Apa Itu Laravel Adakah Ia Lebih Baik Berbanding Core Php


Sebelum saya diperkenalkan dengan apa itu Laravel, saya sering mendengar istilah “Don’t reinvent the wheel, unless you plan on learning more about wheels” yang diguna pakai untuk menyatakan kepada semua, “jangan la buat kerja bodoh buat benda yang sama, pakailah benda yang sedia ada” merujuk kepada penggunaan framework di pasaran.
Secara jujurnya apa yang dikatakan itu ada betulnya kerana saya dah pernah rasa. Bayangkan kita tuliskan semula login page, kita design antaramuka tanpa framework seperti Bootstrap atau vue.js, tetapi rakan di sebelah dah mula buat backend development. Betapa lama agaknya masa kita terbuang untuk menulis semula fungsi yang ringkas itu. Alangkah ruginya masa kita. Itulah benda yang saya rasa semasa buat final year project dahulu di Politeknik dan Universiti.
Sebab itu sambil-sambil kita mempelajari Core PHP, kita juga perlukan alternatif. Kalau boleh hidupkan xampp, terus jalan. Kita tak perlu buang masa menulis semula kod asal, kita gunakan apa yang anda. Nescaya segala kerja kompleks dapat dipermudahkan. Disebabkan itulah saya ingin memperkenalkan anda kepada Laravel.
Apa itu Laravel?
Laravel ini merupakan sebuah PHP Framework sumber terbuka yang dihasilkan oleh Taylor Otwell, seorang pembangun laman web daripada Amerika Syarikat dan direleasekan pada Jun 2011. Menyasarkan rangka kerja aplikasi web yang elegen dan ekspresif, beliau mahu menjadikan pembangun Laravel mencapai kepuasan dan pengalaman yang menyeronokkan ketika membangunkan aplikasi tanpa perlu mengorbankan mana-mana fungsi aplikasi.
Beliau mengambil aspirasi daripada framework bahasa lain yang sedia ada di pasaran seperti Ruby on Rails, ASP.NET MVC dan sinatra. Kemudiannya beliau menghasilkan framework yang lebih baik untuk PHP dimana ianya lebih mudah diakses, berkuasa dan pelbagai.
Selain daripada itu, Laravel menggunakan sistem packaging modular  dengan pengurusan pergantungan dedikasi (dedicated dependency manager), satu kemampuan mengakses pangkalan data yang membantu para pembangun untuk penyelenggara aplikasi dan melakukan penyelenggaraan berorentasikan gula sintaktik (syntactic sugar).
Malahan Taylor juga menghasilkan sebuah framework PHP tersusun yang menerapkan kaedah pembinaan web berunsurkan model-view-controller (MVC) dan berdasarkan Symfony dalam Laravel.
MVC di dalam Laravel Bagi mereka yang kurang jelas tentang MVC dalam Laravel, Laravel menggunakan Model-view-controller (MVC) ialah paten pembinaan yang memisahkan aplikasi logik (business logic) dan persembahan (presentation logic). Terdapat 3 komponen yang terdapat didalam paten iaitu model, view dan controller.
Setiap komponen ini bertanggungjawab untuk mengendalikan aspek pembangunan yang kursus didalam pembangunan aplikasi. Contohnya model selaku struktur data membantu mengelola data, view yang menjadi tampilan kepada pengguna dan controller yang menjadi jambatan kepada model dan view.
Bukan itu sahaja, dengan MVC segala bentuk kerja seperti manipulasi data, kawalan fungsi dan paparan antaramuka dapat dilakukan dengan mudah. Kebiasaannya MVC ini menjadi standard industri yang digunakan untuk pembangunan aplikasi web. (selain MVVM)
Laravel framework terbaik? PHP telah dikenali sebagai server side scripting popular di seluruh dunia di syarikat-syarikat yang membangunkan aplikasi berasaskan web. Malahan menurut Github, PHP disenaraikan sebagai 5 bahasa pengaturcaraan terpopular untuk tahun 2018. Disebabkan perkembangannya semakin berevolusi, maka penciptaan aplikasi akan menjadi semakin kompleks dan ianya bergerak seiring dengan kemampuan. Jadi tak kan nak bangunkan daripada scratch lagi?
Kalau nak tanya adakah Laravel merupakan framework PHP yang terbaik, jawapan saya ialah “Ya”. Pemula (begineer) juga tidak akan mempunyai masalah kritikal untuk membangunkan web asalkan mereka mempunyai kefahaman yang baik didalam object oriented programming (OOP). Segala fungsi tipikal pre-pemasangan sebuah laman web juga turut disediakan. Nak tau lagi? Nahhh…
Kelebihan Laravel
Laravel datang membantu kita. Ianya membawa satu ekosistem yang membenarkan pembangun untuk membangunkan aplikasi dengan kadar yang segera dan selamat. Ada beberapa ciri yang menjadikan Laravel platform terbaik PHP. Antaranya..
1. Memudahkan authentication, authorization Fuh ini benda paling leceh nak buat walaupun ada diantara kita yang kata sekejap je ni. Authentication ada fungsi untuk memeriksa fungsi pengguna sama ada pengguna itu mempunyai kelayakan atau tidak untuk mengakses sistem. Authorization pula ada fungsi dimana pengguna yang berkelayakan itu mempunyai kebenaran atau tidak untuk menggunakan sumber yang ada.
use Illuminate\Support\Facades\Auth; protected function guard() { return Auth::guard('guard-name'); } Contoh ubah guard untuk authenticate dan pendaftaran pengguna
Contoh kod diatas adalah bagaimana Guard didalam Laravel menentukan bagaimana pengguna disahkan(authenticated) untuk setiap permintaan (request).
Fungsi yang sama boleh dibuat dalam Core PHP, tapi leceh la.
2. Enjin Template Blade Sebagai ciri terbaik dari rangka kerja pembangunan web Laravel, enjin template Blade mudah digunakan dan difahami kerana ia membenarkan anda sebagai programmer untuk berkarya menggunakan imaginasi anda. Bina UI/UX terbaik anda menerusi template blade. Ia membantu programmer untuk memahami fungsi asasnya walaupun mereka punyai pengalaman bekerja dengan bahasa PHP / HTML biasa sahaja.
<!-- Stored in resources/views/layouts/app.blade.php --> <html> <head> <title>App Name - @yield('title')</title> </head> <body> @section('sidebar') This is the master sidebar. @show <div class="container"> @yield('content') </div> </body> </html> Contoh penggunaan blade
3. Dokumentasi yang hebat Dokumentasi Laravel yang sangat mesra pengguna. Semua versi Laravel dikeluarkan dengan dokumentasi yang betul, dan anda akan menemui penjelasan yang baik dan terperinci mengenai gaya, kaedah dan kelas pengekodan. Malahan dokumentasi juga dibantu oleh Laracasts.
Laracasts antara nadi kepada pembangun aplikasi untuk belajar tentang pembangunan Laravel. Lebih-lebih lagi dengan tutorial Jeffrey Way yang agak pro dengan Laravel ni. Walaupun ada diantaranya yang berbayar, namun masih terdapat banyak juga bilangan video percuma tentang cara menggunakan Laravel. Kandungan dan silibus pembelajaran juga berkualiti, tinggal belajar je.
Laman web laracasts: Klik sini
4. Sistem keselamatan yang baik Pembangunan web Laravel secara unik menyediakan cara yang selamat untuk aplikasi web. Ia telah menggunakan kata laluan hashed (#) dan tidak menyimpan kata laluan dalam bentuk teks biasa. Selain itu, ia telah menggunakan algoritma hash Bcrypt dalam membuat kata laluan yang disulitkan. Ada juga beberapa contoh lain.
<form name="test"> {!! csrf_field() !!} <!-- Other inputs can come here--> </form> Perlindungan Cross-Site Request Forgery (CSRF) di Laravel
Contohnya bagi memberi perlindungan daripada serangan CSRF, Laravel menggunakan Form clases token method. Cuba tengok dalam form tu, ada field tersembunyi yang dipanggil CSRF token. Ini bagi memastikan permintaan yang dibuat adalah daripada aplikasi anda sendiri, bukan daripada tempat lain.
5. Kemudahan PHP Artisan Ini adalah alat yang disediakan oleh pembangunan web Laravel ketika mula membangunkan projek. Programmer berinteraksi dengan rangka kerja dengan menggunakan command line (cmd/ gitbash) yang berhak membuat dan mengurus persekitaran projek pembangunan web Laravel. Artisan adalah alat terbina dalam yang disediakan oleh Laravel. Dengan alat ini, kita boleh melaksanakan tugas-tugas utama yang berulang-ulang dan paling membosankan.
php artisan make:route Ini antara contoh command line PHP artisan
6. Migrasi pangkalan data Melakukan migrasi pangkalan data di Laravel tersangatlah mudah. Kemudahan ini dapat membantu seseorang untuk meningkatkan struktur pangkalan data tanpa perlu perubahan query yang kritikal. Dengan ini, kemungkinan kehilangan kod dapat dielakkan. Laravel juga menyediakan perkhidmatan mengubah struktur dan membolehkan kita melakukannya dengan menggunakan kod PHP dan bukannya query (SQL).
php artisan make:migration create_users_table --create=users php artisan make:migration add_votes_to_users_table --table=users contoh migrasi table users
7. Reverse routing Ini adalah ciri yang sangat berguna dalam Laravel di mana anda boleh membuat pautan di routes. Dengan declare di routes sahaja, Laravel akan memasukkan URL yang betul secara automatik. Dan apabila anda perlu menukar routes pada masa akan datang, perubahan akan dibuat secara automatik di mana-mana sahaja.
Route::get(‘login’, ‘users@login’); contoh tetapan routes di routes/web.php dimana programmer boleh menukarkannya dengan mudah. Jadi selepas tetapan ini, pengguna hanya perlu memasukkan laman websitesaya.com/login untuk mengakses laman web yang diinginkan. Semudah itu.
Sebenarnya banyak lagi fungsi-fungsi menarik yang terdapat didalam Laravel seperti Eloquent ORM, Packages, IoC Container, CLI, cron jobs, mail queues banyak lagi. Tetapi anda kena terokainya sendiri. Asal bertepatan dengan kehendak yang anda mahukan, silakan memilih. Sekurangnya anda tahu apa itu Laravel dan silalah memilih.
Jawapan kepada soalan Berbalik kepada persoalan artikel ini, menjawab soalan mana yang lebih baik, Laravel atau Core PHP? Bagi saya jika anda mahukan kod yang clean, laju dan optimis dimasa yang sama anda mempunyai code base yang membantu anda untuk bekerja lebih cepat, go ahead. Pakai sahaja Core PHP. Sebab Core PHPboleh menawarkan aplikasi yang ringan dan laju. Jika anda mahukan kerja mudah dimana segala fungsi yang diperlukan sudah tersedia atau pre-pemasangan, boleh gunakan framework. Framework membantu anda bekerja dengan lebih laju dan selamat.
Baca juga: Cara Membuat Localhost Dengan Menggunakan XAMPP
Baca juga: Bagaimana Cara Install WordPress Di Localhost
Baiklah, itu sahaja penerangan ringkas mengenai Laravel pada hari ini, terima kasih kerana sudi membaca. Saya harap artikel ini dapat menjawab tentang apa itu Laravel dan apa juga kelebihannya. Jika saya punyai kesempatan, saya akan cuba buat tutorial Laravel tentang cara menggunakannya pula. Idea banyak, tapi apa boleh buat, sibuk pula.
The post Apa itu Laravel? Adakah ia lebih baik berbanding Core PHP? appeared first on Azmir Shah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://azmirshah.com/apa-itu-laravel/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rakyat Akan Sedar Ph Lebih Baik Berbanding Bn Kata Kok

Rakyat Akan Sedar Ph Lebih Baik Berbanding Bn Kata Kok

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 319 hits
KETIDAKPUASAN hati terhadap Pakatan Harapan yang semakin meningkat disebabkan harapan tidak realistik rakyat untuk melihat perubahan drastik kata Menteri Industri Utama Teresa Kok Dalam temu bual dengan portal berita Malaysiakini Kok berkat...
Yang Tak Sembahyang Lebih Baik Dari Yang Sembahyang

Yang Tak Sembahyang Lebih Baik Dari Yang Sembahyang

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 299 hits
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad agak pelik dengan sikap sesetengah penjawat awam beragama Islam yang berfikiran bahawa menerima rasuah baik baik saja kerana ia kurang berdosa berbanding minum alkohol Berucap pada majlis perjumpaan denga...
Ecrl Kargo Lebih Menguntungkan Berbanding Penumpang

Ecrl Kargo Lebih Menguntungkan Berbanding Penumpang

papar berkaitan - pada 20/4/2019 - jumlah : 269 hits
Segmen muatan kargo akan muncul sebagai sektor yang lebih menguntungkan berbanding aliran penumpang menerusi projek Laluan Rel Pantai Timur berikutan kelebihan laluan darat memacu transaksi penghantaran serta memendekkan tempoh perjalanan s...
Terdedah Perjanjian Rahsia Ecrl Ph Lebih Murah Berbanding Dengan Bn Benarkah

Terdedah Perjanjian Rahsia Ecrl Ph Lebih Murah Berbanding Dengan Bn Benarkah

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 295 hits
Untuk Kenyataan RPK ini Lim Guang Eng telah menafikan kenyataan RPK ini yang telah dimuat Naik di Malaysia Today net bahawa Kerajaan PH memberi Tanah Percuma Kepada China untuk dapat projek ECRL yang murah LGE saya fikir tidak mungkin beri ...
Adakah Pelan Selamatkan Th Akan Beri Hibah Lebih Tinggi Tahun Depan

Adakah Pelan Selamatkan Th Akan Beri Hibah Lebih Tinggi Tahun Depan

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 384 hits
Hibah Lembaga Tabung Haji sebanyak 1 25 yang terendah dalam sejarah mencetuskan perang besar maklumat dan hujah yang melemaskan di media sosial Hibah TH sepatutnya diumumkan sebelum Mac berakhir seperti yang dijanjikan Menteri di Jabatan Pe...
Wang Deposit Dalam Th Akan Diurus Dengan Lebih Baik Tun M

Wang Deposit Dalam Th Akan Diurus Dengan Lebih Baik Tun M

papar berkaitan - pada 20/4/2019 - jumlah : 347 hits
foto sumber internetKUALA LUMPUR Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi jaminan kepada pendeposit Tabung Haji bahawa wang deposit mereka akan diuruskan dengan lebih baik oleh kerajaan Pakatan Harapan Beliau berkata TH diuruskan den...
Jaminan Syurga Buat Orang Yang Menjauhi Perbalahan Berdiam Diri Adakalanya Lebih Baik

Jaminan Syurga Buat Orang Yang Menjauhi Perbalahan Berdiam Diri Adakalanya Lebih Baik

papar berkaitan - pada 21/4/2019 - jumlah : 334 hits
Rasulullah SAW pernah bersabda dalam sebuah hadis yang berbunyi Terjemahan Hadis Aku menjamin dengan sebuah istana di pinggir syurga bagi orang yang meninggalkan pertengkaran meskipun dia di pihak yang benar sebuah istana di tengah syurga b...
Adakah Doa Perempuan Hamil Itu Mustajab

Adakah Doa Perempuan Hamil Itu Mustajab

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 320 hits
Soalan Adakah doa seorang ibu yang sedang mengandung itu mustajab Jawapan Secara asasnya sesiapa sahaja yang berdoa telah diberikan jaminan oleh Allah S W T akan kemustajaban doa tersebut Ini seperti yang dinyatakan oleh Allah S W T melalui...
Telegram X Untuk Android Membawakan Sistem Notifikasi Baru Dan Pengesahan Dwi Faktor Yang Lebih Baik

Telegram X Untuk Android Membawakan Sistem Notifikasi Baru Dan Pengesahan Dwi Faktor Yang Lebih Baik

papar berkaitan - pada 28/4/2019 - jumlah : 353 hits
Telegram X merupakan variasi aplikasi bagi Telegram dengan sejumlah pengoptimasian dari segi fungsi dan dikelajuan Aplikasi ini nampaknya telah menerima sejumlah fungsi menarik melalui kemaskini yang diberikan untuk bulan April ini Fungsi p...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

The Founders Bagels Cinnamon Rolls

Mana Ji Sukjin Ada Yoo Jaesuk Kim Jongkook Calon Daesang Sbs Entertainment Awards Dikritik

Fitnah Dosa Besar Dianggap Jihad Apa Cer Muhyiddin Cakap Pas Ini Parti