Pengalaman Memetik Buah Cherry Di Kent Julai 2025
Saya belum pernah ada pengalaman memetik buah di luar negara terutama epal, anggur dan cherry. Pernah tahun 2010, kalau tak silap, saya pergi ke Malang, Surabaya melawat kebun epal di sana. Tapi epal di sana berwarna hijau kecil saiz satu genggam seperti buah jambu sahaja. Rasanya pun masam, tiada rasa seperti makan buah epal pun.
Sejak itu, saya menyimpan impian untuk pergi bercuti waktu sesuai dengan musim buah. Tapi biasanya setiap kali datang, tak kena dengan musim buah dipetik. Bila kita masih berkhidmat, untuk mengambil cuti waktu tertentu agak sukar terutama suku ketiga tahun.
Saya sangat gembira bila akhirnya Nana dapat mengaturkan day trip ke Kent pada 27 Julai 2025. Maklum lah dia pun sibuk dengan urusan di hari minggu. Saya dah redha kerana kalau terlepas musim cherry kali ini, kenalah tunggu pula Julai tahun hadapan. Tapi Julai tu, kami dah balik ke Malaysia. Dengan kata lain, kalau miss kali ini, maknanya dah tak adalah cherry picking.
Kent adalah salah satu dari destinasi di UK yang ingin saya kunjungi terutamanya untuk fruit picking dan juga Canterbury river punting. Kent sangat terkenal dengan ladang yang menghasilkan buah epal yang banyak dijual di Tesco. Masa ke sini dengan geng JJCM tahun 2023 dulu, kami dah patut ke sini tapi di saat akhir ditukar. Ini adalah kerana kami telah pun naik punting di Cambridge. Jadi lebih kurang sama lah juga aktivitinya.
Untuk perjalanan ke Kent, Nana telah menyewa kereta dengan bayaran £100 sehari. Kereta diambil pagi selepas kami semua dah bersiap siap. Oleh kerana mahu sampai awal, kami tak sempat pun untuk bersarapan di rumah. Nana menyediakan roti yang disapu dengan coklat untuk dimakan dalam perjalanan.
Perjalanan ke Kent mengambil masa lebih kurang 1 jam. Seperti biasalah, saya memang suka melihat pemandangan sepanjang perjalanan. Memang sebolehnya, saya tak akan tidur. Destinasi pertama kami ialah Cheqworth Valley untuk PYO cherry picking.
Semasa dalam perjalanan ke ladang, saya melihat banyak rumah rumah English sebuah sebuah yang cantik dengan ladang ternakan biri biri dan lembu juga. Tak pasti dengan orang lain, tapi saya sangat teruja untuk berhenti dan bergambar di ladang seperti ini tapi tidak pernah lagi berkesempatan.
Sesampai di ladang, terus excited melihat buah epal yang lebat berwarna kemerahan. Tapi sayang ianya belum masak untuk dipetik. Malahan kita dilarang memetik atau memakannya kerana dikuatiri boleh menyebabkan sakit perut. Ketika di sini, baru dapat tahu yang ada juga epal baka nama "Discovery Apples" yang sedia untuk dipetik tapi di ladang lain yang perjalanan lebih kurang 25 minit dari sini. Saya memang nak ke sana tapi kata Nana, kalau nak ke sana, memang tak sempat mengikut jadual yang telah kami rancang. Nampak nyer, kami kena datang lagi sekali untuk tujuan tersebut.
Kami mengambil bakul yang disediakan dan mula berjalan ke lorong pokok yang telah ditanda. Hari ini adalah hari terakhir farm dibuka untuk buah cherry. Ammar dan Aliya juga seronok memetik cherry dan bila nampak buah yang cantik, mereka akan memanggil manggil saya untuk datang.
Seperti biasalah sambil memetik buah cherry sambil bergambar kerana kenangan memetik cherry akan kekal selamanya dengan adanya gambar sebagai kenangan di masa hadapan. Memori di ingatan mungkin akan luput, jika tidak didatangkan sekali dengan gambar.
Buah cherry juga dah tak banyak yang tinggal. Pokok di bahagian dalam yang masih banyak buah yang elok. Buah cherry cantik berwarna merah gelap dan bila masak berwarna sedikit gelap berkilat.
Buah cherry di sini sangat manis berbanding dengan cherry yang saya beli di M&S di Greenwich minggu lepas. Saya lebih suka cherry yang crunchy. Kalau di Malaysia, saya biasa makan cherry segar dari Australia yang sangat sedap dan crunchy dengan warna merah gelap yang dibeli di Jaya atau Village Grocer. Masih segar kerana airflown dari Australia.
Selepas dipetik, kami pilih buah untuk membuang buah yang buruk dan rosak. Buah yang dipetik akan ditimbang. Harga ialah £8.50 sekilo. Tiada charge bayaran masuk, hanya perlu bayar berapa banyak cherry yang dipetik sahaja. Kami membayar cherry untuk 3 bag di mana 2 bag untuk dijadikan buah tangan.
Di situ juga ada dijual air buah yang diproses segar dan juga buah serta sayuran. Jusnya sangat sedap dengan pelbagai campuran jus buah seperti cherry dan orange.
Setelah semua selesai, kami meneruskan perjalanan ke Canterbury. Perjalanan dari sini akan mengambil masa selama 50 minit. Kami merancang untuk sampai di rumah Puan Azlina yang menjemput kami makan tengahari di rumah pada pukul 12.00 tengahari. Beliau adalah owner Cafe Rasa, restoran yang menjual masakan Malaysia di Westfields Mall, Startford.
Alhamdulillah selesai pengalaman pertama saya fruit picking. Insya Allah kita bertemu lagi di entri seterusnya untuk aktiviti punting di Kent River di Canterbury.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aziekitchen.com/2025/07/pengalaman-memetik-buah-cherry-di-kent.html