Siapa Pilihan Muhyiddin Sebagai Tpm




Kalau bukan Zahid Hamidi, siapakah sebenarnya yang lebih diingini oleh Muhyiddin Yassin untuk dilantiknya sebagai TPM?Beberapa pihak yang dekat dengan Perdana Menteri pintu belakang itu mengakui, Zahid Hamidi bukanlah pilihan utama Muhyiddin berikutan Presiden UMNO itu sedang berdepan perbicaraan kes rasuah dan pecah amanahnya di mahkamah.Kata mereka, pilihan teratas Muhyiddin untuk mengisi jawatan TPM ketika ini ialah Azmin Ali, bekas Timbalan Presiden PKR yang kini telah menyertai Bersatu.Muhyiddin dikatakan lebih cenderung memilih Azmin mengisi jawatan nombor dua dalam kerajaan itu kerana berasakan bekas Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu telah memainkan peranan besar menjadikannya Perdana Menteri.Tanpa gerakan yang dilakukan oleh Azmin, Muhyiddin percaya beliau tidak mungkin mampu muncul secara tiba-tiba mengenepikan Tun Mahathir dan seterusnya berada di puncak kuasa.Oleh yang demikian, sebagai membalas budi Azmin itu, melantiknya sebagai TPM dianggap sesuatu yang wajar dan munasabah bagi Muhyiddin, walaupun kelompok bekas pemimpin PKR yang mampu dibawanya untuk menyokong Perikatan Nasional atau PN hanya 10 orang Ahli Parlimen saja berbanding UMNO/BN sebanyak 41.Meskipun melantik Azmin memungkinkan beliau berdepan risiko pertikaian rakyat terhadap kepimpinannya berikutan bekas Timbalan Presiden PKR itu terkait secara langsung dengan kes “video Haziq” yang masih menjadi bualan ramai, Muhyiddin dikatakan berpendapat, perkara itu masih boleh ditanganinya berbanding kes Zahid Hamidi yang sudah pun dibawa ke mahkamah.Walaupun demikian, melantik Azmin yang merupakan pemimpin daripada Bersatu sepertinya juga sebagai TPM akan menjadikan pemimpin nombor satu dan dua dalam kerajaan datang daripada parti yang sama serta seolah-olah terang-terang mengenepikan UMNO yang mempunyai jumlah Ahli Parlimen paling ramai dalam PN.Dalam hal ini, mahu tidak mahu, Muhyiddin akan dilihat sebagai seorang yang tamak serta tidak menghargai kedudukan UMNO dalam kerajaan yang diterajuinya.Untuk itu, jika bukan Azmin, pilihan kedua yang lebih cenderung diambil oleh Muhyiddin mengisi jawatan TPM ialah Hishammuddin Hussein.Lagi pula, kumpulan 13 bekas Ahli Parlimen UMNO yang melompat menyertai Bersatu difahamkan memang melobi agar bekas Naib Presiden UMNO itu dilantik sebagai TPM.Sebagaimana bukan rahsia lagi, kemasukan 13 Ahli Parlimen tersebut ke dalam Bersatu sebelum ini, selain pembubaran UMNO Sabah, juga untuk menyertai Bersatu, ia difahamkan adalah melalui peranan belakang tabir yang dimainkan oleh Hishammuddin.Dengan itu, melalui sedikit sebanyak jasanya kepada Bersatu itu, di samping tiada kes mahkamah yang dihadapinya, Muhyiddin dikatakan lebih cenderung melantik Hishammuddin berbanding Zahid Hamidi.Cuma, masalah Hishammuddin ialah beliau bukan daripada hireaki UMNO serta merupakan pemimpin Johor juga seperti Muhyiddin dan perlantikannya sebagai TPM sudah pasti akan membuatkan Zahid Hamidi lebih tidak senang hati dibuatnya.UMNO sendiri akan merasakan perlantikan Hishammuddin itu akan menampakkan Muhyiddin tidak menghormati kedudukan Zahid Hamidi dan seperti dalam masa yang sama menyediakan laluan untuk “membunuh” karier Presiden UMNO itu dalam pemilihan tahun 2021 akan datang.Akhirnya, siapakah pilihan Muhyiddin untuk berganding dengannya mentadbir negara ini?Kalau bukan Zahid Hamidi, Azmin atau Hishammuddin, apakah calon neutral lain dan yang di luar radar kita semua bakal jadi pertimbangan Muhyiddin? (ShahbudinHusin 05/03/2020)Kongsikan artikel ini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/03/siapa-pilihan-muhyiddin-sebagai-tpm.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Tersinggung Dengan Muhyiddin Berkeras Tetap Mahu Zahid Hamidi Sebagai Tpm

Umno Tersinggung Dengan Muhyiddin Berkeras Tetap Mahu Zahid Hamidi Sebagai Tpm

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 290 hits
Sama ada disengajakan atau tidak perutusan Muhyiddin Yassin yang menyebut hanya mahu melantik mereka yang bersih berkaliber dan berintergiti sebagai anggota jemaah menterinya telah membuatkan UMNO mula tersinggung dan berkecil hati UMNO mel...
Adakah Kemelut Politik Sudah Selesai Dengan Perlantikan Ts Muhyiddin Sebagai Pm Ke 8

Adakah Kemelut Politik Sudah Selesai Dengan Perlantikan Ts Muhyiddin Sebagai Pm Ke 8

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 335 hits
1 Mac 2020 di Istana Negara berlangsung Istiadat Kurnia Suratcara Perlantikan Dan Angkat Sumpah Jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin swbagai Perdana Menteri ke 8 DYMM SPB YDP Agong Ke XVI Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah I...
Nama Tuan Guru Trending Sebagai Pilihan Pm

Nama Tuan Guru Trending Sebagai Pilihan Pm

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 313 hits
HARAKAHDAILYKUALA LUMPUR Beberapa undian bebas yang dijalankan melalui laman web dan Facebook mendapati nama Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang trending sebagai utama pilihan Perdana Menteri di media sosial Walaupun dalam kem...
Tan Sri Muhyiddin Yassin Sebagai Perdana Menteri Yang Ke 8 Ini Komen Tun Mahathir

Tan Sri Muhyiddin Yassin Sebagai Perdana Menteri Yang Ke 8 Ini Komen Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 603 hits
Saya OK Muhyiddin jadi PM Tun MTan Sri Muhyiddin Yassin Sebagai Perdana Menteri Yang Ke 8 Ini Komen Tun Mahathir
Terkini Bersatu Mungkin Calonkan Muhyiddin Yassin Sebagai Perdana Menteri

Terkini Bersatu Mungkin Calonkan Muhyiddin Yassin Sebagai Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 636 hits
Tun Dr Mahathir berkata akan menerima Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri jika beliau mendapat sokongan majoriti BERSATU Dalam satu sidang media Tun Dr Mahathir berkata terdapat kemungkinan Muhyiddin bakal dicalonkan untu...
Terkini Tan Sri Muhyiddin Pm8 Siapa Pula Tpm

Terkini Tan Sri Muhyiddin Pm8 Siapa Pula Tpm

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 906 hits
Kemelut politik tanah air yang sedang bergolak hampir ke penghujung Terkini DYMM SPG YDP Agong telah berkenan melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai PM ke 8 Kem Tan Sri Muhyiddin nampaknya telah berjaya dalam perebutan kuasa pembentukan ...
Muhyiddin Mula Tugas Sebagai Pm

Muhyiddin Mula Tugas Sebagai Pm

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 236 hits
Muhyiddin Yassin memulakan tugas sebagai perdana menteri ke 8 hari ini Beliau memasuki Perdana Putra yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri tepat pukul 8 00 pagi bagi memulakan tugas secara rasmi sebagai perdana menteri Muhyiddin disambut...
Rundingan Umno Dengan Muhyiddin Gagal Zahid Tidak Akan Menjadi Tpm

Rundingan Umno Dengan Muhyiddin Gagal Zahid Tidak Akan Menjadi Tpm

papar berkaitan - pada 7/3/2020 - jumlah : 285 hits
Harapan UMNO untuk melihat Presiden parti itu Zahid Hamidi dilantik sebagai TPM mungkin tidak kesampaian Beberapa siri rundingan antara UMNO dengan Muhyiddin Yassin bagi pembahagian jawatan untuk parti itu dilaporkan masih lagi tiada keputu...
Tanpa Tpm Muhyiddin Umum Senarai Kabinet

Tanpa Tpm Muhyiddin Umum Senarai Kabinet

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 294 hits
SHAH ALAM 9 MAC Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan senarai Kabinet baharu di Perdana Putra Putrajaya Tiada jawatan timbalan perdana menteri dalam senarai itu yang diumum selepas mendapat perkenan Yang di Pertuan A...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game