Bukan Sebarang Akar Ketahui Khasiat Akar Seruntun Untuk Kesihatan


Bukan Sebarang Akar, Ketahui Khasiat Akar Seruntun Untuk Kesihatan
Tidak dinafikan, herba-herba tradisional sudah mendapata perhatian ramai sejak dahulu lagi. Herba atau ubatan tradisional juga sinonim dengan jumlah khasiat yang ada di dalamnya.
Bukan itu sahaja, daun, akar, batang dan bunga daripada tumbuhan herba juga mempunyai pelbagai khasiat yang dikatakan boleh merawat penyakit tertentu, memberi tenaga, menguatkan sistem imun dan menyokong fungsi tubuh.
Jika dahulu, tumbuhan seperti pokok seruntun hanya dianggap sebagai tumbuhan liar di kawasan rumah. Namun sebenarnya, masih ramai yang belum mengetahui tentang khasiat tumbuhan ini terutama di bahagian akarnya.
Untuk maklumat lanjut, ikuti perkongsian dari Hello Doktor di bawah ini.
Pokok yang sama tapi ada banyak nama la dikenali sebagai Tinospora crispa (Miers) dalam bahasa botaninya. Walaupun anda mengenalinya dengan nama akar seruntun, sebenarnya ia mempunyai beberapa nama panggilan lain.
Antaranya ialah patawali, akar gasing, akar putarwali, akar putrawali, akar seruntum, akar wali, bakawali dan batang wali. Menarik bukan?
Pokok ini merupakan jenis pokok yang menjalar yang biasa tumbuh di kawasan pagar rumah atau runtuhan rumah-rumah lama yang telah ditinggalkan.
la juga tumbuh secara meliar di pinggir-pinggir hutan. Pokok ini telah lama digunakan sebagai bahan atau herba perubatan tradisional.
Disebabkan rasanya yang amat pahit, ia juga digunakan oleh ibu-ibu dalam proses cerai susu anak mereka.
Kegunaan akar seruntun secara tradisional Dalam masyarakat Melayu, tumbuhan herba patawali ini banyak digunakan oleh kaum ibu dalam fasa bercerai susu anak.
Caranya adalah dengan menyapu akar ini pada bahagian puting payudara sebelum anak mula menyusu.
Disebabkan rasanya yang amat pahit, maka anak akan mula untuk berhenti menyusu secara perlahan-lahan.
Selain itu, akar ini juga digunakan sebagai bahan untuk minuman kesihatan. Air rebusan akar ini diminum dan dipercayai dapat mengelakkan diri daripada gigitan nyamuk.
Ini kerana rasa pahit daripada akar ini membuatkan darah menjadi pahit lalu menyebabkan gigitan nyamuk semakin berkurangan.
Selain itu juga, tumbuhan ini banyak digunakan sebagai salah satu kaedah untuk merawat diabetes, darah tinggi dan menaikkan selera makan secara tradisional.
Di luar negara, ia lebih banyak digunakan sebagai ubat untuk merawat penyakit berkaitan kulit seperti kusta, gatal-gatal, jaundis dan kudis buta.
BACA: Jarang Didengari, Ketahui Khasiat Kopi Hijau Kepada Tubuh Badan Khasiat akar seruntun yang sebenar Terdapat beberapa kajian praklinikal yang telah dijalankan bagi melihat keberkesanan herba akar ini terhadap beberapa penyakit.
Antaranya ialah penyakit diabetes, kecacingan dan keradangan.
1. Khasiat ke atas penyakit diabetes Bagi penyakit diabetes, beberapa hasil kajian ada menunjukkan bahawa ekstrak akar ini mempunyai potensi dalam merawat diabetes jenis 2 yang telah dijalankan ke atas tikus.
Namun, bagi kajian klinikal yang dijalankan ke atas penghidap diabetes, tidak terdapat sebarang perbezaan yang signifikan terhadap dua kumpulan responden iaitu yang menerima ekstrak herba patawali dan kumpulan plasebo.
Ini bermakna, akar ini tidak memberikan sebarang kesan terhadap penyakit diabetes yang sedang mereka alami.
2. Merawat keradangan Bagi penyakit keradangan pula, ekstrak daripada akar pokok ini telah menunjukkan sifat antiradang yang baik.
Selain itu, ekstrak akar ini juga dilihat mempunyai aktiviti anticholinerase, yang mana ia berpotensi sebagai kaedah rawatan bagi penyakit nyanyuk.
Namun kajian ini hanya di peringkat praklinikal sahaja, dan keputusan mungkin akan menunjukkan hasil yang berbeza apabila dijalankan ke atas manusia.
3. Merawat masalah kecacingan Antara khasiat akar seruntun yang lain ialah berpotensi merawat masalah kecacingan. Tumbuhan ini dikatakan berkesan mengubati masalah kecacingan dalam kalangan kanak-kanak.
Caranya adalah dengan merebus batang pokok ini, seterusnya ditapis dan diminum sebanyak satu gelas setiap hari.
BACA: Elak Sakit Sendi, Ketahui Persiapan Awal Sebelum Mendaki Mempunyai kesan toksik jika diambil berlebihan Tahukah anda, tumbuhan ini juga boleh menyebabkan kesan toksik kepada tubuh badan jika diambil dengan kuantiti yang banyak?
Dos akar seruntun yang terlalu tinggi boleh menyebabkan kesan toksik kepada hati dan buah pinggang manusia, dan ini sangat membahayakan.
Terdapat satu kajian yang melaporkan mengenai kes keradangan hati dan hepatitis terhadap manusia.
Ini berikutan pesakit tersebut telah mengambil ekstrak tumbuhan patawali ini bagi merawat penyakit malaria yang dialaminya.
Namun, fungsi hati pesakit tersebut telah kembali normal setelah dua bulan menghentikan pengambilan ekstrak akar ini.
Kesimpulan Banyak kajian yang telah dijalankan menunjukkan potensi herba ini dalam merawat beberapa jenis penyakit.
Walaupun hasil kajian praklinikal dilihat agak baik dan menjanjikan, namun keputusannya mungkin akan berbeza sewaktu kajian lanjutan dijalankan ke atas manusia.
Tambahan pula, kita perlu mengetahui kuantiti dos yang diambil agar ia tidak menyebabkan ketoksikan kepada organ hati.
Dapatkan nasihat daripada doktor sebelum membuat keputusan untuk mengambil herba ini, lebih-lebih lagi jika anda menghidap penyakit kronik seperti sakit jantung dan juga diabetes.
BACA: Bahaya Kudis Api, Ibu Bapa Wajib Tahu Punca & Cara Rawatan Sumber: Hello Doktor
The post Bukan Sebarang Akar, Ketahui Khasiat Akar Seruntun Untuk Kesihatan appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/11/21/bukan-sebarang-akar-ketahui-khasiat-akar-seruntun-untuk-kesihatan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bahaya Pencampuran Plastik Dalam Pembungkusan Minyak Ancaman Kepada Kesihatan Dan Alam Sekitar

Bahaya Pencampuran Plastik Dalam Pembungkusan Minyak Ancaman Kepada Kesihatan Dan Alam Sekitar

papar berkaitan - pada 15/11/2025 - jumlah : 156 hits
Berikutan pendedahan mengenai peniaga yang mencampurkan plastik pembungkus minyak ke dalam kuali panas kami ingin mengingatkan bahawa tindakan ini adalah satu pengkhianatan besar kepada pelanggan Kita membeli makanan dengan harapan ia selam...
Kuasai Kesihatan Anda Demi Mencegah Diabesiti

Kuasai Kesihatan Anda Demi Mencegah Diabesiti

papar berkaitan - pada 18/11/2025 - jumlah : 190 hits
Kadar diabetes semakin meningkat di rantau Asia Pasifik dan dijangka menjadikan rantau ini sebagai penyumbang terbesar kepada beban ekonomi global akibat penyakit diabetes menjelang tahun 2030 Di Malaysia Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan M...
Bulan Ada Kesan Kesihatan Kepada Tubuh Manusia Ini Penjelasan Saintis

Bulan Ada Kesan Kesihatan Kepada Tubuh Manusia Ini Penjelasan Saintis

papar berkaitan - pada 19/11/2025 - jumlah : 107 hits
Bulan Ada Kesan Kesihatan Kepada Tubuh Manusia Ini Penjelasan Saintis Sejak zaman purba manusia sentiasa meneliti alam sekitar untuk memahami kesihatan tingkah laku dan corak kehidupan mereka Dari perubahan cuaca hingga pergerakan bintang b...
Musim Haji 2026 Utamakan Kesihatan

Musim Haji 2026 Utamakan Kesihatan

papar berkaitan - pada 14/11/2025 - jumlah : 155 hits
Bismillah Assalamualaikum Cepat benar masa berlalu Hari esok kami di Johor sudah pun memasuki modul ke 6 kursus Haji bagi ibadah haji untuk tahun 2026 Kursus kali ini lebih awal di mulakan dari tahun tahun sebelumnya Saya sudah menunaikan h...
Pesanan Buat Bakal Haji Syarat Kesihatan Baru

Pesanan Buat Bakal Haji Syarat Kesihatan Baru

papar berkaitan - pada 12/11/2025 - jumlah : 176 hits
Buat bakal bakal hajisyarat kemampuan semakin sukar dan ketatkena plan dan jaga keaihatan awal bagi melayakkan menunaikan haji Untuk musim Haji 2026 ada beberapa perubahan besar dibuat oleh Kerajaan Saudi 1 Tiada lagi Pusat Rawatan TH akan ...
Manfaat Kunyit Untuk Kesihatan Kecantikan Kesuburan

Manfaat Kunyit Untuk Kesihatan Kecantikan Kesuburan

papar berkaitan - pada 10/11/2025 - jumlah : 179 hits
Manfaat Kunyit untuk Kesihatan Kecantikan Kesuburan Rempah Ajaib yang Wajib Anda Tahu Pengenalan Mengapa Kunyit Lebih Hebat Daripada Yang Anda Sangka Jika anda pernah melihat ibu atau nenek anda memasak rendang atau kari pasti kunyit turut ...
Keadaan Udara Di New Delhi Krisis Kesihatan Yang Memuncak

Keadaan Udara Di New Delhi Krisis Kesihatan Yang Memuncak

papar berkaitan - pada 11/11/2025 - jumlah : 142 hits
Keadaan udara di New Delhi kini berada dalam situasi yang sangat kritikal menyebabkan orang ramai turun ke jalan untuk memprotes kerana tidak tahan lagi menghirup asap beracun setiap hari Bacaan Indeks Kualiti Udara mencatatkan antara 300 h...
Bukan Sekadar Hiburan Ini 5 Kelebihan Mendengar Muzik Pada Kesihatan Anda

Bukan Sekadar Hiburan Ini 5 Kelebihan Mendengar Muzik Pada Kesihatan Anda

papar berkaitan - pada 19/11/2025 - jumlah : 136 hits
Bukan Sekadar Hiburan Ini 5 Kelebihan Mendengar Muzik Pada Kesihatan Anda Bagi kebanyakan orang muzik seperti teman setia dalam kehidupan Ada yang dengar lagu semasa memandu ada yang memasang muzik perlahan ketika bekerja malah ada juga yan...
Pengalaman Guna Medical Card

Punca Bil Melambung 4 Masalah Ini Jadi Punca Aircond Makan Lebih Tenaga Elektrik

Spm Tidak Ditangguh Meskipun Banjir Ops Payung Diaktifkan

Ltat Kembali Strategik Pengurangan Pendedahan Dalam Affin

Albert Teams Up With Dr M To Expose Mastermind Behind Sabah Scandal

Security Alert Unusual Login Notification

Pgdm Participates In Segi University S Sosure Media 2025 Campaign With The Theme Be So Sure Be So Safe

Perkuburan Baqi Hanya Jemaah Lelaki Yang Boleh Ziarah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Baru Tahu Pisang Hanya Berbuah Sekali Ini Ceritanya

Makan Tengah Hari Di Richiamo Pajam Nilai

Tauhu Wrap Daging Resipi Sihat Mudah Yang Paling Padu

Brasil Satu Satunya Negara Yang Sentiasa Lolos Statistik Penampilan Piala Dunia

Back In The Game A Grigio Silverstone Moto Guzzi V35 From New Zealand

Cara Hitung Diskon Potongan Harga Saat Musim Sale Tanpa Pusing