Perbarisan dan kawad kaki unit beruniform turut diiringi oleh Unit Rondaan Bermotorsikal dari IPD Shah Alam
Perbarisan mereka telah diiringi oleh pancaragam SMK Kepong dan kesemua peserta telah memaparkan semangat juang dengan formasi kawad kaki menarik serta gimik tersendiri untuk memikat hati juri.
Unit beruniform TKRS dari SK Bandar Anggerik merangkul gelaran Hakka Terbaik
Tahniah buat badan beruniform BSMM dari SK Seksyen 9 yang telah menjuarai pertandingan perbarisan serta TKRS dari SK Bandar Anggerik yang berjaya merangkul kemenangan bagi kategori Hakka.
Unit beruniform BSMM dari SK Seksyen 9 pula memenangi kategori Perbarisan Terbaik
Perasmian BK Mini Fest Meriah
Ketua Pegawai Eksekutif NU Ideaktiv Sdn. Bhd, En. Syamil Fahim Mohamed Fahim (tengah) bersama Ketua Pegawai Kewangan PTPTN, En. Azhar Ahmad dan Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar merasmikan BK Mini Fest 2023
Selain itu, kehadiran Dr. Sheikh Muszaphar juga adalah untuk merasmikan BK Mini Fest 2023 bersama-sama dengan Ketua Pegawai Eksekutif NU Ideaktiv Sdn. Bhd, En. Syamil Fahim Mohamed Fahim serta Ketua Pegawai Kewangan PTPTN, En. Azhar Ahmad.
10 finalis Dewi Cilik Bintang Kecil 2023 menggayakan busana tradisional pilihan masing-masing di pentas akhir
Kesemua finalis telah diuji melalui catwalk mereka serta keyakinan mereka. Selain itu, mereka turut melalui cabaran Tiktok di mana mereka perlu menari apabila mendengar lagi viral di aplikasi itu yang dimainkan secara rawak.
Shaza Bae (Dewi Remaja 2019/2020) bersama-sama En. Faizal Hamid dan Pn. Norfarhati Abdul Hakim menjadi bertanggungjawab memilih Dewi Cilik Bintang Kecil 2023
Selain itu, bekas Dewi Remaja 2019/2020 iaitu Shaza Bae turut menjadi juri untuk pertandingan tersebut. Tahniah diucapkan buat Nur Farisha Dania yang telah dinobatkan sebagai Dewi Cilik Bintang Kecil yang pertama! Pemenang tempat kedua pula adalah Nur Zara Aamily manakala Syazwina Mohd Taib meraih tempat ketiga pertandingan ini.
Tahniah kepada semua pemenang Dewi Cilik Bintang Kecil 2023!
Juga sekalung tahniah diucapkan kepada Putri Diana Ellysa yang dipilih sebagai Dewi Aktif dan Putri Nur Nariesya Eizeanies yang diberikan gelaran Dewi Foto Terbaik.
Antara peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan Mari Mewarna Merdeka X PTPTN
Tambah menarik kerana kesemua peserta yang hadir bukan sahaja mempertaruhkan bakat mewarna bahkan mereka juga memperagakan pakaian kemerdekaan yang unik. Sepanjang masa anak-anak mewarna ibu bapa pula dapat mendengar perkongsian menarik tentang ilmu simpanan dari Pn. Wan Zawiah Wan Abu Bakar (Pengurus Besar Kanan, Jabatan Komunikasi Korporat dan Pemasaran PTPTN) serta selebriti popular Yana Samsudin.
Pn. Wan Zawiah Wan Abu Bakar, Pengurus Besar Kanan, Jabatan Komunikasi Korporat dan Pemasaran PTPTN (tengah), bersama-sama Yana Samsudin dan Fiza Frizzy membincangkan tentang ilmu simpanan
20 Finalis BK Fantastic X Karihome Tonjol Bakat
Persembahan tarian Zapin dari Kumpulan Putera Arts Talent Production berjaya memikat hati juri dan penonton sekaligus menjadikan mereka juara pertandingan
Pelbagai jenis bakat yang dipertaruhkan seperti nyanyian, tarian, bermain alat muzik, sukan dan banyak lagi. Dengan persediaan rapi serta keyakinan tinggi, kesemua 20 persembahan para peserta telah memukau hadirin yang ada.
Mika Adam Mikael meraih tempat kedua dengan alunan violin yang meraih perhatian ramai
Tiga orang juri telah diberikan kepercayaan untuk memilih pemenang. Selain Miss Jessie yang mewakili Karihome, dua lagi juri lain adalah Dr. Haji Tengku Asmadi Tengku Mohamad (Pakar Motivasi) serta penyanyi, komposer dan pelakon terkenal iaitu Mark Adam turut bertanggungjawab untuk mengadili persembahan setiap peserta.
Miss Jessie, Dr. Tengku Asmadi dan Mark Adam menjadi juri bagi pertandingan BK Funtastic X Karihome 2023
Tahniah diucapkan buat juara BK Fantastic X Karihome iaitu penari dari Kumpulan Putera Arts Talent Production, pemenang tempat kedua Mika Adam Mikael yang bermain violin serta Nurdania Batrisya menduduki tempat ketiga dengan persembahan nyanyian.
Nurdania Batrisya mempersembahkan lagu Sampai Bila nyanyian Misha Omar yang berjaya meletakkan dirinya sebagai pemenang tempat ketiga
Putaran Mega BK Mini Fest 2023 Tawar Hadiah Menarik
En. Syamil Fahim menyampaikan hadiah utama Putaran Roda Mega Bintang Kecil kepada Pn. Nor Hafida yang memenangi sebuah komputer riba tajaan Acer
Sekiranya mereka menerima tiket emas untuk ke Putaran Mega BK Mini Fest, mereka berpeluang memenangi hadiah menarik yang ditawarkan seperi komputer riba, baucar percutian, beg berjenama mewah, baucar membeli-belah dan banyak lagi. Tahniah kepada Pn. Nor Hafida kerana berjaya memenangi hadiah utama yang berupa komputer riba tajaan Acer!
Dr. Maiza Tusimin yang merupakan Pakar Obstetrik & Ginekologi merupakan antara panel yang bercerita tentang kesihatan ibu selepas bersalin di aktiviti pentas mini BK Mini Fest 2023
Selain itu pada hari Ahad pula telah diadakan Mama Zumba Sweat It Out! bersama Zin Belle dan 30 orang para ibu yang telah berzumba beramai-ramai di pintu masuk utama Plaza Shah Alam. Selepas berzumba, mereka kemudiannya mendengar perkongsian tentang diet dari Pegawai Dietetik bertauliah, Pn. Laila Fadhilah Omar dari SALAM Shah Alam Specialist Hospital.
Zin Belle bersama para ibu yang menyertai aktiviti Mama Zumba Sweat It Out! bergambar kenangan selepas berzumba beramai-ramai
Banyak Tarikan Lain
Antara aktiviti yang menjadi pilihan kanak-kanak yang berkujung di BK Mini Fest 2023
Booth seperti zoo mini dari Farm In The City, lukisan muka, inai, gula-gula kapas serta kolam bola dari Poolkidz, booth KUEH yang turut menaja makanan di setiap aktiviti Mini Stage dan banyak lagi turut mendapat sambutan dari pengunjung yang hadir.
Kanak-kanak seronok bermain bola sepak di ruangan yang disediakan
Sememangnya acara dua hari ini telah merapatkan hubungan kekeluargaan serta mencungkil potensi kanak-kanak yang datang. Diharapkan penganjuran acara BK Mini Fest 2023 dapat memberi manfaat kepada kesemua yang hadir memberikan sokongan.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |