Siapa Calon Pm Gabungan Klepto Teokrasi Pas Umno




Pada 13 September 2019
oleh Lim Kit Siang
(Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri, Lim Kit Siang di Gelang Patah pada Jumaat, 13 September 2019)
Siapa yang akan jadi Perdana Menteri jika gabungan klepto-teokrasi PAS-UMNO, yang akan diputuskan esok, menang Pilihan Raya Umum ke-15 pada 2023
Adakah Datuk Seri Najib Razak? Yang kini berdepan 43 tuduhan rasuah dan digelar sebagai kleptokrat global — sekaligus menyelematkan dirinya daripada dipenjara seumur hidup di penjara Sungai Buloh
Adakah rakyat Malaysia akan terpaksa sekali lagi menerima “Malu Apa Bossku” sebagai PM
Adakah PRU15 akan menyelamatkan Najib daripada skandal 1MDB, membuka jalan untuk Tan Sri Mohamad Apandi Ali kembali sebagai Peguam Negara untuk mempertahankan skandal 2MDB, 3MDB dan skandal-skandal seterusnya
Yang lebih “menarik”, adakah negara ini akan kembali dikawal oleh penjenayah dalam buruan yang kini cuba mengelak perbicaraan; Jho Low yang “pro-Melayu, pro-Islam”, yang mana akan membawa Malaysia ke arah kegemilangan – seorang Cina yang akan mengawal Malaysia menerusi proksinya “Malu Apa Bossku”
Pun begitu, “kemahsyuran” Najib bukan datang daripada “dalang 1MDB” itu sahaja. Malahan Najib juga bertanggungjawab terhadap pembohongan terbesar dalam sejarah Malaysia – kononnya DAP adalah anti-Melayu, anti-Islam dan anti-Malaysia, bahawa saya kononnya Syaitan Besar Malaysia
Satu lagi contoh ketoksikan Najibisme boleh dilihat dalam Perhimpunan Agung UMNO, sebelum dan selepas PRU14, termasuk tuduhan liar bahawa saya kononnya seorang komunis; boneka kuasa asing; kononnya saya menguasai Pakatan Harapan dan membuatkan pemimpin lain seperti Mahathir, Anwar Ibrahim, Wan Azizah, Muhyiddin Yassin dan Mohamad Sabu sebagai pak turut dan boneka saya; bahawa kononnya saya mahu jadi Perdana Menteri; bahawa kononnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengamalkan agenda Kristianisasi – dan terbaru, kononnya saya ingin merebut jawatan dalam Kabinet
Pada masa sama, saya dituduh oleh oportunis dan desperado dari MCA dan Gerakan kononnya saya kini menjadi “anjing suruhan” yang menjual hak, kepentingan dan masa depan orang Cina
Biar saya jelaskan secara tuntas bahawa dalam 53 tahun saya berkecimpung dalam politik Malaysia, saya tidak pernah sekalipun terfikir untuk jadi PM Malaysia
Mereka yang menyebarkan pembohongan bahawa DAP mempunyai agenda Kristianisasi adalah pihak tidak bertanggungjawab yang mahu melihat Malaysia gagal sebagai sebuah negara. Kepercayaan yang amat dangkal bagi mereka yang yakin bahawa DAP dan saya sendiri kononnya mahu menolak Islam sebagai agama rasmi dan digantikan dengan Kristian, sedangkan saya sendiri bukan penganut agama Kristian
Sekali lagi, ingin saya tegaskan bahawa sejak 53 tahun lalu, agenda kristian atau seumpamanya tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat DAP, sama ada di peringkat kebangsaan, negeri mahupun tempatan – termasuk dalam Kongres DAP Kebangsaan
Pendirian DAP terhadap Islam sebagai agama rasmi adalah jelas dan tuntas, kerana kami telah berulang kali menyatakan sokongan penuh terhadap peruntukan asas dalam perlembagaan tersebut
Ia adalah objektif utama dalam gabungan Pakatan Rakyat dahulu dan dalam kerajaan Pakatan Harapan hari ini
Atau adakah jawatan PM akan diberikan kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang membunuh Pakatan Rakyat dengan menolak pencalonan Presiden PKR ketika itu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, untuk jawatan Menteri Besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim pada Ogos 2014
Saya masih ingat ucapan saya pada forum PAS di Melaka, 19 tahun lalu pada Jun 2000, berikut beberapa soalan yang saya ajukan pada forum tersebut:Adakah PAS serasi dengan demokrasiAdakah PAS serasi dengan pluralismeAdakah PAS serasi dengan hak asasi manusiaAdakah PAS serasi dengan kepelbagaian budayaAdakah PAS serasi dengan hak-hak wanita, prinsip kesaksamaan untuk wanita termasuk peluang kepada wanita dalam pejabat awam dan kehidupan awamAdakah PAS serasi dengan pembangunan dan pemodenan
Pada awal pembentukan Pakatan Rakyat dari tahun 2008 hingga 2013, PAS berkempen atas platform “PAS for All”, membawa perjuangan gagasan politik Islam yang bersesuaian dengan enam objektif yang dibangkitkan saya pada 2000
Namun pada 2014, kepimpinan PAS di bawah pimpinan Hadi menentang pencalonan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor atas dasar bahawa beliau seorang wanita, sehingga mencetuskan perpecahan Pakatan Rakyat sebagai sebuah gabungan yang diasaskan pada 2008 dan terdiri daripada DAP, PKR dan PAS
Kini, kepimpinan PAS yang dikemudi Hadi menyokong tesis bahawa pemimpin beragama Islam yang korup lebih baik daripada pemimpin bukan beragama islam yang bersih, jujur dan tidak korup. Kepimpinan Hadi malah mengikut rentak pemimpin UMNO dengan menyebarkan pembohongan, fitnah, berita palsu dan ucapan kebencian yang melaga-lagakan kaum dengan kaum dan agama dengan agama. Akibatnya, kita kini dihidangkan dengan pembohongan “patuh syariah”, fitnah, berita palsu dan ucapan kebencian
Hadi mungkin sudah lupa bahawa beliau pernah secara terbuka mengaku bahawa DAP pernah mempertahankan PAS semasa kerajaan Kelantan jatuh ke tangan Barisan Nasional pada 1978, sehingga mencetuskan kekacauan di negeri tersebut
Barisan Nasional, yang bekerjasama dengan PAS ketika itu, tidak melakukan apa-apa untuk membantu PAS dan hanya DAP yang mempertahankan PAS
Atau adakah Presiden UMNO sekarang, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Raja Tuduhan Rasuah dengan 87 tuduhan jenayah, akan menjadi PM Malaysia jika gabungan klepto-teokrasi PAS-UMNO menang PRU15
Saya pernah nyatakan sebelum ini bahawa gabungan yang diputuskan esok itu adalah gabungan PAS-UMNO dan bukannya UMNO-PAS, kerana jelas PAS memainkan peranan “Abang Besar” dalam gabungan itu
Sejak beberapa bulan lalu, pemimpin UMNO lah yang banyak memuji pemimpin PAS dan bukan sebaliknya, kerana pemimpin UMNO berharap gabungan dengan PAS akan menyelematkan mereka
Sudah dua minggu berlalu, tetapi saya masih ternanti-nanti jawapan daripada Zahid tentang parti politik mana yang sebenarnya mengalami “kelemayuh politik” dan telah “ditendang keluar dari tampuk kuasa dalam PRU14 pada 9 Mei 2018”, meskipun PM dan Presiden UMNO/BN malah semua kepimpinan Barisan Nasional menjangkakan bahawa mereka akan bukan sahaja mendapat semula mandat untuk mentadbir, tetapi memperolehi dua pertiga sokongan Parlimen
Lebih-lebih lagi, saya telah bertanya kepada Zahid mengapa beliau terpaksa bercuti daripada jawatan presiden UMNO pada 18 Disember 2018? Selepas beliau merujuk kepada keadaan memalukan yang sedang dihadapi UMNO dan dimalukan dan ditolak dalam mesyuarat yang dihadirinya
Jadi siapa calon PM gabungan klepto-teokrasi PAS-UMNO – Najib lagi atau Hadi atau Zahid? Atau mereka tidak berani untuk memperkatakan tentang perkara itu dan mahu terus memesongkan rakyat Malaysia? –



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/09/siapa-calon-pm-gabungan-klepto-teokrasi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Klepto Teokrasi Bunuh Diri Ph Bidas Pakatan Umno Pas

Klepto Teokrasi Bunuh Diri Ph Bidas Pakatan Umno Pas

papar berkaitan - pada 13/9/2019 - jumlah : 292 hits
Dengan kurang 24 jam sebelum Umno dan PAS memeterai piagam untuk penyatuan ummah pemimpin Pakatan Harapan menyuarakan pandangan mereka mengenai perkahwinan politik antara dua parti Melayu Islam terbesar di negara ini Lim Kit Siang tertanya ...
Gabungan Pas Umno Mampu Rampas Kedah

Gabungan Pas Umno Mampu Rampas Kedah

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 212 hits
18 September 2019NAWAWI AHMADDATUK Seri Mukhriz Mahathir Datuk Mahfuz Omar Datuk Johari Abdul dan Datuk Amiruddin Hamzah antara nama nama besar dari Pakatan Harapan dijangka tumbang dalam Pilihan Raya Umum Ke 15 di Kedah jika berlaku pertem...
Ukhwah Ummah Pas Umno Tak Letak Calon Di Tg Piai Izin Bersatu Lawan Kapiaq

Ukhwah Ummah Pas Umno Tak Letak Calon Di Tg Piai Izin Bersatu Lawan Kapiaq

papar berkaitan - pada 22/9/2019 - jumlah : 298 hits
Ini kalilah VMF Vote Muslim First Itupun kalau memang ikhlas ukhwah Islamiah jati diri tidak munafik dan lidah bercabang Cuba hadam Dakwah itu membina bukan menghina Dakwah itu mendidik bukan membidik Dakwah itu mengobati bukan melukai Dakw...
Tuduh Gabungan Umno Pas Sebagai Rasis Satu Tuduhan Jahat Tunggu 14 Sept Ini Dr Shamsul

Tuduh Gabungan Umno Pas Sebagai Rasis Satu Tuduhan Jahat Tunggu 14 Sept Ini Dr Shamsul

papar berkaitan - pada 3/9/2019 - jumlah : 246 hits
Ketua Penerangan UMNO Malaysia Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya gabungan UMNO dan PAS akan menjurus kepada perkauman dan rasis adalah satu tuduhan yang sangat jahat ...
Hpu914 Piagam Muafakat Garis 5 Teras Umno Pas Janji Citra Dan Tawaran Baru

Hpu914 Piagam Muafakat Garis 5 Teras Umno Pas Janji Citra Dan Tawaran Baru

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 465 hits
Piagam Muafakat Nasional antara Umno PAS yang dimeterai hari ini menggariskan 5 teras termasuk janji mahu mengusahakan secara kolektif satu citra dan tawaran baru untuk negara dalam meningkatkan tadbir urus yang baik Selain itu teras terseb...
Hpu149 Haron Din Pesan Umno Pas Perlu Bersatu Zahid Hamidi

Hpu149 Haron Din Pesan Umno Pas Perlu Bersatu Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 480 hits
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata ulama terkenal Haron Din pernah berpesan supaya parti itu bergabung dengan PAS Katanya seruan itu dibuat kerana PAS dan Umno mempunyai DNA perjuangan yang sama pada 1998 Malah pada tahun 1998 Almarhu...
Hpu914 Kerjasama Pas Umno Belum Bincang Bahagi Kerusi Tuan Guru Haji Hadi Awang

Hpu914 Kerjasama Pas Umno Belum Bincang Bahagi Kerusi Tuan Guru Haji Hadi Awang

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 371 hits
Kerjasama PAS dan Umno yang dimeterai hari ini belum beralih kepada perbincangan mengenai pembahagian kerusi pada pilihan raya umum ke 15 nanti Bercakap pada sidang media di akhir Himpunan Penyatuan Ummah hari ini Presiden PAS Abdul Hadi Aw...
Hpu914 Tuan Guru Haji Hadi Tolak Dakwaan Kerjasama Pas Umno Perkauman Jamin Bela Semua Kaum

Hpu914 Tuan Guru Haji Hadi Tolak Dakwaan Kerjasama Pas Umno Perkauman Jamin Bela Semua Kaum

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 436 hits
PAS menolak tuduhan kononnya kerjasama politik parti itu dengan Umno menjadikan pakatan yang terbentuk bersifat rasis dan menolak kaum lain Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata jika Umno dan PAS mengamalkan sikap perkauman maka kaum lain t...
How Harapan Is Reacting To Umno Pas Union

How Harapan Is Reacting To Umno Pas Union

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 239 hits
UPDATED 7 03PM Added comments from Khalid Samad Amirudin Shari and Ronnie Liu Pakatan Harapan s main external foes Umno and PAS have formally united today Here s what the ruling government s leaders are saying about what the alliance Pakata...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

My Duty Role As Src Director Only Existed In Name Shahrol Tells Court

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Taman Tema Genting Highland

Di Masjid Muhammadiyah Nurul Yakin Paus Quran Dan Sains By Dr Hm Raki

Tuah Adzmi Zack Zakwan Adikkk Muna Shahirah Wani Syaz Nurul Iman Ya Raya Chord

Neoclassical Apartments Interior Decor Inspirations



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Tadabbur Surah Surah Lazim Qarin Persiapan Mencari Lailatulqadar

Singo Pear Manfaat Pada Kesihatan Dan Petua Redakan Batuk

10 Malam Akhir Ramadan 2024 Kelebihan Tarikh Amalan Sunat

Cara Daftar Lalamove Online Driver Motor Dan Kereta

Hablun Minallah By Dr Hm Rakib S H M Ag Nurul Ikhlas Pekanbaru

Doa Agar Amalan Diiterima Allah Sepanjang Bulan Ramadan