Contoh Makanan Minuman Probiotik


Probiotik adalah bakteria baik yang tinggal dalam sistem pencernaan kita dan sangat membantu mengekalkan kesihatan usus serta sistem imun. 
Bagi anda yang ingin menambahkan sumber probiotik dalam diet, berikut adalah contoh- contoh makanan dan minuman yang mengandungi probiotik yang boleh anda cuba. 
BACA JUGA: 10 Probiotik Terbaik Untuk Kesihatan Usus (2025)
1. Yogurt Yogurt adalah antara sumber probiotik paling popular dan mudah didapati di pasaran. Ia dihasilkan melalui proses penapaian susu oleh bakteria seperti Lactobacillus dan Bifidobacterium. 
Selain membantu sistem penghadaman, yogurt juga tinggi kalsium dan bagus untuk kesihatan tulang. Sebaiknya, pilih yogurt asli tanpa gula tambahan untuk manfaat kesihatan berpanjangan. 
2. Kimchi Kimchi merupakan hidangan tradisional Korea yang diperbuat daripada kubis dan sayur-sayuran yang diperam bersama cili, bawang putih dan halia. 
Proses fermentasi ini menghasilkan bakteria Lactobacillus, sejenis probiotik semula jadi. Selain sedap dimakan, kimchi juga membantu melancarkan sistem pencernaan, mempunyai sifat antioksidan, anti-radang serta membantu menguatkan sistem imun. 
3. Sauerkraut
Lebih kurang seperti kimchi, sauerkraut ialah kubis yang diperam tetapi berasal dari budaya Eropah. Ia kaya dengan enzim dan bakteria asid laktik yang menyokong kesihatan usus dan mengurangkan risiko penyakit tertentu. 
4. Kefir Sekiranya anda mencari alternatif yogurt yang lebih kuat kandungan probiotiknya, kefir adalah jawapannya. 
Kefir ialah sejenis minuman susu fermentasi yang mengandungi pelbagai jenis bakteria baik dan yis. Rasanya sedikit masam, tetapi sangat bagus untuk menyokong flora usus dan meningkatkan imuniti badan.
5. Miso Miso adalah salah satu makanan popular dalam kalangan masyarakat Jepun. Ia diperbuat daripada soya fermentasi dan digunakan secara meluas dalam masakan Jepun. 
Ia membekalkan bakteria baik yang menyokong penghadaman dan menambah rasa umami dalam masakan. Tapi awas, selalunya miso mempunyai kandungan garam yang tinggi. Jadi, pastikan ambil dalam jumlah sederhana sahaja. 
6. Kombucha Kombucha ialah teh manis yang ditapai menggunakan koloni bakteria dan yis (dipanggil SCOBY). Minuman ini bukan sahaja menyegarkan, tetapi juga mengandungi pelbagai strain probiotik.
Kombucha bukan sahaja membantu pencernaan tetapi juga dikatakan mempunyai bahan antioksidan dan detoksifikasi. 
7. Tempe Tempeh adalah produk soya yang ditapai dan sangat popular di Malaysia. Ia kaya dengan probiotik serta protein. Menariknya, tempeh juga mengandungi isoflavon yang membantu menurunkan paras kolesterol dan menjaga kesihatan jantung.
8. Tapai Tapai ialah makanan tradisional yang dibuat dari hasil fermentasi pulut atau ubi kayu. Ia  kaya dengan bakteria baik dan sangat popular dalam budaya kita sebagai makanan yang membantu penghadaman. 
9. Susu Kultur Minuman susu kultur sangat mudah didapati di kebanyakan kedai runcit dan pasaraya. Ia mengandungi bakteria probiotik strain khas yang telah diuji untuk meningkatkan kesihatan sistem imun dan mengurangkan masalah pencernaan. 
Contohnya: Yakult, Vitagen, Fernleaf Probiotic
10. Natto Natto adalah produk tradisional Jepun dan boleh didapati di beberapa pasaraya besar di Malaysia. Ia ialah kacang soya yang telah difermentasi dengan bakteria Bacillus subtilis, kaya dengan probiotik dan vitamin K2 yang baik untuk kesihatan tulang dan usus. 
11. Tempoyak Makanan probiotik yang masyarakat Melayu pasti suka ialah, tempoyak. Tempoyak ialah hasil fermentasi durian yang sangat popular dalam masakan Melayu, terutamanya sebagai lauk atau bahan dalam gulai serta sambal. Ia kaya dengan bakteria baik yang menyokong sistem pencernaan usus. 
Kelebihan Probiotik Probiotik adalah mikroorganisma hidup seperti bakteria atau yis, yang apabila diambil dalam jumlah yang mencukupi akan memberikan kesan positif untuk kesihatan, terutama dalam sistem penghadaman. 
Probiotik membantu mengekalkan keseimbangan mikrobiota usus yang sihat dengan melekat pada dinding usus dan menggalakkan pertumbuhan bakteria baik. Ini penting untuk memperbaiki fungsi sistem penghadaman serta menyokong sistem imun badan. 

Antara kelebihan pengambilan probiotik ialah:
Membantu menyeimbangkan mikroflora usus supaya sistem pencernaan berfungsi dengan cekap dan mengurangkan masalah seperti cirit-birit, sembelit dan kembung perut. Meningkatkan sistem imun dengan merangsang penghasilan sel imun dan menghalang pertumbuhan bakteria atau patogen berbahaya dalam usus. Membantu penyerapan nutrien dan pengeluaran enzim pencernaan yang meningkatkan proses penghadaman. Berpotensi mengurangkan risiko beberapa penyakit kronik seperti alahan makanan, jangkitan usus dan mungkin menyokong kesihatan mental melalui hubungan usus-otak. Menyumbang kepada kesihatan keseluruhan dengan mengurangkan keradangan dalam badan dan menghasilkan bahan antibakteria semula jadi yang melindungi usus. Beza Probiotik dan Prebioti Walaupun kedua-duanya berkaitan dengan kesihatan usus, probiotik dan prebiotik tidak sama.
Probiotik adalah mikroorganisma hidup, terutamanya bakteria baik yang terdapat dalam usus dan makanan fermentasi.
Prebiotik pula bukan mikroorganisma hidup, tetapi sejenis serat makanan yang tidak dapat dicerna oleh tubuh manusia. Prebiotik berfungsi sebagai makanan atau “pupuk” untuk bakteria baik (probiotik) dalam usus supaya mereka dapat berkembang biak dengan lebih baik. 


Prebiotik biasanya terdapat dalam sayur-sayuran, buah-buahan, dan bijirin seperti pisang, bawang, dan gandum.
Pendek kata, probiotik = bakteria baik, prebiotik = makanan untuk bakteria baik. 
Untuk mendapatkan manfaat maksimum, tubuh kita perlukan kedua-duanya agar ekosistem usus sentiasa seimbang dan sihat.

Rujukan: Kementerian Kesihatan Malaysia


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/makanan-probiotik/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=makanan-probiotik

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Minuman Probiotik Contoh Minuman Manfaatnya

Minuman Probiotik Contoh Minuman Manfaatnya

papar berkaitan - pada 29/7/2025 - jumlah : 172 hits
Minuman probiotik semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia terutamanya dalam kalangan mereka yang menjaga kesihatan tubuh Minuman yang kaya dengan bakteria baik ini membantu menjaga kesihatan usus meningkatkan sistem imun dan memudah...
15 Tempat Menarik Di Labuan Makanan Viral Aktiviti Pilihan

15 Tempat Menarik Di Labuan Makanan Viral Aktiviti Pilihan

papar berkaitan - pada 21/7/2025 - jumlah : 115 hits
15 Tempat Menarik di Labuan Makanan Viral Aktiviti Pilihan Apabila bercakap mengenai percutian di Sabah ramai yang fokus pada destinasi popular di Sabah seperti Kundasang Kota Kinabalu dan Semporna Nak tahu tak ada sebuah lagi destinasi men...
Jakim Diarah Siasat Isu Syarikat Bekal Makanan Hospital Tiada Sijil Halal

Jakim Diarah Siasat Isu Syarikat Bekal Makanan Hospital Tiada Sijil Halal

papar berkaitan - pada 23/7/2025 - jumlah : 112 hits
Menteri agama berkata beliau telah arah Jakim teliti isu yang dibangkitkan dalam LKAN 2 2025 Menteri agama Mohd Na im Mokhtar berkata beliau tidak dapat mengulas lanjut berhubung isu syarikat tiada sijil halal bekal makanan kepada pesakit H...
Menu Makanan Sihat Untuk Warga Emas Tips Pemakanan

Menu Makanan Sihat Untuk Warga Emas Tips Pemakanan

papar berkaitan - pada 24/7/2025 - jumlah : 123 hits
Menu makanan yang sihat bagi warga emas sangat penting kerana pada waktu inilah kita akan kurang aktif metabolisma badan makin berkurang dan lebih berisiko mendapat pelbagai jenis penyakit Diet yang seimbang dan berkhasiat bukan sahaja memb...
Hamzah Gesa Kerajaan Tangani Kenaikan Inflasi Makanan

Hamzah Gesa Kerajaan Tangani Kenaikan Inflasi Makanan

papar berkaitan - pada 24/7/2025 - jumlah : 125 hits
Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin berkata keadaan semakin membimbangkan itu memberi kesan kepada kehidupan rakyat Hamzah Zainudin menegaskan kerajaan perlu melihat realiti sebenar terhadap masalah peningkatan inflasi makanan KUALA LUMPUR Ke...
Makanan Terbaik Untuk Pesakit Diabetes

Makanan Terbaik Untuk Pesakit Diabetes

papar berkaitan - pada 18/7/2025 - jumlah : 129 hits
Original Content Diabetes atau kencing manis adalah antara penyakit kronik yang paling banyak dihidapi oleh rakyat Malaysia Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia hampir 1 daripada 5 orang dewasa menghidap diabetes dan angka ini semakin men...
Probiotik Untuk Apa Jenis Manfaat Kesihatan

Probiotik Untuk Apa Jenis Manfaat Kesihatan

papar berkaitan - pada 29/7/2025 - jumlah : 86 hits
Probiotik Untuk Apa Bagi anda yang sering tertanya tanya probiotik ini apa sebenarnya dan bagaimana cara pengambilannya Berikut kami kongsikan serba sedikit penerangan berkenaan apa itu probiotik dan manfaatnya kepada tubuh kita Pastikan an...
Minuman Manis Atau Air Kosong Pilihan Mana Yang Menjatuhkan Anak Di Sekolah

Minuman Manis Atau Air Kosong Pilihan Mana Yang Menjatuhkan Anak Di Sekolah

papar berkaitan - pada 17/7/2025 - jumlah : 139 hits
Sebagai ibu bapa kita sering bimbang tentang pemakanan dan kesihatan anak anak Namun ada satu elemen penting yang kadang kadang kita abaikan iaitu pengambilan air yang mencukupi Air kosong atau air masak adalah minuman terbaik untuk tubuh t...
Pelajar Lelaki Tumbuk Guru Kerana Berang Ditegur Ponteng Kelas

Time For Malaysians To Get Used To Gov T Loans Come Down Can Also Mean National Debt Goes Up

The Ultimate Guide To Facelift In Malaysia Everything You Need To Know

No Plans For Sez Along M Sia Thai Border Says Ministry

Lumos Tablet Berkualiti Tinggi Paling Murah Hanya Rm499

Rahsia Lembut Gebu Resipi Tosei Idli Homemade Bersama Chutney Kelapa Beraroma

Pengalaman Memetik Buah Cherry Di Kent Julai 2025

Kotak Packaging Mesra Alam Pilihan Bisnes Bertanggungjawab


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Gempa Rusia 8 8m Gelombang Tsunami Tiba Di Papua Indonesia

Nabila Maharani Pejuang Cinta Chord

Parenting Support In Indian Community Needed After Boy S Brutal Murder

Curbing Overthinking In Trading The Role Of Modern Brokers

Safeguarding Asean Peace Amid Superpower Rivalry

Jiran Aku Cuci Kereta Aku Cuci Dosa