Budin Mungkin Tpm Akan Diisi Mukhriz


Berikutan jawatan TPM dikosongkan oleh Muhyiddin Yassin dalam susunan kabinet yang dibentuknya dan sebelum itu beliau telah mengutus surat untuk cuba berjumpa dengan Tun Mahathir Mohamad, berlegar khabar bahawa kekosongan itu adalah disengajakan untuk akhirnya nanti diisi oleh Mukhriz Mahathir.

Dikatakan bahawa kebimbangan utama Muhyiddin ketika ini adalah kedudukan Bersatu yang berpecah dan hubungannya yang retak dengan Tun Mahathir.

Apatah lagi April nanti Bersatu akan mengadakan pemilihan pucuk pimpinan dan sekiranya parti itu masih dalam keadaan sekarang, Muhyiddin merasakan ia adalah keadaan yang tidak baik bagi imejnya sebagai Presiden Bersatu yang memegang jawatan Perdana Menteri.

Untuk itu, Muhyiddin dilaporkan sedaya upaya mahu memulihkan kembali hubungannya dengan Tun Mahathir.

Bagi tujuan itu, menawarkan jawatan TPM kepada Mukhriz, anak manja Tun Mahathir dirasakan pilihan terbaik untuk melembutkan hati Pengerusi Bersatu yang menjangkau usia 95 tahun itu.

Dengan itu, Muhyiddin dikatakan ada alasan untuk terus berusaha lagi bagi berjumpa dengan Tun Mahathir, walaupun hasratnya sebelum ini telah ditolak mentah-mentah oleh bekas Perdana Menteri itu.

Tun Mahathir sebelum ini menolak untuk bertemu dengan Muhyiddin, bahkan memberi syarat agar mengenepikan UMNO dalam kerajaannya terlebih dahulu jika ingin berjumpa dengannya.

Meskipun Bersatu ketika ini berpecah dua – satu kumpulan bersama Tun Mahathir dan satu lagi berpihak kepada Muhyiddin – jika tawaran jawatan TPM kepada Mukhriz itu diterima, Bersatu pasti akan kembali berpadu dan akan sepenuhnya menyokong Perikatan Nasional (PN).

Atas alasan untuk mengukuhkan kerajaannya, Muhyiddin dilaporkan tidak bimbang jika menawarkan jawatan TPM kepada Mukhriz akan menimbulkan rasa tidak senang rakan-rakan lain dalam PN.

Ini berikutan Zahid Hamidi yang paling sesuai menjadi TPM sudah terhalang daripada segi moral untuk memegang jawatan itu berikutan kes mahkamahnya masih lagi berjalan.

Pas dan geng Azmin dikatakan pasti tiada halangan dengan perkara itu kerana mereka selama ini pun memang merupakan penyokong dan pengampu kepada Tun Mahathir.

Maka, jika Tun Mahathir sedia bersama dengan PN, walaupun dengan menawarkan jawatan TPM kepada Mukhriz, kegembiraan mereka pasti sama saja.

Lagi pun, bagi Pas dan geng Azmin, apa saja pendekatan yang boleh menghalang Anwar Ibrahim daripada menjadi Perdana Menteri, sudah tentu mereka tidak ada masalah untuk menyokongnya.

Dengan menjadikan Mukhriz sebagai TPM, ia bukan saja akan menjadikan Bersatu benar-benar bersatu bersama Muhyiddin dan seterusnya meletakkan PN dalam keadaan yang lebih kukuh, bahkan dengan sendirinya menjadikan usul undi tidak percaya yang mahu dibawa oleh PH pada sidang Parlimen 18 Mei depan akan menemui kegagalan sebelum tiba waktunya lagi.

Malah, disebabkan Muhyiddin adalah Presiden Bersatu dan anaknya pula menjadi TPM, duka, kecewa dan marah Tun Mahathir kepada Perdana Menteri pun tentu akan terubat dengan segera.

Shahbudin

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2020/03/budin-mungkin-tpm-akan-diisi-mukhriz.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tpm Dikosongkan Untuk Mukhriz

Tpm Dikosongkan Untuk Mukhriz

papar berkaitan - pada 11/3/2020 - jumlah : 378 hits
ELOK BENAR JIKA JAWATAN TPM DAPAT DIBERIKAN KEPADA MUKHRIZ Shahbudin Husin Berikutan jawatan TPM dikosongkan oleh Muhyiddin Yassin dalam susunan kabinet yang dibentuknya dan sebelum itu beliau telah mengutus surat untuk cuba berjumpa dengan...
Betul Ke Mahathir Memberikan Syarat Mukhriz Sebagai Tpm Untuk Dia Sokong Muhyiddin Dan Pn

Betul Ke Mahathir Memberikan Syarat Mukhriz Sebagai Tpm Untuk Dia Sokong Muhyiddin Dan Pn

papar berkaitan - pada 14/3/2020 - jumlah : 379 hits
Isu 1Mengikut maklumat awal apabila Dewan Rakyat bersidang pada 5 Mei 2020 nanti usul undi tidak percaya akan dilakukan oleh Pakatan Harapan yang diketuai Mahathir semasa itu terhadap kerajaan baharu PN dan sekiranya ini berlaku besar kemun...
Skrip Tdm Tsmy Untuk Pelampong Mukhriz Ke Tpm

Skrip Tdm Tsmy Untuk Pelampong Mukhriz Ke Tpm

papar berkaitan - pada 14/3/2020 - jumlah : 510 hits
Otto von Bismarck menulis sebuah buku bertajuk Politics Is The Art Of Possible Secara ringkasnya Otto von Bismarck menerangkan seni politik itu berbagai bagai dan segala kemungkinan luar jangkaan boleh berlaku hasil dari permainan ahli poli...
Kerusi Tpm Tetap Penting Meskipun Tiada Dalam Perlembagaan

Kerusi Tpm Tetap Penting Meskipun Tiada Dalam Perlembagaan

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 163 hits
SHAH ALAM Kerusi Timbalan Perdana Menteri tetap dianggap penting besar dan berkuasa walaupun kerusi jawatan itu hanya wujud atas dasar konvensyen dan bukan termaktub di bawah undang undang serta Perlembagaan Persekutuan Dalam satu artikel d...
Siapa Piliihan Muhyiddin Untuk Jadi Tpm

Siapa Piliihan Muhyiddin Untuk Jadi Tpm

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 315 hits
SPEKULASIBANYAK pihak kini menaruh kebimbangan kepada Muhyiddin Yassin sejauh manakah ahli Parlimen Pagoh itu dapat mempertahankan kerajaan Pakatan Nasional yang ditubuh seminggu lalu secara pintu belakang itu Masing masing meletakkan kebim...
Siapa Pilihan Muhyiddin Sebagai Tpm

Siapa Pilihan Muhyiddin Sebagai Tpm

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 323 hits
Kalau bukan Zahid Hamidi siapakah sebenarnya yang lebih diingini oleh Muhyiddin Yassin untuk dilantiknya sebagai TPM Beberapa pihak yang dekat dengan Perdana Menteri pintu belakang itu mengakui Zahid Hamidi bukanlah pilihan utama Muhyiddin ...
Bersatu Terengganu Armada Kelantan Cadang Hadi Sebagai Tpm

Bersatu Terengganu Armada Kelantan Cadang Hadi Sebagai Tpm

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 396 hits
KUALA LUMPUR Parti Pribumi Bersatu Malaysia Terengganu menganggap Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang calon paling layak dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Ketuanya Senator Datuk Razali Idris berkata cadangan itu bersesuaian den...
Bakal Tpm Tak Faham Demokrasi

Bakal Tpm Tak Faham Demokrasi

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 225 hits
FATHI ARIS OMARSaya fikir DS Hadi Awang tersilap faham asas Raja Berpelembagaan Pertama SPB Yang di Pertuan Agong tidak campur politik Kedua baginda juga tertakluk di bawah Perlembagaan Agong hanya mengambil pandangan tentang majoriti semas...
Umno Tak Lobi Jawatan Tpm Zahid Hamidi

Umno Tak Lobi Jawatan Tpm Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 7/3/2020 - jumlah : 365 hits
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menafikan UMNO melobi untuk jawatan nombor dua di dalam kerajaan Sebaliknya beliau memberitahu UMNO telah mengemukakan beberapa nama Ahli Parlimen Barisan Nasional kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyid...
Single Use Plastic Bags Banned In Forest Reserves National Parks

Send Unlimited Emails With 100 Delivery

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Terrazza Aperol In Milan Reopens With A Bold New Identity By Vudafieri Saverino Partners

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh

Hp Elitebook 840 G5 Randomly Disconnecting From Wi Fi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


World S First Tri Fold The Huawei Mate Xt Ultimate Design Was Gifted For Official State Visit To Malaysia

Shandy Pagalla Aku Ikhlas Melepaskanmu Chord

Ipank Mutiara Chord

Planner Islamic 2025 The Wife Co

Mcmc Selesai Siasat Kwong Wah Sin Chew Isu Jalur Gemilang

Hiburan Marissa Tuduh Reka Cerita Tak Benar Abby Abadi Hilang Sabar Nasib Takde Video Atau Gambar Kalau Ada