Hpu914 Tuan Guru Haji Hadi Tolak Dakwaan Kerjasama Pas Umno Perkauman Jamin Bela Semua Kaum



PAS menolak tuduhan kononnya kerjasama politik parti itu dengan Umno menjadikan pakatan yang terbentuk bersifat rasis dan menolak kaum lain.

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang berkata, jika Umno dan PAS mengamalkan sikap perkauman, maka kaum lain tidak akan berupaya hidup bersama di negara ini.

“Tanamkan sifat sayangkan bangsa sendiri dan selamatkan semua bangsa bersama Islam. Ini bukannya perkauman kerana kalaulah kita ini bersifat perkauman, sudah lama bangsa lain tidak boleh hidup bersama kita.


“PAS dan Umno tetap menerima kehadiran bersama kaum lain dalam landskap politik negara kita dengan acuan Islam yang menerima masyarakat majmuk yang dipimpin oleh orang Melayu Islam,” katanya ketika berucap pada majlis menandatangani Piagam Muafakat Nasional dengan Umno di PWTC di sini, hari ini.



Katanya, bukti PAS tidak mengamalkan sikap rasis ialah kenyataan bahawa parti itu mempunyai keahlian daripada kalangan bukan Islam dalam Dewan Himpunan Penyokong PAS, selain komponen parti politik yang membentuk Gagasan Sejahtera.

“Umno juga terus menjalin hubungan dengan parti berasaskan kaum lain seperti MCA dan MIC. Ini adalah titik persamaan di antara 2 parti Melayu Islam yang boleh menerima siapa sahaja bersama-sama konsep ini. Kita juga sama-sama menentang siapa sahaja yang mahu merosakkan negara yang tidak mahu mengikut acuan itu.

“Kepada rakyat pelbagai kaum dan etnik di Sabah dan Sarawak, marilah kita memelihara perpaduan yang sedia terjalin dan menolak sebarang pendekatan ekstrem yang boleh memecahkan kesatuan ini.

Selain itu katanya, PAS dan Umno beriltizam untuk meningkatkan taraf hidup pribumi Sabah dan Sarawak serta menyeru semua pihak untuk memperkukuhkan komitmen terhadap Perjanjian Malaysia 1963, selain memperbaiki segala kelemahan sepanjang pelaksanaannya.

“Ini bagi menguatkan Persekutuan dan merapatkan jurang perbezaan yang wujud selama ini,” katanya sambil meminta semua kaum supaya menyuburkan sistem demokrasi.

Hadi berkata, ia juga adalah langkah bagi menghalang campur tangan asing dalam perubahan negara yang berlaku di Malaysia.

Dalam ucapan sama, Hadi menyeru rakan komponen bukan Melayu dan Islam dalam Barisan Nasional (BN) dan Gagasan Sejahtera (GS) menjernihkan salah faham komuniti itu mengenai penyatuan ummah antara Umno dan PAS.

Hadi berkata, komuniti bukan Melayu dan Islam dalam BN dan GS perlu memainkan peranan supaya tujuan penyatuan ummah itu tidak dirosakkan oleh pihak yang mahu menggagalkan usaha tersebut.

“Insha Allah kehadiran sahabat kita daripada kalangan bukan Melayu dan bukan Islam dapat menjernihkan keadaan,” kata Hadi.

Hadi juga berkata, selain komuniti bukan Melayu dan bukan Islam yang salah faham, terdapat juga orang Melayu yang sengaja tidak mahu memahaminya.

“Kaum lain bukan Melayu dan bukan Islam sepatutnya jangan khuatir dengan adanya jaminan dan hak-hak dalam al-Quran yang wajib diimani penganut Islam dan ditegaskan dalam perlembagaan (negara),” katanya.

Beliau juga mengingatkan tentang segelintir pemimpin politik dan individu yang sengaja menyentuh dan memainkan isu sensitif.

“Apa yang dibimbangi ialah keberanian melulu parti politik dan individu yang menunjukkan sikap mencabar Islam, hak Melayu dan Bumipuetra dan Raja-raja. Ini boleh mencetuskan ketegangan dan merosakkan hubungan yang baik yang sedia ada.

Dalam pada itu katanya, terdapat juga orang Islam yang kehilangan jati diri Islam dan Melayu yang melakukan perkara sama.


Hadi seterusnya meminta rakyat menolak golongan berkenaan dalam pilihan raya umum akan datang.

“Rakyat pelbagai kaum hendaklah menolak mereka dalam pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Katanya, teori “Malaysian Malaysia” yang bertujuan menghapuskan hak orang Melayu dan Bumiputera dan kedudukan agama Islam, adalah ajaran salah yang melanggar teras negara ini yang wajib ditolak.

“Teori ‘Malaysian Malaysia’ dengan alasan menzalimi kaum lain adalah ajaran salah. Alasan slogan ‘Malaysian Malaysia’ tentang diskrimasi terhadap kaum lain adalah tidak benar,” katanya.

Hadir sama Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi; timbalan presiden , Mohamad Hassan; Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man; dan pimpinan tertinggi kedua-dua parti.

Tuut hadir ialah rakan komponan BN dan GS.

sumber

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2019/09/hpu914-tuan-guru-haji-hadi-tolak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hpu914 Kerjasama Pas Umno Belum Bincang Bahagi Kerusi Tuan Guru Haji Hadi Awang

Hpu914 Kerjasama Pas Umno Belum Bincang Bahagi Kerusi Tuan Guru Haji Hadi Awang

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 374 hits
Kerjasama PAS dan Umno yang dimeterai hari ini belum beralih kepada perbincangan mengenai pembahagian kerusi pada pilihan raya umum ke 15 nanti Bercakap pada sidang media di akhir Himpunan Penyatuan Ummah hari ini Presiden PAS Abdul Hadi Aw...
Kerjasama Umno Pas Humban Negara Ke Jurang Perkauman Kerjasama Umno

Kerjasama Umno Pas Humban Negara Ke Jurang Perkauman Kerjasama Umno

papar berkaitan - pada 14/9/2019 - jumlah : 243 hits
Kerjasama Umno Pas humban negara ke jurang perkaumanOleh September 13 2019Kerjasama Umno Pas yang akan termeterai esok dijangka akan menekan suasana sosio politik Malaysia ke arah yang lebih parah Pemerhati politik berkata negara akan diher...
Hpu914 Pas Umno Sentiasa Terima Kaum Lain

Hpu914 Pas Umno Sentiasa Terima Kaum Lain

papar berkaitan - pada 14/9/2019 - jumlah : 291 hits
PAS dan Umno sentiasa terbuka untuk menerima kehadiran bersama kaum lain di dalam lanskap politik negara berpaksikan acuan yang dibentangkan Islam kata Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Menurut beliau tindakan itu boleh dibu...
Piagam Umno Pas Beri Manfaat Untuk Semua Kaum

Piagam Umno Pas Beri Manfaat Untuk Semua Kaum

papar berkaitan - pada 10/9/2019 - jumlah : 263 hits
KUALA TERENGGANU Pemeteraian Piagam Muafakat Nasional antara Pas dan UMNO pada 14 September ini diharap tidak hanya eksklusif kepada Melayu dan Islam sebaliknya inklusif terhadap kepentingan orang bukan Melayu dan Islam Ketua UMNO Bahagian ...
Kerjasama Pas Umno Kehendak Hadi Tidak Perlu Guna Nama Nik Aziz

Kerjasama Pas Umno Kehendak Hadi Tidak Perlu Guna Nama Nik Aziz

papar berkaitan - pada 16/9/2019 - jumlah : 786 hits
Faiz Zainudin KUALA LUMPUR Umno dan PAS tidak sepatutnya menggunakan nama bekas muryidul am PAS Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai cagaran kepada penyatuan politik 2 parti itu kata Khalid Samad Pangarah Komunikasi Amanah itu berkata PAS sepatut...
Hanya Orang Gila Talak Ungkit Kisah Lama Pas Dan Umno Haji Hadi

Hanya Orang Gila Talak Ungkit Kisah Lama Pas Dan Umno Haji Hadi

papar berkaitan - pada 14/9/2019 - jumlah : 320 hits
Pas menggambarkan pihak yang mengungkit kisah kisah lama antara parti itu dengan UMNO sebagai individu gila talak kerana masing masing bukan lagi ahli kedua dua parti teras orang Melayu dan Islam itu Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang ...
Semua Kaum Dijemput Hadir Himpunan Umno Pas

Semua Kaum Dijemput Hadir Himpunan Umno Pas

papar berkaitan - pada 10/9/2019 - jumlah : 281 hits
MALAYAIAKINI Himpunan Penyatuan Ummah yang akan menyaksikan Umno dan PAS menandatangani piagam bersama dijangka menarik kehadiran sekurang kurangnya 10 000 penyokong Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata semua kaum dan agama turut dijemp...
Pas Umno Digesa Tarik Balik Kenyataan Amanat Haji Hadi Dan Pas Parti Ajaran Sesat Sebelum Pemeteraian Piagam

Pas Umno Digesa Tarik Balik Kenyataan Amanat Haji Hadi Dan Pas Parti Ajaran Sesat Sebelum Pemeteraian Piagam

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 1206 hits
MALAYSIADATELINE Pengerusi AMANAH Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah berpendapat Pas dan Umno harus menarik balik kenyataan pemimpin mereka yang pernah dilontarkan kepada kedua parti tersebut sebelum memeterai piagam kerjasama Pas Um...
Kerjasama Pas Umno Bukan Penyatuan Tapi Pecahbelah Ummah

Kerjasama Pas Umno Bukan Penyatuan Tapi Pecahbelah Ummah

papar berkaitan - pada 14/9/2019 - jumlah : 323 hits
Kerjasama Pas Umno Bukan penyatuan tapi pecahbelah ummah Oleh September 14 Kerjasama atau taawun siyasi Pas Umno yang dimeterai hari ini hanya bertujuan untuk meraih imej politik kedua kedua parti pembangkang itu dan tiada kaitan dengan pen...
The Evolution Of Adult Entertainment

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Pemilik Kereta Tertekan Hon Kerana Panik Polis



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Data Drives Dollars How Competitive Intelligence Optimizes Sales Marketing Roi

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

Cabaran Getir Menanti Ph Di Kkb

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

World Bank Report Says Malaysian Children Not Learning Enough In Schools

Zus Ice Watermelon Latte