Buah Rambai Tak Terkenal Tapi Kaya Dengan Khasiat Semulajadi
Buah rambai tidak begitu popular sebagaimana langsat atau duku langsat tetapi ia mengandungi nutrisi yang bermanfaat kepada kesihatan.
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan khasiat buah rambai pada kesihatan.
Baca juga:
Khasiat Buah Pala
Khasiat Buah Markisa
Khasiat Buah Berangan
Apa itu buah rambai?
Buah rambai (Baccaurea motleyana) adalah tumbuhan yang terkenal di Asia Tenggara terutamanya di Malaysia, Indonesia dan Thailand. Ia tergolong dalam keluarga Phyllanthaceae.
Saiznya kecil hanya berdiameter 2-3 sentimeter, dan berbentuk bujur hingga bulat. Kulitnya licin, sedikit nipis, mudah dikupas dan mempunyai warna yang berbeza seperti salmon, coklat hingga kuning dengan tekstur baldu.
Ada biji kecil yang diselaputi oleh isi yang kenyal dan rasa masam manis. Biasanya biji akan ditelan sekali bersama isi kerana sukar untuk dipisahkan.
Purata berat buah ini adalah kira-kira 19 gram iaitu terbahagi kepada 5.5 gram kulit buah, dan 12 gram isi buah.
Fakta kandungan nutrisi
Setiap 100 gram buah rambai mengandungi nutrisi seperti berikut:
Kalori: 48
Jumlah lemak: 0.3 g
Karbohidrat: 10.5 g
Protein: 0.7 g
Manfaat dan khasiat
Antara khasianya dalam kesihatan adalah seperti berikut:
1. Mencegah kanser
Buah rambai boleh digunakan untuk mencegah kanser malignan di peringkat awal jika diambil dalam diet pemakanan harian.
Ia kerana adanya kandungan vitamin A, C, E, dan antioksidan beta karoten dalam buah ini.
2. Menyembuhkan mata merah
Mata merah adalah gejala yang lazim berlaku kepada sesiapa sahaja.
Banyak sebab mata boleh jadi merah tetapi tidak menyakitkan. Antara puncanya adalah seperti pendarahan subkonjuntival, konjunktivitis (radang pada konjuktiva), alahan, dan episcleritis.
Khasiat rambai oleh digunakan bagi mengatasi masalah ini. Hanya kisarkan buah ini, ambil jusnya dan kemudian titiskan ke dalam mata yang merah.
3. Membantu sistem penghadaman
Kandungan serat yang terdapat dalam buah ini cukup tinggi dan bermanfaat dalam membantu sistem pencernaan berfungsi dengan lancar.
Seperti yang anda maklum, serat merupakan nutrien yang baik untuk menjalankan fungsi pemprosesan makanan dalam organ pencernaan dengn lebih lancar.
Bukan itu sahaja, buah rambai juga membantu dalam mengekalkan organ penghadaman lebih sihat.
Buah ini nyatanya akan meningkatkan fungsi kerja organ pencernaan seperti usus dan perut. Kesannya, organ pencernaan yang sihat akan menjadikan sistem pencernaan anda juga sihat.
4. Mengekalkan paras gula dalam darah
Buah rambai cukup bermanfaat untuk mengawal paras gula dalam darah. Hal ini boleh dipastikan kerana ia tidak mengandungi kandungan gula berlebihan. Justeru ia tidak akan menaikkan paras gula dalam badan anda.
5. Sesuai untuk ibu hamil selepas bersalin
Ibu selepas bersalin memerlukan makanan yang bernutrisi dan berkhasiat untuk memulihkan semula kesihatan mereka secara luaran dan dalaman.
Salah satu buah yang boleh menjadi sumber makanan sihat ibu hamil adalah buah rambai. Buah ini akan memberikan tenaga tambahan untuk ibu hamil selepas bersalin.
6. Menyembuhkan masalah kulit
Mereka yang mempunyai masalah kulit luaran seperti gatal-gatal, panau, kudis dan kurap boleh menggunakan buah ini sebagai ikhtiar kerana kandungan vitamin C di dalamnya.
Caranya sangat mudah, hanya haluskan rambai dan tampalkannya pada kulit yang sakit.
7. Sumber tenaga semulajadi untuk badan
Manfaat rambai yang seterusnya adalah sebagai pembekal tenaga semulajadi dalam badan.
Buah ini mempunyai cukup vitamin, mineral dan protein yang akan diproses menjadi tenaga apabila kita makan.
8. Mengatasi dehidrasi
Rambai banyak kandungan air dan magnesium adalah salah satu elektrolit penting yang diperlukan untuk penghidratan badan bagi mengelakkan dari berlakunya dehidrasi.
Cara makan buah rambai
Sarawak Kita
Untuk makan buah ini mudah sahaja sama seperti rambutan, duku, manggis, mata kucing atau sebagainya. Kopek kulit luar rambai dan ambil isinya untuk dimakan.
Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan khasiat buah rambai ini dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.
Sumber:
Baccaurea motleyana (Rambai): Nutritional, Phytochemical, and Medicinal Overview. Advances In Tradisional Medicine
Rambai The Wonderful Fruit. Health Benefits Times
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/buah-rambai/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=buah-rambai