Biarkan Terbalut Lebih 72 Jam Tak Dicuci Punca Luka Khatan Bernanah Bentan Doktor Kongsi 10 Tip Penjagaan


Luka berkhatan anak lelaki, jika silap cara boleh menyebabkan bernanah dan bentan. Ikuti 10 tip penjagaan daripada Dr Kamarul Ariffin Sadan ini boleh mama papa ikuti.
Menjelang cuti sekolah, maka musim berkhatan pun bermula. Seram sejuk anak-anak lelaki bila diusik tentang pelbagai perkara berkaitan berkhatan. Mama papa juga tidak kurang berdebar, lebih-lebih lagi yang tiada pengalaman menjaga anak lelaki berkhatan.
Tanpa panduan yang jelas atau mungkin penjagaan yang salah, luka berkhatan boleh bernanah, lambat sembuh atau bentan. Ia sebenarnya perlu dicuci, luka perlu dibuka dan dipantau. Tidak terhad kepada penjagaan luka semata-mata, soal pemakanan & kesihatan si kecil juga perlu diberi perhatian.

Dr Kamarul Ariffin Sadan, Pengarah Operaasi GreatLife Physiotherapy & Rehabilitation dan bertugas di Klinik Maimunah & Rakan-Rakan telah berkongsi 10 tip penjagaan luka berkhatan yang tepat.
10 TIP PENJAGAAN LUKA BERKHATAN Sekarang ni musim berkhatan, ramai ibu bapa mohon saya tips penjagaan selepas berkhatan agar tidak bentan atau bernanah dan luka cepat sembuh.
Jadi hari ni saya nak beri sedikit penerangan tentang penjagaan luka selepas berkhatan.
 
#1. Jangan biarkan balutan luka tidak dibuka lebih 72 jam. Ia perlu dibuka, untuk pantau komplikasi berikut:
— Jangkitan/nanah
— Bengkak/bentan
— Jahitan terbuka
— Keruping melekat pada balutan
#2. Luka berkhatan perlu dicuci 2-3 hari sekali menggunakan normal saline. Caranya:
— Bersihkan daki / darah beku sekitar luka
— Cuci luka dengan normal saline
— Periksa jika ada jahitan & tanda jangkitan
— Tutup semula luka jika tiada tanda-tanda
#3. Ada beberapa ubat yang dibekalkan oleh doktor selepas prosedur berkhatan:
— Tahan sakit: diambil bila perlu
— Antibiotik: perlu diambil ikut jadual
— Ubat cucian: lazimnya normal saline
— Elak sapu minyak/herba pada luka
#4. Anak-anak kadangkala mengadu berasa ngilu bila kepala zakar bergesel dengan pakaian(seluar/kain). Itu perkara normal kerana ia bahagian yang sensitif dan sebelum ini ia dilitupi kulit, tetapi kini terdedah. Ngilu itu akan beransur-ansur hilang.
#5. Pakai pakaian yang longgar dan selesa supaya aliran darah tidak terganggu dan dapat pengudaraan yang secukupnya. Ini membantu proses penyembuhan luka. Boleh pakai seluar, asalkan tidak terlalu ketat.

#6. Selepas berkhatan, anak-anak dibenarkan berjalan. Malah mereka tidak digalakkan hanya berbaring sahaja. Aktiviti ringan ini membantu pengaliran darah dan mengurangkan tempoh penyembuhan luka. Cuma jangan lasak sangatlah.
#7. Pastikan minum air secukupnya. Ada petua lama yang mengatakan minum air banyak selepas berkhatan menyebabkan bentan. Itu tidak benar. Air yang cukup adalah satu faktor yang penting untuk penyembuhan luka.
#8. Jaga pengambilan makanan. Perlu ambil makanan yang mengandungi protein, serat, vitamin secukupnya. Boleh makan: ayam, telur, ikan, kicap, sayur. Ia tidak akan menyebabkan kegatalan atau kehitaman pada luka berkhatan.
#9. Luka berkhatan akan sembuh dalam masa 10-14 hari. Jika ada tanda-tanda berikut, jumpa doktor:
— Sakit/bengkak melampau
— Nanah yang banyak
— Demam tinggi
— Tak boleh kencing
#10. Bergantung pada teknik khatan, mungkin perlu bawa anak berjumpa doktor untuk rawatan susulan.
— Jahitan konvensional: tak perlu dibuka
— Klamp: perlu jumpa doktor untuk dibuka
— Gam: tak perlu jumpa doktor semula
Semoga bermanfaat!
Sumber: Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan, Doktor Komuniti FB Anda
The post Biarkan Terbalut Lebih 72 Jam & Tak Dicuci Punca Luka Khatan Bernanah & Bentan! Doktor Kongsi 10 Tip Penjagaan appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/biarkan-terbalut-lebih-72-jam-tak-dicuci-punca-luka-khatan-bernanah-bentan-doktor-kongsi-10-tip-penjagaan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Doktor Gigi Kongsi Tip Pilih Berus Gigi Anak Yang Penting Kepala Berus Lebar Lembut

Doktor Gigi Kongsi Tip Pilih Berus Gigi Anak Yang Penting Kepala Berus Lebar Lembut

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 350 hits
Pelbagai jenis berus gigi yang terdapat di pasaran Berus gigi yang comel dihiasi pelbagai jenis kartun dan warna mampu menarik minat anak anak dan ibu bapa untuk membelinya Namun adakah berus gigi yang anda pilih sesuai untuk anak anda tela...
Makan Kurma Boleh Bantu Bukaan Servik Lebih Besar Mudah Untuk Bersalin Doktor Kongsi Cara Betul Makan Kurma

Makan Kurma Boleh Bantu Bukaan Servik Lebih Besar Mudah Untuk Bersalin Doktor Kongsi Cara Betul Makan Kurma

papar berkaitan - pada 26/11/2018 - jumlah : 704 hits
Makanan sunah seperti kurma sangat digalakkan untuk diamalkan oleh ibu hamil termasuklah ketika dalam proses bersalin Dr Zubaidi Hj Ahmad Ahli Jawatankuasa Pusat Pertubuhan Doktor doktor Islam Malaysia berkongsi fakta berkenaan kenyataan in...
Jaga Luka Bersunat Ada 9 Nasihat Daripada Doktor Buat Mak Pak Yang Risau Anak Bentan

Jaga Luka Bersunat Ada 9 Nasihat Daripada Doktor Buat Mak Pak Yang Risau Anak Bentan

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 490 hits
Jaga Luka Bersunat Ada 9 Nasihat Daripada Doktor Buat Mak Pak Yang Risau Anak BentanJaga Luka Bersunat Ada 9 Nasihat Daripada Doktor Buat Mak Pak Yang Risau Anak Bentan
8 Tip Dapur Untuk Dicuba Agar Dapur Anda Lebih Efisien

8 Tip Dapur Untuk Dicuba Agar Dapur Anda Lebih Efisien

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 446 hits
Kredit Tefal Blog Bagi setiap individu yang memiliki dapur dan betul betul gunakan dapur yang dimiliki mereka tahu betapa susahnya untuk pastikan dapur anda kekal bersih kemas dan paling penting tidak membazir bahan makanan yang dibeli dan ...
Kuil Seafield Polis Soal Exco Selangor Lebih 1 Jam

Kuil Seafield Polis Soal Exco Selangor Lebih 1 Jam

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 321 hits
December 3 2018 9 46 PMV Ganabatirau disiasat bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan SHAH ALAM Exco Selangor V Ganabatirau disoal selama lebih 1 jam oleh polis berhubung kenyataannya tentang keganasan yang berlaku di kuil Seafield 26 November le...
Diana Amir Kongsi Tip Kemas Mainan Anak Dengan Cara Paling Mudah Dan Jimat Masa Ibu

Diana Amir Kongsi Tip Kemas Mainan Anak Dengan Cara Paling Mudah Dan Jimat Masa Ibu

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 598 hits
Pelakon dan pengacara Diana Amir mempunyai cara tersendiri untuk mendisiplinkan anak anaknya Menerusi perkongsian di akaun Instagram Diana berkongsi tip untuk memastikan anak anak mengemas kembali mainan selepas menggunakannya Anak anak kes...
Lebih 5 Jam Kerja Datuk Siti Akan Bawa Aafiyah Tak Boleh Berpisah Lama Dengan Si Pipi Merah

Lebih 5 Jam Kerja Datuk Siti Akan Bawa Aafiyah Tak Boleh Berpisah Lama Dengan Si Pipi Merah

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 387 hits
Selepas bergelar ibu Datuk Seri Siti Nurhaliza meletakkan syarat untuk keluar bekerja tidak lebih daripada lima jam kerana tak sanggup berpisah terlalu lama dengan anaknya Siti Aafiyah Siti menjelaskan syarat itu dah diberitahu awal kepada ...
Tunai Umrah Ketika Hamil Puteri Sarah Liyana Kongsi Tip Ambil Vaksin Meningococcal Flu

Tunai Umrah Ketika Hamil Puteri Sarah Liyana Kongsi Tip Ambil Vaksin Meningococcal Flu

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 515 hits
Aktres Puteri Sarah Liyana suami Syamsul Datuk Yusof bersama anak lelaki sulung mereka Syaikhul Islam kini sedang menunaikan ibadah umrah Sarah yang kini sedang hamil berkongsi tip mengenai pengambilan vaksin sebelum menunaikan umrah Dalam ...
Epidural Punca Sakit Belakang Lumpuh Doktor Ini Jelaskan 3 Kelebihan 7 Risiko Penggunaan Epidural

Epidural Punca Sakit Belakang Lumpuh Doktor Ini Jelaskan 3 Kelebihan 7 Risiko Penggunaan Epidural

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 360 hits
Ramai yang menyalahkan epidural hingga ada yang mendakwa boleh menyebabkan punca sakit belakang lumpuh Mama papa jangan percaya dulu ikuti penhelasan doktor ini mengenai kelebihan risiko penggunaan epidural semasa bersalin Sebaik baiknya ib...
Manusia Pengkhianat Bongkar Datuk Dalang Kartel Pakistan Di Klia

Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti

Makin Bersemut Netizen Dakwa Dengar Bella Astillah Panggil Syed Saddiq Baby Tolonglah Kahwin

Ibu Neelofa Dedah Hidap Kanser Anak Anak Amp Suami Menangis Dapat Tahu

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers