Hpu149 Haron Din Pesan Umno Pas Perlu Bersatu Zahid Hamidi



Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi berkata, ulama terkenal, Haron Din pernah berpesan supaya parti itu bergabung dengan PAS.Katanya, seruan itu dibuat kerana PAS dan Umno mempunyai DNA perjuangan yang sama pada 1998.

“Malah pada tahun 1998 Almarhum Haron Din yang ketika itu merupakan ketua penerangan PAS berpesan kepada saya supaya suatu waktu nanti Umno dan PAS harus bersatu dalam satu wadah perjuangan yang sama,” katanya ketika berucap pada Himpunan Penyatuan Ummah di PWTC di sini, hari ini.Zahid berkata, penyatuan Umno-PAS adalah bagi kelangsungan agenda lebih besar untuk ummah.


“Negara yang sebelum ini aman sejahtera, kini dirundung kegelisahan. Keperitan hidup mencengkam rakyat. Malaysia semakin tidak stabil. Apa yang dibina bertahun-tahun musnah dalam masa yang singkat,”katanya.Dalam ucapan Zahid juga berkata, Piagam Muafakat Nasional yang ditandatangani beliau dengan Presiden PAS Abdul Hadi Awang hari ini turut menggariskan 6 hasrat utama.


Menurutnya, permuafakatan antara 2 parti itu adalah berlandaskan akidah, keimanan dan keikhlasan sebagai paksi bagi memperkukuh kebersamaan mereka, dan bukan semata-mata agenda politik.
“Akidah Islam mengikat orang Islam dengan segala aturan hukum Islam. Sewajarnya penyatuan ummah ini berpandukan kepada akidah dan keikhlasan. Penyatuan Ummah merupakan fardu kifayah, mendukungnya adalah suatu tuntutan Islam.

“Selama ini orang bukan Islam membaca gelagat dan keperibadian orang Islam dalam merumuskan persepsi mengenai Islam. Sudah tentulah penyatuan ini akan mengembalikan semula teladan agung umat Islam kepada seluruh rakyat negara ini,” katanya.Beliau berkata, permuafakatan itu perlu dilihat sebagai penyelesaian terhadap permasalahan hari ini dalam usaha mewujudkan kedamaian, keharmonian dan pembelaan nasib rakyat.

“Gagasan Muafakat Nasional ini menawarkan pelbagai dasar alternatif, menzahirkan prinsip semak dan imbang, hala tuju yang lebih pragmatik, realistik dan mampan.“Muafakat ini adalah pilihan utama menggantikan pentadbiran ‘kakistokrasi’ yang mengakibatkan negara menjadi ‘failed state’,” katanya, yang jelas merujuk kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) pimpinan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, permuafakatan itu juga akan menjaga dan menjamin hak semua kaum dan bangsa.
“Sejarah membuktikan, selama memerintah, kita menjunjung Perlembagaan dan kontrak sosial yang dibentuk oleh pengasas kemerdekaan negara.

“Kita tidak pernah merampas hak sesiapa. Negara pasti aman sejahtera jika semua pihak mendokong keluhuran Perlembagaan dan menghormati kedaulatan undang-undang,” katanya.
Mengulas lanjut, Zahid berkata, demi kelangsungan kerjasama politik itu, pertelingkahan dalaman hendaklah dielakkan.

“Kita tidak harus bersaing sesama sendiri. Sejarah membuktikan, pergeseran seringkali berakhir dengan kemusnahan. Tragedi Andalusia, Istanbul dan hancurnya Empayar Melayu-Islam Melaka menceritakan segala-galanya.

Katanya, selama ini tonggak kepimpinan Melayu bersama-sama “rakan setia” dalam Barisan Nasional (BN) terbukti bertanggungjawab dan mampu menerajui masyarakat majmuk di Malaysia.


“Kecelaruan pentadbiran kerajaan sekarang adalah kerana ketiadaan tonggak kepemimpinan Melayu yang berani dan berwibawa.

Zahid berkata, Muafakat Nasional merupakan formula terbaik ke arah tawaran baru mewujudkan sebuah negara yang aman sejahtera untuk generasi akan datang.

“Muafakat ini untuk Melayu, muafakat ini untuk Cina, muafakat ini untuk India, muafakat ini tentunya juga untuk Iban, Kadazan, Dusun, Murut, Orang Asli dan pelbagai masyarakat pribumi,” katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2019/09/hpu149-haron-din-pesan-umno-pas-perlu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zahid Pas Umno Alliance To Solve Society Woes Touted By Pas Leader Since 1998

Zahid Pas Umno Alliance To Solve Society Woes Touted By Pas Leader Since 1998

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 354 hits
A PAS leader suggested the alliance of the country s biggest Malay political parties long ago to solve the country s problem said Umno President Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi He said that former PAS spiritual adviser the late Datuk Haron Di...
Jika Umno Tidak Hilang Kuasa Belum Tentu Umno Pas Akan Bersatu Kata Anthony Loke

Jika Umno Tidak Hilang Kuasa Belum Tentu Umno Pas Akan Bersatu Kata Anthony Loke

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 368 hits
Jika UMNO tidak hilang kuasa belum tentu PAS dan UMNO akan bersatu dan penyatuan kerjasama politik antara parti ini juga hanya untuk memastikan kedua dua parti politik itu kekal releven kata Pengerusi DAP Negeri Sembilan Anthony Loke Siew F...
Umno Pas Alliance For Benefit Of Najib Zahid And Their Supporters Veteran Newsman Says

Umno Pas Alliance For Benefit Of Najib Zahid And Their Supporters Veteran Newsman Says

papar berkaitan - pada 16/9/2019 - jumlah : 431 hits
A Kadir Jasin says PAS president Abdul Hadi Awang played third fiddle to Najib Razak and Ahmad Zahid Hamidi PETALING JAYA The historic charter signed by Umno and PAS to formalise their political cooperation was in fact for the benefit of Na...
Ukhwah Ummah Pas Umno Tak Letak Calon Di Tg Piai Izin Bersatu Lawan Kapiaq

Ukhwah Ummah Pas Umno Tak Letak Calon Di Tg Piai Izin Bersatu Lawan Kapiaq

papar berkaitan - pada 22/9/2019 - jumlah : 393 hits
Ini kalilah VMF Vote Muslim First Itupun kalau memang ikhlas ukhwah Islamiah jati diri tidak munafik dan lidah bercabang Cuba hadam Dakwah itu membina bukan menghina Dakwah itu mendidik bukan membidik Dakwah itu mengobati bukan melukai Dakw...
Akhirnya Umno Terjerat Oleh Pas

Akhirnya Umno Terjerat Oleh Pas

papar berkaitan - pada 14/9/2019 - jumlah : 329 hits
Oleh Mat Zahari AliDua bulan lalu hadi awang menyatakan beliau tak berselera dengan PH setelah DrM menjemput Pas sertai bersatu demi perpaduan ummah Nyata selera gairah hadi lebih kepada umno yang baru saja hilang kuasanya Sekali imbas diti...
Bersyukur Kerana Terbukti Dakwaan Kita Tepat Bila Pas Telah Bekerjasama Dengan Umno

Bersyukur Kerana Terbukti Dakwaan Kita Tepat Bila Pas Telah Bekerjasama Dengan Umno

papar berkaitan - pada 14/9/2019 - jumlah : 382 hits
Saya telah lama sebut sebelum PRU14 lagi bahawa Pas dan Umno pasti bergabung dan bekerjasama Waktu itu ramai walaun berkata bahkan pemimpin Pas berkata mustahil Pas dan Umno bekerjasama kerana berpuluh tahun Pas lawan Umno Keadilam baru saj...
Asal Usul Umno Dan Pas

Asal Usul Umno Dan Pas

papar berkaitan - pada 14/9/2019 - jumlah : 372 hits
Ada orang yang berkata pada tahun 1973 Umno dan PAS juga telah tidur satu bantal tetapi telah bercerai tidak lama selepas itu Memang betul ketika itu Umno dan PAS telah tidur satu bantal Tetapi mereka mimpi lain lain Kali ini Umno dan PAS t...
Sejarah Umno Pas

Sejarah Umno Pas

papar berkaitan - pada 14/9/2019 - jumlah : 642 hits
PETALING JAYA Umno dan PAS dua parti politik terbesar berteraskan Melayu Islam mempunyai sejarah panjang Kedua dua parti itu dalam bersaing untuk mencari tapak yang kukuh dalam hati pengundi terutamanya masyarakat Melayu Islam telah cuba da...
Sengaja Cederakan Kerabat Diraja Pahang Ditahan Atas Dakwaan Tikam Orang Awam

Saya Sakiti Semua Gosip Cinta Tersebar Minhyuk Monsta X Mohon Maaf Pada Peminat

Telefilem Joie De Vivre

Hari Penyu Sedunia Lima Fakta Menarik Mengenai Penyu

Teen Murder Suspect Preoccupied With Thoughts Of Younger Sibling Says Nancy

Kenaikan Gaji Penjawat Awam Fasa 2

Sharnaaz Ahmad Terima Ucapan Penuh Makna Daripada Noor Nabila Sempena Hari Bapa

Sst Expansion For Imported Food Aimed At High Income Earners Says Anwar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Doa Dan Solat Hajat Diminta Untuk Presiden Pas

Exploring The World S Quietest Place The Anechoic Chamber At Orfield Labs

Kenapa Thailand Dan Kemboja Berebut Kuil Preah Vihear Ini Jawapannya

Semakan Keputusan Permohonan Melalui Upuonline 2025

Resepi Daging Kaprau

Raised Beds Terkini Jun 2025