cerutan yang berterusan kepada bahagian usus, omentum atau ovari akan mengganggu saliran darah yang sepatutnya diterima dan boleh menyebabkan bahagian terbabit mengalami necrosis (mati).

Sekiranya ibu bapa mempunyai kemusykilan tentang simptom yang di hidapi oleh anak anak, langkah terbaik adalah membawa anak anak berjumpa dengan pakar bedah pediatrik yang terdekat.
Bantulah anak anak anda kerana mereka mengalami kesakitan dan rasa tidak selesa kerana penyakit ini. Ketepikan rasa takut atau fobia anda kerana pakar bedah pediatrik adalah pakar yang cukup terlatih untuk kes kes sebegini.
The post Anak Tak Selesa, Senak Dan Sakit Tapi Mak Ayah Tak Perasan, Angin Pasang Boleh Undang Bahaya! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/anak-tak-selesa-senak-dan-sakit-tapi-mak-ayah-tak-perasan-angin-pasang-boleh-undang-bahaya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Asalnya Nak Bersuka Ria Tapi Taman Permainan Boleh Jadi Tempat Bahaya Untuk Anak

Asalnya Nak Bersuka Ria Tapi Taman Permainan Boleh Jadi Tempat Bahaya Untuk Anak

papar berkaitan - pada 9/9/2019 - jumlah : 371 hits
Taman permainan merupakan satu keseronokan untuk kanak kanak tapi bukan kepada ibu bapa kerana menurut mereka taman permainan boleh mengundang bahaya Penting untuk ibu bapa memastikan peralatan dan permukaan yang tidak sesuai serta perlakua...
Baguslah Kalau Anak Tak Mintak Tengok Tv Atau Mengadap Hp Antara Sebab Kenapa Mak Ayah Perlu Beli Mainan

Baguslah Kalau Anak Tak Mintak Tengok Tv Atau Mengadap Hp Antara Sebab Kenapa Mak Ayah Perlu Beli Mainan

papar berkaitan - pada 10/9/2019 - jumlah : 581 hits
Ada mak ayah yang tidak suka membelikan mainan buat anak anak mereka Alasannya kerana dianggap sebagai membazir dan menyemakkan rumah ketika anak anak bermain Mak ayah jangan sempitkan fikiran anak sepahkan mainan sekejap sahaja bila mereka...
Tular Seorang Ayah Bonceng Anak Sakit Dari Terengganu Pihak Ijn Tampil Perjelaskan

Tular Seorang Ayah Bonceng Anak Sakit Dari Terengganu Pihak Ijn Tampil Perjelaskan

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 331 hits
Baru baru ini tular di media sosial mengenai kisah seorang warga emas yang didakwa membawa anaknya dari IJN Kuala Lumpur ke Terengganu hanya dengan membonceng motosikal Kisah tersebut telah menyentuh hati ramai pihak terutamanya wargamaya y...
Kenapa Buat Macam Tu Ubah Cara Mak Ayah Tanya Soalan Pada Anak Lain Kesannya

Kenapa Buat Macam Tu Ubah Cara Mak Ayah Tanya Soalan Pada Anak Lain Kesannya

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 518 hits
Bukan hanya percakapan cara kita bertanya kepada anak anak juga memainkan peranan dalam membentuk peribadi anak anak kita Anak anak akan menjadi lebih takut untuk menjawab setiap pertanyaan bila mana diasak dengan soalan yang terlalu tegas ...
Tak Mudah Nak Didik Anak Baik Budi Pekerti Periksa Kpi Mak Ayah Perlu Buat Setiap Hari Awesome

Tak Mudah Nak Didik Anak Baik Budi Pekerti Periksa Kpi Mak Ayah Perlu Buat Setiap Hari Awesome

papar berkaitan - pada 3/9/2019 - jumlah : 580 hits
Bukan mudah hendak mendidik anak yang masih kecil untuk mengenal dunia Apa lagi mendidik anak dengan ilmu kebaikan agar mereka menjadi anak yang sentiasa baik pekertinya Bukan satu tugas yang mudah malah mendidik anak juga perlukan contoh y...
Marah Buat Anak Jadi Makin Keras Dan Degil Mak Ayah Perlu Tukar Nada Suara

Marah Buat Anak Jadi Makin Keras Dan Degil Mak Ayah Perlu Tukar Nada Suara

papar berkaitan - pada 7/9/2019 - jumlah : 453 hits
Zaman kini dan dahulu nyata berbeza cara kita mendidik anak anak Tanpa dunia digital dan moden seperti hari ini anak anak menjadi patuh dalam mendengar kata ibu bapa Berbeza pula pada masa kini di mana anak anak selalunya diarahkan dengan k...
Khatan Bayi Baru Lahir Cepat Sembuh Mudah Jaga Mak Ayah Jangan Tunggu Anak Dah Sekolah

Khatan Bayi Baru Lahir Cepat Sembuh Mudah Jaga Mak Ayah Jangan Tunggu Anak Dah Sekolah

papar berkaitan - pada 2/9/2019 - jumlah : 751 hits
Mengkhatankan anak pada usia masih bayi banyak kelebihannya Lebih lebih lagi pada usia 7 hari selepas dilahirkan Selain sunah prosesnya lebih mudah dan cepat sembuh Perkongsian bapa ini boleh dijadikan panduan Mohd Yazid Ismail berkongsi pe...
Buanglah Ego Mak Ayah Jangan Sampai Anak Tertidur Dengan Linangan Air Mata

Buanglah Ego Mak Ayah Jangan Sampai Anak Tertidur Dengan Linangan Air Mata

papar berkaitan - pada 3/9/2019 - jumlah : 493 hits
Egonya kita dengan anak Sebelum kita keluar ke pejabat kita membebel pada anak kerana lambat bersiap Sampai di sekolah anak maklumkan ada surat yang dia lupa berikan semalam Lagi sekali anak dileteri Anak salam dan masuk ke kelas dengan kea...
Dah Jadi Mak Ayah Budak Tapi Takda Akal Netizen Berang Individu Tak Sensitif Tinggal Pampers Atas Pinggan Kenduri

Dah Jadi Mak Ayah Budak Tapi Takda Akal Netizen Berang Individu Tak Sensitif Tinggal Pampers Atas Pinggan Kenduri

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 622 hits
Majlis perkahwinan diadakan adalah untuk meraikan dan juga memperkenalkan pasangan pengantin baru kepada komuniti setempat Tetamu yang datang akan diraikan dengan menghidangkan pelbagai aneka makanan oleh pihak tuan rumah Kenduri yang diada...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Lirik Lagu Kupupu Dani Kurama

Filem Strike Silat Cult Master

Radja Apa Sih Chord

Zikir Inna Fatahna Laka Fathan Mubina Tanda Kemenangan Islam

Funtasi Land Waktu Operasi Harga Tiket Aktiviti Menarik