Anak Nombor Dua Sering Dilabel Bermasalah Tapi Perkongsian Ibu Ini Ubah Persepsi Pasal Mereka


Anak nombor dua memang sering dipandang bermasalah, banyak karenah dan mempunyai personaliti yang agak berbeza daripada anak-anak yang lain. Namun sebagai ibu bapa jangan pernah memandang mereka dengan pandangan yang lain kerana setiap anak-anak mempunyai keistimewaan dan kelebihan masing-masing.
Dalam perkongsian daripada Nur Haslaily mengenai anak keduanya, dia sendiri tidak menyangka akan ketulusan hati anaknya itu mendoakan hanya yang baik-baik untuk keluarga mereka. Siapa sangka anak yang banyak ragamnya itu doanya akan diangkat oleh Allah kerana kita semua tiada bezanya dimata Sang Pencipta.

“Anak nombor 2 ye?”
“Anak nombor 2 memang macam tu…”
Itu ayat biasa yang ibu selalu dengar.
Kebanyakan orang suka labelkan anak kedua ini lain daripada anak-anak yang lain. Pelik, unik atau aneh
Malam ni, Allah izinkan ibu melihat anak kedua ibu ini dengan pandangan berbeza.
Usai solat Maghrib, ibu minta angah bacakan doa.
“Baca slow-slow boleh ke ibu?”
Dia cuba mengelak. Seperti kebiasaannya.
“Bacalah kuat-kuat angah. Ibu nak aminkan. Angah nak minta apa? Along dengan adik pun nak aminkan. Malaikat pun nak aminkan.”
“Ala, tak pandai. Malu,” sambil dia tersipu-sipu.
“Doalah angah kan nak lego,” along pula menyampuk.
“Bacalah ngah. Bahasa Melayu pun tak apa. Angah anak syurga. Doa angah makbul, Insya Allah.” Ibu pujuk lagi.
Dia tarik nafas dalam-dalam sambil menadah tangan.
“Ya Allah tambahkanlah ilmu kami.”
“Ya Allah tambahkanlah rezeki kami.”
“Amin. Amin.” Ibu sambut.
“Ya Allah, bagilah abang aku dapat A dalam semua subjek dia. Janganlah ada B dan C.”
“Ya Allah, bagilah abang aku dapat nombor 1 dalam peperiksaan-peperiksaan dia.”
“Ya Allah, jadikanlah adik Mu’az ni baik dan bijak.”
Kuat dan jelas. Ibu aminkan satu demi satu doanya. Waktu itu mata ibu dah jadi seperti air terjun. Tak mampu ditahan-tahan.
Dalam kepala ini automatik terbayang drama dalam TV yang pernah ditonton beberapa tahun dulu. Kisah abang yang hebat, kaya dan berjaya tinggal di kota raya. Adiknya OKU, buta huruf yang tinggal di kampung. Abangnya bila berjaya pandang rendah kepada adiknya yang dilihat serba sederhana. Katanya doanya sentiasa Allah makbulkan. Berbeza dengan adiknya berdoa pun perlu baca pada kertas. Ditakdirkan Allah, adiknya kembali ke Rahmatullah. Ketika abangnya mengemas rumah selepas kematian adiknya, Allah temukan dengan kertas yang terselit di songkok arwah. Teresak-esak abangnya membaca kertas itu. Rupanya doa adiknya. “Ya Allah makbulkanlah segala doa abangku….. ”
Angah Mus’ab masih khusyuk dalam doanya.
“Ya Allah banyakanlah rezeki ayahku dan ibuku.”
“Ya Allah mudahkanlah kerja ayahku.”
“Amin Ya Robbal Alamin.”
Terus dipeluk ciumnya ibu.
Pelik agaknya melihat airmata ibu yang masih lebat menitis-nitis laju.
“Terima kasih angah doakan kami. Nanti angah doa untuk diri angah juga ye.”
Hari ini Allah didik ibu. Pandanglah anak-anak dengan kelebihan dan kekurangan masing-masing.
Tanpa label.
Tanpa persepsi.
Tanpa sangsi.
Kata ulama,
“Segemuk-gemuk ikan pasti ada tulangnya.
Sekurus-kurus ikan pasti ada isinya.
Begitulah juga kita manusia.
Sebaik-baik manusia pasti ada kekurangannya.
Seburuk-buruk manusia pasti ada kebaikannya.”
Kita tak tahu doa ikhlas siapa yang Allah pandang.
Barangkali doa anak kecil yang kita selalu rasa banyak ragamnya. Mungkin juga doa anak yang kita rasa banyak menduga. Ataukah doa anak yang kita rasa biasa-biasa sahaja pencapaiannya. Boleh jadi doa tulus suci anak yang kita selalu marah-marah.
“Ya Allah ampunilah kami. Kami ini ibubapa yang serba kekurangan, yang banyak silap dalam mendidik anak-anak. Tapi mereka ada Engkau, Allah yang Maha Penyayang. Dengan rahmat dan kasih sayangMu, sayangi anak-anak Syurga kami semuanya selama-lamanya…”
Nur Haslaily 
Ibu yang sentiasa menumpang doa anak-anak

Semoga perkongsian ini akan memberi manfaat kepada setiap ibu bapa dalam membesarkan anak-anak. Memang setiap anak itu berbeza perwatakan dan perangai tapi siapa tahu yang banyak ragam dan yang sering buat perangai itulah yang akan menjaga kita bila tua kelak. Doa yang baik-baik untuk semua anak-anak kerana doa seorang ibu itu tidak berhijab.
Sumber/gambar: Nur Haslaily
 
The post Anak Nombor Dua Sering Dilabel Bermasalah, Tapi Perkongsian Ibu Ini Ubah Persepsi Pasal Mereka appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/anak-nombor-dua-sering-dilabel-bermasalah-tapi-perkongsian-ibu-ini-ubah-persepsi-pasal-mereka/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kita Tak Sempurna Tapi Didiklah Anak Ikut Cara Islam Sejuk Perut Ibu Mengandung

Kita Tak Sempurna Tapi Didiklah Anak Ikut Cara Islam Sejuk Perut Ibu Mengandung

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 429 hits
Islam merupakan agama yang lengkap dan sempurna Kesempurnaan Islam terserlah dalam semua aspek kehidupan manusia termasuklah pendidikan Menurut perspektif Islam pendidikan kanak kanak ialah proses mendidik mengasuh dan melatih rohani dan ja...
Ibu Jangan Dengki Kalau Anak Minta Ayahnya Suap Itu Bonding Terbaik Mereka

Ibu Jangan Dengki Kalau Anak Minta Ayahnya Suap Itu Bonding Terbaik Mereka

papar berkaitan - pada 21/9/2019 - jumlah : 394 hits
Ayah adalah orang yang paling sibuk dalam keluarga Dia akan keluar awal pagi dan pulang lewat Semuanya demi keluarga Jika ada satu masa jika anda mahu rapatkan ukhwah dengan ayah adalah ketika waktu makan Dengan menyuap makan kepada anak me...
Anak Melampiaskan Nafsu Syahwat Pada Ibu Kandung Berhubungan Badan Di Depan Mayat Yang Mereka Bunuh

Anak Melampiaskan Nafsu Syahwat Pada Ibu Kandung Berhubungan Badan Di Depan Mayat Yang Mereka Bunuh

papar berkaitan - pada 26/9/2019 - jumlah : 721 hits
Kapolres Sukabumi AKBP Nasriadi mengatakan pihaknya berhasil mengungkap penyebab kematian NP gadis cilik yang ditemukan tewas di Sungai Cimandiri Desa Wangunreja Kecamatan Nyalindung Kabupaten Sukabumi Nasriadi mengatakan korban dibunuh ole...
Ibu Bukan Malaikat Ada Juga Perasaan Untuk Marahkan Anak Tapi Ada Batasnya

Ibu Bukan Malaikat Ada Juga Perasaan Untuk Marahkan Anak Tapi Ada Batasnya

papar berkaitan - pada 9/9/2019 - jumlah : 425 hits
Setiap orang ada cara yang tersendiri dalam mendidik anak anak Malah tidak akan ada sesiapa pun yang akan terlepas dengan perasaan geram dan amarah bila datang perangai anak anak Betul kan Sama juga dengan situasi Dr Halina Mohd Yunos di ma...
Nak Suruh Anak Belajar Mak Ayah Kenalah Teman Tak Peduli Buat Mereka Tak Ada Mood

Nak Suruh Anak Belajar Mak Ayah Kenalah Teman Tak Peduli Buat Mereka Tak Ada Mood

papar berkaitan - pada 10/9/2019 - jumlah : 393 hits
Kebanyakan ibu bapa dan guru yang selalu mengeluh kerana anak anak kecil sukar untuk memberi fokus kepada apa yang sedang dilakukan Daya fokus kanak kanak sebenarnya adalah agak singkat iaitu antara 10 hingga 15 minit sahaja Jadi sebagai ib...
Elak Jadi Hamba Anak Anak Didik Mereka Buat Kerja Rumah

Elak Jadi Hamba Anak Anak Didik Mereka Buat Kerja Rumah

papar berkaitan - pada 16/9/2019 - jumlah : 516 hits
Sebagai ibu dan ayah kepada anak anak semestinya kita memikul tanggungjawab untuk mendidik mereka terutamanya untuk menjadi manusia yang berguna Pelbagai cara yang boleh ibu ayah terapkan nilai murni untuk anak anak semasa mereka meningkat ...
Anak Tak Cukup Sebab Susu Puting Ibu Tenggelam Urut Cara Atasinya

Anak Tak Cukup Sebab Susu Puting Ibu Tenggelam Urut Cara Atasinya

papar berkaitan - pada 22/9/2019 - jumlah : 436 hits
Setiap ibu mahukan yang terbaik buat anak mereka Terutamanya dalam menyusukan anak Pelbagai rintangan yang perlu seorang ibu hadapi untuk menyusukan anak hingga usia dua tahun Salah satunya bila ibu perlu berdepan dengan masalah puting teng...
10 Mahakarya Paling Absurd Ciptaan Anak Bangsa Jangan Lihat Hasilnya Tapi Kreativitasnya

10 Mahakarya Paling Absurd Ciptaan Anak Bangsa Jangan Lihat Hasilnya Tapi Kreativitasnya

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 276 hits
Melihat ciptaan para cerdikiawan ini kamu akan dibuat kagum sekaligus geleng geleng kepala karena kocak D
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut