Keedsflix Perkasa Pendidikan Islamik Berteraskan Digital Dengan Pembangunan Cawangan Dan Hq Baharu


Keedsflix Perkasa Pendidikan Islamik Berteraskan Digital Dengan Pembangunan Cawangan Dan HQ Baharu Keedsflix, sebuah organisasi pendidikan awal kanak-kanak yang semakin berkembang pesat, melancarkan HQ baharu di Puncak Alam sambil meraikan pencapaian besar besaran iaitu lebih daripada 300 cawangan Keedsflix di seluruh Malaysia.
Majlis ini dinamakan GLANCE (Grand Launching New HQ & 300 Centre Celebration) dan ini menandakan fasa pengukuhan jenama Keedsflix dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak berasaskan pendekatan holistik dan nilai Islamik.

Inspirasi Dari Kepimpinan & Komuniti Keedsflix
Majlis ini turut dijangka dihadiri oleh YBhg. Dato’ Sri Khairul Dzaimee Bin Daud, Ketua Pejabat Setiausaha KUSKOP, yang akan merasmikan acara ini. Kehadiran beliau mencerminkan komitmen kerajaan dalam memperkukuh pembangunan ekosistem pendidikan awal negara.
Turut memeriahkan majlis ialah Datuk Seri Dr. Zurainah Musa, tokoh disegani dalam bidang pembangunan wanita dan pendidikan. Sokongan beliau menjadi dorongan penting dalam memperkasa inisiatif pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia.

Majlis ini juga diserikan dengan kehadiran Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor, Founder Keedsflix, yang menjadi simbol aspirasi Keedsflix dalam membentuk generasi muda Islamik yang berdaya saing, berdisiplin serta memiliki cita-cita tinggi.
Seterusnya, majlis ini juga turut dihadiri Rakan Strategik (BYOND Group, Wrna Digital & KNKV Group), para pelabur dan wakil Keedspreneur yang sentiasa menyokong Keedsflix dari pelbagai aspek.
Sokongan padu ini menjadi bukti bahawa Keedsflix dibina oleh sebuah ekosistem kukuh yang berkongsi misi yang sama dalam memperkasa pendidikan awal Islamik di Malaysia.

“Pelancaran HQ baharu dan pencapaian 300 cawangan adalah bukti pertumbuhan jenama kami. 300 cawangan ini telah melahirkan sebanyak 8,550 pelajar, 810 tenaga pengajar dan sebanyak 300 usahawan yang menyumbang dalam pertumbuhan negara Malaysia. Semua kejayaan ini tidak akan tercapai tanpa sokongan rakan strategik, Keedspreneur, guru-guru dan komuniti ibu bapa di seluruh negara,” ujar pihak Pengasas Keedsflix.
Majlis ini berlangsung di Ibu Pejabat Baharu Keedsflix itu turut menjadi saksi kepada pelancaran rasmi HQ baharu, yang dibina menjadi simbolik bagi fasa pertumbuhan seterusnya, untuk menampung skala operasi dengan kemudahan HQ yang lengkap untuk latihan guru, sistem digital dan sokongan penuh kepada lebih ramai pengusaha pendidikan melalui latihan dan modul standard dari HQ.

Beberapa inisiatif baharu & utama yang diumumkan di dalam G.L.A.N.C.E termasuklah:
1. Pemerkasaan Modul Keeds Mandarin
Modul Keeds Mandarin akan diperkasakan dan dikuatkuasakan sepenuhnya mulai 1 Januari 2026 di semua cawangan Keedsflix. Modul ini memperkenalkan asas Bahasa Mandarin kepada anak-anak prasekolah Keedsflix.
Dengan penambahan penguasaan bahasa ketiga, anak-anak Keedsflix kini berada selangkah ke hadapan, lebih berkeyakinan dan bersedia bersaing dalam dunia global sejak usia awal. Lebih menarik, modul ini diajar oleh Guru Melayu Keesdflix terlatih.
Setiap guru diwajibkan menjalani latihan intensif selama 3 bulan serta ujian kelayakan sebelum dibenarkan mengajar di cawangan. Ini memastikan penyampaian pembelajaran yang konsisten, berkualiti dan bersesuaian dengan nilai serta budaya anak-anak Muslim.

2. Perasmian Portal Digital e-KQA (Keedsflix Quranic Academy)
Portal Digital e-KQA menyediakan video pembelajaran Al-Quran yang dibangunkan sepenuhnya berasaskan Modul Keeds Quranic. Pendekatan yang sistematik dan menyeronokkan ini membantu ramai anak Keedsflix menghabiskan bacaan Al-Quran seawal usia 6 tahun, selari dengan keupayaan perkembangan mereka.
E-KQA menjadi sokongan penting kepada pembelajaran di pusat, dengan kandungan digital yang mendekatkan anak dengan Al-Quran melalui pendekatan yang lebih seronok dan mudah diikuti pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
3. Pelancaran Siri Animasi Keedsflix
Siri Animasi Pendidikan Keedsflix bakal memperkenalkan watak Islamik Aisyah dan Noah yang membawa nilai murni serta elemen pembelajaran interaktif terus ke rumah melalui platform digital utama.
Kandungan ini menggabungkan visual yang menarik & audio mesra kanak-kanak, bagi membantu anak belajar dengan seronok, beradab dan celik agama sejak kecil.
Siri animasi ini diwujudkan sebagai solusi ‘screen time’ yang bermanfaat, memastikan setiap tontonan bukan sekadar hiburan, tetapi pengalaman pembelajaran Islamik yang membentuk akhlak dan karakter anak-anak masa depan.

4. Pelancaran Projek Usahasama USM-Keedsflix
Keedsflix kini bekerjasama dengan Universiti Sains Malaysia (USM) dan SmartSens.Q untuk membangunkan satu projek perintis yang menggabungkan teknologi, penyelidikan dan pendidikan Islamik.
Fokus utama projek ini ialah membantu kanak-kanak Autism Spectrum Disorder (ASD) belajar Al-Quran dengan lebih mudah melalui pendekatan multisensori, iaitu gabungan visual, bunyi dan sentuhan.
Modul Keeds Quranic dijadikan asas intervensi, disokong dengan alat bantu mengajar khas yang direka mengikut cara pembelajaran anak-anak ASD.
Usaha ini membuktikan bahawa modul Keeds Quranic inklusif, fleksibel dan mampu menyokong pelbagai keperluan perkembangan kanak-kanak, sekali gus membuka lembaran baharu dalam pendidikan awal Islamik dan pendidikan khas di Malaysia.

Pengasas Keedsflix, Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor, menyatakan rasa syukur atas pencapaian ini. “Saya amat berbangga dengan kejayaan Keedsflix yang kini telah mencapai 307 cawangan di seluruh Malaysia dalam tempoh hanya tiga tahun. Pendekatan Islamik Quranik & Teknologi telah berjaya melahirkan anak anak yang berani, berketerampilan, kreatif & beradab. Tertunai impian saya untuk melihat anak anak Keedsflix yang telah berjaya khatam Al Quran seawal usia 5 & 6 tahun.”
Sejak ditubuhkan pada tahun 2020 di tengah cabaran pandemik, Keedsflix berkembang pesat melalui pendekatan pendidikan Islamik yang berteraskan kasih sayang, teknologi serta silibus terselaras mengikut garis panduan KSPK dan PERMATA.

Pada tahun 2026, semua pelaksanaan diselaraskan sepenuhnya mengikut Kurikulum Prasekolah (KP) 2026 selaras dengan ketetapan Kementerian Kerajaan Malaysia
Dengan sokongan lebih 5,000 keluarga Muslim yang memilih sistem pendidikan awal yang menyeluruh dan menyeronokkan, Keedsflix kini memiliki lebih 300 cawangan di seluruh negara dan telah mewujudkan 10,000 peluang pekerjaan dalam industri pendidikan awal.
Keedsflix terus komited menjadi pelopor pendidikan awal Islamik moden dan kini sedang berada pada landasan untuk mencapai sasaran 1,000 cawangan dalam masa terdekat, demi memperluas akses pendidikan berkualiti kepada lebih ramai anak-anak Muslim di Malaysia.
The post Keedsflix Perkasa Pendidikan Islamik Berteraskan Digital Dengan Pembangunan Cawangan Dan HQ Baharu appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/12/24/keedsflix-perkasa-pendidikan-islamik-berteraskan-digital-dengan-pembangunan-cawangan-dan-hq-baharu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mdec Perkasakan Pendidikan Digital Di Smk Sungai Pelek Dengan Program Sekolah Angkat Madani

Mdec Perkasakan Pendidikan Digital Di Smk Sungai Pelek Dengan Program Sekolah Angkat Madani

papar berkaitan - pada 22/12/2025 - jumlah : 102 hits
MDEC hari ini melancarkan Program Sekolah Angkat MADANI di SMK Sungai Pelek selaras aspirasi Malaysia MADANI dan usaha menjadikan negara Negara AI 2030 Majlis pelancaran disempurnakan YB Tuan Lwi Kian Keong dan YB Puan Michelle Ng Mei Sze d...
Msjn Rangka Inisiatif Perkasa Sejarah Berteraskan Fakta Dan Wacana Ilmiah

Msjn Rangka Inisiatif Perkasa Sejarah Berteraskan Fakta Dan Wacana Ilmiah

papar berkaitan - pada 15/12/2025 - jumlah : 139 hits
Majlis Sejarawan Negara kini sedang merangka beberapa inisiatif strategik dan pendekatan baharu bagi memperkasakan sejarah sebagai satu disiplin ilmu yang berteraskan fakta pemikiran kritis dan wacana ilmiah selari dengan keperluan masyarak...
Kbs Menyambut Baik Pelantikan Menteri Timbalan Menteri Baharu Rakam Penghargaan Kepada Yb Hannah Yeoh Yb Adam Adli

Kbs Menyambut Baik Pelantikan Menteri Timbalan Menteri Baharu Rakam Penghargaan Kepada Yb Hannah Yeoh Yb Adam Adli

papar berkaitan - pada 17/12/2025 - jumlah : 119 hits
KBS Menyambut Baik Pelantikan Menteri Timbalan Menteri Baharu Rakam Penghargaan Kepada YB Hannah Yeoh Yb Adam Adli PUTRAJAYA 16 Disember 2025 Kementerian Belia dan Sukan mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada YB Dr Mohammed Taufiq bi...
Hijrah Termeteri Langkah Baharu Bermula

Hijrah Termeteri Langkah Baharu Bermula

papar berkaitan - pada 17/12/2025 - jumlah : 129 hits
Hijrah Termeteri Langkah Baharu BermulaHari ini melangkah ke PPD Kulai bagi menerima arahan penempatan Sebelum bergerak sempat merakam kenangan bersama rakan rakan G9 yang kebetulan ada Rezeki juga PPD Kulai menjadi lokasi program peringkat...
Bas My Baharu Berwarna Merah Jambu Memulakan Operasi Secara Berperingkat Bermula Hari Ini Gantikan Rapidkuantan

Bas My Baharu Berwarna Merah Jambu Memulakan Operasi Secara Berperingkat Bermula Hari Ini Gantikan Rapidkuantan

papar berkaitan - pada 16/12/2025 - jumlah : 149 hits
KUANTAN Bas berwarna merah jambu Bas My baharu yang menarik perhatian di jalan jalan di ibu negeri hari ini mengendalikan 55 bas termasuk bas satu tingkat bersaiz sederhana dan bas mini tingkat rendah Syarikat konsesi baharu itu menggantika...
Terengganu Runtuhan Baharu Di Jalan Aring 8 Kenyir Kuala Jeneris

Terengganu Runtuhan Baharu Di Jalan Aring 8 Kenyir Kuala Jeneris

papar berkaitan - pada 18/12/2025 - jumlah : 112 hits
NURSYASYA NADHIRAH ZABIDIJalan Aring 8 Kenyir Kuala Jeneris yang runtuh di Hulu Terengganu hari ini HULU TERENGGANU Pusat Konservasi Gajah Sungai Deka di sini dikhuatiri terjejas ekoran penutupan Jalan Aring 8 Kenyir Kuala Jeneris berhampir...
Muhammad Irfan Raih Emas Ketujuh Berturut Turut Cipta Rekod Baharu Temasya

Muhammad Irfan Raih Emas Ketujuh Berturut Turut Cipta Rekod Baharu Temasya

papar berkaitan - pada 17/12/2025 - jumlah : 149 hits
Muhammad Irfan Raih Emas Ketujuh Berturut turut Cipta Rekod Baharu Temasya BANGKOK 16 Dis Jaguh lempar cakera negara Muhammad Irfan Shamsuddin berada dalam kelas tersendiri selepas merangkul pingat emas sambil mencipta rekod baharu temasya ...
Smk Damai Jaya Sekolah Kedua Cabaran Baharu

Smk Damai Jaya Sekolah Kedua Cabaran Baharu

papar berkaitan - pada 22/12/2025 - jumlah : 122 hits
SMK Damai Jaya Sekolah Kedua Cabaran BaharuSekolah kedua dalam perjalanan ini PK HEM satu bidang yang penuh cabaran tapi di sinilah diri benar benar dibentuk Urus emosi disiplin kebajikan dan masa depan anak anak ini bukan kerja kecil Ibu b...
Lebih 100 Cawangan Mixue Malaysia Terima Pensijilan Halal

Lebih 100 Cawangan Mixue Malaysia Terima Pensijilan Halal

papar berkaitan - pada 12/12/2025 - jumlah : 141 hits
Lebih 100 Cawangan Mixue Malaysia Terima Pensijilan Halal KUALA LUMPUR 11 Dis MIXUE Malaysia meraikan pencapaian penting dengan pensijilan halal baharu di lebih 100 rangkaian kedainya oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia pada tahun 2025 sat...
Lunch Santai Di A Decade Alamanda Putrajaya

Suria Klcc Raikan Musim Perayaan Dengan A Majestic Christmas Yang Penuh Magis

Easy Beef Broth Onion Soup Recipe

Bukan Warga China Wanita Tempatan Menetap Setahun Di Klia Ada Kad Mental Oku Dihantar Ke Hospital Kajang

Cuti Akhir Persekolahan Bagi Sesi 2025 2026

60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2025

Eur Usd Duit Pintar Isyarat Menaik Baharu Untuk Euro

Malaysia Rangkul 3 Emas Sukan Memanah Berkuda Di China Harian Metro 23 12 2025


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Apa Itu Menu Laminated Dan Kelebihannya

Si Kecil Diserang Asthma

Fam Tingkatkan Kerjasama Strategik Dengan Ahli Gabungan Untuk Kemajuan Sukan Negara

Menelusuri Keajaiban Histori Runtuhan Kota Purba Hierapolis

Lirik Lagu Take Me Home Amir Masdi

Keedsflix Perkasa Pendidikan Islamik Berteraskan Digital Dengan Pembangunan Cawangan Dan Hq Baharu