Kit Siang Risau Perpaduan Umno Pas Buat Keadaan Negara Huru Hara


Kasthuri Jeevendran Lim Kit Siang
KUALA LUMPUR – Seperti kebiasaannya, Penasihat DAP, Lim Kit Siang akan menuding jari terlebih dahulu kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam apa sahaja perkara yang berlaku termasuk perpaduan ummah antara UMNO-Pas yang termetrai semalam.

Kit Siang yang juga merupakan Ahli Parlimen Iskandar Putri mendakwa Najib yang juga merupakan Penasihat Barisan Nasional (BN) pastinya memberikan sokongan kepada perpaduan bagi memberikan laluan mudah kepadanya, apatah lagi ketika dirinya terpalit dengan label ‘kleptrokrasi’ pada masa ini.

Malah, Kit Siang juga menyamakan UMNO-Pas sebagai ‘kleptokrasi’ kerana perpaduan ummah ini sebenarnya lebih rela mendiamkan diri berhubung isu penyewelengan yang didakwa olehnya, sekali gus gagal menjadi sebuah kerajaan yang baik pada masa hadapan.

Kit Siang yang menulis dalam blognya pagi ini juga melahirkan rasa bimbang yang tidak berbelah bahagi dengan penyatuan dua parti gergasi Muslim dengan membayangkan keadaan huru hara bakal menimpa negara tidak lama lagi.

“Bayangkan apakah yang akan berlaku selepas ini? Politik toksik mengaitkan agama dan bangsa akan meningkat ke satu tahap yang tidak pernah langsung di lihat dalam dunia politik Malaysia.

“Bayangkan kumpulan ‘cybertroppers’ dengan media sosial akan mula dipenuhi dengan pelbagai dusta, kebencian, kepalsuan, menjatuhkan agama serta kepercayaan satu sama lain, peradaban tamadun dan sebagainya. Ini yang akan berlaku selepas ini,” katanya sebentar tadi.

Kit Siang juga menyalahkan dan membidas MIC dan MCA kerana memberikan restu perpaduan antara UMNO-Pas kerana padanya kedua-dua parti berasaskan kaum itu sebenarnya mempunyai ‘agenda’.

“Mengapa sebelum ini MCA beria-ia dan mengugut akan meninggalkan komponen BN seandainya Pas di terima masuk? Kini boleh berikan restu kepada kerajaan kleptokrasi seperti ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, Kit Siang yang juga bapa kepada Menteri Kewangan merangkap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng juga memberikan amaran kepada kerajaan PH tidak melakukan apa yang sedang dilakukan oleh UMNO-Pas.

Sebaliknya kata beliau, daripada cuba menentang pengundi menyokong kepimpinan Pas-UMNO, adalah jauh lebih baik supaya 5.5 juta pengundi pelbagai latar belakang itu supaya dimenangi hati mereka.

“Sebaliknya, PH perlu melaksanakan agenda ‘Malaysia Baharu’ dan memenangi hati 2.5 juta pengundi yang pernah menyokong UMNO dan dua juta pengundi yang menyokong Pas pada pilihan raya umum pada 9 Mei tahun lepas.

“Sekiranya kerajaan PH mampu melaksanakan ini dengan juga berpandukan dengan janji manifesto pada pilihan raya lepas, perikatan antara Pas-UMNO ini goyah dan putus sebelum PRU-15 kelak,” tegasnya. – MalaysiaGazette




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/09/kit-siang-risau-perpaduan-umno-pas-buat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ph Jangan Cuba Jadi Lebih Melayu Daripada Umno Lebih Islam Daripada Pas Kata Kit Siang

Ph Jangan Cuba Jadi Lebih Melayu Daripada Umno Lebih Islam Daripada Pas Kata Kit Siang

papar berkaitan - pada 16/9/2019 - jumlah : 412 hits
Lim Kit Siang hari ini mengingatkan pakatan kerajaan supaya tidak cuba menjadi lebih Melayu daripada Umno dan lebih Islam daripada PAS bagi menghadapi kerjasama rasmi 2 parti terbesar orang Melayu itu yang ditandatangani semalam Pemimpin ve...
Kit Siang No Need To Deregister Umno Party Will Eventually Self Destruct

Kit Siang No Need To Deregister Umno Party Will Eventually Self Destruct

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 230 hits
Umno is on the path to ruining itself courtesy of its collaboration with PAS DAP s Lim Kit Siang said today amid calls for the former ruling party s deregistration The veteran lawmaker added that the government need not step in to hasten Um...
Tergugatkah Negara Dengan Kerjasama Umno Pas Dr Zambry

Tergugatkah Negara Dengan Kerjasama Umno Pas Dr Zambry

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 273 hits
SEMAKIN banyak serangan yang dilakukan terhadap kerjasama UMNO dan PAS yang akan termeterai pada 14 9 2019 Semua kritikan dari kumpulan parti yang memerintah dan gerakan NGO tertentu serta penulis kolumnis di portal berita sosial media meng...
Demi Perpaduan Ummah Penyokong Pas Umno Putihkan Pwtc Hpu914 Haze Malaysia

Demi Perpaduan Ummah Penyokong Pas Umno Putihkan Pwtc Hpu914 Haze Malaysia

papar berkaitan - pada 14/9/2019 - jumlah : 727 hits
Ribuan penyokong PAS dan Umno mula memenuhi pekarangan Pusat Dagangan Dunia Putra bagi menyaksikan detik bersejarah menandatangani piagam kerjasama politik rasmi 2 parti politik itu Tinjauan mendapati ruang legar di seluruh bahagian dalam P...
Kerjasama Umno Pas Humban Negara Ke Jurang Perkauman Kerjasama Umno

Kerjasama Umno Pas Humban Negara Ke Jurang Perkauman Kerjasama Umno

papar berkaitan - pada 14/9/2019 - jumlah : 302 hits
Kerjasama Umno Pas humban negara ke jurang perkaumanOleh September 13 2019Kerjasama Umno Pas yang akan termeterai esok dijangka akan menekan suasana sosio politik Malaysia ke arah yang lebih parah Pemerhati politik berkata negara akan diher...
Kit Siang Tak Layak Cakap Mengenai Perpaduan

Kit Siang Tak Layak Cakap Mengenai Perpaduan

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 351 hits
Selama ini DAP selalu main isu perkauman Ismail Sabri Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob BANGI Lim Kit Siang tidak layak bercakap mengenai perpaduan kerana DAP sendiri mengamalkan perkauman walaupun selama ini menekankan aspe...
Hpu914 Kerjasama Pas Umno Belum Bincang Bahagi Kerusi Tuan Guru Haji Hadi Awang

Hpu914 Kerjasama Pas Umno Belum Bincang Bahagi Kerusi Tuan Guru Haji Hadi Awang

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 438 hits
Kerjasama PAS dan Umno yang dimeterai hari ini belum beralih kepada perbincangan mengenai pembahagian kerusi pada pilihan raya umum ke 15 nanti Bercakap pada sidang media di akhir Himpunan Penyatuan Ummah hari ini Presiden PAS Abdul Hadi Aw...
Hpu914 Piagam Muafakat Garis 5 Teras Umno Pas Janji Citra Dan Tawaran Baru

Hpu914 Piagam Muafakat Garis 5 Teras Umno Pas Janji Citra Dan Tawaran Baru

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 583 hits
Piagam Muafakat Nasional antara Umno PAS yang dimeterai hari ini menggariskan 5 teras termasuk janji mahu mengusahakan secara kolektif satu citra dan tawaran baru untuk negara dalam meningkatkan tadbir urus yang baik Selain itu teras terseb...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Damselfish Fish Facts Az Animals

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Terkini

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Akta Baru Ini Tak Sasar Mana Mana Kaum Dan Masih Dalam Peringkat Kajian Sebagai