Ecrl Baru Lebih Murah Lestari Dan Mesra Alam



A Kadir Jasin
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.
Tun Daim runding dan meterai  syarat yang lebih menguntungkan kitaPERJANJIAN Tambahan pembinaan Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) yang ditandatangani di Beijing pada 12 April lalu mempunyai banyak implikasi penting.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dalam sidang akhbar khas mengenainya di Putrajaya hari ini menyebut kesediaan China mengiktiraf kedudukan kewangan Malaysia sebagai perkara penting yang menyumbang kepada kejayaan rundingan semula tersebut.
[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]
Kerajaan Pakatan Harapan (PH) membantah projek era Barisan Nasional (BN) itu kerana jelas terdapat unsur-unsur yang membebankan, merugikan dan mencurigakan.
Perjanjian Tambahan yang dirundingkan oleh Tun Daim Zainuddin itu membuktikan secara sahih kecemerkapan, ketidaktelusan dan sikap sambil lewa kerajaan dahulu dalam merancang dan merundingkan projek tersebut.
Perjanjian Tambahan atau dalam bahasa Inggeris “Supplementary Agreement (SA)” itu ditandatangani di Beijing di antara Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRLSB) dan China Communications Construction Company Ltd (CCCC).
Malaysia diwakili di upacara itu oleh Daim manakala China oleh Dr Ning Jizhe, Naib Presiden Suruhanjaya Kebangsaan Bagi Pembangunan dan Reformasi. 
Perjanjian asal ditandatangani oleh kerajaan BN pada bulan November 2016.
Mohd Najib Abdul Razak menyaksikan Perjanjian 2016Antara ciri utama dan implikasi Perjanjian Tambahan adalah:
1. ECRL akan menjadi projek persepakatan jangka panjang antara Malaysia dan China serta pemangkin kepada perluasan kerjasama ekonomi.
2. Kos dikurangkan sebanyak 32.8 peratus yang berupa penjimatan RM21.5 bilion. Kos baru adalah RM44 bilion berbanding kos asal RM65.5 bilion. Kos pembinaan setiap kilometer dikurangkan daripada RM95.5 juta kepada RM68.7 juta.  
3. Kos pembiayaan pinjaman dijimatkan sebanyak RM5 bilion untuk tempoh 20 tahun kerana berjaya dikurangkan daripada RM19.4 bilion kepada RM14 bilion. Komponen tempatan dinaikkan daripada 30 peratus kepada 40 peratus.
4. Laluan dipendekkan kepada 640 Km daripada 688Km dan dijajarkan semula bagi mengurangkan kemungkinan kesan negatif terhadap alam semula jadi yang sensitif seperti Banjaran Titiwangsa, Klang Gate Quartz Ridge dan biosfera Orang Asli. Panjang terowong dikurangkan daripada 16Km kepada 7Km.
5. Bilangan negeri yang mendapat faedah bertambah daripada empat kepada lima, iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan (baru) dan Selangor. Wilayah Persekutuan Putrajaya juga akan diliputi oleh laluan baru itu.
6. Penjajaran semula akan mewujudkan jambatan darat (land bridge) di antara Pelabuhan Kuantan dengan Pelabuhan Klang yang dengan itu memperbaiki potensi pengangkutan kargo ECRL.
7. Ia juga akan menghubungkan ECRL dengan Rel Ekspres KLIA (ERL) dan laluan MRT2 di stesen Putrajaya Sentral yang sekali gus memperbaiki keterkaitan penumpang Pantai Barat dengan KLIA.
Laluan baru ECRL lebih mencakupi8. Penumpang Komuter dan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) KTM dari selatan akan bersambung dengan laluan ECRL di stesen Bangi/Kajang.
9. Perjanjian tambahan itu jaga mengandungi beberapa ciri yang lebih saksama dan menguntungkan kedua-dua buah negara untuk jangka sama panjang.
10. Yang penting dan istimewa adalah pihak China bukan lagi sekadar memberi pinjaman dan membina projek tersebut. Sekarang ia akan bersama-sama dengan kita memastikan projek ini lestari dan menguntungkan. Maksudnya, China akan turut menanggung risiko dan meraih faedahnya.
11. Oleh sebab itulah ditandatangani juga Memorandum Persefahaman terikat di mana MRLSB dan CCCC akan menubuhkan syarikat usaha sama operasi dan penyelenggaraan atas nisbah pemilikan 50:50.
12. Dalam bahasa yang mudah, China tidak boleh lepas tangan begitu saja setelah projek siap dibina dan meninggalkan kita untuk memikul segala beban dan risikonya. Melalui persetujuan ini, untung rugi akan dirasai bersama.
13.Dengan menjadikan ECRL sebagai pemangkin, Malaysia dan China akan memperluaskan kerjasama ekonomi. Perbincangan telah dimulakan bagi mewujudkan koridor pelaburan di hentian-hentian strategik sepanjang laluan ECRL yang melibatkan usaha sama Malaysia-China.
14. Secara langsung, pemikiran baru ini akan menyumbang ke arah menjadikan projek "Satu Kawasan Satu Laluan" atau “One Belt One Road” (OBOR) China lebih mesra rakan kongsi.
15. Dengan kata lain, China tidak lagi sekadar membina dan membiayai projek di negara asing menggunakan jenama OBOR tetapi turut sama memastikan projek itu lestari dan menguntungkan kedua-dua pihak.
16. Salah satu masalah besar yang dihadapi negara yang terbabit dengan OBOR adalah projek yang dibangunkan tidak mempunyai daya maju dan apabila hutang tidak dapat dibayar balik China mengambil alihnya. Ia merugikan negara tuan rumah dan mencemarkan imej China.
17. Penerusan ECRL dalam bentuk baru turut dihubungkaitkan dengan hubungan dagangan sedia ada antara kedua-dua negara, khususnya dalam bidang pertanian di mana kelapa sawit menjadi komponen penting.
18. Dr Mahathir berkata, China akan menimbang untuk menambah pengimportan minyak kelapa sawit.
19. Kerajaan tidak membuat U-turn. Dari awal lagi, pandangan PH adalah perjanjian asal yang dirundingkan dan ditandatangani oleh kerajaan BN membebankan negara dan perlu dirundingkan semula jika ECRL hendak diteruskan.
20. Pertama, kerajaan PH percaya melalui rundingan semula segala aspek negatif boleh dihapuskan dan syarat-syarat yang lebih baik diperoleh. Maka untuk tujuan itu bekas Menteri Kewangan dua kali, Tun Daim Zainuddin dilantik menjadi perunding.
21. Kedua, China adalah rakan perniagaan kita yang kedua terbesar selepas Singapura dan diikuti oleh Amerika Syarikat, Hong Kong (yang juga berupa wilayah khas China) dan Jepun. Jadi kita tidak boleh dan tidak mampu menyisihkan China.
22. Ketiga, kita terpaksa menerima hakikat dan menyiapkan diri kerana China sedang bergerak pantas bagi mengambil alih kedudukan Amerika sebagai ekonomi terbesar di dunia.
23. Jadi Perjanjian ECRL yang ditambah baik ini adalah jawapan semasa dan jangka panjang kepada usaha mengembalikan perhubungan Malaysia-China ke landasan yang betul dan menguntungkan kedua-dua negara.
24. Ia juga membuktikan di luar pertikaian bahawa PH membuat andaian yang betul  iaitu ECRL seperti yang dimeterai oleh kerajaan BN terlalu mahal dan membebankan negara.
25. Kita ucapkan tahniah dan terima kasih kepada Daim dan pasukannya yang bekerja keras dalam diam-diam bagi menyelesaikan kemelut ini supaya tepung tidak tumpah dan rambut tidak putus,
Wallahuaklam. Terima kasih.
NOTA Kaki: Untuk butir lengkap, pembaca dan semua pihak yang berminat boleh mendapat maklumat lanjut DI SINI.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kadirjasin.blogspot.com/2019/04/ecrl-baru-lebih-murah-lestari-dan-mesra.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rundingan Semula Ecrl Buka Lebih Peluang Kepada Rakyat Kata Mahfuz

Rundingan Semula Ecrl Buka Lebih Peluang Kepada Rakyat Kata Mahfuz

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 334 hits
Rundingan semula ECRL buka lebih peluang kepada rakyat kata Mahfuz Dikemas kini 17 minit yang lalu Diterbitkan pada 16 Apr 2
Wapres Jk Tarif Layanan Pelabuhan Batam Harus Lebih Murah Dari Jakarta

Wapres Jk Tarif Layanan Pelabuhan Batam Harus Lebih Murah Dari Jakarta

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 238 hits
Jusuf Kalla mengatakan selama ini operasional pelayanan di Pelabuhan Batu Ampar sangat tidak efektif dengan membebankan biaya biaya yang tidak diperlukan kepada pelaku usaha
Adakah Buat Tempahan Di Laman Web Airbnb Lebih Murah Berbanding Laman Web Lain

Adakah Buat Tempahan Di Laman Web Airbnb Lebih Murah Berbanding Laman Web Lain

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 576 hits
Seronoknya kalau dapat pergi bercuti Tapi sebelum nak pergi bercuti kenalah buat perancangan yang rapi terlebih dahulu Jika anda tak berhati hati kos untuk pergi bercuti boleh jadi sangat mahal No wonder tak ramai orang yang berani nak bawa...
Rhb Memperkenalkan Aplikasi Perbankan Serba Baru Lebih Kemas Banding Sebelumnya

Rhb Memperkenalkan Aplikasi Perbankan Serba Baru Lebih Kemas Banding Sebelumnya

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 230 hits
RHB kini telah memperkenalkan aplikasi perbankan yang serba baru sebagai alternatif untuk aplikasi RHB sedia ada di pasaran Aplikasi baru ini ditawarkan secara berasingan dan bukannya sebagai kemaskini untuk aplikasi sedia ada RHB melabelka...
Food Delivery Shah Alam Murah Sedap

Food Delivery Shah Alam Murah Sedap

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 366 hits
Assalamualaikum dan selamat pagi Harap semua sihat la ye Ainul nak kongsi pengalaman order makanan dengan food delivery di area Shah Alam Hari tu ada anjurkan kelas Energizer di Supermom opis Dari pagi sampai tengah hari Kami anjurkan kelas...
Lebih Murah Rezeki Selepas Langsaikan Hutang

Lebih Murah Rezeki Selepas Langsaikan Hutang

papar berkaitan - pada 20/4/2019 - jumlah : 448 hits
Benar Rezeki murah selepas kita langsaikan hutang hutang yang kita tertangguh sekian lama Ia adalah salah satu cara untuk murah rezeki yang selalu di kongsi oleh rakan ustaz atau ilmuan Saya kongsikan bagaimana saya dapat rasai nikmat murah...
Perjanjian Ecrl Baru Di Manakah Kerugian Sebenar

Perjanjian Ecrl Baru Di Manakah Kerugian Sebenar

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 297 hits
Pertama sekali saya menyambut baik tindakan kerajaan untuk meneruskan ECRL dengan perubahan skop Walaupun perubahan tersebut adalah merugikan tetapi ia lebih baik daripada membatalkan projek ini seperti mana pengumuman sebelumnya Namun apak...
Pelancaran Parti Terbesar Pernah Disaksikan Tun M Bersatu Terima Lebih 125 000 Permohonan Jadi Ahli Baru Di Sabah

Pelancaran Parti Terbesar Pernah Disaksikan Tun M Bersatu Terima Lebih 125 000 Permohonan Jadi Ahli Baru Di Sabah

papar berkaitan - pada 7/4/2019 - jumlah : 452 hits
Foto oleh Berita HarianPeluasan Bersatu ke Sabah dilakukan kerana ramai bekas ahli Umno di negeri itu yang mahu menjadi anggota baru parti tersebut kata Dr Mahathir Mohamad Kata pengerusi Bersatu itu sedari awal pembentukan parti itu dua ta...
Teori Berdasarkan Pelan Ecrl Yang Baru

Teori Berdasarkan Pelan Ecrl Yang Baru

papar berkaitan - pada 14/4/2019 - jumlah : 1074 hits
Reminder This is just my theory not an official statement Pereingatan Ini hanyalah sekadar teori peulis bukannya kenyataan rasmi berkaitan projek Kita sudahpun tahu yang jajaran asal bagi ECRL atau Laluan Keretapi Pantai Timur telahpun dile...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resipi Gulai Cili Api Telur Ikan Parang Dengan Mangga Muda

Intan Ladyana Sebak Anak Sulung Masuk Sekolah Anak Mommy Dah Ready Mommy Yang Tak Ready

Pemberian Tol Percuma Sempena Perayaan Hari Krismas 2024

Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui