Rahsia Lembut Gebu Resipi Tosei Idli Homemade Bersama Chutney Kelapa Beraroma


Bagi anda peminat sajian tradisional yang menyelerakan seperti Tosei, Idli, dan Chutney Kelapa, kini anda boleh cuba buat sendiri di rumah dengan resipi mudah dan praktikal daripada saudari Nur Masri. Hasilnya cukup untuk satu keluarga dan pasti membuatkan setiap suapan terasa puas dan berbaloi! Sesuai dijadikan hidangan untuk sarapan, minum petang, atau makan malam. Mari kita cuba bersama.
CARA MASAK TOSEI, IDLI & CHUTNEY KELAPA HOMEMADE
 
RESEPI TOSEI
Bahan-bahan:
1 cawan kacang ulunthu
2 cawan beras
1 sudu kecil halba
1 sudu kecil garam
1 cawan nasi sejuk
CARA MEMASAK Rendam kacang ulunthu dalam air selama sekurang-kurangnya 6 jam atau semalaman. 2. Rendam beras dan halba juga selama 6 jam atau semalaman.
3. Toskan kacang ulunthu dan beras yang direndam. Kisar bersama nasi sejuk dan sedikit air sehingga halus, jangan terlalu cair. Masukkan garam dan gaul rata.

4. Peram adunan dalam bekas selama 8 jam atau semalaman. Jangan lama sangat supaya rasa masam tidak terlalu kuat

5. Panaskan kuali leper, sapu sedikit minyak. Ceduk adunan, tuang di tengah kuali. Ratakan menjadi bulat nipis menggunakan senduk.

6. Tutup kuali agar bahagian atas masak sempurna. Masak 1-2 minit sehingga tosei masak. Jika suka rangup, tambah masa.
7. Angkat dan lipat. Hidangkan bersama kuah dhal, kari atau chutney kelapa untuk rasa maksimal.


 
RESIPI IDLI

BAHAN-BAHAN: (bahan & cara proses sama seperti membuat Tosei):
1 cawan kacang ulunthu
2 cawan beras
1 sudu kecil halba
1 sudu kecil garam
1 cawan nasi sejuk
CARA MEMASAK:
1. Lenserkan minyak pada acuan. (empunya resipi guna acuan lompang)
2. Masukkan adunan tosei ke dalam acuan.
3. Kukus 15-20 minit.
4. Sejukkan dulu, baru keluarkan dari acuan.

RESEPI CHUTNEY KELAPA

BAHAN A:
1/2 biji kelapa parut
2 tangkai daun kari
2 biji cili hijau – jika ingin pedas guna cili padi
1cm halia
4 biji bawang merah – beli online disini
2 ulas bawang putih – beli online disini
1 sudu besar air asam jawa – beli online disini
Minyak
BAHAN B:
2 biji bawang merah
5 biji cili kering – beli online disini
2 tangkai daun kari
2 sudu minyak masak
1 sudu kecil biji sawi – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak, masuk bahan A kecuali kelapa, masak hingga layu. 2. Kemudian masukkan kelapa. Sangai sekejap. Biarkan sejuk.
2.Kemudian masukkan di dalam mesin pengisar dan kisar sehingga halus dengan sedikit air.
3. Kemudian panaskan minyak dan tumis bahan B sehingga naik bau.
4. Akhir sekali masukkan bahan A yang dikisar dan kacau rata.Sedia untuk dihidang.
NOTA: Cara dan bahan memasak mungkin tidak sama bagi setiap individu.
Kini, anda boleh menikmati hidangan istimewa ini tanpa perlu keluar rumah. Dengan resipi mudah, hasil amat memuaskan dan cocok untuk seisi keluarga. Jom mula rendam bahan malam ini, esok pagi kita buat tosei, idli dan chutney kelapa sendiri! Pasti menjadi kegemaran semua di rumah.
Kredit resipi & foto: Nur Masri
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Nasi Kerabu Kuning Sedap. Masak Sendiri Baru Puas Makan.

Resipi Rojak Ayam Sedap. Masak Sendiri Puas Hati & Lebih Jimat

Cara Masak Oden Homemade Ala Family Mart. Sedap & Puas Makan

Jom Cuba! Resipi Kuih Kole Kacang Sedap, Mudah & Kurang Manis

Resipi Power, Masak Asam Pedas Rebus Stail Orang Utara

Resipi Kerabu Telur Masin Mudah & Sedap. 10 Minit Je Dah Siap.

Adunan Tepung Pisang Goreng Sedap, Rangup & Tak Serap Minyak

Cara Buat Sira Buah Cermai. Resipi Orang Dulu-Dulu Yang Sedap & Wajib Cuba

5 Resipi Sajian Air Asam Pembuka Selera. Memang Sedap!

Sedap…Begini Cara Buat Coleslaw Sebijik Macam KFC

Cara Mudah Buat Tat Telur Portugis Homemade Yang Sedap

Cara Masak Shrimp Omelette Sedap Macam Dekat Restoran Thai

Resipi Mushroom Chicken Pie Mudah, Tanpa Uli. Hanya Guna Pastri Segera

Resipi Kuih Bom Bijan Yang Sedap, Lembut & Tak Liat Walau Dah Sejuk

Resipi Sotong Goreng Pedas & Rahsia Supaya Lembut, Tak Berbau

Jom Cuba! Resipi Kuih Kole Kacang Sedap, Mudah & Kurang Manis

Bancuh Sendiri Kopi Ais Super Kaw. Sangat Sedap, Nikmat Tak Terkata

Resipi Tart Telur Simple & Sedap. Wajib Dicuba

 
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
 
Resipi Sizzling Tauhu Telur. Mudah Betul Cara Masaknya

 
 
 


from Rasa

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rasanakmasak.blogspot.com/2025/07/rahsia-lembut-gebu-resipi-tosei-idli.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Roti Sunshine Hokkaido Milk Yang Gebu Lembut Dan Sedap

Roti Sunshine Hokkaido Milk Yang Gebu Lembut Dan Sedap

papar berkaitan - pada 29/7/2025 - jumlah : 217 hits
Roti Gardenia quick bites durian dan strawberry tu tak dapat dapat lagi Belum rezeki kita lagi nak merasa roti tu Tapi tak apa kita cuba roti sunshine dulu Agak hype juga roti sunshine ni kan Saya beli hokkaido milk Ada banyak perisa tapi y...
Resipi Asli Lepat Labu Lembut Wangi Cuba 1 Petua Ni

Resipi Asli Lepat Labu Lembut Wangi Cuba 1 Petua Ni

papar berkaitan - pada 1/8/2025 - jumlah : 143 hits
memang sedap Rasa lemak lemak manis memang sesuai sangat dijadikan sajian untuk minum petang malah boleh juga dinikmati pada bila bila masa Bagi anda yang suka makan kuih tradisional ni resipi perkongsian saudari Linda Idris antara yang mud...
Rahsia Telur Dadar Padang Rangup Gebu Ini Cara Asli Orang Minang

Rahsia Telur Dadar Padang Rangup Gebu Ini Cara Asli Orang Minang

papar berkaitan - pada 18/7/2025 - jumlah : 187 hits
Telur Dadar Padang bukan sekadar lauk tambahan ia adalah simbol kehalusan masakan Minangkabau yang kaya rasa Walaupun hanya menggunakan bahan asas seperti telur daun bawang dan cili hasil akhirnya sungguh menggiurkan Siap ada kerak garing d...
Resipi Kuah Rojak Homemade Ala Penang Manis Pedas Memang Padu

Resipi Kuah Rojak Homemade Ala Penang Manis Pedas Memang Padu

papar berkaitan - pada 18/7/2025 - jumlah : 233 hits
Sedapnya kuah rojak perkongsian saudari Mim Yusof ni Pekat likat sebijik sama macam kuah rojak yang dijual di pasaran Bagi anda yang memang hantu rojak cubalah resipi ni Buat banyak banyak dan simpan dalam peti sejuk supaya tahan lama Nak m...
Resipi Sup Ayam Bungkus Yang Wangi Lembut Dan Memikat Selera

Resipi Sup Ayam Bungkus Yang Wangi Lembut Dan Memikat Selera

papar berkaitan - pada 31/7/2025 - jumlah : 140 hits
Suka makan Sup Ayam Jom cuba resipi yang diolah sedikit dari Sup Ayam biasa tetapi dijamin lebih sedap dan memikat selera ramai terutamanya anak anak yang kurang suka makan isi ayam Sup Ayam Bungkus ini juga menggunakan campuran pelbagai ba...
Resipi Pes Kacang Merah Homemade 100 Sedap Tahan Lama

Resipi Pes Kacang Merah Homemade 100 Sedap Tahan Lama

papar berkaitan - pada 1/8/2025 - jumlah : 135 hits
Rupanya tidak susah untuk hasilkan pes kacang merah secara homemade Hanya dengan kombinasi beberapa bahan anda boleh hasilkan inti kacang merah yang sedap Bolehlah gunakan untuk buat dan bermacam macam lagi Tak perlu dah beli inti kacang me...
Resipi Cucur Durian Gebu Paling Senang 10 Minit Siap

Resipi Cucur Durian Gebu Paling Senang 10 Minit Siap

papar berkaitan - pada 21/7/2025 - jumlah : 133 hits
Tak tahu nak buat apa dengan isi durian lebih Jom kita buat cucur durian gebu yang harum semerbak dan cukup buat jiran sebelah tanya Masak apa tu Resipi ni bukan je senang tapi hasilnya lembut di dalam rangup di luar dan bau dia masya Allah...
Apa Itu Fpx Panduan Lengkap Tentang Pembayaran Fpx Di Malaysia

Cara Mengusir Kenangan Pahit

Telefilem Skuad Apartmen Putra Misi Cinta Merdeka

Sarah Hildebrand Bergelar Ibu Selamat Timang Cahaya Mata Pertama

Nota Ceramah Tazkirah Al Nisa Wanita Hebat Di Langit

Ex Sabah Minister Fails To Secure Retrial Of Forgery Case

Hakim Paling Baik Di Dunia Frank Caprio Meninggal Dunia Pada Usia 88 Tahun

Their Window Seats Lacked Windows So Delta And United Passengers Sued


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Izzul Islam Dibenarkan Pulang Ke Rumah Malam Tadi Utusan Malaysia

Kanada Rekod Wabak Campak Terburuk Dengan Lebih 4 500 Kes

3 Lelaki Warga China Pecah Rumah Dipenjara 28 Bulan

Rakyat Kelantan Diminta Tangguh Perjalanan Ke Thailand Ekoran Serangan Bom Di Tak Bai

Tudm Sahkan Pesawat F A 18d Hornet Terlibat Kemalangan

Wanita Dikejarkan Ke Hospital Dakwa Selepas Picit Jerawat