Epidural Punca Sakit Belakang Lumpuh Doktor Ini Jelaskan 3 Kelebihan 7 Risiko Penggunaan Epidural


Ramai yang menyalahkan epidural, hingga ada yang mendakwa boleh menyebabkan punca sakit belakang & lumpuh! Mama papa jangan percaya dulu, ikuti penhelasan doktor ini mengenai kelebihan & risiko penggunaan epidural semasa bersalin.
Sebaik-baiknya ibu bapa perlu memahami terlebih dahulu mengenai epidural. Pembacaan awal boleh membantu memahami dengan lebih baik dan mengelakkan percaya kepada mitos dan fakta karut berkaitan epidural.

Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan, Kesihatan Wanita & Kehamilan memberikan penerangan lanjut mengenai epidural. Berikut ialah perkongsian beliau;
“Pakai epidural saya sakit belakang bertahun-tahun lamanya lepas beranak! Menyesal !”
“Kakak kepada kakak angkat , sepupu belah ayah saya pakai epidural tu, dia lumpuh separuh badan pastu. Takot lak saya nak epidural”
“Takpa doktor, saya nak rasa sakit bersalin tu. Boleh hapuskan dosa” ( setengah jam lepas tu menangis mintak epidural )
“Suami saya tak bagi amek epidural tu, boleh sebabkan lumpuh katanya”
Ni antara sebab-sebab orang tak mahu epidural. Sakit bersalin bukan main main oi. Setakat contraction sikit sikit boleh senyum lagi. Cuba kalau sakit betul-betul datang tengok macam mana. Kalau terpotong hujung jari masa membawang pun dah kalut, belum lagi rasa sakit bersalin.
APA ITU EPIDURAL? Epidural tu ape ?
Salah satu teknik pelega kesakitan yang diberikan untuk pesakit dalam konteks ini untuk orang nak bersalin. Ada je sebab-sebab lain boleh pakai epidural ni, memandangkan saya ni doktor bersalin, so saya cite apa yang saya tahu saja ye.
Ia tidak menghilangkan 100% kesakitan tu, tapi rasa sakit tu akan jadi kurang dan ibu rasa selesa dan tenang nak ‘bertarung’ untuk berjam-jam lamanya.

BAGAIMANA EPIDURAL DIPASANG Ada satu plastik halus dimasukkan ke dalam ruang epidural L4-L5 atau L5-S1. Memakan masa 20 minit untuk nak buat dan 20 minit untuk bertindak balas. Dipasang oleh doktor bius, bukan doktor bersalin.
Perlu berjaga-jaga jika seseorang tu pernah buat pembedahan pada tulang belakang atau ada masalah pembekuan darah
Kalau sudah pasang epidural ni kena ada pemantauan graf jantung anak (CTG) secara terus menerus dan pemantauan tekanan darah ibu.

KELEBIHAN EPIDURAL Apa bagusnya epidural ?
Antara pelbagai cara untuk mengurangkan rasa bersalin ni, epidural adalah jenis yang terbaik. Tidak menyebabkan mengantuk. Baby dalam rahim pun tak mengantuk Kalau perlu caesaerean, tidak perlu ubat lain atau cucuk lain tempat untuk bius. Doktor akan ‘top up’ epidural sebelum caesarean dilakukan.
RISIKO PENGGUNAAN EPIDURAL Doktor juga mengulas tentang kesan buruk yang boleh timbul semasa penggunaan epidural iaitu;
Epidural tidak berkesan mengurangkan sakit (1 dalam 10). Menggigil dan gatal-gatal. Tekanan darah menjadi terlampau rendah (1 dalam 50). Sakit kepala yang amat sangat (1 dalam 100). Gangguan sistem saraf sementara (1 dalam 1000). Gangguan sistem saraf kekal (1 dalam 13000). Jangkitan meningitis (kurang 1 dalam 50000).
EPIDURAL DAN KAITANNYA DENGAN SAKIT BELAKANG Dilaporkan bahawa hampir 25% ibu mengandung akan menghidapi sakit belakang sehingga 6 minggu selepas bersalin.Terdapat banyak kajian membandingkan ibu mengandung yang mendapat epidural dengan yang tak diberi epidural (hanya suntikan Pethidine sebagai penahan sakit) menunjukkan peratusan insiden sakit belakang yang SAMA dalam kedua-dua kumpulan.
Kajian menunjukkan bahawa tiada perbezaan dalam insiden sakit belakang selepas bersalin diantara kumpulan ibu yang tak mendapat epidural dan ibu yang mendapat epidural pada hari pertama dan hari ketujuh selepas kelahiran. Namun 3 bulan selepas bersalin, ibu yang tak mendapat epidural pula lebih ramai yang masih sakit belakang berbanding yang mendapat epidural. Tak dapat epidural pun sakit belakang ?
FAHAMI 3 PUNCA SAKIT BELAKANG SELEPAS BERSALIN A) PERUBAHAN HORMON MENYEBABKAN LIGAMEN PELVIS LONGGAR
Sewaktu mengandung, perubahan hormon menyebabkan ligamen tulang termasuk ligamen di pelvis menjadi longgar dan memudahkan kecederaan terjadi kepada ibu. Bayi dan rahim yang membesar boleh menekan saraf-saraf dalam rongga pelvis menyebabkan sakit belakang.
B) PROSES TULANG BELAKANG KEMBALI KEPADA KEDUDUKAN ASAL
Kandungan yang besar dan perubahan hormon juga menyebabkan perubahan kepada struktur tulang belakang (lebih melentik; lumbar lordosis) bagi menstabilkan pusat graviti ibu; malah proses tulang belakang untuk kembali ke kedudukan asal selepas bersalin itulah yang menyebabkan sakit belakang.
C) POSTUR BADAN YANG SALAH
Sakit belakang antaranya disebabkan postur badan yang tak betul (jalan dan duduk membongkok), kurangnya senaman (tulang belakang jadi keras dan tak fleksibel), otot perut dan belakang (core muscles) yang lemah, cara kerja yang tertumpu kepada satu posisi (duduk lama di pejabat) dan cara mengangkat barang berat yang tak betul. Pendek kata, postur yang salah menyebabkan sakit belakang.
Penggunaan epidural semata-mata bukan punca utama sakit belakang. Betulkan fakta. Jangan dengar cakap cakap orang
Yang menanggung sakit bersalin tu awak. Bukan suami atau makcik bawang yang mengecam penggunaan epidural.
Satu lagi, bukan semua hospital ada servis epidural ini. Kalau ada pun, untuk pesakit tertentu bergantung kepada kakitangan bius yang ada untuk pemantauan. Tanya dulu ok?
Sumber: Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak
Pegawai perubatan
Kesihatan Wanita & Kehamilan
The post Epidural Punca Sakit Belakang & Lumpuh? Doktor Ini Jelaskan 3 Kelebihan & 7 Risiko Penggunaan Epidural appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/epidural-punca-sakit-belakang-lumpuh-doktor-ini-jelaskan-3-kelebihan-7-risiko-penggunaan-epidural/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Punca Ibu Sakit Pergelangan Tangan Lepas Bersalin Ini 5 Perkara Tentang Mommy Thumb

Punca Ibu Sakit Pergelangan Tangan Lepas Bersalin Ini 5 Perkara Tentang Mommy Thumb

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 692 hits
Punca Ibu Sakit Pergelangan Tangan Lepas Bersalin Ini 5 Perkara Tentang Mommy Thumb Walaupun jarang kita dengar orang sebut tentang DeQuervain s tenosynovitis tapi rupanya ramai ibu yang baru melahirkan mengalami kondisi ini tanpa disedari ...
Ibu Perlu Bersedia Untuk Hamil Bukan Termengandung Tanpa Sengaja Doktor Jelaskan Pilihan Kaedah Perancang Keluarga

Ibu Perlu Bersedia Untuk Hamil Bukan Termengandung Tanpa Sengaja Doktor Jelaskan Pilihan Kaedah Perancang Keluarga

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 335 hits
Untuk hamil sebaik baiknya ibu ibu perlu bersedia dari segi mental dan fizikal Sekiranya baru bersalin pastikan tubuh pulih sepenuhnya dan menyusukan bayi Doktor Muhammad Izzat menerangkan mengenai menggunakan kaedah perancangan keluarga un...
Dr M Gerakan Belakang Tabir Pas Umno Punca Keputusan Pru14 Lambat

Dr M Gerakan Belakang Tabir Pas Umno Punca Keputusan Pru14 Lambat

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 323 hits
Umno dan PAS berharap dapat menyusun gerakan untuk mendapatkan semula majoriti parlimen dan membentuk kerajaan yang terdiri daripada wakil rakyat Melayu muslim kata PM
Berdepan Risiko Lumpuh Zamani Tangguh Bedah

Berdepan Risiko Lumpuh Zamani Tangguh Bedah

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 314 hits
Ini mungkin berita mengejutkan buat peminat Zamani apabila penyanyi lagenda itu mendedahkan penyakit Skoliosis iaitu tulang belakang melengkung yang dialaminya perlu dibedah The post appeared first on
Suami Diburu Polis Lepas K3lar Leher Dan Tik4m Belakang Isteri Berkali Kali Punca Didedahkan

Suami Diburu Polis Lepas K3lar Leher Dan Tik4m Belakang Isteri Berkali Kali Punca Didedahkan

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 328 hits
Suami Diburu Polis Lepas K3lar Leher dan Tik4m Belakang Isteri Berkali kali Punca Didedahkan Suami Diburu Polis Lepas K3lar Leher dan Tik4m Belakang Isteri Berkali kali Punca Didedahkan
Nak Sembuhkan Sakit Tonsil Makan Aiskrim Vanilla Betul Ke Ini Jawapan Doktor

Nak Sembuhkan Sakit Tonsil Makan Aiskrim Vanilla Betul Ke Ini Jawapan Doktor

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 518 hits
Nak Sembuhkan Sakit Tonsil Makan Aiskrim Vanilla Betul Ke Ini Jawapan Doktor Pernah dengar tak orang cakap bahawa dengan makan aiskrim vanilla dapat menyembuhkan sakit tekak dan tonsil Tapi dah banyak kali ulang makan aiskrim vanilla masih ...
Pantang Tengok Tangga Terus Panjat Doktor Jelaskan Jangan Halang Selagi Tak Bahayakan Anak

Pantang Tengok Tangga Terus Panjat Doktor Jelaskan Jangan Halang Selagi Tak Bahayakan Anak

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 346 hits
Mengapa anak kita pantang tengok tangga grill pintu atau sofa suka sangat MEMANJAT Anda silap jika melarangnya Mengapa ya Ingat kalau anak kita dah masuk umur 1 hingga 2 tahun JANGAN terkejut mereka dah mula suka memanjat sofa pintu grill b...
Punca Sakit Tapak Tumit Kaki Yang Perlu Anda Ketahui

Punca Sakit Tapak Tumit Kaki Yang Perlu Anda Ketahui

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 518 hits
Sakit tapak kaki sangat mengganggu kehidupan seharian kita Lebih lebih lagi jika ia berlaku sebaik daripada bangun tidur Perkara ini sudah menjadi kebiasaan pada masyarakat sehingga ada yang tidak mengendahkannya Tetapi ada sesetengah keada...
Biarkan Terbalut Lebih 72 Jam Tak Dicuci Punca Luka Khatan Bernanah Bentan Doktor Kongsi 10 Tip Penjagaan

Biarkan Terbalut Lebih 72 Jam Tak Dicuci Punca Luka Khatan Bernanah Bentan Doktor Kongsi 10 Tip Penjagaan

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 644 hits
Luka berkhatan anak lelaki jika silap cara boleh menyebabkan bernanah dan bentan Ikuti 10 tip penjagaan daripada Dr Kamarul Ariffin Sadan ini boleh mama papa ikuti Menjelang cuti sekolah maka musim berkhatan pun bermula Seram sejuk anak ana...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator