Kuasai Kesihatan Anda Demi Mencegah Diabesiti


Kadar diabetes semakin meningkat di rantau Asia-Pasifik (APAC), dan dijangka menjadikan rantau ini sebagai penyumbang terbesar kepada beban ekonomi global akibat penyakit diabetes menjelang tahun 2030. Di Malaysia, Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023 menunjukkan bahawa 15.6% orang dewasa berumur 18 tahun ke atas hidup dengan diabetes. Lebih membimbangkan, kira-kira dua daripada lima kes masih belum didiagnosis, manakala kelaziman diabetes yang diketahui meningkat secara berterusan kepada 9.7%

Dr. Alex Teo, Pengarah Pembangunan Penyelidikan dan Hal Ehwal Saintifik, Asia Pasifik, Herbalife
NHMS 2023 turut mendapati bahawa 54.4% orang dewasa di Malaysia mempunyai berat badan berlebihan dan obes, yang menjadi satu kebimbangan kerana obesiti ialah faktor risiko utama tetapi boleh diubah untuk diabetes jenis 2 . Pertambahan berat badan yang berlebihan boleh meningkatkan risiko diabetes jenis 2, sekali gus mencetuskan kesan berantai yang membawa kepada rintangan insulin, iaitu keadaan di mana tubuh tidak lagi bertindak balas secara berkesan terhadap insulin, lalu menyebabkan paras gula dalam darah meningkat

Menurut Dr. Alex Teo, Pengarah Pembangunan Penyelidikan dan Hal Ehwal Saintifik, Asia Pasifik, Herbalife, “risiko ini semakin meningkat disebabkan oleh gaya hidup bandar pesat dengan rutin yang serba sibuk, penuh tekanan dan bersifat sendetari. Waktu bekerja yang panjang serta kemudahan mendapatkan makanan segera sering mendorong kepada tabiat pemakanan tidak sihat atau “stress-eating”, di mana snek dan hidangan manis sering dianggap sebagai jalan mudah untuk melegakan tekanan.”
Dr. Alex Teo juga menekankan kebimbangan yang semakin meningkat berkaitan isu obesiti dalam kalangan kanak-kanak, dengan menyatakan bahawa seorang daripada tiga kanak-kanak berusia antara 5 hingga 17 tahun di Malaysia kini mempunyai berat badan berlebihan atau obes . Jelas beliau lagi, obesiti pada usia muda membuka ruang kepada pelbagai cabaran kesihatan sepanjang hayat, termasuk diabetes jenis 2 serta penyakit kronik lain

Ia juga penting untuk kita sedari bahawa sesetengah individu kelihatan mempunyai berat badan normal, tetapi sebenarnya membawa lebihan lemak dalam badan, satu keadaan yang dikenali sebagai “TOFI” (thin outside, fat inside). Ini adalah perkara biasa di kalangan orang Asia, serta individu yang mengambil protein secara tidak mencukupi dan menjalani gaya hidup tidak aktif. Diabetes jenis 2 juga boleh berlaku tanpa sebarang gejala pada peringkat awal, yang bermaksud seseorang mungkin mempunyai paras gula darah yang tinggi tanpa sedar

Menangani “diabesiti” — iaitu keadaan di mana seseorang individu mengalami diabetes dan obesiti secara serentak — perlu bermula dengan usaha mengatasi punca asasnya, seperti pemakanan tidak seimbang dan kurang aktiviti fizikal, sebelum ia membawa kepada masalah kesihatan yang lebih serius. Dengan mengamalkan pilihan gaya hidup yang lebih sihat secara berperingkat dan berterusan setiap hari, termasuk penurunan berat badan sederhana, individu boleh meningkatkan kepekaan tubuh terhadap insulin serta mengurangkan risiko menghidap diabetes



Makan dengan Bijak: Perubahan Kecil dalam Pemakanan Boleh Membawa Perbezaan Besar
Pemakanan memainkan peranan penting dalam pencegahan dan pengurusan diabetes jenis 2.
Makanan dengan indeks glisemik (GI) tinggi, seperti roti putih dan snek manis, boleh menyebabkan paras gula dalam darah meningkat dengan cepat seterusnya membawa kepada rintangan insulin. Mengurangkan pengambilan minuman bergula seperti teh buih atau “bubble tea” dapat membantu mengawal pengambilan gula berlebihan dan meningkatkan kawalan paras gula dalam darah. Sebagai contoh, mutiara tapioka dalam minuman teh buih yang popular menambah kalori dan meningkatkan indeks glisemik, sekali gus menyumbang kepada obesiti, memburukkan diabetes dan menjejaskan kawalan tekanan darah. Sebaliknya, pilihan yang lebih sihat seperti bijirin penuh serta buah-buahan dan sayur-sayuran kaya serat dapat membantu menstabilkan paras gula darah dengan melambatkan penyerapan gula, di samping memberikan rasa kenyang lebih lama dan menyokong sistem penghadaman

Dengan memberi tumpuan kepada pengambilan makanan semula jadi yang kaya dengan nutrien serta mengurangkan makanan diproses, individu dapat mengawal diabetes dengan lebih berkesan, di samping mempertingkat tahap kesihatan menyeluruh dan fungsi metabolik tubuh



Menyokong pemakanan dengan suplemen yang tepat
Protein, asid lemak omega-3 dan magnesium merupakan nutrien penting yang membantu dalam pengurusan berat badan serta menyokong kesihatan metabolik, khususnya bagi individu yang berisiko menghidap diabetes jenis 2

Protein membantu mengawal selera makan dengan meningkatkan rasa kenyang serta merangsang metabolisme, kerana proses pencernaannya memerlukan lebih banyak tenaga dan membantu membakar lebih banyak kalori. Asid lemak omega-3, yang terdapat dalam ikan seperti salmon, pula berperanan mengurangkan keradangan, meningkatkan kepekaan terhadap insulin, serta mengurangkan risiko penyakit berkaitan obesiti. Magnesium pula menyokong fungsi insulin dan metabolisme glukosa, sekali gus meningkatkan kepekaan terhadap insulin dan membantu mengawal paras gula dalam darah. Ia juga mengekalkan tekanan darah yang sihat dan menyokong fungsi otot, menjadikan tubuh lebih mudah untuk kekal aktif serta menguruskan berat badan




Amalkan gaya hidup lebih sihat
Pilihan gaya hidup yang sihat juga memainkan peranan penting dalam mengurus dan mencegah diabetes jenis 2. Aktiviti fizikal secara berkala, seperti 150 minit senaman sederhana setiap minggu, membantu mengawal berat badan dan meningkatkan kepekaan terhadap insulin — dua faktor utama dalam pencegahan serta pengurusan diabetes. Sekiranya sukar mencari masa untuk bersenam semasa hari bekerja, alternatif mudah seperti melakukan yoga di meja kerja (desk yoga) atau berjalan seketika sebelum dan selepas makan juga mampu memberi kesan positif terhadap kestabilan paras gula dalam darah. Langkah-langkah kecil ini bukan sahaja menguatkan tubuh badan, tetapi turut meningkatkan tahap tenaga, kesejahteraan menyeluruh serta menyokong matlamat kesihatan jangka panjang

Tidur yang tidak mencukupi dan tekanan kronik boleh mengganggu fungsi metabolik serta meningkatkan risiko menghidap diabetes. Oleh itu, memberi keutamaan kepada rehat yang mencukupi dan pengurusan tekanan amat mustahak bagi mengekalkan keseimbangan kesihatan tubuh. Kaedah pengurangan tekanan yang praktikal seperti meditasi dan latihan pernafasan dalam dapat membantu mengawal hormon tekanan, sekali gus meningkatkan keseimbangan metabolik dan menyokong kesejahteraan menyeluruh

Mengurus kesihatan mungkin dirasakan mencabar di tengah-tengah tuntutan gaya hidup yang sibuk. Namun, perubahan kecil tetapi konsisten dalam rutin harian, disertai dengan langkah pencegahan dan pengesanan awal, merupakan antara faktor utama yang dapat membantu dalam usaha mencegah diabetes









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mahagosip.com/2025/11/kuasai-kesihatan-anda-demi-mencegah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ujian Menyatukan Kisah Dua Sahabat Kental Bangunkan Bisnes Demi Keluarga

Ujian Menyatukan Kisah Dua Sahabat Kental Bangunkan Bisnes Demi Keluarga

papar berkaitan - pada 25/11/2025 - jumlah : 144 hits
Ujian Menyatukan Kisah Dua Sahabat Kental Bangunkan Bisnes Demi Keluarga Tidak semua kejayaan bermula dengan kisah yang indah ada sesetengah orang perlu melalui ranjau dan onak duri terlebih dahulu sebelum mampu berdiri teguh Yakinlah setia...
Kelaparan Tersembunyi Di Malaysia Tinjauan Kesihatan Terbaharu Dedahkan Tentang Cara Kita Makan

Kelaparan Tersembunyi Di Malaysia Tinjauan Kesihatan Terbaharu Dedahkan Tentang Cara Kita Makan

papar berkaitan - pada 5/11/2025 - jumlah : 219 hits
Kelaparan Tersembunyi Di Malaysia Tinjauan Kesihatan Terbaharu Dedahkan Tentang Cara Kita Makan memberikan gambaran yang membimbangkan tentang cara kita makan dan hidup hari ini Lebih separuh daripada orang dewasa di Malaysia mempunyai bera...
Program Ambulans Kita Selangor Dilancar Tawar Perkhidmatan Mobiliti Kesihatan

Program Ambulans Kita Selangor Dilancar Tawar Perkhidmatan Mobiliti Kesihatan

papar berkaitan - pada 7/11/2025 - jumlah : 179 hits
Program Ambulans Kita Selangor Dilancar Tawar Perkhidmatan Mobiliti Kesihatan SHAH ALAM 7 November Kerajaan Selangor hari ini melancarkan Ambulans Kita Selangor iaitu inisiatif perkhidmatan mobiliti kesihatan secara percuma kepada penduduk ...
Manfaat Kunyit Untuk Kesihatan Kecantikan Kesuburan

Manfaat Kunyit Untuk Kesihatan Kecantikan Kesuburan

papar berkaitan - pada 10/11/2025 - jumlah : 226 hits
Manfaat Kunyit untuk Kesihatan Kecantikan Kesuburan Rempah Ajaib yang Wajib Anda Tahu Pengenalan Mengapa Kunyit Lebih Hebat Daripada Yang Anda Sangka Jika anda pernah melihat ibu atau nenek anda memasak rendang atau kari pasti kunyit turut ...
Pemerintah Negeri Yang Gagal Akan Menyalahkan Pihak Lain Demi Menutup Kegagalan

Pemerintah Negeri Yang Gagal Akan Menyalahkan Pihak Lain Demi Menutup Kegagalan

papar berkaitan - pada 24/11/2025 - jumlah : 156 hits
Sham GhazTime benteng runtuh Itu pantai Negara Tapi time minta royalti segala hasil laut hak Terengganu pula Carca merba Kluk klek pengikut Pas ni Infra di Terengganu ni teruk sungguh ke Elok tukar jaga parit ja lah Tu laut dan tanah berpas...
Hormati Proses Sedang Berjalan Dan Biar Kebenaran Didedahkan Sultan Pahang Mahu Fam Bangkit Demi Bola Sepak Negara

Hormati Proses Sedang Berjalan Dan Biar Kebenaran Didedahkan Sultan Pahang Mahu Fam Bangkit Demi Bola Sepak Negara

papar berkaitan - pada 5/11/2025 - jumlah : 212 hits
KUALA LUMPUR Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menzahirkan pandangan supaya semua pihak memberi ruang kepada proses siasatan dan keputusan berhubung isu hukuman Persekutuan Bolasepak Antarangsa yang dikena...
Infaq Demi Tar Senik

Infaq Demi Tar Senik

papar berkaitan - pada 15/11/2025 - jumlah : 112 hits
Norshidah Md Daud Harini dah 14hb Kena bayar 20hb Infaqla korank semua demi keterangan kubur kelakJgn nnt menyinggah kt kubur hakak lak sebab kubur korang gelapHakak ni kt dunia pun kedekut alam kubur pun samaSorry ehhh nak menumpang cahaya...
Rafif Maula Feat Cica Rama Demi Cinta Ini Chord

Rafif Maula Feat Cica Rama Demi Cinta Ini Chord

papar berkaitan - pada 16/11/2025 - jumlah : 214 hits
Bm G Em F Em F Bm Bm tak akan ku korbankan cinta ini Bm Em walau demi nama orang tuaku A biarlah aku terbuang jika cintaku terhalang G F hanya karena harta Bm jangan lagi kau turut rasa cinta Bm dan berkorban yang Em tidak sewajarnya A anda...
10 Maut Dalam Insiden Tembakan Di Bondi Beach Sydney Laporan

Majlis Anugerah Setanding Annual Dinner Sahaja Senarai Penuh Pemenang Abpbh 37

Albert Tei S Lawyer To Give Statement To Police Today

Asyraf Wajdi Dedah Uec Bukan Syarat Untuk Masuk Universiti Di China

Hati Hati Dengan Call Scammer Jenis Tak Bercakap

Kisah Fiksyen Seram Malaysia Gadis Putih Di Tasik Biru Kundang

Guardian Malaysia Perkenalkan My40 Rewards Sokong Gaya Hidup Sihat Berkeyakinan Selepas Usia 40

Jasa Besar Dr Yahya Awang Diiktiraf Terima Ijazah Doktor Kehormat Universiti Monash


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


5 Jenis Baka Kambing Yang Perlu Anda Tahu

Keladi Urat Daging Merah Ramai Terpesona

Apa Hukum Makan Katak

Isnin Permulaan Hari

Aktiviti Program Kenangan Perjuangan Kaseh Tanah Air Bonda Pertiwi Dan Ambang 2026 Ppim 14 12 2025

Beli Rak Letak Pokok Bertingkat Online