Pru 15 Umno Pas Ragui Mampu Tawan Selangor



PRU 15: Umno, Pas ragui mampu tawan SelangorOleh: Redzuan RF8 MediaSeptember 24, 2019SharePasca Muafakat Piagam Nasional, Umno dan Pas masih meragui kerjasama mereka mampu menawan Selangor, negeri termaju di Malaysia dalam pilihan raya umum (PRU) ke 5 akan datang.Keraguan mereka berkisar kepada sokongan bukan Melayu dan Islam yang rendah sekitar 3% kepada kedua-dua parti di negeri itu dan tidak seimbang dengan populasi pengundi bukan Islam di negeri berkenaanMalah, kerjasama itu tidak banyak menarik sokongan pengundi Melayu, kata Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor Shafie Ngah.“Dari kajian awal kita, kita masih tak dapat sokongan bukan Melayu, (sokongan mereka) sedikit sahaja kepada gabungan penyatuan ummah.“Tidak lebih daripada 3% anjakan sokongan itu daripada bukan Melayu di Selangor,” katanya dipetik The Malaysian Insight.Oleh itu Pas Selangor berharap MCA, MIC, dan Dewan Himpunan Penyokong Pas akan membantu untuk menarik sokongan bukan Melayu lebih tinggi, katanya.Bekas Adun Bangi itu berkata orang Melayu di Selangor tidak menyokong sepenuhnya kerjasama itu kerana selesa dengan pentadbiran cemerlang Pakatan Harapan (PH) selama tiga penggal di situ.“Di Selangor ini kekuatan tiga penggal perintah kerajaan negeri dan dikenali dengan produk yang rakyat suka seperti bas percuma.“Bagi orang Melayu, mereka masih bergembira dengan PH hari ini. Walaupun digembar-gemburkan Melayu cenderung kepada perpaduan dan penyatuan ummah, tetapi keadaan berbeza di Selangor.“Pengundi Melayu masih berharap kepada PH untuk teruskan kesinambungan mereka di Selangor, itu menjadi cabaran getir untuk penyatuan ummah bertemu dengan PH di Selangor ini,” kata Shafie.Satu-satunya kawasan yang dikuasai Pas adalah kerusi DUN Sijangkang.Kerjasama Umno – Pas di atas kertas akan menambah jumlah kerusi kepada 11 DUN berdasarkan jumlah undi kedua-dua parti dalam PRU 14 lalu.Enam kerusi yang diidamkan itu adalah Sabak Bernam, Sungai Besar, Hulu Selangor, Kuala Selangor, Kapar dan Kuala Langat.Antara kerusi DUN yang dihajati Pas dan Umno pula adalah Sabak, Permatang, Bukit Melawati, Ijok, Jeram, Kuang, Sementa, Selat Klang, Morib, Tanjung Sepat, dan Dengkil.BN pada masa ini hanya menang satu kerusi Parlimen, iaitu Tanjung Karang, dan lima kerusi DUN – Sungai Air Tawar, Sungai Panjang, Hulu Bernam, Sungai Burong dan Semenyih.Bagaimanapun, dengan 11 kerusi DUN, Umno dan Pas masih bergelar pembangkang dan tidak menjadi kerajaan kerana PH masih mempunyai 45 kerusi.Bagaimanapun, Ketua Penerangan Umno Selangor Abdul Rahman Bakri berkata beliau secara peribadi berpendapat gabungan kedua-dua parti mampu menewaskan PH di Selangor.Katanya, perkara itu akan dapat dicapai dengan bantuan parti lain yang menyokong kerjasama itu dan dengan sokongan ahli akar umbi parti ke atas pembahagian kerusi.“Siapa pun calon daripada pusat esok, kalau ahli setia, insha-Allah Selangor kita dapat ambil balik.“Kita harap penyokong Cina, India, Orang Asli yang ada, kalau mereka mahu kembali dan sokong kita, tiada masalah untuk ambil balik semula Selangor,” katanya.Namun bagi parti kerajaan di Selangor, keghairahan itu tidak akan membuahkan hasil kerana melihat PAS dan Umno akan berdepan masalah dalam pengagihan kerusi.Bendahari Bersatu Selangor Mohd Shaid Rosli berpendapat, PAS dan Umno sukar untuk mengalah di kerusi yang ditandingi parti berkenaan yang berseteru selama ini.“Di Selangor memang akan ada kerusi mereka boleh menang, hanya soalnya sekarang siapa yang nak mengalah,” katanya.Shaid memberi contoh kerusi DUN Jeram yang dimenanginya dalam PRU14 dengan majoriti lebih 1,000 undi. Secara tradisi, BN akan bertembung di kerusi itu, katanya.“Ini kerusi BN dan Pas. PKR tak pernah tanding di Jeram hanya PAS dan Umno.“Jadi siapa nak ambil kerusi itu? Itu kena dijelaskan dulu sebelum nak cerita pasal tumbangkan PH dan sebagainya,” katanya.Malah akar umbi parti juga masih belum yakin dengan tekad dan ketelusan kerjasama PAS dan Umno kerana perkara itu masih belum terbukti dalam pentadbiran kerajaan.Oleh itu, PAS dan Umno perlu merombak barisan exco di empat negeri yang dimenangi mereka, iaitu di Pahang, Kelantan, Terengganu, dan Perlis untuk membentuk kerajaan campuran.“Itu yang meyakinkan penyokong akar umbi Umno dan PAS. Kita tengoklah siapa yang nak mengalah nanti.“Soal tawan kerusi atau tidak itu soal kedua, mereka kena berani isytihar mana kerusi PAS dan Umno, baru kita tahu sejauh mana mereka bertolak ansur. Nanti bergaduh berpecah,” kata Shaid lagi.Kerjasama PAS dan Umno diikat melalui Piagam Muafakat Nasional yang ditandangani kedua-dua presiden parti di Kuala Lumpur hujung minggu lalu.Perjanjian itu bagaimanapun tidak menyebut sebarang perjanjian mengenai agihan kerusi.Ia hanya menggariskan prinsip asas kerjasama, rasional, struktur dan modus operandi kerjasama dirangka menerusi jawatankuasa yang dibentuk dan peringkat nasional hingga akar umbi. – RF8 Media


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/09/pru-15-umno-pas-ragui-mampu-tawan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penyatuan Ummah Umno Dan Pas Belum Tentu Mampu Tumbangkan Ph

Penyatuan Ummah Umno Dan Pas Belum Tentu Mampu Tumbangkan Ph

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 369 hits
Nampaknya suka benar UMNO dan Pas dengan penggabungan kedua dua parti yang dijalin secara rasmi melalui Piagam Muafakat Nasional Dengan ditandatangani oleh Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Pas Hadi Awang maka dengan ini sahlah ...
Gabungan Pas Umno Mampu Rampas Kedah

Gabungan Pas Umno Mampu Rampas Kedah

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 258 hits
18 September 2019NAWAWI AHMADDATUK Seri Mukhriz Mahathir Datuk Mahfuz Omar Datuk Johari Abdul dan Datuk Amiruddin Hamzah antara nama nama besar dari Pakatan Harapan dijangka tumbang dalam Pilihan Raya Umum Ke 15 di Kedah jika berlaku pertem...
Ph Tak Mampu Jadi Lebih Melayu Islam Dari Umno Pas

Ph Tak Mampu Jadi Lebih Melayu Islam Dari Umno Pas

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 318 hits
PAKATAN Harapan tidak akan mampu menjadi lebih Melayu daripada UMNO dan lebih Islam daripada PAS kata Presiden Ikatan Muslimin Malaysia Aminuddin Yahaya Ini katanya kerana dasar PH adalah meliberalkan dasar negara tidak kira dari segi agama...
Hadi We Re Family Now Umno May Be Brought Into Pas Led Gov Ts

Hadi We Re Family Now Umno May Be Brought Into Pas Led Gov Ts

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 334 hits
Now that the political cooperation between Umno and PAS has been formalised PAS president Abdul Hadi Awang indicated that the Islamist party may bring Umno on board their Kelantan and Terengganu governments However Umno president Ahmad Zahi...
Umno Pas Ink Charter Formalising Political Alliance

Umno Pas Ink Charter Formalising Political Alliance

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 342 hits
With the signing of the Piagam Muafakat Nasional opposition parties Umno and PAS have now formally joined hands The five point charter was signed by Umno president Ahmad Zahid Hamidi and PAS president Abdul Hadi Awang in the this afternoon ...
Jika Umno Tidak Hilang Kuasa Belum Tentu Umno Pas Akan Bersatu Kata Anthony Loke

Jika Umno Tidak Hilang Kuasa Belum Tentu Umno Pas Akan Bersatu Kata Anthony Loke

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 333 hits
Jika UMNO tidak hilang kuasa belum tentu PAS dan UMNO akan bersatu dan penyatuan kerjasama politik antara parti ini juga hanya untuk memastikan kedua dua parti politik itu kekal releven kata Pengerusi DAP Negeri Sembilan Anthony Loke Siew F...
Zahid Pas Umno Alliance To Solve Society Woes Touted By Pas Leader Since 1998

Zahid Pas Umno Alliance To Solve Society Woes Touted By Pas Leader Since 1998

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 307 hits
A PAS leader suggested the alliance of the country s biggest Malay political parties long ago to solve the country s problem said Umno President Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi He said that former PAS spiritual adviser the late Datuk Haron Di...
Warganet Tempelak Hadi Konon Nik Aziz Setuju Taawun Pas Umno

Warganet Tempelak Hadi Konon Nik Aziz Setuju Taawun Pas Umno

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 315 hits
Warganet tempelak Hadi konon Nik Aziz setuju taawun Pas UmnoOleh September 15 2019Presiden PAS Abdul Hadi Awang mendakwa taawun siyasi antara Pas Umno telah persetujui bekas mursyidul am parti itu allahyarham Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat keti...
How Harapan Is Reacting To Umno Pas Union

How Harapan Is Reacting To Umno Pas Union

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 305 hits
UPDATED 7 03PM Added comments from Khalid Samad Amirudin Shari and Ronnie Liu Pakatan Harapan s main external foes Umno and PAS have formally united today Here s what the ruling government s leaders are saying about what the alliance Pakata...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Remaja Panjat Pagar Curi Tabung Surau

Pentingnya Memilih Kawan Yang Betul Untuk Masa Depan Yang Cemerlang

Dua Lagi Lelaki Serang Warga Singapura Guna Parang Diburu

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Celebrate Love At Pavilion Hotel Kuala Lumpur

Nasi Briyani Adabi