Cuti Mcd Tawar Pelbagai Aktiviti Menarik Cuti Sekolah 26 Ogos Hingga 3 Septermber 2023



Cuti@McD menawarkan pelbagai aktiviti menarik sempena cuti sekolah kali ini. Untuk pengetahuan semua, McD menjemput semua ibubapa yang berminat untuk membuat permohonan bagi menyertai aktiviti Cuti@McD ini.
McDonald’s Malaysia Anjur Program Bersama Kanak-kanak Sempena Cuti Sekolah  Bengkel ini akan diadakan pada 26 & 27 Ogos 2023 dan 2 & 3 September 2023, dari jam 09:45:00 hingga 12:00:00 (UTC + 8:00) di zon waktu Kuala Lumpur, Malaysia. Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd berhak untuk mengubah tarikh ini jika diperlukan dan akan diumumkan melalui laman web rasmi McDonald.
Aktiviti Cuti@McD yang Menyeronokkan Secara umumnya, Cuti@McD akan mengadakan 2 aktivti berbeza iaitu aktiviti hujung minggu dan aktiviti harian.
Senarai Aktiviti Hujung Minggu
Waktu ialah 9:45pagi hingga 12:00 tengah hari.
Sabtu, 26 Ogos Ahad, 27 Ogos Sabtu, 2 September Ahad, 3 September Aktiviti hujung minggu ialah 3 program seperti berikut :
Kids Burger Workshop Fashionista Kecil Warna-warni Happy Home Untuk aktiviti Kids Burger Workhop, anak-anak akan belajar menyediakan Happy Meal Chicken Burger sendiri dengan bantuan para pekerja. Disini mereka akan diberikan ilmu asas mengenai cara menyediakan makanan dengan betul, bersih, dan cermat. Anak-anak pasti teruja untuk mencubanya.

Aktiviti fashionista kecil ini pula adalah 1 aktiviti yang memberikan peluang kepada anak-anak untuk memperagakan pakaian tradisional dengan bangganya. Aktiviti ini bukan sahaja dapat memberikan pendedahan mengenai pakaian-pakaian tradisional kita, tetapi dapat memupuk semangat perpaduan di antara kaum.

Akhir sekali ialah aktiviti warna-warni happy home. Aktiviti ini ialah aktiviti mewarnakan kotak happy meal mengikut kreativiti masing-masing. Seperti yang kita tahu, happy meal merupakan kotak bekas makanan untuk set kanak-kanak yang disertakan dengan mainan. Pasti mereka teruja untuk menghasilkan kotak happy meal mereka sendiri!
Senarai Aktiviti Hari Isnin Hingga Jumaat 28 Ogos 2023 hingga 1 September 2023. Aktiviti hujung harian yang bakal di adakan ialah :
Origami Susun Cawan Warna-warni Mekdi Pusing Roda
Aktiviti susun cawan ini pasti menarik sekali kerana anak-anak akan berlumba-lumba untuk menyusun cawan kertas McD ini seperti menara! Siapa yang dapat susun paling cepat, dia yang menang. Nak cuba?

Aktiviti origami sudah tidak asing lagi buat anak-anak dan pasti aktiviti ini akan menjanjikan keseronokan buat mereka semua. Jom kita melipat kertas dan lihat siapa yang dapat mereka origami paling kemas dan cantik!

Aktiviti Pusing roda ini pasti bukan sahaja dapat menarik minat anak-anak tetapi pasti kita yang dewasa pun akan teruja dengan aktiviti ini. Pasti yang paling mengujakan ialah jika dapat hadiah percuma atau bernasib baik untuk mendapatkan hadiah misteri. Ya, hadiah misteri!

Akhir sekali ialah aktiviti warna-warni mekdi! Bagi aktiviti ini, para peserta akan dapat mewarnai hidangan McD kegemaran mengikut kreativiti mereka.
Syarat-Syarat Penyertaan Bagi Program Cuti@McD Untuk mengambil bahagian dalam bengkel ini, peserta dikehendaki mematuhi syarat-syarat berikut:
Berusia antara 5 hingga 12 tahun. Terbuka hanya kepada 20 peserta untuk setiap sesi. Peserta mesti disertai oleh ibu bapa atau wakil dewasa. Pendaftaran perlu dibuat melalui laman web www.mcdonalds.com.my/cuti-at-McD (tertakluk kepada perubahan) atau menggunakan kod QR dalam risalah/POP. Yuran sebanyak RM35 akan dikenakan sebelum mengambil bahagian dalam Aktiviti Bengkel Burger Kanak-Kanak. Selepas pendaftaran, Guest Experience Leader  (GEL) dari McDonald’s akan menghubungi sekurang-kurangnya 24 jam sebelum acara untuk pengesahan dan pemberitahuan mengenai butiran dan prosedur pembayaran. Ibubapa atau Penjaga Perlu Akur Mengenai Penggunaan Data Dengan mengambil bahagian dalam Bengkel ini, peserta memberi kebenaran kepada Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd untuk menggunakan maklumat peribadi (termasuk butiran peserta, gambar dan/atau video) untuk tujuan publisiti, pemasaran, dan pengiklanan.
Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd berhak menggunakan maklumat peribadi yang diterima daripada penyertaan untuk tujuan mengendalikan Bengkel ini, termasuklah untuk tujuan publisiti, perniagaan, dan promosi tanpa perlu mendapat persetujuan. Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd akan menjaga agar maklumat peribadi peserta dan individu yang terlibat dilindungi dan digunakan hanya untuk tujuan Bengkel ini. Dengan mengambil bahagian, peserta mengakui bahawa mereka telah membaca dan menerima kandungan GARSB’s Privacy and PDP Policy, yang boleh ditemui disini.
Peserta Juga Perlu Aku Mengenai Hak dan Kepemilikan Dengan mengemukakan bahan (butiran peserta, gambar dan/atau video) ke dalam portal, peserta memberi jaminan bahawa mereka memiliki bahan-bahan tersebut atau memperoleh hak untuk menggunakan bahan tersebut dan bersetuju untuk memberikan pampasan kepada Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd atas sebarang kerugian atau kerosakan akibat pelanggaran jaminan ini.
Dengan mengambil bahagian dalam Bengkel ini, setiap peserta dan nama bersetuju untuk melepaskan Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd, pekerja, pegawai, pengarah, pemegang saham, ejen, wakil, syarikat induk, anak syarikat, pemegang lesen, agensi pengiklanan, promosi, dan undang-undang, daripada segala kerugian, ganti rugi, tuntutan, dan tindakan berkaitan dengan Bengkel atau yang disebabkan oleh penerimaan, pemilikan, penggunaan, atau penyalahgunaan, atau perjalanan ke atau dari sebarang aktiviti berkaitan, termasuk tanpa had, kecederaan peribadi, kematian, dan kerosakan harta benda, serta tuntutan berdasarkan hak privasi, fitnah, atau pencabulan privasi.
Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd berhak mutlak untuk membatalkan, menangguhkan, atau mengubah program ini jika program ini tidak dapat dijalankan seperti yang dirancang.
Selain itu, peserta dikehendaki bersetuju untuk mengambil bahagian dalam sebarang liputan media berkaitan dengan Kids Burger Workshop McDonald’s.
Jika peserta tidak berminat untuk mengambil bahagian, peserta boleh menolak dengan menghubungi Gerbang Alaf Restaurant Sdn Bhd dan agensi yang dilantik.
Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd tidak bertanggungjawab terhadap masalah teknikal rangkaian atau talian, peralatan komputer, perisian, kesesakan dalam talian, dan lain-lain. Ini termasuklah sebarang kerosakan kepada komputer peserta atau individu lain yang berkaitan dengan penyertaan dalam memuat turun mana-mana bahan dalam program ini.
Pihak penganjur berhak untuk membatalkan, menangguhkan, atau mengubah Bengkel jika Bengkel ini tidak dapat dilaksanakan atas faktor di luar kawalan Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd.
Terma dan Syarat ini boleh diubah jika perlu, dan sebarang perubahan akan dimaklumkan melalui laman sesawang rasmi dan Facebook Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd (McDonald’s Malaysia).
Soalan Lain Yang Mungkin Anda Ingin Tanya Bagi Program Cuti@McD Ini Bagaimana cara saya dapat melakukan pembayaran untuk yuran penyertaan dalam acara tersebut? Bayaran sebanyak RM35 bagi setiap peserta hanya akan dikumpul di restoran sebelum acara bermula. Setelah pendaftaran untuk acara tersebut dilakukan melalui laman web kami, Anda akan dihubungi oleh Guest Experience Leader (GEL) kami. Melalui hubungan ini, Anda akan diberitahu tentang butiran dan langkah-langkah yang diperlukan untuk melakukan pembayaran.
Bolehkah saya bawa balik apron bagi program Kids Burger Workshop? Betul! Setiap peserta akan diberikan satu apron Cuti@McD secara percuma, yang dapat mereka hias sesuai dengan kreativitas mereka selama acara berlangsung.
Berapakah Umur Minima dan Maksima Untuk Sertai Cuti@McD ini? Untuk pengetahuan ibubapa sekali, syarat usia peserta ialah minima 5 tahun dan maksima 12 tahun.
Untuk program Kids Burger Workshop, Bolehkah Daftarkan Lebih dari Seorang Anak? Dalam Bengkel Burger Kanak-Kanak, setiap peserta akan diberikan satu burger. Jika anda merancang untuk mendaftarkan beberapa peserta dan mendapati bahawa slot di restoran McDonald’s pilihan anda sudah penuh, kami mengesyorkan anda memilih lokasi McDonald’s yang lain. Maaf, kami tidak dapat menerima lebih daripada 20 peserta di setiap restoran.
Boleh Saya Tahu, Mana Lokasi McD Yang Menyediakan Program Cuti@McD Ini? Untuk pengetahuan semua, anda boleh lihat senarai restoran McD yang menyediakan program ini dikawasan anda. Apa yang perlu anda tahu, semasa mendaftar, anda akan diberikan pilihan negeri, kemudian selepas memilih negeri anda akan diberikan 1 senarai lengkap lokasi restoran yang menyediakan program ini. Disana sila pilih lokasi restoran yang anda mahukan.
Lihat Senarai Restoran Bagi Program Cuti@McD
Daftar Sekarang Program Cuti@McD Untuk ibubapa yang berminat, pastikan anda daftarkan nama anak-anak anda segera di link berikut :
Pendaftaran Program Cuti@McD
Semoga perkongsian ini bermanfaat! Jom sertai program Cuti@McD kali ini.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sistemguruonline.my/2023/08/cutimcd-aktiviti-menarik-cuti-sekolah-26-ogos-3-septermber-2023.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bk Mini Fest 2023 Kembali Lagi Himpunkan 2000 Orang Kanak Kanak Dengan Pelbagai Aktiviti Menarik

Bk Mini Fest 2023 Kembali Lagi Himpunkan 2000 Orang Kanak Kanak Dengan Pelbagai Aktiviti Menarik

papar berkaitan - pada 16/8/2023 - jumlah : 145 hits
Bintang Kecil Pa Ma dan Keluarga di bawah grup Family Parenting sangat komited untuk menghargai golongan ibu bapa dan kanak kanak dengan menganjurkan pelbagai aktiviti berbentuk kekeluargaan dengan tujuan untuk mencipta bonding dalam famili...
Bk Mini Fest 2023 Meriah Dengan Pelbagai Aktiviti Berjaya Mencungkil Potensi Kanak Kanak

Bk Mini Fest 2023 Meriah Dengan Pelbagai Aktiviti Berjaya Mencungkil Potensi Kanak Kanak

papar berkaitan - pada 26/8/2023 - jumlah : 313 hits
Pada 19 20 Ogos yang lalu telah berlangsung BK Mini Fest 2023 di Plaza Shah Alam yang dijayakan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional dan disokong oleh Karihome bagi acara dua hari ini Tahun ini merupakan kali kedua BK Mini Fest...
Permohonan Kerja Dibawah Mara Pelbagai Jawatan Ditawarkan Bagi Bulan Ogos 2023

Permohonan Kerja Dibawah Mara Pelbagai Jawatan Ditawarkan Bagi Bulan Ogos 2023

papar berkaitan - pada 17/8/2023 - jumlah : 138 hits
Permohonan Kerja Dibawah MARA Pelbagai Jawatan Ditawarkan Bagi Bulan Ogos 2023 telah membuka jawatan kosong terbuka kepada rakyat Malaysia Permohonan kini boleh dimohon di laman rasmi jawatan kosong Pelbagai jawatan jawatan kosong telah dib...
Cuti Sekolah Bakal Bermula Ibu Ayah Dah Rancang Aktiviti Bersama Anak Anak

Cuti Sekolah Bakal Bermula Ibu Ayah Dah Rancang Aktiviti Bersama Anak Anak

papar berkaitan - pada 24/8/2023 - jumlah : 243 hits
Cuti Sekolah Bakal Bermula Ibu Ayah Dah Rancang Aktiviti Bersama Anak Anak Cuti sekolah bakal tiba beberapa hari jer lagi Selamat bercuti anak anak pelajar sekalian Anak anak pelajar pasti gembira dan seronok apabila tibanya cuti sekolah Se...
Ambilan Jawatan Kosong Di Kpwkm Bulan Ogos 2023

Ambilan Jawatan Kosong Di Kpwkm Bulan Ogos 2023

papar berkaitan - pada 24/8/2023 - jumlah : 142 hits
Ambilan Jawatan Kosong Di KPWKM Bulan Ogos 2023 Berita baik kepada rakyat Malaysia kini dibuka permohonan kerja dibawah syarikat gergasi kpwkm yang menginginkan anda dalam organisasi kerja mereka Kepada para calon yang berminat jom semak ma...
Pengambilan Besar Besaran Pekerja Di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Spa9 Ambilan Ogos 2023

Pengambilan Besar Besaran Pekerja Di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Spa9 Ambilan Ogos 2023

papar berkaitan - pada 23/8/2023 - jumlah : 165 hits
Pengambilan Besar Besaran Pekerja Di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam SPA9 Ambilan Ogos 2023 Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan kami gembira untuk mengumumkan bahwa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sedang menjemput warganegara Mala...
Lokasi Sambutan Ambang Merdeka 2023 Peringkat Negeri Seluruh Malaysia Pada 30 Ogos 2023

Lokasi Sambutan Ambang Merdeka 2023 Peringkat Negeri Seluruh Malaysia Pada 30 Ogos 2023

papar berkaitan - pada 23/8/2023 - jumlah : 361 hits
Sambutan Ambang Merdeka 2023 akan diadakan pada malam 30 Ogos 2023 di 9 buah negeri menjelang sambutan Acara sambutan ambang Merdeka salah satu acara tumpuan bagi rakyat Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan setiap tahun Pada malam ambang mer...
Peluang Kerjaya Mara Pengambilan Khas Guru Dg41 Seluruh Negeri Bulan Ogos 2023

Peluang Kerjaya Mara Pengambilan Khas Guru Dg41 Seluruh Negeri Bulan Ogos 2023

papar berkaitan - pada 22/8/2023 - jumlah : 165 hits
Peluang Kerjaya MARA Pengambilan Khas Guru DG41 Seluruh Negeri Bulan Ogos 2023 Gembira untuk admin umukan Kini diumumkan oleh pihak mara mengenai peluang kerjaya guru yang dinanti nantikan oleh para graduan pendidikan Oleh itu diminta untuk...
Falling Trees Reveal Nation S Rotting Roots

Apa Nasib Veteran Tentera Malaysia

Why The Us Can T Win The Trade War With China And Shouldn T Try

Mudahnya Jadi Cikgu Sekolah

Nicol David Wanita Asia Pertama Digelar Ratu Skuasy Dunia

More Than Genetics How Life Experiences Shape Our Health

Khai Bahar Bawa Hatiku Bersama Kamu Chord

Is Anwar Ever Going To Release Najib



Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan

Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia


Gulai Udang Nenas

T18c24 Bayi Aina Muntah Susu Beku Macam Keju

Harris Alif Dari Idola Kecil Ke Selebriti Serba Boleh

Kerajaan Pahang Sumbang Rm8 000 Kepada Keluarga Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq

Road And Track A Lithe Bmw R80 Restomod By 46works

Mitarashi Dango