Nak Sembuhkan Sakit Tonsil Makan Aiskrim Vanilla Betul Ke Ini Jawapan Doktor


Nak Sembuhkan Sakit Tonsil Makan Aiskrim Vanilla Betul Ke? Ini Jawapan Doktor. Pernah dengar tak orang cakap bahawa dengan makan aiskrim vanilla dapat menyembuhkan sakit tekak dan tonsil? Tapi, dah banyak kali ulang makan aiskrim vanilla masih tak sembuh sakit tekak tersebut. Betul atau tidak bahawa pengambilan aiskrim boleh menyembuhkan sakit tekak atau tonsil, jom kita baca penjelasan dari doktor ini.

1. TONSIL SEBAGAI BODYGUARD Tonsil diciptakan Allah di bahagian tepi kerengkong ( kanan & kiri ) sbgai BODYGUARD semulajadi & punyai sistem imum/pertahanan untuk melindungi tubuh doc/ anda dari beragam infeksi yang masuk melalui mulut kita. Kalau ada infeksi virus atau kuman di tekak kita, sistem limphatik tonsil akan activate, membengkak & radang untk melawan infeksi tersebut. Keadaan ni di panggil TONSILLITIS.

2. TONSIL SEBAB VIRUS Jika infeksi di tonsil disebabkan virus ( Epstein Barr, Adenovirus, Measles), tonsil tu bengkak & sakit je. Kalau infeksi disebabkan bacteria, tonsil tu bengkak, sakit & BERNANAH.

3. KANAK-KANAK SELALU KENA Gang yang kerap kena TONSILLITIS ialah kanak-kanak antara 2-15 tahun. Tak kecuali gang doc yang veteran dimana pertahanan badan dah mula menurun.

4. INFO DOC NAK SHARE BILA ANAK CUCU KITA/KITA DIJANGKITI TONSILLITIS: Sakit tekak teramat sangat sebb bengkakkan TONSIL. Deman tinggi ON & OFF. Sakit kepala, sakit badan, urat sendi & bini urut pun tak baik. …monyok & letih selalu. Suara ROCK atau HILANG SUARA. Mulut bau busuk, kena spray minyak wangi lebih sikit. Bini suruh tidok luar, padan muka sebab BERDENGKUR sampai bergentar bumbung rumah. Bini nak tidur ganggu, padan muka. Ada bengkakan gelendir/ Lymph Node di leher.

5. NOTA YANG PERLU AMBIL BERAT OLEH MAKBAPA KALAU ANAK KENA TONSIL Tonsil mudah baik jika di rawat awal. Kalau biar complikasinya amat BAHAYAkan diri pesakit. Kuman tonsil ni boleh masuk ke dalam saluran darah= SEPTECEMIA…ke otak. Maka kita KO le. Tonsil boleh akibatkan sakit BUAH PINGGANG ( Acute Glomerulonephritis) & Rheumaik Fever & gangguan JANTUNG! SLEEP APNEA= Penyakit terhenti bernafas dengan tiba-tiba disebabkan bengkakkan tonsil, harap-harap dapat nafas kembali.

6. RAWATAN TONSILLITIS Ubat hisap Lozenges atau kumur Thymol Gargle untk reda sakit/ keradangan kerengkong. Papase/Peptidase untk kurangkan bengkakan tonsil. Tahan sakit kerengkong dgn Paracetamol atau Ibuprofen. Kalau infeksi tonsil bernanah kerana kuman, diberi Ampicillin, Amoxillin, Cephalaxin atau Erytromysin. Ada yang ambil Augmentin. Kalau tonsillitis kerap berulang & bengkak menutup ruang tekak elok bedah je, TONSILLECTOMY.

7. MITOS Ais krim TAK boleh menyembuhkan TONSILLITIS. Ais krim hanya mereda sedikit kesakitan kerengkung & diberi kepada kanak-kanak yang hilang selera makan kerana tonsilitis supaya mereka ada tenaga. Tak kisah ais krim Vanilla, Chocklet, Strawberry dll. Ada ais krim yang memburuk lagi TONSILLITIS kerana mengandungi bahan kimia berbahaya. Sebenarnya ais krim diberi kepada pesakit selepas TONSILS mereka dikeluarkan dalam pembedahan TONSILECTOMY!!. Ia membantu menghentikan pendarahan akibat luka yang disbbkan oleh pembedahan tu.
Sumber: Dr Abdul Rahim Via Sirap Limau
Artikel Lain

Jangan Bagi Anak Main ‘Handphone’, Biarkan Dia Bosan! Rasa bersalah pula kalau biarkan anak kebosanan. Cepat saja kita rangkakan aktiviti dek kasihankan mereka. Takpun, dihulurkan saja ‘smartphone’ sementara menunggu hidangan sampai di restoran. Barulah lega bila tengok anak buat sesuatu. Tapi, penemuan terbaru daripada saintis mendapati bahawa sekali-sekala kita patut biarkan saja mereka. ‘Kebosanan’ sebenarnya dapat memberi kebaikan kepada perkembangan mental dan fizikal anak. Inilah kesan luarbiasa kuasa imaginasi! Jika anak cepat bosan, jangan cepat melatah. Ketahuilah bahawa kebosanan ini mempunyai kelebihan yang tersendiri untuk diri mereka.

1. MENGELAK ‘OVERSTIMULATION’ Tahukah anda, sebenarnya otak kita tidak diprogramkan untuk berada dalam mod ‘on-the-go’ setiap masa. Ia juga perlu berehat dan memperlahankan prosesnya, seperti yang dinyatakan oleh Scott Barry Kauffman melalui Psychology Today. Memang pada awalnya anda akan rasa tak selesa apabila tengok anak cepat bosan. Tapi, cuba tunggu seketika dan perhatikan mereka. Mungkin mereka perlu merehatkan otak, lari daripada stimulasi atau rangsangan yang tidak penting, dan menjadi lebih relaks. Dengan mempunyai masa untuk diri sendiri, mereka berpeluang meneroka perkara yang mereka sendiri minati. Neurosaintis, Susan Greenfield berpendapat bahawa ia dapat memberi kesan jangka masa panjang terhadap bagaimana anak-anak ini mencapai cita-cita mereka.

2. MERANGSANG KREATIVITI “Kanak-kanak perlu melalui rasa bosan ini dengan sendiri kerana ia dapat membebaskan mereka daripada sebarang bentuk gangguan. Dengan cara ini, barulah mereka dapat mendengar suara hati mereka sendiri. Dengan mengenal minat masing-masing, ia akan menggalakkan eksplorasi dan imaginasi. Walaupun hanya duduk sendirian dan termenung, mereka sebenarnya sedang belajar untuk menvisualisasikan sesuatu dalam minda mereka. Melalui proses ini, otak mereka akan menerawang jauh tanpa batasan. Akhirnya, mungkin mereka akan merekacipta sesuatu dan merealisasikan apa yang pernah digambarkan oleh fikiran tadi. Hebat bukan? Ternyata, memang ada kajian yang telah membuktikan bahawa golongan yang kreatif adalah mereka yang selalu termenung!

3. MAHIR BERFIKIR Untuk mengatasi rasa bosan, ia memerlukan pelbagai idea dan eksperimen cuba jaya. Dalam jangka masa panjang, kebosanan ini memberi peluang kepada otak mereka untuk menjadi lebih produktif kerana mereka telah dilatih untuk menyelesaikan masalah. Kajian oleh saintis di Bar-Ilan University mendapati bahawa faktor ini dapat membantu seseorang melakukan kerja dengan lebih efisyen dan positif.

4. PELUANG MENEROKA HOBI Tidak dinafikan, pelbagai aktiviti yang dirancang seperti bersukan dan bermain muzik mampu memberi manfaat kepada perkembangan fizikal, kognitif, budaya dan sosial mereka. Namun, anak-anak juga perlukan masa untuk bersendiri. Apabila mereka ‘terputus hubungan’ daripada dunia luar dan gajet, mereka akan meneroka perspektif baru dan timbullah hobi. Dengan cara ini, mereka akan lebih bersemangat dalam menetapkan kemahuan dan cita-cita mereka. Malah, mungkin juga ada bakat semulajadi yang tidak pernah kita ketahui.

5. BELAJAR BERKOMUNIKASI Apabila anak-anak mula nampak sendiri minat masing-masing, secara tidak langsung mereka akan berusaha untuk memperlihatkan hasil imaginasi mereka. Mereka menjadi lebih berani menyatakan kemahuan mereka, dan mereka juga akan mencari cara untuk mencapainya dengan sokongan ibu bapa. Sebenarnya, tindakan ini bukan saja memberi manfaat kepada anak-anak, tetapi juga orang dewasa. Dengan gangguan seperti TV, ‘smartphone’, atau kerja yang menimbun tinggi, anda tak mungkin akan mendapat inspirasi untuk pergi lebih jauh dalam hidup ini.
The post Nak Sembuhkan Sakit Tonsil Makan Aiskrim Vanilla Betul Ke? Ini Jawapan Doktor appeared first on .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/nak-sembuhkan-sakit-tonsil-makan-aiskrim-vanilla-betul-ke-ini-jawapan-doktor/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Kurma Boleh Bantu Bukaan Servik Lebih Besar Mudah Untuk Bersalin Doktor Kongsi Cara Betul Makan Kurma

Makan Kurma Boleh Bantu Bukaan Servik Lebih Besar Mudah Untuk Bersalin Doktor Kongsi Cara Betul Makan Kurma

papar berkaitan - pada 26/11/2018 - jumlah : 693 hits
Makanan sunah seperti kurma sangat digalakkan untuk diamalkan oleh ibu hamil termasuklah ketika dalam proses bersalin Dr Zubaidi Hj Ahmad Ahli Jawatankuasa Pusat Pertubuhan Doktor doktor Islam Malaysia berkongsi fakta berkenaan kenyataan in...
Betul Ke Makan Pisang Boleh Buat Usus Kanak Kanak Tersumbat Tak Dapat Kencing Doktor Ini Jelaskannya

Betul Ke Makan Pisang Boleh Buat Usus Kanak Kanak Tersumbat Tak Dapat Kencing Doktor Ini Jelaskannya

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 576 hits
Pisang memang makanan kegemaran si manja Rasa pisang yang lemak manis dan tekstur yang lembut menjadikan ia buah kesukaan anak kecil Tapi betul ke makan pisang boleh menyebabkan susu bayi tersumbat hingga tak boleh buang air kecil Ekoran da...
Aku Kena Cut Nasi Nak Jaga Body Dia Selamba Je Mencekik Respon Jihan Muse Yang Sakit Hati Bila Zara Zya Kaki Makan

Aku Kena Cut Nasi Nak Jaga Body Dia Selamba Je Mencekik Respon Jihan Muse Yang Sakit Hati Bila Zara Zya Kaki Makan

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 620 hits
Jangan ditanya mengenai berat wanita kerana ia merupakan satu perkara yang sensitif Tapi lain pula bagi pelakon Zara Zya yang kerap memuat naik video sedang menikmati makanan yang enak dan lazat Terbaru pelakon Monalisa itu telah berkongsi ...
Nak Berhenti Kerja Ikuti 10 Adab Berhenti Kerja Dengan Betul Jangan Bla Macam Tu Je

Nak Berhenti Kerja Ikuti 10 Adab Berhenti Kerja Dengan Betul Jangan Bla Macam Tu Je

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 345 hits
Menimba pengalaman dan bertukar tempat kerja merupakan satu lumrah yang dilakukan oleh ramai orang terutamanya di kalangan generasi millenial Korang kini bukan lagi seperti generasi yang lalu lebih berani terbuka berani bersuara dan mahukan...
Makan Ayam Nando S Smoky Peri Peri Lain Betul Rasanya Lah

Makan Ayam Nando S Smoky Peri Peri Lain Betul Rasanya Lah

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 428 hits
Hi Korang Ayam Nando s ni rasanya lain sket dari ayam ayam kat luar sana sebab ramuan PERI PERI yang mempunyai citarasa Afrika kan memang tak muaklah kalau di makan Korang suka perisa yang mana Ada Lemon and Herba Smoky PERi PERi Sederhana ...
Nak Atasi Sakit Kontraksi Bersalin Dengan Teknik Pernafasan Ini Panduannya Mama Mesti Tahu Curi Nafas

Nak Atasi Sakit Kontraksi Bersalin Dengan Teknik Pernafasan Ini Panduannya Mama Mesti Tahu Curi Nafas

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 440 hits
Mama perlu tahu yang pernafasan yang betul berupaya memaksimumkan kandungan oksigen di dalam tubuh Ini secara tidak langsung berupaya membantu mengatasi rasa sakit semasa bersalin Sekiranya mama dan papa pernah mengikuti kelas antenatal sal...
Hari Ni Saya Tak Makan Lagi Anak Asyik Menangis Nak Berteman Tanpa Banyak Soal Lelaki Ni Terus

Hari Ni Saya Tak Makan Lagi Anak Asyik Menangis Nak Berteman Tanpa Banyak Soal Lelaki Ni Terus

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 729 hits
Hari ni saya tak makan lagi anak asyik menangis nak berteman Tanpa banyak soal lelaki ni terus Perkahwinan bukan sahaja penyatuan cinta dan kasih sayang malah perkahwinan menuntut kepada tanggungjawab dan juga toleransi di antara pasangan W...
Saya Tak Kisah Apa Orang Nak Kata Jika Saya Fikir Saya Betul Saya Akan Lakukannya Tun M

Saya Tak Kisah Apa Orang Nak Kata Jika Saya Fikir Saya Betul Saya Akan Lakukannya Tun M

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 285 hits
PORT MORESBY Malaysia perlu melindungi industri baharu sekiranya ingin menjadi industri pembuatan sebagai pemacu ekonomi negara Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata sekiranya industri baharu itu tidak dilindungi Malaysia akan dil...
Makan Ubat Dengan Cara Yang Betul Baru Berkesan

Makan Ubat Dengan Cara Yang Betul Baru Berkesan

papar berkaitan - pada 10/11/2018 - jumlah : 431 hits
Makan ubat dengan cara yang betul barulah ubat berkesan untuk mengubati dan mengawal menyakit Kalau tidak sia sia saja makan ubat Makan ubat dengan cara yang betul adalah dengan mengikut arahan yang diberikan melalui pembacaan label ubat In...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game