Punca Ibu Sakit Pergelangan Tangan Lepas Bersalin Ini 5 Perkara Tentang Mommy Thumb


Punca Ibu Sakit Pergelangan Tangan Lepas Bersalin. Ini 5 Perkara Tentang ‘Mommy Thumb’. Walaupun jarang kita dengar orang sebut tentang DeQuervain’s tenosynovitis, tapi rupanya ramai ibu yang baru melahirkan mengalami kondisi ini tanpa disedari. Ia melibatkan rasa sakit pada pergelangan tangan, terutamanya ketika menggerakkan ibu jari atau mendukung bayi. Sindrom yang disebabkan oleh keradangan pada tendon di ibu jari ini sering dikaitkan dengan simptom selepas bersalin dan ia kadangkala turut digelar ‘new mom’s syndrome’ atau ‘Mommy Thumb’, seperti yang dilaporkan dalam The New York Times. Berikut adalah beberapa perkara yang anda perlu tahu tentang DeQuervain’s Tenosynovitis:

1. PUNCA IA BERLAKU Beberapa faktor boleh menjadi punca keradangan DeQuervain’s Tenosynovitis, antaranya hormon yang turun naik atau pengumpulan cecair dalam tubuh semasa kehamilan. Walaubagaimanapun, kemungkinan yang paling besar adalah disebabkan proses mengangkat dan menggunakan tangan yang terlalu kerap (over-used). Proses berulang ini memberi tekanan pada otot yang berfungsi menggerakkan ibu jari, iaitu tendon. Posisi mengangkat atau mendukung bayi yang salah juga boleh menyebabkan bengkak menjadi lebih teruk pada bahagian tendon sehingga ke tulang pada pergelangan tangan.

2. BILA IA BERLAKU Walaupun kondisi ini boleh berlaku pada sesiapa saja dan pada bila-bila masa, ia kerap berlaku pada wanita selepas bersalin – iaitu kira-kira 2 hingga 3 minggu selepas melahirkan. Biasalah, bila berpantang memang kita kerap mendukung bayi, sampai sambil tidur pun boleh dukung bayi, kan? Di samping itu, ia lazimnya melibatkan tangan yang lebih dominan. Maksudnya, jika anda seorang kidal, anda akan sakit pada tangan kiri dan begitu juga sebaliknya.

3. SIMPTOM DEQUERVAIN’S TENOSYNOVITIS Rasa sakit yang dirasai pada bahagian ibu jari adalah simptom utama penyakit ini. Rasa sakit mungkin akan datang perlahan-lahan atau secara mendadak. Malah, sakit ini mungkin boleh terasa hingga ke bahagian awal lengan (antara siku dan pergelangan tangan). Rasa sakit selalunya menjadi lebih teruk apabila tangan dan ibu jari digunakan terutamanya ketika menggenggam objek atau memusingkan pergelangan tangan.
Terdapat bunyi ketikan atau sensasi yang dirasakan apabila ibujari digerakkan. Bengkak pada bahagian pergelangan tangan yang berhampiran dengan ibu jari.

4. ADAKAH IA SERIUS? Untuk menentukan sama ada seseorang mengalami DeQuervain’s Tenosynovitis, doktor mungkin akan menjalankan Ujian Finkelstein. Dalam ujian ini, anda akan diminta menggenggam tangan dengan memposisikan ibu jari berada di dalam genggaman. Ibu jari ini kemudiannya perlu dibengkokkan ke arah jari kelingking. Jika rasa sakit semakin teruk, maka anda mungkin mengalami DeQuervain’s Tenosynovitis. Tahap kesakitan akan didiagnos oleh doktor berdasarkan pemeriksaan fizikal dan laporan oleh pesakit.

5. CARA MENGATASI Terdapat beberapa cara untuk mengatasi rasa sakit akibat DeQuervain’s Tenosynovitis, antaranya: Tindakan pertama yang perlu diambil adalah memastikan bahawa anda mendukung bayi anda dengan betul. Perhatikan bahagian pergelangan tangan supaya ia berada dalam keadaan lurus semasa mendukung atau mengangkat bayi. Gunakan alat penggendong / baby carrier / stroller sekiranya anda keluar membawa bayi supaya tangan anda tidak terlalu letih untuk mendukungnya. Sekiranya rasa sakit tidak begitu kuat, anda boleh menggunakan tuaman ais pada bahagian tersebut. Sedikit gerakan tangan atau senaman boleh dilakukan seperti dalam gambar rajah di bawah. Jika perlu, anda boleh menggunakan brace atau wrist support pada tangan yang sakit. Jika masih belum lega, terdapat juga ubat tahan sakit dan anti-radang yang boleh dipreskripsikan. Namun, jangan lupa beritahu doktor sekiranya anda menyusu badan. Andainya keradangan ini berada tahap yang teruk, suntikan ubat anti-radang seperti cortisone akan diberikan. Akhir sekali, jika kesakitan masih teruk, pembedahan akan dilakukan pada bahagian tendon tersebut.

JANGAN ABAIKAN KESAKITAN Memang betul, dalam sesetengah kes, rasa sakit ini akan menghilang dengan sendirinya. Ia selalu berlaku apabila ibu mengurangkan aktiviti berat seperti mendukung bayi. Namun ada kalanya simptom ini akan menjadi lebih teruk dan kronik apabila dibiarkan tanpa pemeriksaan dan rawatan. Bahkan, ia boleh berulang pada masa akan datang walaupun telah sembuh sepenuhnya. Jadi, jangan abaikan rasa sakit yang dirasai, terutamanya jika anda berasa sakit yang amat kuat dan tajam serta mengesan bengkakan pada bahagian pergelangan tangan. Dengan rawatan awal, lebih tinggi peluang untuk disembuhkan dengan mudah dan dalam masa yang cepat.
Sumber: Sirap Limau
The post Punca Ibu Sakit Pergelangan Tangan Lepas Bersalin. Ini 5 Perkara Tentang ‘Mommy Thumb’ appeared first on .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/punca-ibu-sakit-pergelangan-tangan-lepas-bersalin-ini-5-perkara-tentang-mommy-thumb/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tumpah Darah Lepas Bersalin Bukan Hal Biasa Biasa Boleh Sebabkan Kematian Ibu Hamil Perlu Ada Ilmu

Tumpah Darah Lepas Bersalin Bukan Hal Biasa Biasa Boleh Sebabkan Kematian Ibu Hamil Perlu Ada Ilmu

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 604 hits
Kes kematian ibu selepas melahirkan anak bukanlah hal biasa yang boleh dipandang ringan oleh ahli keluarga Disebabkan itulah orang orang lama selalunya menasihatkan ibu berpantang supaya ditemani suami atau ahli keluarga ketika berpantang S...
5 Punca Vagina Koyak Teruk Masa Bersalin Normal Bakal Ibu Sila Fahamkan

5 Punca Vagina Koyak Teruk Masa Bersalin Normal Bakal Ibu Sila Fahamkan

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 562 hits
Untuk elakkan masalah vagina koyak teruk masa bersalin sangat penting untuk bakal ibu tahu puncanya supaya ia dapat dielakkan
Sayu Hati Anak Lihat Ibu Digilis Lori Depan Mata Lepas Selesai Urusan Tabung Haji

Sayu Hati Anak Lihat Ibu Digilis Lori Depan Mata Lepas Selesai Urusan Tabung Haji

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 609 hits
Siapa sangka saat menunggang motor dan dibonceng oleh ibu adalah kali terakhir dia dapat lihat wanita itu di dunia ni Itulah yang terjadi kepada Zulfianshah Syaifullah 18 apabila dia kehilangan ibunya dalam kejadian jam 1 20 tengah hari sem...
Nak Atasi Sakit Kontraksi Bersalin Dengan Teknik Pernafasan Ini Panduannya Mama Mesti Tahu Curi Nafas

Nak Atasi Sakit Kontraksi Bersalin Dengan Teknik Pernafasan Ini Panduannya Mama Mesti Tahu Curi Nafas

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 469 hits
Mama perlu tahu yang pernafasan yang betul berupaya memaksimumkan kandungan oksigen di dalam tubuh Ini secara tidak langsung berupaya membantu mengatasi rasa sakit semasa bersalin Sekiranya mama dan papa pernah mengikuti kelas antenatal sal...
Tanggungjawab Menjaga Ibu Bapa Sakit Siapa Yang Wajib Sebenarnya

Tanggungjawab Menjaga Ibu Bapa Sakit Siapa Yang Wajib Sebenarnya

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 856 hits
Tanggungjawap Menjaga Ibu Bapa Sakit Siapa Yang Wajib Sebenarnya Artikel ini dipetik daripada ustazah Noor Laila Aniza Binti Zakaria untuk permahaman bersama dalam hal kewajiban sebenar menjaga ibu bapa yang sakit Jadi tidak akan berlaku sa...
Saya Tak Berniat Bunuh Baru Sebulan Bernikah Dah Bersalin Si Ibu Panik Tekup Mulut Bayi Sampai Mati

Saya Tak Berniat Bunuh Baru Sebulan Bernikah Dah Bersalin Si Ibu Panik Tekup Mulut Bayi Sampai Mati

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 984 hits
Saya tak berniat bunuh Baru sebulan bernikah dah bersalin si ibu panik tekup mulut bayi sampai matiPolis berjaya merungkai misteri penemuan mayat seorang bayi pada 10 November lalu yang dikuburkan di sebuah kebun di sebuah taman perumahan d...
10 Kumpulan Titik Akupresur Untuk Redakan Sakit Ringan Cuma Modal Jari Tangan

10 Kumpulan Titik Akupresur Untuk Redakan Sakit Ringan Cuma Modal Jari Tangan

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 370 hits
Kalau semua keluhan kesehatan harus mengandalkan obat obatan kimia kasihan hati dan ginjalmu juga
Jangan Pandang Ringan Masalah Tumpah Darah Ibu Boleh Undang Maut Ketika Bersalin

Jangan Pandang Ringan Masalah Tumpah Darah Ibu Boleh Undang Maut Ketika Bersalin

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 578 hits
Kita selalu mendengar istilah tumpah darah selepas bersalin tanpa mengetahui apakah sebenarnya yang berlaku Masalah tumpah darah sebenarnya satu dari penyebab utama kematian ibu di Malaysia dan juga di negara yang sedang membangun Jadi jang...
Nabi Dah Sebut Tentang Teknologi Telefon Amp Komunikasi Ratusan Tahun Yang Lepas Ini Buktinya

Nabi Dah Sebut Tentang Teknologi Telefon Amp Komunikasi Ratusan Tahun Yang Lepas Ini Buktinya

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 258 hits
Sebahagian daripada informasi paling menarik yang diberitakan oleh Nabi Muhammad terdapat dalam hadis beliau yang menggambarkan teknologi komunikasi di masa moden Salah satu hal yang beliau katakan cukup membanngkitkan Hari kiamat
New Ai And Accessibility Updates Across Android Chrome And More

Pizza Time

Aktiviti Serahan Memorandum Bantahan Perjanjian Pandemik Dasar Digital Negara Kepada Suhakam Ppim 16 05 2025

Media Sosial Makin Toksik Apa Jadi Macam Mana Nak Handle

Akmal To Anwar We Are Not Obsessed With Najib Just Want Fair Treatment

Perkara Yang Jangan Di Lakukan Ketika Bercuti Di China

Malaysia Committed To Petrol Subsidy Cuts In Second Half Of 2025 Says Mof

Rumor Transfer Persib Bandung 10 Nama Pemain Top Masuk Dalam Radar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pemakanan Ibu Gdm Jangan Sekat Makan Tapi Bijak Pilih

Imuniti Anak Lemah Kurang Bersenam Antara Penyebabnya

Kegunaan Servis Lori Roro Dan Lori Pembuangan Sampah Di Kl

Ya Allah Permudahkanlah Urusan Jodohku

Buat Lelaki Di Luar Sana Fikir Fikirlah Sebelum Kahwin Lagi

Tahniah Anakanda Nur Aina Insyirah Binti Suhaimi