Ecrl Kargo Lebih Menguntungkan Berbanding Penumpang


Mikhail Raj Abdullan & Nurul Hanis Izmir 
   
Segmen muatan kargo akan muncul sebagai sektor yang lebih menguntungkan berbanding aliran penumpang menerusi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berikutan kelebihan laluan darat memacu transaksi penghantaran serta memendekkan tempoh perjalanan secara ketara di antara Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Kuantan.

Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) Tun Daim Zainuddin berkata muatan kargo itu akan menyumbang kira-kira 70 peratus kepada hasil berbanding aliran penumpang sebanyak 30 peratus berikutan masa perjalanan lebih singkat serta kebergantungan lebih tinggi sebagai kaedah atau mod pengangkutan.

"ECRL itu menyediakan jambatan darat yang menghubungkan Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Kuantan dan memendekkan tempoh perjalanan antara kedua-dua pelabuhan itu kira-kira 30 jam.

“Berikutan itu, ECRL menyediakan alternatif penghantaran atau pemindahan barangan yang lebih pantas di antara kedua-dua pelabuhan itu berbanding laluan laut yang memakan masa lebih lama," katanya dalam temu bual bersama Bernama pada Khamis.

Daim berkata demikian sebagai mengulas perkembangan membabitkan pemeteraian Perjanjian Tambahan (SA) antara pemilik projek, Malaysia Rail Link Sdn Bhd dan rakan usaha sama China Communications Construction Company Ltd (CCCC) bagi mengurus, mengoperasi dan menyelenggara rangkaian rel ECRL yang akan dibina pada kos lebih rendah.

Beliau yang juga wakil khas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan berjaya memuktamadkan ECRL selepas rundingan selama sembilan bulan, berkata laluan rel itu akan turut menghubungkan Pelabuhan Kuantan dan Pelabuhan Klang dengan pelbagai hab industri, pelabuhan,
kawasan tumpuan pelancongan dan ibu negeri di Pantai Timur.

Proses itu akan merangsang pertumbuhan baharu di sepanjang koridor ECRL yang memerlukan kaedah pengangkutan yang dipecayai bagi penghantaran barangan serta pengangkutan penumpang.

"Kami menjangkakan muatan kargo itu menjadi penyumbang utama ECRL...namun apabila pembangunan di sepanjang laluan rel dan Pantai Timur meningkat, maka aliran penumpang juga secara automatik akan turut bertambah," katanya.

Mengulas aliran penumpang itu, Daim berkata : "Kita merujuk mereka yang akan melawat ahli keluarga atau kalangan pelancong yang kini diberi pilihan menggunakan kemudahan pengangkutan alternatif untuk ke Pantai Timur.

“Atas alasan itu, kita juga harus memastikan harga-harga tiket itu adalah berpatutan.”

Jelas Daim, demi merancakkan aliran penumpang itu, kerajaan Pakatan Harapan telah memutuskan untuk melakukan penjajaran semula ECRL agar melalui Putrajaya Sentral.

Keputusan itu disifatkan beliau sebagai berpandangan jauh kerana menghubungkan Pantai Timur dengan pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan yang sememangnya penting bagi tujuan perniagaan.

"Langkah ini akan turut membantu meningkatkan lagi jumlah penumpang bagi ECRL tersebut,” katanya.

Menurut Daim, projek ECRL itu kini akan merentasi lima negeri - Selangor-Wilayah Persekutuan-Putrajaya, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu dan Kelantan di bawah perjanjian yang dinilai semula berbanding empat negeri dalam perancangan asal.

Ini secara langsung akan membolehkan lebih ramai penduduk berpeluang merasai kesan limpahan daripada projek ECRL itu, kata beliau.- Bernama




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/04/ecrl-kargo-lebih-menguntungkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tsmc Melengkapkan Rekaan Cip 5nm Bakal Hadir Dengan Prestasi Lebih Baik Berbanding Cip 7nm

Tsmc Melengkapkan Rekaan Cip 5nm Bakal Hadir Dengan Prestasi Lebih Baik Berbanding Cip 7nm

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 459 hits
Tidak lama dahulu kami ada melaporkan bahawa iPhone pada tahun 2020 dikatakan akan menggunakan cip pemprosesan 5nm keluaran TSMC Nampaknya syarikat tersebut baru sahaja melengkapkan rekaan cip pemprosesan 5nm tersebut dikala banyak syarikat...
Harga Oneplus 7 Akan Lebih Mahal Berbanding Oneplus 6t

Harga Oneplus 7 Akan Lebih Mahal Berbanding Oneplus 6t

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 325 hits
Walaupun jenama OnePlus kini berada di dalam kategori peranti premium lima teratas OnePlus masih belum dapat menandingi iPhone lagi Walau bagaimanapun OnePlus dilihat tidak ingin mengalah dan ingin tawarkan peranti yang premium tetapi berba...
Ecrl Baru Lebih Murah Lestari Dan Mesra Alam

Ecrl Baru Lebih Murah Lestari Dan Mesra Alam

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 703 hits
A Kadir Jasin Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger Ia tiada kena mengena dengan apa apa jawatan yang mungkin saya pegang Tun Daim runding dan met...
Apa Itu Laravel Adakah Ia Lebih Baik Berbanding Core Php

Apa Itu Laravel Adakah Ia Lebih Baik Berbanding Core Php

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 392 hits
Sebelum saya diperkenalkan dengan apa itu Laravel saya sering mendengar istilah Don t reinvent the wheel unless you plan on learning more about wheels yang diguna pakai untuk menyatakan kepada semua jangan la buat kerja bodoh buat benda yan...
Projek Ecrl Diteruskan Dengan Kos Lebih Rendah

Projek Ecrl Diteruskan Dengan Kos Lebih Rendah

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 433 hits
Foto AFPPUTRAJAYA 12 April Projek Laluan Rel Pantai Timur akan disambung semula pada kos yang lebih rendah susulan permeteraian perjanjian tambahan antara Malaysia Rail Link Sdn Bhd dan China Communications Construction Company Ltd demikian...
Pengguna Iphone Didapati Lebih Gemar Menggunakan Peranti Mereka Ketika Memandu Berbanding Pengguna Android

Pengguna Iphone Didapati Lebih Gemar Menggunakan Peranti Mereka Ketika Memandu Berbanding Pengguna Android

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 352 hits
Kajian ini dijalankan terhadap 2000 pemandu jalan raya di Amerika Tapi 8230 Dalam bulan Mac Lepas baru baru ini The Zebra iaitu sebuah syarikat yang menawarkan perbandingan insurans kereta di Amerika telah menjalankan kaji selidik terhadap ...
Rakyat Akan Sedar Ph Lebih Baik Berbanding Bn Kata Kok

Rakyat Akan Sedar Ph Lebih Baik Berbanding Bn Kata Kok

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 366 hits
KETIDAKPUASAN hati terhadap Pakatan Harapan yang semakin meningkat disebabkan harapan tidak realistik rakyat untuk melihat perubahan drastik kata Menteri Industri Utama Teresa Kok Dalam temu bual dengan portal berita Malaysiakini Kok berkat...
Rundingan Semula Ecrl Buka Lebih Peluang Kepada Rakyat Kata Mahfuz

Rundingan Semula Ecrl Buka Lebih Peluang Kepada Rakyat Kata Mahfuz

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 380 hits
Rundingan semula ECRL buka lebih peluang kepada rakyat kata Mahfuz Dikemas kini 17 minit yang lalu Diterbitkan pada 16 Apr 2
Ecrl Malaysia Rugi Lebih Besar Sekiranya Dibatalkan

Ecrl Malaysia Rugi Lebih Besar Sekiranya Dibatalkan

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 339 hits
Malaysia dilihat tidak mempunyai pilihan lain dan perlu meneruskan projek East Coast Rail Link bagi menjaga hubungan diplomatik dengan China Memandangkan China adalah sebuah kuasa besar alternatif terbaik yang ada untuk Malaysia hanyalah de...
Himpunan Turun Anwar Jadual Masa Lokasi Jalan Tutup 26 Julai

Thee Bold Stories Pilihan Beg Travel Untuk Pengembara Moden

Bukan Guru Biasa Bila Rasa Kagum Jadi Cemburu

Cuba Carik Dimana Dajjal Dalam Ini Gambar

Web Design Company Selangor Build A Website That Works For Your Business

Apa Jenama Tayar Yang Lembut Untuk Serap Hentakan Kereta

Demam Denggi Simptom Rawatan Petua Sokongan

Samosa Paratha Inti Berempah Kulit Rangup Rasa Memikat


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tian Chua Tolak Jemputan Hadir Demo Turun Anwar

Small Parties Risk Being Tied To Pn In Opposition Front

Police Beef Up Presence Ahead Of Turun Anwar Rally In Kl

Garuda Muda Lolos Ke Final Indonesia U 23 Taklukkan Thailand Lewat Adu Penalti Di Gbk

Lelaki Hebat Harus Bagaimana

From Data To Decisions How Artificial Intelligence Is Transforming Digital Marketing Strategies