Gabungan Pas Umno Mampu Rampas Kedah


Mohd. Hafiz Abd. Mutalib
18 September 2019

NAWAWI AHMAD
DATUK Seri Mukhriz Mahathir (Parlimen Jerlun);Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena);Datuk Johari Abdul (Sungai Petani) dan Datuk Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu) antara nama-nama besar dari Pakatan Harapan (PH) dijangka tumbang dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) di Kedah jika berlaku pertembungan satu lawan satu dengan Barisan Nasional (BN)-Pas dalam pilihan raya tersebut.

Malah, jika dicampur undi BN dan Pas dalam keputusan pilihan raya lalu, sekurang-kurangnya lapan lagi Parlimen serta 32 buah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) mampu dirampas oleh gabungan tersebut dalam PRU-15.

Sebagai contoh, jika diambil kira dalam pilihan raya lalu, Mukhriz yang memperolehi keseluruhan 18,695 undi berjaya menewaskan calon BN, Datuk Othman Aziz dan Pas, Abdul Ghani Ahmad dengan majoriti 3,270 undi.

Namun jika dicampur undi Othman dan Abdul Ghani masing sebanyak 12,413 undi dan 12,829 undi, gabungan Pas-BN itu memperolehi sebanyak 25,242 undi sekali gus mampu menewaskan Muhkriz dengan majoriti 6,547 undi.

Itu hanya kiraan mudah apabila dicampur undi BN dan Pas dalam pilihan raya lalu. Tidak mengambil kira lagi sentimen rakyat yang mula menolak PH selepas kecewa dengan beberapa perkara khususnya kegagalan menunaikan janji dalam manisfesto mereka.

Begitu juga di kawasan lain, gabungan Pas dan UMNO boleh dikatakan mampu menyapu hampir keseluruhan kerusi DUN dan Parlimen di Kedah.

Dalam PRU-14, PH Kedah menang dengan 18 kerusi DUN, Pas mendapat 15 kerusi dan tiga kerusi dimenangi oleh BN daripada keseluruhan 36 kerusi.

Selepas itu, PH menambah satu lagi kerusi DUN menjadikan 19 kerusi, susulan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guar Chempedak daripada BN, Datuk Dr Ku Abd. Rahman Ku Ismail mengumumkan keluar parti dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Manakala bagi kerusi Parlimen, PH menguasai 10 kerusi, Pas (tiga) dan BN (dua) daripada keseluruhan 15 kerusi Parlimen di Kedah.

Ternyata gabungan Pas-UMNO di Kedah mampu menggoncangkan PH yang sudah pasti perlu mencari formula berkesan jika tidak mahu kehilangan Kedah dalam pilihan raya nanti.

Ketika ini, PH juga masih belum selesa apabila hanya mempunyai kelebihan dua kerusi di Kedah dan itu pun selepas seorang wakil rakyat BN mengambil keputusan melompat parti.

Dalam pada itu, Ketua UMNO Bahagian Langkawi, Datuk Ir. Nawawi Ahmad ketika berkongsi pandangan mengenai gabungan tersebut berkata, beliau percaya BN dan Pas mempunyai peluang besar untuk menang di Kedah dalam pilihan raya akan datang.

Katanya, sejak daripada dahulu lagi, UMNO dan Pas merupakan dua parti yang berpengaruh berbanding parti lain.

"Kita tewas dalam pilihan raya lalu disebabkan fitnah dan janji-janji manis yang dimainkan oleh PH. Saya percaya rakyat sudah mula sedar dengan perkara itu dan akan kembali memilih gabungan UMNO dan Pas ini. Sekurang-kurangnya saya percaya kita mampu menang 32 kerusi DUN dan 12 Parlimen dalam PRU-15," katanya

- UTUSAN ONLINE

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/09/gabungan-pas-umno-mampu-rampas-kedah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ph Tak Mampu Jadi Lebih Melayu Islam Dari Umno Pas

Ph Tak Mampu Jadi Lebih Melayu Islam Dari Umno Pas

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 350 hits
PAKATAN Harapan tidak akan mampu menjadi lebih Melayu daripada UMNO dan lebih Islam daripada PAS kata Presiden Ikatan Muslimin Malaysia Aminuddin Yahaya Ini katanya kerana dasar PH adalah meliberalkan dasar negara tidak kira dari segi agama...
Pru 15 Umno Pas Ragui Mampu Tawan Selangor

Pru 15 Umno Pas Ragui Mampu Tawan Selangor

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 309 hits
PRU 15 Umno Pas ragui mampu tawan SelangorOleh September 24 2019Pasca Muafakat Piagam Nasional Umno dan Pas masih meragui kerjasama mereka mampu menawan Selangor negeri termaju di Malaysia dalam pilihan raya umum ke 5 akan datang Keraguan m...
Penyatuan Ummah Umno Dan Pas Belum Tentu Mampu Tumbangkan Ph

Penyatuan Ummah Umno Dan Pas Belum Tentu Mampu Tumbangkan Ph

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 407 hits
Nampaknya suka benar UMNO dan Pas dengan penggabungan kedua dua parti yang dijalin secara rasmi melalui Piagam Muafakat Nasional Dengan ditandatangani oleh Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Pas Hadi Awang maka dengan ini sahlah ...
Siapa Calon Pm Gabungan Klepto Teokrasi Pas Umno

Siapa Calon Pm Gabungan Klepto Teokrasi Pas Umno

papar berkaitan - pada 16/9/2019 - jumlah : 314 hits
Pada 13 September 2019Siapa yang akan jadi Perdana Menteri jika gabungan klepto teokrasi PAS UMNO yang akan diputuskan esok menang Pilihan Raya Umum ke 15 pada 2023 Adakah Datuk Seri Najib Razak Yang kini berdepan 43 tuduhan rasuah dan dige...
Hpu149 Haron Din Pesan Umno Pas Perlu Bersatu Zahid Hamidi

Hpu149 Haron Din Pesan Umno Pas Perlu Bersatu Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 576 hits
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata ulama terkenal Haron Din pernah berpesan supaya parti itu bergabung dengan PAS Katanya seruan itu dibuat kerana PAS dan Umno mempunyai DNA perjuangan yang sama pada 1998 Malah pada tahun 1998 Almarhu...
Hpu914 Kerjasama Pas Umno Belum Bincang Bahagi Kerusi Tuan Guru Haji Hadi Awang

Hpu914 Kerjasama Pas Umno Belum Bincang Bahagi Kerusi Tuan Guru Haji Hadi Awang

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 480 hits
Kerjasama PAS dan Umno yang dimeterai hari ini belum beralih kepada perbincangan mengenai pembahagian kerusi pada pilihan raya umum ke 15 nanti Bercakap pada sidang media di akhir Himpunan Penyatuan Ummah hari ini Presiden PAS Abdul Hadi Aw...
Hpu914 Piagam Muafakat Garis 5 Teras Umno Pas Janji Citra Dan Tawaran Baru

Hpu914 Piagam Muafakat Garis 5 Teras Umno Pas Janji Citra Dan Tawaran Baru

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 632 hits
Piagam Muafakat Nasional antara Umno PAS yang dimeterai hari ini menggariskan 5 teras termasuk janji mahu mengusahakan secara kolektif satu citra dan tawaran baru untuk negara dalam meningkatkan tadbir urus yang baik Selain itu teras terseb...
Hpu914 Tuan Guru Haji Hadi Tolak Dakwaan Kerjasama Pas Umno Perkauman Jamin Bela Semua Kaum

Hpu914 Tuan Guru Haji Hadi Tolak Dakwaan Kerjasama Pas Umno Perkauman Jamin Bela Semua Kaum

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 535 hits
PAS menolak tuduhan kononnya kerjasama politik parti itu dengan Umno menjadikan pakatan yang terbentuk bersifat rasis dan menolak kaum lain Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata jika Umno dan PAS mengamalkan sikap perkauman maka kaum lain t...
Kit Siang Risau Perpaduan Umno Pas Buat Keadaan Negara Huru Hara

Kit Siang Risau Perpaduan Umno Pas Buat Keadaan Negara Huru Hara

papar berkaitan - pada 16/9/2019 - jumlah : 347 hits
Lim Kit Siang KUALA LUMPUR Seperti kebiasaannya Penasihat DAP Lim Kit Siang akan menuding jari terlebih dahulu kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam apa sahaja perkara yang berlaku termasuk perpaduan ummah antara UMN...
Rafizi Apa Guna Kekal Dalam Kabinet Jika Hilang Kebebasan Bersuara

Power Rate Exemptions For Low Usage Consumers

Upsi Oriental Daily 19 06 2025

Siti Nurhaliza Bisakah Chord

Loke Klia Aerotrain Delays Due To Safety Tests

Lirik Lagu Tunggu Aku Danial Ismail And Hyqal Haidy

Diam Bukan Lemah

Brownies Dan Creampuff Nuttella Ekin Yusof


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Iran President S Plane Lands In Oman Along With Three More

Breaking United States Just Bombed Iran

Mca Baffled By Pmx S Claim Of Rm20b National Debt Cut When It Has Surged 11 4 Under Madani Rule

Apa Benda Hibah Sebenarnya

Duit Selalu Sangat Takk Cukup Korang Mesti Reset Mindset Korang

Improvement Personality