Bulan Ada Kesan Kesihatan Kepada Tubuh Manusia Ini Penjelasan Saintis


‘Bulan’ Ada Kesan Kesihatan Kepada Tubuh Manusia? Ini Penjelasan Saintis
Sejak zaman purba, manusia sentiasa meneliti alam sekitar untuk memahami kesihatan, tingkah laku dan corak kehidupan mereka.
Dari perubahan cuaca hingga pergerakan bintang, banyak fenomena alam dipercayai memberi kesan kepada kesihatan.
Pernahkah anda tertanya mengapa bulan sering dikaitkan dengan kitaran haid wanita atau dengan tingkah laku ‘gila’ semasa bulan penuh? Difahamkan, kepercayaan ini bukan perkara baru bagi manusia.
Hari ini, SK akan kongsikan penjelasan saintis tentang kaitan bulan dengan kesihatan tubuh manusia, menurut Royal Museums Greenwich.
Sejarah bulan mempengaruhi manusia Menurut Royal Museums Greenwich, kepercayaan bahawa bulan memberi pengaruh terhadap penyakit dan kesihatan manusia sudah lama wujud dan tersebar luas, daripada cerita rakyat dan perubatan zaman dahulu hingga kepada catatan kontemporari mengenai bulan penuh dan peningkatan jenayah ganas.
Salah satu objek tertua dalam pameran The Moon 2019 di Muzium Maritim Negara ialah tablet Mesopotamia dari tahun 172 SM.
Tablet tersebut menerangkan cara untuk menangkis kesan jahat gerhana bulan, yang dipercayai boleh mengancam nyawa raja.
Sebaliknya, di zaman Yunani dan Rom purba, gadis-gadis diberikan azimat berbentuk bulan sabit pada hari lahir mereka untuk melindungi daripada roh jahat.
Dalam pada itu, para wanita juga memakainya untuk meningkatkan kesuburan dan perlindungan semasa bersalin.
Seorang kurator di Royal Observatory Greenwich, Louise Devoy menjelaskan bahawa menjejak kedudukan bulan telah menjadi bahagian penting dalam perubatan menjelang abad ke-16.
“Mereka menggunakan jejari hitam pada cakera kertas berputar (volvelles) untuk menjejaki kedudukan bulan
“Fasa bulan yang semakin membesar dipercayai meningkatkan keberkesanan kaedah bloodletting. Sebaliknya, bulan penuh dipercayai dapat meningkatkan demam pesakit. Selain itu, ahli farmasi juga mencipta ubat herba menggunakan tumbuhan berair yang dipercayai dipengaruhi oleh bulan,” jelas Devoy.
Kitaran bulan dan kitaran haid Hubungan antara bulan dan kitaran haid wanita sudah lama wujud. Dari segi etimologi, perkataan Yunani untuk Bulan iaitu ‘mene’ dan Latin untuk bulan ialah ‘mensis’ menjadi akar istilah ‘menstruasi’.
Dari sudut saintifik pula, terma ini agak meragukan. Oleh itu, pada tahun 1708, doktor Richard Mead menerbitkan sebuah buku dan mengambil inspirasi daripada teori Isaac Newton.
Beliau mencadangkan bahawa tarikan graviti bulan mempengaruhi cecair dalam tubuh manusia, memburukkan keadaan seperti epilepsi dan batu karang dan menjejaskan kitaran haid.
“Semua orang tahu betapa besarnya peranan bulan dalam mempengaruhi pengeluaran tubuh wanita, yang dinamakan sedemikian kerana ia berlaku secara tetap setiap bulan
“Ianya amat ketara di negara-negara yang paling dekat dengan Khatulistiwa, di mana tindakan bulan paling kuat, pengeluaran bulanan ini berlaku dalam jumlah yang lebih besar berbanding negara-negara berhampiran Kutub, di mana kuasa ini paling lemah,” katanya
Walaupun tiada bukti saintifik menyokong teori Mead pada abad ke-18, idea bahawa kitaran lunar dan kitaran haid boleh ‘selari’ secara tidak langsung masih bertahan.
Pada tahun 2016, aplikasi penjejak haid Clue menganalisis data daripada lebih 1.5 juta pengguna bagi menentukan sama ada terdapat kaitan antara fasa Bulan dan kitaran haid. Kajian itu mendapati tiada sebarang hubungan.
“Berdasarkan data, kami mendapati tarikh permulaan haid berlaku secara rawak sepanjang bulan, tanpa mengira fasa bulan,” kesimpulan ahli sains data, Dr Marija Vlajic Wheeler.
Adakah bulan mempengaruhi tidur? Menurut Royal Museums Greenwich, idea bahawa bulan penuh boleh menyebabkan tidur terganggu sudah lama wujud, tetapi bukti saintifik masih tidak konsisten.
Satu kajian pada tahun 2013 melibatkan 33 sukarelawan mendapati secara purata mereka mengambil masa lima minit lebih lama untuk tidur semasa bulan penuh. Sukarelawan juga menghabiskan 30 peratus kurang masa dalam tidur nyenyak.
Walaupun mudah untuk menganggap cahaya bulan yang lebih terang menjadi punca tidur terganggu, kajian ini dijalankan dalam makmal tidur di mana jumlah cahaya dikawal dengan ketat setiap malam.
Bagaimanapun, dua eksperimen lain gagal menghasilkan keputusan yang sama selepas kajian ini diterbitkan
Bulan dan ‘kegilaan’ “Selama beribu tahun, wujud kepercayaan meluas bahawa bulan penuh dikaitkan dengan penyakit mental
“Perkataan ‘lunatic’, yang kini sudah jarang digunakan, menunjukkan betapa meluasnya kepercayaan ini dalam kalangan orang awam dan profesional perubatan,” jelas seorang ahli sejarah dalam buku The Moon, bernama John J. Johnston.
Johnston menjelaskan bahawa Aristoteles percaya kandungan air yang tinggi dalam otak membuatnya terdedah kepada fasa Bulan.
Teori ini mengenai “pasang surut minda” menjadikan bulan penuh dikaitkan dengan tingkah laku ganas, sawan dan penyakit mental.
Kajian kemudian gagal menemui hubungan antara bulan dan kesihatan mental. Analisis kajian ‘lunar-lunacy’ pada 1985 mendapati tiada kaitan antara bulan dan insiden seperti jenayah, bunuh diri, atau kemasukan ke hospital psikiatri.
Kajian terkini pada 2019 yang menganalisis data 17,966 individu di pelbagai wad psikiatri selama 10 tahun juga mendapati perkara yang sama.
Jadi, adakah bulan benar-benar mempengaruhi kesihatan dan emosi kita? Royal Museums Greenwich menyimpulkan bahawa tiada bukti kukuh  bahawa bulan menjejaskan kesihatan fizikal atau mental manusia, walaupun kesannya telah diperhatikan pada organisma lain contohnya, terumbu karang nampaknya menyesuaikan pembiakan mereka mengikut kitaran lunar.
Pengarang buku The Moon and Madness, Niall McCrae, mengkritik kajian saintifik terdahulu yang mendakwa bulan mempengaruhi kesihatan, tetapi tidak menolak sepenuhnya.
“Kita boleh yakin bahawa bulan tidak memberi kesan kepada kebanyakan orang, tetapi kita tidak boleh menolak kemungkinannya terhadap pengaruh tidur, emosi dan tenaga
“Bukti saintifik yang meyakinkan bahawa bulan mempengaruhi biologi atau kesihatan mental manusia masih belum ditemui,” jelas Richard Dunn dalam buku pameran The Moon.
BACA: Earphone Atau Headphone? Pakar Telinga Jelaskan Mana Lebih Selamat Sumber: Royal Museums Greenwich
The post ‘Bulan’ Ada Kesan Kesihatan Kepada Tubuh Manusia? Ini Penjelasan Saintis appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/11/18/bulan-ada-kesan-kesihatan-kepada-tubuh-manusia-ini-penjelasan-saintis/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Minum Matcha Setiap Hari Ini 5 Kesan Mengejutkan Pada Tubuh Anda

Minum Matcha Setiap Hari Ini 5 Kesan Mengejutkan Pada Tubuh Anda

papar berkaitan - pada 18/11/2025 - jumlah : 147 hits
Minum Matcha Setiap Hari Ini 5 Kesan Mengejutkan Pada Tubuh Anda Di media sosial hari ini matcha merupakan antara minuman kegemaran ramai yang paling kerap dikongsikan Kini minuman ini menjadi pilihan ramai Ada yang membelinya di kafe ada y...
Bunuh Liwat Bayi 9 Bulan Kau Binatang Bukan Manusia

Bunuh Liwat Bayi 9 Bulan Kau Binatang Bukan Manusia

papar berkaitan - pada 25/11/2025 - jumlah : 133 hits
MOHD YUNUS YAKKUBDi rumah inilah mangsa dibunuh dan diliwat suami kepada pengasuh dalam kejadian pada 27 April lalu GAMBAR FAILSHAH ALAM Kau tak layak dipanggil manusia tetapi binatang Demikian luahan seorang ibu selepas pelaku yang membunu...
Ini Ialah Contoh Manusia Hipokrit

Ini Ialah Contoh Manusia Hipokrit

papar berkaitan - pada 22/11/2025 - jumlah : 118 hits
Aman Muhammaddi Pulau Pinang dilantik kapir GERAKAN jadi pengerusi PN Pulau Pinang di Sabah pula dilantik kapir Kristian jadi Pengerusi PN Sabah Dengan kata lain jika PN menang dalam PRN Sabah maka si kapir Kristian itu yang akan jadi Ketua...
Gambarkan Neelofa Sebagai Orang Suci Kenyataan Pempengaruh Ini Dikecam Ramai Jangan Taksub Mereka Hanya Manusia Biasa

Gambarkan Neelofa Sebagai Orang Suci Kenyataan Pempengaruh Ini Dikecam Ramai Jangan Taksub Mereka Hanya Manusia Biasa

papar berkaitan - pada 17/11/2025 - jumlah : 149 hits
Perkongsian pempengaruh media sosial Saby Rose di Threads mencuri perhatian ramai selepas dia menggambarkan usahawan dan selebriti terkenal Neelofa sebagai orang suci Kenyataan tersebut mencetuskan pelbagai reaksi daripada netizen yang berp...
Jangan Kembalikan Aku Ke Versi Yang Manusia Sayang Tapi Kau Tak Reda Syasya Rizal

Jangan Kembalikan Aku Ke Versi Yang Manusia Sayang Tapi Kau Tak Reda Syasya Rizal

papar berkaitan - pada 17/11/2025 - jumlah : 118 hits
Bekas ahli kumpulan Dolla Syasya Rizal menjelaskan impak hijrah terhadap dirinya setelah membuat keputusan menutup aurat dengan sempurna Menerusi perkongsian di Threads Syasya tidak menerangkan secara terperinci perkongsian itu ditujukan ke...
3 Jenis Nafsu Dalam Diri Manusia Menurut Islam Ammarah Laww Mah Dan Mu Ma Innah

3 Jenis Nafsu Dalam Diri Manusia Menurut Islam Ammarah Laww Mah Dan Mu Ma Innah

papar berkaitan - pada 16/11/2025 - jumlah : 131 hits
Jangan biarkan nafsu menuntun hidupmu ke arah yang salah Kenali tiga jenis nafsu dalam diri manusia dari amm rah yang mendorong pada dosa hingga mu ma innah yang membawa ketenangan bersama Allah Baca selengkapnya dan temukan bagaimana menum...
Uruk Pusat Peradaban Awal Manusia

Uruk Pusat Peradaban Awal Manusia

papar berkaitan - pada 25/11/2025 - jumlah : 141 hits
Kota Uruk Permulaan Peradaban Dunia Kota Uruk yang terletak di selatan Iraq diakui sebagai salah satu kota berperadaban pertama di dunia dengan sejarah yang merentasi antara 6500 hingga 4000 SM Ditemui pada tahun 1849 oleh ahli arkeologi In...
Monolog Jiwa Sakit Dada Kiri Bila Tubuh Berbisik Jiwa Perlu Didengar

Monolog Jiwa Sakit Dada Kiri Bila Tubuh Berbisik Jiwa Perlu Didengar

papar berkaitan - pada 15/11/2025 - jumlah : 172 hits
Monolog Jiwa Sakit Dada Kiri Cerita Tanda dan Langkah Monolog Jiwa Sakit Dada Kiri Bila Tubuh Berbisik Jiwa Perlu Didengar Entri gabungan cerita peribadi tanda tanda penting cadangan pemeriksaan dan sumber rujukan untuk tindakan lanjut Ring...
Tunjuk Parang Dalam Panggilan Video Minta Wang Pelajar Tingkatan Tiga Ditahan

Jasad Bayi Dijumpai Dalam Lori Sampah Di Bukit Jalil

Erra Fazira Nikah Dengan Ezwan Zain Dalam Majlis Tema Serba Putih

Johari Ghani Minta Jangan Politikkan Isu Uec Hormati Pilihan Pendidikan Rakyat

Teo Nie Ching Says Banning Games Like Roblox Won T Keep Children Safe Calls For Stronger In Game Protections

Skuad Harimau Malaya B 23 Sesi Pemanas Badan Menjelang Perlawanan

Attention

China Mencatat Rekod Surplus Perdagangan Usd 1 Trilion Pencapaian Baharu Ekonomi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kebakaran Hutan Dan Aktiviti Anak Anak Di Musim Panas Di Aussie

Pohon Kelapa Berbuah Lebat

Quick Healthy Recipe Lasagna

Cucur Cendawan Enoki Rangup Ketagih Resipi Mudah Tapi Padu

Mata Wang Kripto Uniswap Hari Ini Berpotensi Untuk Meneruskan Kecenderungan Menurun

Mabuk Kerongsang