Kerusi Tpm Tetap Penting Meskipun Tiada Dalam Perlembagaan



SHAH ALAM - Kerusi Timbalan Perdana Menteri (TPM) tetap dianggap penting, besar dan berkuasa walaupun kerusi jawatan itu hanya wujud atas dasar konvensyen dan bukan termaktub di bawah undang-undang serta Perlembagaan Persekutuan.

Dalam satu artikel disiarkan portal berita MStar hari ini, pengarang eksekutifnya, Rozaid A Rahman mendedahkan sehingga kini seorang dilantik sebagai TPM sering dirujuk sebagai orang 'ditunjuk' sebagai bakal Perdana Menteri pada masa hadapan.

Bagaimanapun, beliau mengakui hakikat ramai juga yang berjaya menyandang jawatan itu tetapi gagal sampai ke puncak kuasa sebagai Perdana Menteri atas sebab-sebab tertentu.

"Mengikut sejarah, kerusi TPM diwujudkan buat pertama kalinya oleh Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bagi membolehkan seorang lagi tokoh kanan yang bersama-sama menuntut kemerdekaan tanah air iaitu Tun Abdul Razak Hussein mengisinya dengan tujuan untuk membantu beliau (Perdana Menteri) melaksanakan tugas-tugas pentadbiran negara.

"Sejak itu, setiap Perdana Menteri meneruskan tradisi melantik seorang TPM sehinggalah ke hari ini.

"Sewaktu era Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri, hanya Tun Abdullah Ahmad Badawi sahaja timbalannya yang berjaya sampai ke puncak sebagai Perdana Menteri. Lain-lain timbalannya dari Tun Musa Hitam, Allahyarham Tun Ghafar Baba, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan yang terakhir Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, semuanya gagal," katanya.

Mengenai peruntukan kuasa TPM, Rozaid turut mendedahkan dalam Bahagian IV, Bab 3 Badan Eksekutif, Perlembagaan Persekutuan di bawah tajuk 'Jemaah Menteri' Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan, perkara-perkara disebut hanya spesifik menjelaskan tentang 'Jemaah Menteri' atau 'Menteri-menteri' dan jawatan Perdana Menteri sahaja.

Menurutnya, perkara-perkara disebut di bawah judul Jemaah Menteri itu juga langsung tidak sekalipun menerangkan dalam mana-mana bahagian tentang perlunya dibentuk satu kerusi atau jawatan untuk TPM.

"Selain itu, Perkara 43(a) Perlembagaan Persekutuan terus memperkatakan pula tentang jawatan Timbalan-timbalan Menteri dan sebaik sahaja peruntukan mengenai pembentukan jawatan Timbalan Menteri disebut, Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 43(b) (1) memperkatakan pula tentang peruntukan untuk melantik Setiausaha-setiausaha Parlimen.

"Pada masa sama, satu lagi jawatan yang disebut secara spesifik di dalam Perlembagaan Persekutuan ialah jawatan Setiausaha Politik yang termaktub di bawah Perkara 43 (c).

"Justeru, tidak ramai tahu bahawa jawatan TPM adalah satu jawatan yang tidak pun disebut di dalam Perlembagaan Persekutuan dan tidak juga disenaraikan sebagai anggota Jemaah Menteri," katanya.

Rozaid turut menegaskan jawatan TPM yang wujud ketika ini dibentuk secara konvensyen memandangkan Perlembagaan Persekutuan tidak secara spesifik menyebut pada mana-mana bahagian pun tentang pelantikan mana-mana ahli Dewan Rakyat atau pun Dewan Negara untuk mengisi jawatan itu.

"Dalam konteks negara, setiap penyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri bagaimanapun wajib menyandang satu jawatan menteri untuk menjustifikasikan kedudukan mereka di dalam ahli Jemaah Menteri.

"Bayangkan seandainya seorang TPM tidak menyandang apa-apa jawatan menteri, beliau bukan sahaja tidak mempunyai justifikasi untuk dibayar gaji malah tidak boleh menghadiri sebarang mesyuarat Jemaah Menteri," katanya.

Rozaid turut menjelaskan perkara ini terkecuali kepada Perdana Menteri yang tidak diwajibkan menyandang apa-apa jawatan menteri kerana jawatannya sudah disebut di dalam Perkara 43 (2) (a) Perlembagaan Persekutuan yang sekaligus mengesahkan kedudukannya sebagai ahli Jemaah Menteri.

Pandangan sama turut disokong pakar perlembagaan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Madya Dr Shamrahayu Abd Aziz.

Berkenaan konteks politik semasa, Shamrahayu berpandangan kerajaan baharu Perikatan Nasional boleh mempertimbangkan dua pilihan yang mengambil kira amalan politik diguna pakai di negara ini.

"Yang pertama, saya berpandangan lantikan jawatan TPM boleh diadakan lebih seorang mengambil kira kepentingan parti-parti lain yang berperanan membentuk Perikatan Nasional.

"Kemungkinan lain adalah kerajaan baharu ini tidak perlu mewujudkan jawatan TPM bagi mengelakkan berlakunya ketidakseragaman antara parti politik dalam pakatan itu.

"Cuma ia boleh dijustifikasikan dari aspek pengagihan lebih banyak menteri dari parti-parti dalam pakatan itu memegang jawatan kementerian lebih kanan dalam Kabinet baharu," katanya.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/03/kerusi-tpm-tetap-penting-meskipun-tiada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kalendar Tarikh Penting Berkaitan Upu Online 2020 2021

Kalendar Tarikh Penting Berkaitan Upu Online 2020 2021

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 449 hits
Artikel ini disemak semula serta info terkini telah dikemaskini pd 3 Mac 2020 jam 12 59 AM Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar Jabatan Pendidikan Tinggi akan meyenaraikan
Wapres Ma Ruf Kerukunan Beragama Penting Dalam Menjaga Nkri

Wapres Ma Ruf Kerukunan Beragama Penting Dalam Menjaga Nkri

papar berkaitan - pada 11/3/2020 - jumlah : 122 hits
Dalam sejarahnya dia mencatat FKUB digagas dalam rangka mengawal kerukunan melalui Surat Keputusan Bersama Menteri Agama dan Menteri Dalam Negeri tentang Pembangunan Rumah Ibadah pada tahun 2006
Anak Kedua Tantri Kotak Dirawat Intensif Sang Suami Remuk Pasti Yang Penting Kita Hadapi Bareng

Anak Kedua Tantri Kotak Dirawat Intensif Sang Suami Remuk Pasti Yang Penting Kita Hadapi Bareng

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 377 hits
Saling menguatkan Tantri dan Arda berharap sang bayi lekas pulih dan kembali pulang ke rumah
Tiga Mata Lebih Penting Daripada Kejayaan Peribadi Dominique Da Sylva

Tiga Mata Lebih Penting Daripada Kejayaan Peribadi Dominique Da Sylva

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 356 hits
ALOR SETAR Empat gol jaringan penyerang baharu Terengganu FC Dominique Da Sylva memang mengejutkan penyokong Kedah apabila menyaksikan skuad Lang Merah tewas 3 4 pada aksi Liga Super di Stadium Darul Aman Menurut penyerang kelahiran Maurita...
Sehari Sebelum Perlawanan Penting Cr Bergegas Pulang Portugal Selepas Ibunya Diserang Strok

Sehari Sebelum Perlawanan Penting Cr Bergegas Pulang Portugal Selepas Ibunya Diserang Strok

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 301 hits
Cristiano Ronaldo terpaksa terbang pulang ke Madeira selepas ibunya dimasukkan ke dalam hospital kerana mengalami strok Ibunya Dolores Aveiro dikatakan telah dimasukkan ke Hospital Dr Nelio Mendonca di Madeira pada pukul 5 00 pagi tadi Medi...
Sektor Makanan Minuman Kluster Kelima Penting Selangor

Sektor Makanan Minuman Kluster Kelima Penting Selangor

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 250 hits
SHAH ALAM 4 MAC Sektor makanan dan minuman menjana RM18 juta nilai pelaburan selain membuka 50 000 peluang pekerjaan di negeri ini kata EXCO pelaburan Datuk Teng Chang Kim berkata kejayaan itu didorong polisi Kerajaan Negeri yang membuka ru...
Hamil Menyusu Anak Dikira Uzur Syarie Tak Wajib Bayar Fidyah Yang Penting Qada Puasa

Hamil Menyusu Anak Dikira Uzur Syarie Tak Wajib Bayar Fidyah Yang Penting Qada Puasa

papar berkaitan - pada 7/3/2020 - jumlah : 263 hits
Hanya tinggal sebulan lebih sebelum seluruh umat Islam menyambut ketibaan bulan Ramadan Sudah pastinya kita semua teruja membuat persediaan untuk berpuasa tetapi adakah semua hutang tahun lalu sudah dilangsaikan Apabila bercerita tentang pu...
Tips Aman Ngeblog Perhatikan 5 Hal Penting Ini

Tips Aman Ngeblog Perhatikan 5 Hal Penting Ini

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 293 hits
Tips Aman Ngeblog Membaca status dari salah seorang peserta Kontes SEO di laman media sosialnya beberapa waktu lalu langsung mengingatkan Blogger Borneo akan pengalaman buruk di tahun 2011 lalu Pada saat itu Blogger Borneo baru saja selesai...
Senarai Badan Berkanun Persekutuan

Persatuan Badan Berkanun Malaysia

Bufet Ramadan 2025 Bazar Citarasa Kita At Ballroom Palm Garden Hotel Putrajaya

Ulasan Entri Ke Empat Akhirat Dikejar Dunia Jangan Lupa

Rent A Mechanical Bull For The Ultimate Event Experience

Home Office In Tashkent A Harmonious Fusion Of Functionality And Warmth

How To Find Undervalued Domains

Abstaining From Vote Not The Same As Rejection Pn Mp Tells Govt


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Biasalah Pemimpin Pas Taklah Secerdik Mana Pun

Pembangkang Saran Beras Kartel Diperkenal Dalam Kadar Zakat

Proses Bedah Siasat Pegawai Kastam Masih Berlangsung

Video Zarina Anjoulie Dedah Cerita Sebenar Buat Pembedahan Hidung Di Vietnam Cetus Pelbagai Reaksi Netizen

Tolonglah Jangan Normalisasikan Benda Ini Mona Allen Nasihat Suami Isteri Jangan Terlalu Kongsi Hal Rumah Tangga

Memang Semua Orang Mahu Selamatkan Perkahwinan Namun Saya Linda Hashim Nekad Mahu Bercerai