Penyatuan Ummah Umno Dan Pas Belum Tentu Mampu Tumbangkan Ph





Nampaknya suka benar UMNO dan Pas dengan penggabungan kedua-dua parti yang dijalin secara rasmi melalui Piagam Muafakat Nasional.

Dengan ditandatangani oleh Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Pas, Hadi Awang, maka dengan ini sahlah sudah hubungan nikah dan kahwin kedua-dua parti itu.

Suka dan gembiranya UMNO dan Pas dengan kerjasama itu bukan setakat ada yang menitiskan airmata, bahkan sehingga merasakan kemenangan sudah pasti dalam genggaman pada PRU15 akan datang nanti.

Dalam beberapa kenyataan pemimpin  kedua-dua parti jelas mereka sangat yakin dapat menumbangkan PH dan seterusnya menjadi kerajaan selepas ini.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Khairuddin Aman Razali tidak berselindung menegaskan mereka mampu memenangi sekurang-kurangnya 125 kerusi Parlimen melalui kerjasama kedua-dua parti.

Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan berkata, kerjasama UMNO dan Pas  mampu menawan  lima negeri iaitu Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak dan Kedah, selain berupaya mengekalkan penguasaan di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perlis.

Ketua Wanita UMNO, Noraini Ahmad dengan gembira memberitahu, kerjasama kedua-dua parti Melayu itu secara jelas membuktikan PH hanya akan jadi kerajaan sepenggal saja.

Coretan-coretan di media sosial oleh penyokong UMNO dan Pas juga menggambarkan betapa yakinnya mereka dapat mengambil alih kuasa dan menumbangkan PH pada PRU15 nanti.

Benarkah begitu?

Secara kasarnya, walaupun kerjasama UMNO dan Pas dilihat bakal memberi ancaman serta gugatan kepada PH, hakikatnya ia belum tentu menjamin kemenangan dalam PRU akan datang.

Sebelum UMNO dan Pas bermimpi lebih jauh untuk menggapai kuasa dan berangan-angan bahawa Putrajaya dalam genggaman, renungkan perkara-perkara berikut ini terlebih dahulu.

Pertama, PH baru memerintah negara selama setahun empat bulan sejak menang PRU14 pada Mei 2018 dan mereka ada masa kira-kira tiga tahun lapan bulan lagi sebelum PRU15 yang sepatutnya diadakan pada tahun 2023.

Dalam tempoh tiga tahun lapan bulan lagi itu bermacam-macam perkara boleh dilakukan oleh PH untuk menarik kembali sokongan rakyat yang merosot berikutan banyak janji tidak ditunaikan, perangai menteri-menteri yang menyedihkan serta keadaan negara yang tidak banyak berubah.

Terutama jika janji-janji manifesto berkaitan pemansuhan tol, pinjaman PTPTN dan menghapuskan hutang tidak wajar peneroka Felda dapat dilaksanakan dan beberapa menteri yang ada masalah moral serta lebih mengutamakan China serta Hong Kong berbanding rakyat sendiri turut diketepikan, sokongan rakyat pasti dapat dikembalikan.

Kalau rakyat gembira dan puas hati dengan kerajaan serta janji-janji ditunaikan, malah PH sudah pasti tiada skandal seperti 1MDB, menukar kerajaan kepada UMNO dan Pas tentu bukan lagi pilihan bagi pengundi.

Kedua, berbeza dengan PH yang mempunyai agenda untuk memerangi rasuah, membanteras penyelewengan dan memulihkan negara, kerjasama UMNO dan Pas sebaliknya hanya bersandarkan mainan sentimen kaum dan agama semata-mata untuk mendapatkan sokongan rakyat.

Mampukah isu kaum dan agama menambat hati rakyat atau ia akan menjauhkan lagi pengundi, khususnya bukan Melayu daripada Pas dan UMNO?

Gabungan kerjasama UMNO dan Pas pasti tidak berani menawarkan agenda memerangi rasuah dalam perjuangan mereka, sedangkan ianya merupakan isu yang dekat dengan hati rakyat yang cintakan negara ini.

Dengan Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO,  Najib Razak selaku Pengerusi Lembaga Penasihat BN dan Tengku Adnan Tengku Mansor sebagai Setiausaha Agung BN sedang berdepan pertuduhan rasuah, pecah amanah dan penggubahan wang haram, UMNO dan Pas dijangka akan mengenepikan agenda memerangani rasuah dalam tawaran mereka kepada rakyat dalam PRU akan datang.

Kalau pun dijadikan tawaran, sudah tentu ia akan menjadi bahan ketawa rakyat kerana bagaimana orang yang sedang berdepan kes rasuah mahu berjuang memerangi rasuah.

Sebahagian rakyat juga mungkin melihat agenda kerjasama UMNO dan Pas ini tidak lebih hanya mahu membebaskan semua yang kena tuduh itu melalui kerajaan yang berpindah tangan.

Ketiga, siapa calon Perdana Menteri dalam gabungan UMNO dan Pas ini?

Adakah Zahid Hamidi? Adakah Najib Razak? Ataukah Hadi Awang?

Siapa yang bakal dinamakan sebagai calon Perdana Menteri akan menentukan sama ada rakyat akan memberi sokongan atau sebaliknya.

Yang pasti, jika Zahid Hamidi dan Najib dijadikan calon Perdana Menteri, rakyat tidaklah begitu bodoh untuk memilih pemimpin yang sudah ditumbangkan dan kini berdepan puluhan kes di mahkamah untuk menerajui semula negara ini.

Kalau Hadi Awang pula jadi pilihan, memang beliau tidak ada beban kes mahkamah atau cacat cela pertuduhan rasuah, tetapi adakah UMNO sedia memberikan jawatan Perdana Menteri kepada Presiden Pas itu.

Keempat, menjelang Mei 2020 atau lewat sedikit daripada itu, dijangka peralihan kuasa daripada Tun Mahathir Mohamad kepada Anwar Ibrahim akan berlaku sebagaimana yang telah dijanjikan.

Apabila Anwar menerajui negara, selain mungkin banyak idea-idea baru diperkenalkan, dasar mengenai Melayu, Bumiputera dan Islam dalam negara juga tidak mustahil berjaya ditambah-baik yang akhirnya akan menyebabkan kerjasama UMNO dan Pas tidak lagi menarik untuk menambat hati rakyat.

Gandingan UMNO dan Pas untuk menumbangkan PH lebih cerah jika janji peralihan kuasa tidak ditunaikan dan Anwar dikhianati oleh Tun Mahathir.

Kelima, UMNO akan mengadakan pemilihan parti pada tahun 2021 akan datang ini. Jika Zahid Hamidi disabitkan bersalah oleh mahkamah dan tidak boleh lagi mempertahankan jawatannya ketika itu, tidak ada jaminan kepimpinan UMNO yang baru  akan  meneruskan  kerjasama dengan Pas ini.

Berbeza dengan Pas yang hampir pasti Hadi Awang dan Tuan Ibrahim Tuan Man akan terus kekal menerajui parti itu, gelombang pemilihan UMNO sebaliknya sukar dijangka sejak mereka sudah ketiadaan kuasa ini.

Kalau Mohamad Hasan yang menjadi Presiden UMNO, barangkali boleh diyakini kerjasama akan diteruskan, tetapi bagaimana jika Hishammuddin Hussein atau Khairy Jamaluddin yang menjadi peneraju baru UMNO selepas pemilihan tahun 2021 nanti?

Apakah jaminan Hishammuddin atau KJ mahu terus bekerjasama dengan Pas?

Tidak cukup dengan itu, Hadi Awang sendiri pun barangkali tidak berminat lagi menjalin kerjasama dengan UMNO jika parti itu dipimpin oleh KJ misalnya yang boleh difahami bukan saja kedua-duanya berbeza dari segi usia, tetapi juga pemikiran dan pendekatan.

Dengan keadaan kerjasama belum tentu mampu bertahan sehingga PRU15 pada tahun 2023, bermakna hasrat gandingan UMNO dan Pas ingin menumbangkan PH bolehlah dikira tidak menentu juga.

Keenam, kerjasama UMNO dan Pas akan menjauhkan lagi sokongan pengundi bukan Melayu kepada kedua-dua parti itu serta menjadikan MCA dan MIC terus tidak mampu bernafas untuk memenangi sebarang kerusi.

Sokongan pengundi bukan Melayu dipercayai akan terus meningkat kepada DAP dan PKR di kawasan bandar dan separa bandar berikutan kerjasama UMNO dan Pas itu dilihat lebih cenderung mengakibatkan berkembangnya mainan politik kaum dan agama yang melampau serta menakutkan.

Dalam waktu yang sama, bergabungnya UMNO dan Pas juga akan menyebabkan harapan kedua-dua parti itu untuk memenangi lebih banyak kerusi di Sabah dan Sarawak turut makin menipis.

Tanpa sokongan bukan Melayu dan tidak berupaya mendapat banyak kerusi di Sabah dan Sarawak, bagaimanakah gabungan UMNO dan Pas ini mahu bermimpi mentadbir Malaysia?

Apakah dengan hanya sokongan pengundi Melayu saja, UMNO dan Pas mampu memperolehi kerusi yang mencukupi untuk menubuhkan kerajaan?

Atau kerjasama ini hanya akan menguntungkan Pas untuk terus mengekalkan kuasa di Kelantan dan Terengganu serta menambah penguasaan di Kedah kerana di negeri-negeri tersebut tidak ramai pengundi bukan Melayu?

Berdasarkan apa yang dibentangkan ini, meskipun berangan-angan dan bermimpi adalah percuma, UMNO dan Pas tidak harus terlalu awal terbuai dan syok sendiri seolah-olah Putrajaya sudah pasti dalam gapaian melalui kerjasama ini.

Jalan masih berliku, lurah dan lembah tidak menentu dan masa yang panjang menjelang ketibaan tahun 2023 macam-macam boleh berlaku. (Shahbudindotcom 15/09/2019)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/09/penyatuan-ummah-umno-dan-pas-belum.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hpu914 Umno Tidak Pernah Ajar Untuk Kurang Ajar Provokasi Ph Tak Mampu Gagalkan Penyatuan Ummah

Hpu914 Umno Tidak Pernah Ajar Untuk Kurang Ajar Provokasi Ph Tak Mampu Gagalkan Penyatuan Ummah

papar berkaitan - pada 14/9/2019 - jumlah : 509 hits
Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia Datuk Dr Noraini Ahmad berkata parti keramat ini tidak pernah mengajar ahlinya untuk bersikap kurang ajar Justeru itulah jelas beliau walaupun pelbagai tohmahan dilemparkan terhadap penyatuan ummah anta...
Kerjasama Pas Umno Bukan Penyatuan Tapi Pecahbelah Ummah

Kerjasama Pas Umno Bukan Penyatuan Tapi Pecahbelah Ummah

papar berkaitan - pada 14/9/2019 - jumlah : 366 hits
Kerjasama Pas Umno Bukan penyatuan tapi pecahbelah ummah Oleh September 14 Kerjasama atau taawun siyasi Pas Umno yang dimeterai hari ini hanya bertujuan untuk meraih imej politik kedua kedua parti pembangkang itu dan tiada kaitan dengan pen...
Jika Umno Tidak Hilang Kuasa Belum Tentu Umno Pas Akan Bersatu Kata Anthony Loke

Jika Umno Tidak Hilang Kuasa Belum Tentu Umno Pas Akan Bersatu Kata Anthony Loke

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 327 hits
Jika UMNO tidak hilang kuasa belum tentu PAS dan UMNO akan bersatu dan penyatuan kerjasama politik antara parti ini juga hanya untuk memastikan kedua dua parti politik itu kekal releven kata Pengerusi DAP Negeri Sembilan Anthony Loke Siew F...
Piagam Umno Pas Ph Takut Kekuatan Penyatuan Ummah

Piagam Umno Pas Ph Takut Kekuatan Penyatuan Ummah

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 308 hits
KERDAU 4 Sept Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyanggah pandangan pemimpin kerajaan Pakatan Harapan yang mengatakan piagam UMNO PAS tidak lebih semata mata kerana politik Bahkan bidas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO N...
Penyatuan Ummah Pas Umno Bahaya Amanah

Penyatuan Ummah Pas Umno Bahaya Amanah

papar berkaitan - pada 8/9/2019 - jumlah : 345 hits
Pengerusi AMANAH Negeri Selangor Ir Izham Hashim berucap pada Majlis Perasmian Konvensyen Wanita AMANAH Negeri Selangor Kali ke 3 bertemakan Wanita Arkitek Kepimpinan Malaysia Baharu di Bangi Golf Resort Bandar Baru Bangi Selangor foto NOOR...
Ego Pas Ego Umno Akan Hancurkan Penyatuan Ummah

Ego Pas Ego Umno Akan Hancurkan Penyatuan Ummah

papar berkaitan - pada 16/9/2019 - jumlah : 427 hits
Penyatuan Ummah antara PAS dan UMNO di ingatkan jangan lupa falsafah perjuangan dalam konteks kebersamaan supaya sejajar dengan piagam yang di meterai bersama Kedua kedua parti itu mempunyai rekod bermusuhan sepanjang zaman yang tidak dilup...
Ukhwah Ummah Pas Umno Tak Letak Calon Di Tg Piai Izin Bersatu Lawan Kapiaq

Ukhwah Ummah Pas Umno Tak Letak Calon Di Tg Piai Izin Bersatu Lawan Kapiaq

papar berkaitan - pada 22/9/2019 - jumlah : 333 hits
Ini kalilah VMF Vote Muslim First Itupun kalau memang ikhlas ukhwah Islamiah jati diri tidak munafik dan lidah bercabang Cuba hadam Dakwah itu membina bukan menghina Dakwah itu mendidik bukan membidik Dakwah itu mengobati bukan melukai Dakw...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut