Hpu914 Piagam Muafakat Garis 5 Teras Umno Pas Janji Citra Dan Tawaran Baru



Piagam Muafakat Nasional antara Umno-PAS yang dimeterai hari ini menggariskan 5 teras, termasuk janji mahu mengusahakan secara kolektif satu “citra dan tawaran baru untuk negara dalam meningkatkan tadbir urus yang baik.”Selain itu teras tersebut turut merangkumi janji mahu menawarkan pendekatan dasar pembangunan yang inklusif dan sejahtera serta pengagihan yang menyuburkan keadilan sosial merentasi batas warna kulit dan anutan
Dengan menggambarkan teras-teras itu sebagai “kewajipan”, 4 teras lain Piagam Muafakat Nasional adalah:menjunjung dan mempertahankan keluhuran Perlembagaan Persekutuan, yang menjamin pembentukan Negara, Islam sebagai agama persekutuan, kedaulatan raja-raja Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta kepentingan sah kaum-kaum lain, bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan serta menjamin kepentingan masyarakat majmuk terpeliharaMemperkukuhkan Muafakat Nasional melalui amalan musyawarah yang melibatkan pelbagai latar agama, kaum dan budaya demi kepentingan negaraMemperkasakan agenda Islam, Melayu dan Bumiputera secara tuntas dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan demi membangunkan watan yang sejahtera.Membentuk kerjasama dengan mengembangkan naratif (Islam dan bangsa Melayu) tanpa menafikan kepelbagaian agama, kaum dan budaya sebagai paksi kepada kestabilan politik, keharmonian kaum dan kesejahteraan negara.



Piagam dimeterai Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini, sekali gus menandakan usaha ke arah kerjasama kukuh antara kedua-dua parti yang bermusuhan lebih lima dekad selepas membentuk pakatan pada 1974 di bawah Barisan Nasional.

Seorang pemimpin PAS memberitahu piagam dimeterai Hadi dan Zahid hari ini dan ringkasan yang diedarkan kepada media itu muktamad.

“Mungkin draf yang versi Julai itu akan ada penambahbaikan. Selepas ini kedua-dua parti akan memperhalusi lagi piagam yang telah dimeterai,” katanya.

Semakan FMT mengesahkan kerjasama antara Umno dan PAS berbentuk persefahaman bersama dan merangkumi semua anggota komponen Barisan Nasional dan Gagasan Sejahtera, yang harus dibangun secara organik dan anjal.

Kerjasama bertunjangkan 4 prinsip iaitu “persetujuan untuk tidak bersaing antara satu sama lain”, “menyokong calon Umno dan PAS dan sekali gus BN dan GS (Gagasan Sejahtera) dalam semua pilihan raya,” dan “perkongsian sumber antara Umno dan PAS dan sekali gus BN dan GS”.

Dari segi struktur dan modus operandi, deraf memberitahu Majlis Tertinggi Umno dan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat merupakan badan pemutus dasar tertinggi dalam kerjasama itu.

Satu Sekretariat Bersama akan diwujudkan bagi menyelaras pentadbiran harian, mesyuarat dan pelaksanaan program, serta penyediaan kertas kerja.

Empat jawatankuasa penting sepatutnya ditubuhkan iaitu Jawatankuasa Perunding, Jawatankuasa Teknikal, Jawatankuasa Penyelaras Program dan Jawatankuasa Pelaksana Program.

Jawatankuasa Perunding akan dipengerusikan oleh timbalan presiden Umno dan PAS, yang akan mengesyorkan dasar dan memutuskan pelaksanaan gerak kerja dan aktiviti bersama. Ia juga akan membincangkan dan mengesyorkan cadangan berkaitan hal ehwal pilihan raya, yang tertakluk kepada keputusan presiden parti masing-masing.

“Jawatankuasa Perunding bolehlah membuat dan meminda dari semasa ke semasa peruntukan mengenai kuasa membuat pilihan, kaedah penyelesaian konflik, kaedah mengekalkan kepercayaan, perkongsian tanggungjawab, komunikasi yang baik dan terjamin, dan perkongsian sumber antara kedua-dua pihak,” katanya.


Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan ucapan.
Jawatankuasa Teknikal pula ditugaskan untuk menyediakan rangka kerja kerjasama, membincangkan pelaksanaan keputusan Jawatankuasa Perunding dan memutuskan pengagihan sumber untuk merealisasikan kerjasama kedua-dua pihak.

Jawatankuasa Penyelaras Program ditubuhkan di peringkat negeri, bagi memantau dan menyelaras pelaksanaan keputusan Jawatankuasa Perunding, manakala Jawatankuasa Pelaksanaa Program ditubuhkan di peringkat bahagian bagi melaksanakan keputusan Jawatankuasa Perunding.

Mereka dibenarkan untuk meneroka kerjasama untuk bertindak secara sinergi atas isu dan kes tempatan, dan melaksanakan program yang merapatkan hubungan antara ahli kedua-dua parti.

Selain itu, suatu Jawatankuasa Kerjasama juga akan dibentuk di peringkat wakil rakyat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

Terdahulu, Zahid ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Menandatangani Piagam menggariskan 6 hasrat utama Piagam Muafakat Nasional.

Perkara tersebut terdiri daripada akidah, keimanan dan keikhlasan, agenda besar, jaminan permuafakatan, elakkan pergeseran, tonggak kepimpinan serta kekal selama-lamanya.

Bercakap pada sidang media kemudian, Zahid berkata piagam yang dimeterai hari ini akan diperhalusi dan diperincikan lagi oleh jawatankuasa perunding dan teknikal.

“Insya-Allah, kepimpinan kedua-dua parti apabila tiba masanya kelak akan mengumumkan sesuatu bentuk yang secara rasmi sebagai sebuah harakah (gerakan) politik,” katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2019/09/hpu914-piagam-muafakat-garis-5-teras.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Pas Akhirnya Meterai Piagam Muafakat Nasional

Umno Pas Akhirnya Meterai Piagam Muafakat Nasional

papar berkaitan - pada 14/9/2019 - jumlah : 447 hits
Diterbitkan Hari ini 1 20 tengahariUmno dan PAS akhirnya memeterai piagam kerjasama yang dinamakan Piagam Muafakat Nasional di Himpunan Penyatuan Ummah di Pusat Dagangan Dunia Putran Kuala Lumpur hari ini Ia selepas presiden kedua dua parti...
Memorandum Persefahaman Piagam Muafakat Nasional Umno Pas Ditandatangani

Memorandum Persefahaman Piagam Muafakat Nasional Umno Pas Ditandatangani

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 406 hits
Hari ini Himpunan Penyatuan Ummah telah berlangsung di PWTC Kuala Lumpur dan telah dibanjiri ramai pengunjung dan penyokong UMNO dan PAS Perhimpunan pagi tadi juga telah berjaya menandatangani memorandum persefahaman Piagam Muafakat Nasiona...
Ribuan Banjiri Pwtc Mahu Saksikan Piagam Umno Pas

Ribuan Banjiri Pwtc Mahu Saksikan Piagam Umno Pas

papar berkaitan - pada 14/9/2019 - jumlah : 355 hits
Dikemaskini Hari ini 12 01 tengahariRibuan anggota PAS dan Umno berduyun duyun membanjiri bangunan PWTC hari ini untuk menyaksikan peristiwa bersejarah pemeteraian piagam kerjasama antara dua parti itu Bangunan PWTC sesak dengan kehadiran o...
Titisan Airmata Kesyukuran Di Saat Termeterai Piagam Umno Dan Pas Di Hpu 914

Titisan Airmata Kesyukuran Di Saat Termeterai Piagam Umno Dan Pas Di Hpu 914

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 539 hits
Firman Allah SWT dalam Al Quran Mafhumnya Hai orang orang yang beriman bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar benar takwa kepada Nya dan janganlah sekali kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam Dan berpeganglah kamu semu...
Piagam Pas Umno Takut Pada Mca Dan Mic Bukan Dgn Allah Swt

Piagam Pas Umno Takut Pada Mca Dan Mic Bukan Dgn Allah Swt

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 513 hits
PIAGAM PAS UMNO TAKUT DGN MCA MIC BUKAN DGN ALLAH Sebuah Piagam telah dihasilkan hasil penyatuan Ummah antara PAS dgn UMNO semalam di PWTC Terdapat banyak isi kandungan Piagam tersebut Malangnya tidak sedikit pun isi kandungan piagam terseb...
Apa Yang Dijangkakan Dari Sebuah Kerajaan Ph Dan Piagam Umno Pas

Apa Yang Dijangkakan Dari Sebuah Kerajaan Ph Dan Piagam Umno Pas

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 363 hits
Sebuah kerajaan lama dan sebuah kerajaan baru akan masuk ke era perbandingan Perubahan pendekatan dan perlaksanaan berbias kepada kroni masing Semua itu menjadi penilaian kepada rakyat dan menjadi bebanan dan tekanan kepada kerajaan terutam...
Piagam Muafakat Pas Buktikan Segala Pembohongan Mahfuz

Piagam Muafakat Pas Buktikan Segala Pembohongan Mahfuz

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 174 hits
Piagam Muafakat Pas buktikan segala pembohongan MahfuzOleh September 19 2019Pelbagai kritikan dilemparkan kepada Pas selepas menadatangani piagam kerjasama dengan Umno pada 14 September lalu Terbaharu Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk M...
Pas Tubuh Badan Khas Rangka Pelan Laksana Piagam Muafakat Nasional

Pas Tubuh Badan Khas Rangka Pelan Laksana Piagam Muafakat Nasional

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 201 hits
September 18 2019 3 44 PMPresiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PAS Abdul Hadi Awang menandatangani Piagam Muafakat Nasional pada Sabtu lalu PETALING JAYA PAS Pusat menubuhkan Jawatankuasa Khas Merangka Plan Tindakan dan road map mer...
Piagam Umno Pas Untungkan Pemimpin Sahaja

Piagam Umno Pas Untungkan Pemimpin Sahaja

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 259 hits
Piagam Umno Pas untungkan pemimpin sahajaOleh September 18 2019Piagam kerjasama Umno Pas yang ditandatangani hanya memberi keuntungan kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Honor Pad 9 Tablet Terbaik Untuk Berhibur Dan Kerja Mula Dijual Seluruh Negara Pada 28 Mac

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

8 Resepi Air Balang Viral Di Bazar Ramadhan

Diet If Yang Berkesan Menurut Pakar

Lirik Lagu Raya Mana Nabila Razali

Sesi Tukar Duit Raya Di Maybank



6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo

Biodata Abdul Qawiy Aro Qawiyaro Personaliti TikTok Islamik


Restoran Rebung 2 Di Putrajaya

Effective Email Marketing Strategies

Konsert Melly Friends Kuala Lumpur 2024

Terbukti Pasukan Terengganu Berkualiti

Asan Lembu The Movie

Flavour Mushroom Dadah Baru Kegilaan Remaja Ini Kesan Buruknya