Hamzah Gesa Kerajaan Tangani Kenaikan Inflasi Makanan


 Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin berkata keadaan semakin membimbangkan itu memberi kesan kepada kehidupan rakyat.
Hamzah Zainudin menegaskan kerajaan perlu melihat realiti sebenar terhadap masalah peningkatan inflasi makanan. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu mencari lebih banyak penyelesaian untuk mengatasi peningkatan inflasi makanan yang didakwa Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin sebagai membimbangkan
Membangkitkan perkara itu dalam sesi soal jawab di Parlimen, wakil rakyat Larut terbabit menegaskan kerajaan tidak boleh mengabaikan peningkatan inflasi makanan yang kesannya dirasai rakyat.
Menurutnya, realiti sebenarnya menunjukkan berlaku kenaikan inflasi makanan seperti di Negeri Sembilan (3.3%), Selangor (3.1%) dan Putrajaya (2.9%).
“Semakan pegawai saya menerusi ‘Price Catcher’ oleh Kementerian Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menunjukkan harga ikan kembung naik… sebelum peluasan SST (cukai jualan dan perkhidmatan) RM14.80 sekilogram kini purata di Kuala Lumpur sehingga RM16.
“Sebab itu fokus kita supaya kerajaan mencari jalan sebenarnya untuk kita menurunkan inflasi makanan ini dan dari segi sasarannya seperti jangka masa.
“Strategi dibuat kerajaan kerana menaikkan SST itu, apakah mampu untuk menurunkan (inflasi makanan)?,” katanya dalam soalan kepada Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.
Lim dalam jawapannya mengakui inflasi makanan kekal tinggi berbanding kadar inflasi keseluruhan, namun menegaskan langkah kawalan dan pemantauan rapi sedang giat dilaksanakan bagi memastikan harga barangan asas tidak melonjak.
Menurutnya, kadar inflasi keseluruhan negara pada Jun 2025 kekal stabil pada 1.1%, tetapi inflasi makanan mencatat kadar lebih tinggi sekitar 2.1%, malah melebihi paras itu di beberapa negeri.
Menurutnya, kerajaan melalui KPDN kini turun padang secara berkala untuk memantau harga barangan asas seperti beras, minyak masak dan ikan bagi memastikan ia kekal terkawal meskipun selepas peluasan SST.
“Memang bila kita laksanakan perkembangan SST, kita sudah siap sedia untuk kesan, memang makanan atau kos sara hidup akan dinaikkan…kita memang ada daripada KPDN untuk turun padang memantau harga sebab SST,” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/07/hamzah-gesa-kerajaan-tangani-kenaikan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lihat Macam Gini Kah Nak Pilih Jadi Kerajaan

Lihat Macam Gini Kah Nak Pilih Jadi Kerajaan

papar berkaitan - pada 17/7/2025 - jumlah : 245 hits
Pembangkang dakwa Kerajaan hari ni dipimpin diktator kebebasan bersuara disekat intimidasi politik kritik PMX ditangkap Anda lihat sendiri golongan yang mendakwa hak dan kebebasan mereka ditindas
Perhimpunan Aman Ok Kerajaan Pm Anwar Tak Larang Tapi Selagi 154 Kerusi Kekal Anwar Swlamat Swjahtera Saja

Perhimpunan Aman Ok Kerajaan Pm Anwar Tak Larang Tapi Selagi 154 Kerusi Kekal Anwar Swlamat Swjahtera Saja

papar berkaitan - pada 17/7/2025 - jumlah : 262 hits
JANGAN PANDANG RINGAN HIMPUNAN RAKYAT16 July 2025Selepas perhimpunan Majlis Peguam Isnin lalu himpunan yang kini banyak diperkatakan ramai ialah Himpunan Turun Anwar di Dataran Merdeka 26 Julai depan Blok pembangkang nampaknya mula mengatur...
Kerajaan Madani Hakikatnya Setuju Pertahan Kebebasan Kehakiman Sebab Itu Nurul Izzah Hadir

Kerajaan Madani Hakikatnya Setuju Pertahan Kebebasan Kehakiman Sebab Itu Nurul Izzah Hadir

papar berkaitan - pada 14/7/2025 - jumlah : 331 hits
HarapandailyJuly 14 2025 Oleh NORMAN RADZUAN Hari ini Majlis Peguam Malaysia bersama 500 peguam hadir untuk penyerahan memo kepada Perdana Menteri Pada awalnya Majlis Peguam Malaysia mensasarkan 3 000 peguam ke situ kehadiran hari di luar s...
Dasar Kerajaan Membantu Rakyat Dalam Negara

Dasar Kerajaan Membantu Rakyat Dalam Negara

papar berkaitan - pada 15/7/2025 - jumlah : 224 hits
RMS Kerajaan tidak buat dasar yang rugikan rakyat tapi untuk menjaga kebajikan rakyat tak kira kerajaan mana yang akan menerajui negara selepas PRU 16 Dasar dasar yang diumumkan kerajaan hari ni akan kekal walaupun PN atau BN jadi kerajaan ...
Orang Mati Di Merata Tempat Di Dalam Pembunuhan Hanukkah Di Australia

The Timeless Craftsmanship Of Dagestan S 200 Year Old Nail Free Bridge

Nasi Goreng Tomyam Padu Wangi Resipi Pedas Yang Buat Terus Lapar

Aktiviti Program Kenangan Perjuangan Kaseh Tanah Air Bonda Pertiwi Dan Ambang 2026 Ppim 14 12 2025

Senarai Dokumen Penting Yang Perlu Diselamatkan Semasa Banjir

Qualcomm Umum Dua Cip Baharu Untuk Peranti Mampu Milik

Beli Rak Letak Pokok Bertingkat Online

Nabi Dan Para Sahabatnya Kaya Raya Tapi Kenapa Mereka Sering Kelaparan Dan Kesulitan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Get The Best Experience While Playing Hoki22 Login Online Slots

Mtv Tamat Operasi Selepas 40 Tahun Berakhir Satu Era

Rm10 Million And Counting Why Papa Zola The Movie Resonates

Kenapa Perempuan Selalu Overthinking

Kenapa Pilih Syarikat Packaging Custom Ini 7 Sebab Produk Anda Perlu Kotak Berkualiti

Terlupa Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid