15 Tempat Menarik Di Labuan Makanan Viral Aktiviti Pilihan
15+ Tempat Menarik di Labuan, Makanan Viral & Aktiviti Pilihan
Apabila bercakap mengenai percutian di Sabah, ramai yang fokus pada destinasi popular di Sabah seperti Kundasang, Kota Kinabalu dan Semporna.
Nak tahu tak, ada sebuah lagi destinasi menarik yang turut berada dalam wilayah Sabah, iaitu Labuan.
Labuan ni sebuah pulau kecil yang terletak di pesisir pantai barat Sabah, berhadapan dengan daerah Menumbok dan hanya sekitar 3 jam perjalanan dari Kota Kinabalu jika menaiki jalan darat dan feri.
Walaupun dikenali sebagai pulau bebas cukai, Labuan lebih daripada sekadar tempat membeli coklat murah. Ia menawarkan pengalaman percutian yang cukup menyeronokkan untuk seisi keluarga.
BACA JUGA: Kun-Kun Riverside Park – ‘Hidden Gem’ di Sabah
1. Pulau Rusukan Besar
Alamat: Lot 31831, Pulau Rusukan Besar, Labuan Island, 87000 Labuan, Malaysia
Waktu Operasi: Untuk lawatan siang, bot dari Jeti Kiamsam biasanya beroperasi di antara jam 8 pagi hingga 5 petang
Pulau Rusukan Besar adalah salah satu tempat menarik di Labuan yang terkenal sebagai destinasi “island hopping”.
Ia terkenal dengan pantainya yang bersih, air laut yang jernih kebiru-biruan serta khazanah bawah lautnya yang sesuai untuk aktiviti snorkeling dan menyelam.
Di pulau ini juga, anda boleh menyaksikan penyu bertelur, menikmati fenomena “blue tears” pada waktu malam dan bersantai menghayati keaslian pulau yang masih terjaga.
Pulau ini boleh dikunjungi setiap hari, biasanya dari pagi hingga lewat petang untuk lawatan harian, namun ramai pengunjung memilih untuk bermalam di Labuan Rusukan Besar Resort.
2. H’AMBUYAT SAMANGKUK AGUNG Pondok Cahaya Mentari
Alamat: Pondok Cahaya Mentari , Pantai Tanjung Aru Nelayan Labuan.
Waktu Operasi: Sabtu dan Ahad, 10 AM–5 PM. (Cuti umum pun buka)
Kalau ke Labuan, wajib cuba hidangan tradisional Brunei iaitu ambuyat!
Di Hambuyat Semangkuk, anda boleh nikmati ambuyat bersama pelbagai lauk pauk seperti ikan bakar, sotong bakar, lokan bakar dan sebagainya.
Restoran ini boleh dikatakan agak popular kerana suasananya yang santai, ada persembahan live busking dan berhadapan pesisir pantai.
3. Desaland – Desa Tunas Hijau
Alamat:
Waktu Operasi: Setiap Hari, 9:30 AM–5 PM
Kalau anda mencari tempat penginapan yang mesra keluarga di Labuan, Desaland adalah pilihan penginapan yang terbaik. Ia terletak tidak jauh dari pusat bandar Labuan dan sangat mudah diakses.
Desaland menawarkan penginapan dengan konsep semula jadi, lengkap dengan pelbagai kemudahan moden dan juga pilihan aktiviti yang mesra keluarga.
Antara aktiviti yang anda boleh lakukan adalah bermain ATV, mandi kolam, paddle boat, menaiki buggy keretapi dan macam-macam lagi.
4. Anjung Ketam
Alamat: Simpang Anjung Ketam, Jalan Tanjung Aru, WP Labuan.
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Ahad, 5:30–9:30 PM.
Labuan memang terkenal dengan makanan lautnya, dan Anjung Ketam adalah antara restoran terbaik untuk menikmati ketam segar!
Restoran ini terletak atas air dan menawarkan pengalaman makan yang cukup romantik terutamanya pada waktu senja. Ketam masak telur masin dan sotong goreng tepung di sini memang padu!
5. Stand Up Paddle by @islandrollerslegacy
Alamat: Lot SS07, Kompleks Sukan Laut Antarabangsa, Bandar Labuan
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 11 AM–8 PM.
Stand Up Paddle merupakan salah satu aktiviti air yang popular di Labuan. Aktiviti ini boleh dilakukan bersama Island Rollers Legacy yang memang menyediakan sesi pengenalan serta latihan untuk pemula.
Memang sangat sesuai untuk mereka yang baru ingin mencuba aktiviti SUP ini.
Biasanya lokasi yang dipilih berada di kawasan air yang tenang seperti Pantai Batu Manikar. Ini adalah memastikan ia lebih selamat dan memudahkan anda untuk mempelajarinya.
6. Pantai Layang-Layangan, Labuan
Alamat: Pantai Layang-Layangan, 87000 Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan, Malaysia
Waktu Operasi: –
Pantai Layang-Layangan, Labuan merupakan salah satu pantai yang terkenal sebagai lokasi terbaik untuk melihat matahari terbenam di Labuan.
Pantai ini juga telah menerima Anugerah Pantai Terbersih oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN’08). Memang bersih dan sangat terjaga.
Ada banyak aktiviti yang anda boleh lakukan di sini, contohnya; berbasikal, menunggang kuda, berkelah, menjamu selera di gerai-gerai makan yang ada dan sebagainya.
Di pantai ini juga terdapat Surrender Point, iaitu sebuah lokasi bersejarah di mana Jeneral Jepun Masao Baba menyerah kalah kepada Major General George Wootten dari Australia pada 10 September 1945, menandakan tamatnya Perang Dunia II di Borneo.
7. World War II Memorial Labuan
Alamat: Jalan Tanjung Batu , 87000 Labuan , Wilayah Persekutuan, Malaysia
Waktu Operasi: –
Labuan War Cemetery merupakan kubur perang terbesar di Malaysia untuk Perang Dunia II. Terdapat lebih 3,900 kubur termasuk lebih 2,100 kubur tidak dikenal pasti.
Selain kawasan kubur, Kompleks ini turut menempatkan:
Labuan Memorial: kolonnade dengan inskripsi nama tentera yang tidak mempunyai kubur.
Labuan Cremation Memorial: memperingati 34 tentera India yang dibakar mengikut adat keagamaan
8. Peace Park Labuan
Alamat: Jalan Tanjung Batu , 87000 Labuan , Wilayah Persekutuan, Malaysia
Waktu Operasi: –
Berhampiran kawasan kubur (World War II Memorial Labuan), terdapat Labuan Peace Park yang dikenali juga sebagai Taman Damai.
Taman ini dibina oleh kerajaan Jepun pada tahun 1984 sebagai simbol perdamaian dan persahabatan antara Jepun dan Malaysia.
Di taman ini terdapat monumen perdamaian yang besar, dinding berbentuk lengkung, kolam, laluan pejalan kaki, serta beberapa gazebo yang menyediakan tempat berteduh untuk pengunjung.
9. Restoran Masninah (Sup Ikan Labuan)
Alamat: Bandar Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan, Malaysia.
Waktu Operasi: Setiap hari, 6:30 AM–5:30 PM.
Kalau nak rasa sarapan versi Labuan, singgahlah ke Restoran Masninah. Sup ikan di sini memang terkenal. Biasanya ia disajikan bersama nasi putih atau bihun.
Memang sesuailah dijadikan alas perut sebelum mulakan aktiviti seharian.
Sumber: Jabatan Wilayah Persekutuan
10. HotSpot Restaurant Labuan
Alamat: Lot 2, Anjung Selera, Kampung Batu Manikar, 87000, 87008 Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan, Malaysia.
Waktu Operasi: Setiap hari, 2–9:30 PM
HotSpot Restaurant Labuan juga salah satu tempat makan yang viral di Labuan. Kalau dah viral, maksudnya memang kena cubalah kan.
Lokasi restoran ini sangat strategik berdekatan pantai menjadikannya pilihan popular untuk menikmati hidangan sambil menikmati pemandangan laut.
Restoran ini menyediakan pelbagai hidangan tempatan dan barat seperti steak, burger, pasta dan sebagainya.
11. Shopping di Duty Free Sekitar Labuan
Alamat: Ada beberapa kedai tertentu.
Waktu Operasi: Rujuk setiap kedai.
Labuan terkenal sebagai pulau bebas cukai di Malaysia. Barangan seperti coklat, alkohol, rokok, minyak wangi, kosmetik, barangan kulit, pakaian, dan aksesori boleh didapati jauh lebih murah berbanding di kawasan lain di Malaysia.
Duty free shops banyak terdapat di pusat bandar (Jalan Merdeka & Jalan OKK Awang Besar), Financial Park serta terminal feri dan Lapangan Terbang Labuan.
12. Muzium Chimney Labuan
Alamat: Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan, Malaysia
Waktu Operasi: Setiap hari, 9 AM–5 PM
Muzium Chimney Labuan terletak di Tanjung Kubong. Di muzium ini terdapat pameran yang menampilkan sejarah perlombongan arang batu Labuan dari tahun 1847 hingga 1911, lengkap dengan pameran artifak, diorama dan informasi sejarah yang komprehensif.
Daya tarikan utamanya ialah Menara Chimney setinggi 32.5 meter yang dibina sepenuhnya menggunakan lebih 23,000 bata merah.
13.Patau-Patau Water Village
Alamat: Kampung Patau-patau, Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan, Malaysia
Waktu Operasi: –
Patau-Patau Water Village, Labuan adalah salah satu kampung tradisional nelayan yang unik kerana rumah-rumahnya dibina di atas air di teluk Labuan.
Kampung ini dihuni kebanyakannya oleh keturunan Melayu Brunei yang mula menetap di kawasan ini pada tahun 1930an.
Pengunjung boleh menjelajah kampung ini melalui laluan pejalan kaki serta berinteraksi dengan penduduk tempatan yang mesra.
Malah, turut berpeluang menyertai program homestay untuk merasai budaya, makanan tradisional seperti ambuyat dan gaya hidup penduduk tempatan.
14. Beting Pasir Pulau Kuraman
Alamat: Pulau Kuraman, 87000 Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan, Malaysia
Waktu Operasi: –
Beting Pasir Pulau Kuraman adalah salah satu tarikan alam semula jadi paling ikonik di Labuan. Beting pasir atau “lidah pasir” di Pulau Kuraman ini adalah yang terpanjang di Asia tau!
Beting pasir terbentuk secara semula jadi di hujung Pulau Kuraman, hasil pemendapan pasir selama berjuta-juta tahun akibat arus laut dan angin. Fenomena beting pasir ini lebih ketara dan mudah diakses ketika air surut.
15. Muzium Marin Labuan
Alamat: Kompleks Sukan Air Antarabangsa Labuan, Jalan Tanjung Purun, 87008 Labuan, Malaysia.
Waktu Operasi: Setiap hari, 9 AM–5 PM.
Muzium Marin Labuan juga antara tempat menarik di Labuan yang sesuai untuk kunjungan seisi keluarga.
Di sini ada 16 galeri bertingkat yang menampilkan pelbagai spesies hidupan laut, koleksi kapal karam, akuarium interaktif dan pelbagai lagi aktiviti yang menyeronokkan.
Reka bentuk muzium yang berbentuk kapal kerang dan lokasinya di Kompleks Sukan Air Antarabangsa menjadikan ianya mudah diakses. Jangan lupa singgah!
16. Taman Burung Labuan
Alamat: Pulau Kuraman, 87000 Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan, Malaysia
Waktu Operasi: Selasa-Ahad (9 AM–4:30 PM), Isnin (2–4:30 PM)
Taman Burung Labuan merupakan salah satu taman burung terbesar di Borneo. Taman ini terletak berhampiran dengan Menara Chimney di Tanjung Kubong.
Taman ini menempatkan lebih daripada 600 ekor burung yang mewakili sekitar 74 spesies, termasuk 29 spesies asli Borneo dan beberapa spesies eksotik yang terancam.
Antara spesies burung yang popular dan mudah diperhatikan termasuk burung tiong mas, love bird, helang, burung hantu, enggang, burung unta, merpati, merak, kakak tua, marabou stork dan grey crown.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/tempat-menarik-di-labuan/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=tempat-menarik-di-labuan