Bukan Sekadar Hiburan Ini 5 Kelebihan Mendengar Muzik Pada Kesihatan Anda


Bukan Sekadar Hiburan, Ini 5 Kelebihan Mendengar Muzik Pada Kesihatan Anda
Bagi kebanyakan orang, muzik seperti teman setia dalam kehidupan.
Ada yang dengar lagu semasa memandu, ada yang memasang muzik perlahan ketika bekerja, malah ada juga yang tak boleh tidur tanpa iringan bunyi yang menenangkan.
Sama ada muzik balada, rock, lo-fi atau klasik, ia punya cara tersendiri untuk menyentuh emosi orang.
Ramai yang tak tahu yang sebenarnya setiap kali kita mendengar muzik, otak dan tubuh sebenarnya memberi tindak balas kepada mood, tenaga dan cara kita berfikir.
Hari ini, SK akan kongsikan beberapa kelebihan mendengar muzik pada kesihatan anda, menurut The Healthy.
1. Muzik yang tenang boleh buat anda makan lebih sedikit
Satu kajian oleh penyelidik dari Universiti Cornell mendapati suasana restoran boleh mempengaruhi cara seseorang makan.
Dalam kajian itu, restoran Hardee’s di Amerika menukar suasana salah satu cawangannya menjadi lebih tenang dengan pencahayaan lembut dan muzik jazz seperti di restoran mewah.
Hasilnya, pelanggan makan kira-kira 18 peratus lebih sedikit berbanding biasa, namun mereka melaporkan lebih menikmati makanan yang dihidangkan.
The Healthy turut menjelaskan bahawa suasana dan muzik yang menenangkan boleh membantu seseorang makan dengan lebih perlahan, menikmati setiap suapan dan akhirnya mengurangkan jumlah makanan yang diambil tanpa disedari.
2. Muzik instrumental yang membangkitkan semangat boleh tingkatkan fokus minda
Kajian oleh penyelidik di Universiti Northumbria, United Kingdom mendapati bahawa muzik klasik yang berirama ceria, seperti konsert “Spring” daripada The Four Seasons karya Vivaldi, dapat membantu meningkatkan kepekaan dan tumpuan mental.
Dalam kajian tersebut, sekumpulan belia diminta menjalankan tugasan yang memerlukan fokus tinggi.
Hasilnya menunjukkan mereka berprestasi lebih baik ketika mendengar konsert “Spring” yang ceria berbanding konsert “Autumn” yang lebih perlahan dan suram.
Ini menunjukkan bahawa muzik instrumental yang bersifat positif dan bertenaga boleh merangsang otak untuk kekal fokus serta lebih peka terhadap tugasan yang dilakukan.
3. Muzik yang menyenangkan membantu menenangkan dan merehatkan salur darah
Kajian oleh Universiti Maryland mendapati bahawa mendengar muzik yang menggembirakan boleh menyebabkan salur darah mengembang, sekaligus meningkatkan aliran darah dan menyokong kesihatan jantung.
Dalam kajian tersebut, saiz purata diameter salur darah di bahagian lengan atas peserta meningkat sebanyak 26 peratus selepas mereka mendengar muzik yang memberi rasa gembira.
Selain itu, satu kajian semula terhadap 26 penyelidikan melibatkan hampir 1,400 pesakit jantung turut mendapati bahawa muzik boleh mengurangkan kadar degupan jantung, tekanan darah dan tahap kebimbangan.
Penemuan ini menunjukkan muzik bukan sahaja baik untuk emosi, tetapi juga memainkan peranan penting dalam membantu tubuh kekal sihat dan bertenaga.
4. Melodi yang menenangkan boleh membantu mengurangkan rasa sakit
Menurut The Healthy, ada satu kajian di mana orang dewasa menerima kejutan elektrik ringan yang selamat sambil mendengar melodi dari zaman kanak-kanak mereka.
Hasil kajian mendapati yang mereka mengalami pengurangan kesakitan sebanyak 17 peratus secara keseluruhan.
Kajian lain pula menunjukkan bahawa muzik juga boleh membantu mengurangkan rasa sakit dalam kalangan pesakit fibromyalgia dan kanser. Kesan yang sama turut dilihat pada kanak-kanak.
Menurut kajian yang diterbitkan dalam JAMA Pediatrics, kanak-kanak yang mendengar muzik yang menenangkan atau ceria semasa prosedur memasukkan jarum IV melaporkan rasa sakit dan tekanan emosi yang lebih rendah berbanding mereka yang menjalani prosedur tersebut dalam suasana senyap.
5. Tahap stres boleh menurun
Satu kajian kecil pada tahun 2010 telah dijalankan oleh para penyelidik mendapati bahawa mendengar muzik mampu menurunkan paras hormon stres (kortisol) dengan kesan yang hampir sama seperti terapi urutan.
Dalam kajian itu, peserta yang mengalami keresahan dibahagikan kepada dua kumpulan. Satu kumpulan mendengar muzik semasa menjalani urutan, manakala kumpulan satu lagi hanya berbaring di bilik yang malap sambil mendengar muzik.
Selepas tiga bulan, keputusan menunjukkan bahawa kedua-dua kumpulan mengalami penurunan tahap stres yang sama, menandakan bahawa mendengar muzik sahaja sudah cukup membantu menenangkan minda dan tubuh.
BACA: Bau Minyak Wangi Cepat Hilang, Cuba Tip Ini Untuk Tahan Lebih Lama
Sumber: The Healthy
The post Bukan Sekadar Hiburan, Ini 5 Kelebihan Mendengar Muzik Pada Kesihatan Anda appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/11/19/bukan-sekadar-hiburan-ini-5-kelebihan-mendengar-muzik-pada-kesihatan-anda/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Amanah Saham Bumiputera Auto Labur Kelebihan Dca Yang Ramai Tak Tahu

Amanah Saham Bumiputera Auto Labur Kelebihan Dca Yang Ramai Tak Tahu

papar berkaitan - pada 6/11/2025 - jumlah : 191 hits
Amanah Saham Bumiputera Kelebihan Auto Labur Strategi DCA Yang Ramai Tak Tahu Amanah Saham Bumiputera kekal menjadi pilihan utama pelabur Bumiputera di Malaysia kerana kestabilan pulangan dan risiko rendah Kini dengan adanya ciri Auto Labur...
Surah Yusuf Rumi Audio Mp3 Terjemahan Kelebihan Amalan

Surah Yusuf Rumi Audio Mp3 Terjemahan Kelebihan Amalan

papar berkaitan - pada 25/11/2025 - jumlah : 133 hits
ilmu x section h3 color 0c3808 important ilmu x section dark h3 ilmu x section dark dark color fff important faq schema h2 font size 22px margin bottom 25px color 0c3808 important font weight 600 faq schema h3 faq question color 0c3808 impo...
Prn Sabah Saingan 11 Penjuru Di Pintasan Beri Kelebihan Kepada Bn Tadzul

Prn Sabah Saingan 11 Penjuru Di Pintasan Beri Kelebihan Kepada Bn Tadzul

papar berkaitan - pada 26/11/2025 - jumlah : 201 hits
Fahmi TajuddinKOTA BELUD Pertandingan 11 penjuru di kerusi Dewan Undangan Negeri Pintasan pada Pilihan Raya Negeri Sabah yang ke 17 disifatkan sebagai memberi kelebihan kepada Barisan Nasional Calon BN bagi kerusi itu Tadzul Radim berkata p...
Seribu Satu Rasa Antara Mendengar Memberi Dan Menghargai

Seribu Satu Rasa Antara Mendengar Memberi Dan Menghargai

papar berkaitan - pada 21/11/2025 - jumlah : 183 hits
Seribu Satu Rasa Antara Mendengar Memberi dan Menghargai Mudah bagi kita untuk bercakap Mudah untuk meminta meluahkan atau menceritakan sesuatu yang tersimpan di dada Kita kadang tak sedar setiap perkataan yang terungkap adalah titisan jiwa...
All The Best Ujian Mendengar Spm 2025

All The Best Ujian Mendengar Spm 2025

papar berkaitan - pada 20/11/2025 - jumlah : 214 hits
All the best Ujian Mendengar SPM 2025 Good luck semua calon SPM Tremendous 2025 yang akan jawab Ujian Mendengar BM BI Semoga anda semua tenang fokus dan hati lapang masa jawab Usaha dah buat doa pun tak pernah tinggal sekarang tinggal masuk...
Tumpukan Sahaja Kerjaya Muzik Tak Yah Perli Pakai Keta Mahai Banyak La Kena Isi Minyak

Tumpukan Sahaja Kerjaya Muzik Tak Yah Perli Pakai Keta Mahai Banyak La Kena Isi Minyak

papar berkaitan - pada 14/11/2025 - jumlah : 184 hits
Sahabat Anwar Tanya soalan mengundang Kontroversi lepas tu pembenci Kerajaan Perpaduan pun masuk komen tumpu je la kerjaya Muzik kau tu tak payah nak sibuk perli2 memang harga minyak naik tapi yang Ada IC dengan lesen memandu layak dapat Su...
Penyanyi Ai Pertama Masuk Carta Muzik Billboard Usa

Penyanyi Ai Pertama Masuk Carta Muzik Billboard Usa

papar berkaitan - pada 16/11/2025 - jumlah : 208 hits
GALAKSIVIRAL Tahun ini adalah tahun sejarah kebangkitan penyanyi dan muzik ciptaan AI Ini adalah kerana buat pertama kalinya penyanyi AI bernama Xania Monet telah berjaya menjadi Juara Carta Billboard R B Digital Song Sales dengan lagunya b...
Ditegur Menteri Agama Universal Music Turunkan Muzik Video Dolla Jaga Sensitiviti

Ditegur Menteri Agama Universal Music Turunkan Muzik Video Dolla Jaga Sensitiviti

papar berkaitan - pada 17/11/2025 - jumlah : 209 hits
Universal Music Malaysia mengambil langkah menurunkan video muzik terbaharu artis naungannya Dolla berjudul Question daripada semua platform digital selepas menerima kritikan kerana didakwa tidak sesuai dan menyentuh sensitiviti masyarakat ...
Hiburan Nubhan Muat Naik Ig Story Amber Heard Peminat Naik Hantu Sindir Ibu Yang Lahirkan Anak Sendiri Ke

Hiburan Nubhan Muat Naik Ig Story Amber Heard Peminat Naik Hantu Sindir Ibu Yang Lahirkan Anak Sendiri Ke

papar berkaitan - pada 6/11/2025 - jumlah : 238 hits
Kecoh di laman Threads apabila seorang pengguna meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan penyanyi yang memuat naik Instagram Story dengan kapsyen merujuk kepada Amber Heard seolah olah menyindir bekas isterinya Dr Afifah Hidayah selepas pend...
Used Car Prices In Toronto Why Analysts Say The Seller S Market Is Cooling Down

Hiburan Faiz Soul Dijemput Rasmi Majlis Sekolah Netizen Pertikai Kelayakan Dah Habis Ke Tokoh Nak Diangkat Jadi Idola

Permata Hati Melihatmu Tersenyum Aku Bahagia Gambar Kenangan Kami

Makan Asam Pedas Ikan Merah Tiba Tiba Orang Belanja

5 Sebab Kenapa Korang Wajib Singgah Gunung Reng Eco Park Di Jeli Kelantan

Jemputan Majlis Kahwin Ada Kepada Sahabat Suami 07 12 2025

30 Petua Kesihatan Tradisional Melayu Minyak Kayu Putih

Yummy Beef Jerky Recipe Without Dehydrator


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Selamat Maju Jaya Calon Tremendous

20 Akhlak Rasulullah Yang Kita Abaikan

Ada Kaitan Ke Goiter Dan Tirads

Hang Lung Memperluas Portfolio Runcit Di Wuxi Menandakan Satu Lagi Pencapaian Dalam Strategi V 3 Mereka

Plastiroute Spotline Digunakan Di Laluan Persekutuan Pulau Pinang Tingkatkan Pantulan Lampu Kenderaan

Eu Lancar Siasatan Terhadap Penggunaan Data Google Untuk Ai