Buah Sukun 6 Khasiat Yang Tak Ramai Orang Tahu


Mungkin tidak ramai yang tahu atau pernah rasa buah sukun goreng. Buah yang kebanyakkan dari kita membiarkan sahaja ia busuk di atas pokok ini sebenarnya mengandungi pelbagai kandungan nutrisi di samping boleh dijadikan snek ringan.
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan khasiat buah sukun, dan beberapa resepi menarik untuk anda jadikan hidangan minum petang.
Baca juga:
Khasiat Buah Gajus Khasiat Buah Dabai Khasiat Buah Markisa Apa itu buah sukun? Buah sukun (Artocarpus altilis) tergolong dalam keluarga Moraceae iaitu sama dengan pokok ara dan nangka.
Di Malaysia, pokok sukun mempunyai dua musim pengeluaran di waktu puncak sepanjang tahun.
Biasanya pokok akan berbunga pada bulan Februari / Mac / Julai dan Ogos. Manakala berbuah pula pada bulan April / Jun / Oktober dan November.
Buahnya seakan-akan buah nangka. Ia berbentuk bulat dan sedikit lonjong, berwarna hijau terang dan berubah kuning kecokelatan apabila matang.
Sukun digemari oleh banyak orang kerana ia boleh diolah dan dijadikan snek lazat di waktu petang seperti sukun goreng, kerepek, bubur, kuih-muih, biskut dan sebagainya.
Fakta kandungan nutrisi Setiap 100 gram buah sukun mengandungi nutrisi seperti berikut:
Air: 70.6 g Tenaga: 103 kcal Protein: 1.07 g Jumlah lemak: 0.23 g Karbohidrat: 27.1 g Serat: 4.9 g Jumlah gula: 11 g Kalsium: 17 mg Zat besi: 0.54 g Magnesium: 25 mg Fosforus: 30 mg Kalium: 490 mg Natrium: 2 mg Zink: 0.12 mg Kuprum: 0.084 mg Mangan: 0.06 mg Selenium: 0.6 µg Vitamin C: 29 mg Thiamin: 0.11 mg Riboflavin: 0.03 mg Niasin: 0.9 mg Kolin: 9.8 mg Khasiat dan manfaat Antara khasiatnya dalam kesihatan adalah seperti berikut:
1. Meningkatkan imuniti
Memandangkan buah sukun mengandungi bioflavonoid antiradang, memakannya boleh membantu mengurangkan risiko penyakit.
Tiamin yang terkandung di dalamnya akan meningkatkan pertahanan tubuh badan kerana ia menguatkan otot di sepanjang saluran penghadaman di mana paling banyak sistem imun manusia berada di sana.
2. Boleh membantu mengawal diabetes
Serat dalam buah sukun berfungsi untuk menghalang glukosa dalam darah yang mana sangat berguna kepada pesakit diabetes.
Satu kajian yang dilakukan oleh Trends in Food Science & Technology, mencadangkan pengambilan sukun kerana potensinya untuk mengurangkan diabetes jenis 2.
3. Racun serangga yang berkesan
Kajian yang dilakukan oleh USDA Agricultural Research Service mendapati bahawa bunga sukun mengandungi tiga jenis bahan kimia yang mampu menghalau serangga terbang seperti nyamuk.
Malah sejak dulu lagi, masyarakat Hawaii sudah menggunakan teknik membakar bunga sukun sebagai penghalau semula jadi serangga.
4. Baik untuk penjagaan rambut
Health Beckon mengesyorkan orang ramai untuk makan buah sukun bagi mendapatkan rambut sihat dan kuat.
Asid lemak omega 3 dan omega 6 dalam buah ini dikatakan mampu merapikan dan menguatkan rambut serta menggalakkan rambut tanpa kelemumur yang gatal.
Bukan itu sahaja, zat besi dalam buah sukun juga boleh meningkatkan peredaran darah di kulit kepala dan kemudiannya merangsang pula pertumbuhan folikel.
5. Boleh membantu kesihatan jantung
Sifat antioksidan buah sukun mungkin memberi kesan positif untuk kesihatan jantung pada umumnya. Kalium misalnya boleh membantu dalam mengurangkan tekanan darah seseorang.
Memandangkan ia mengurangkan kesan natrium, ia juga boleh menggalakkan degupan jantung lebih teratur.
6. Membekalkan sumber tenaga yang berpanjangan
Karbohidrat kompleks dalam buah sukun memberikan sumber tenaga berpanjangan. Itu fakta yang perlu kita ketahui!
Kerana setiap 100 gram buah sukun mengandungi sekitar 27.1 gram karbohidrat yang mana ia setara dengan 10% keperluan karbohidrat sehari ditambah dengan kandungan serat dan proteinnya.
Tips beli buah sukun Sukun agak jarang dijual di bandar. Biasanya anda boleh temukannya di kampung atau ditanam sendiri di rumah.
Tetapi jika anda jumpa dan ingin membelinya, berikut adalah antara tips yang boleh dicuba:
1. Pilih sukun dengan durinya masih mekar
Jika anda ingin memilih sukun yang sudah masak, boleh perhatikan dulu duri dan teksturnya.
Tanda sukun yang telah masak boleh dilihat dari kulitnya yang mula mekar. Bila dipukul dengan pisau, ianya masih empuk dan tidak keras.
Sebaliknya buah yang masih mentah, teksturnya lebih keras dari biasa.
2. Jenis sukun yang sesuai untuk buat kerepek
Untuk membuat kerepek, pilih sukun yang sudah masak tetapi bukan terlalu masak.
Kerana buah yang terlalu masak akan lembik dan sukar untuk mendapatkan tekstur ranggup kerepek tersebut.
3. Cara hilangkan getah sukun
Sukun memiliki getah putih yang boleh membuatkan rasanya pahit apabila tidak dibersihkan dengan betul.
Jadi anda boleh cuba merendam sukun di dalam air garam selama 10-15 minit sebelum dihiris dan digoreng.
Boleh juga direndam menggunakan air yang dicampur bawang putih untuk memberi rasa ranggup ketika digoreng menjadi kerepek.
Resepi sukun goreng tepung & sambal kicap Sukun goreng tepung memang enak dijadikan hidangan minum petang. Beli sukun goreng diluar semestinya tidak sama dengan masakan sendiri.
Selain menjimatkan duit, anda pun boleh olah resepi mengikut citarasa sendiri.
1. Sukun goreng tepung
Rose Nani Nizah Nayan Bahan-bahan:
1 biji buah sukun (saiz kecil) 2 cawan tepung beras 1 cawan tepung gandum 1 biji telur 1 1/2 cawan air 1 sudu besar gula 1 sudu kecil garam 1 sudu kecil serbuk kunyit 3 cawan minyak masak (untuk menggoreng) Cara penyediaannya:
Potong nipis isi buah sukun. Masukkan tepung beras, tepung gandum, telur, garam, gula, serbuk kunyit, dan air ke dalam mangkuk. Kemudian kacau sehingga sebati. Panaskan minyak dalam kuali. Celupkan sukun dalam bancuhan tepung lalu masukkan ke dalam minyak yang panas. Goreng sukun hingga kekuningan dan garing kedua-dua bahagian. Toskan minyak dan hidangkan di dalam piring. 2. Sambal kicap pedas
Bahan-bahan:
30 tangkai cili padi hijau (digoreng) 3 ulas bawang putih (digoreng) Jus limau nipis Kicap manis Sedikit garam 1 sudu besar gula Cara penyediaannya:
Goreng cili dan bawang putih seketika. Kisar semua bahan dan tambah garam gula secukup rasa Tuangkan sambal kicap ke dalam bekas dan sedia untuk dihidangkan. Untuk tahan lebih lama, anda boleh simpan sambal kicap dalam peti sejuk. Diharapkan semoga perkongsian kami berkenaan dengan khasiat buah sukun ini dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.
Sumber:
Breadfruit. Penang Tropical Fruitfarm Breadfruit Species. National Tropical Botanical Garden

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/buah-sukun/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=buah-sukun

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buah Gajus Penyebab Alergik Ini Khasiat Kesan Sampingannya

Buah Gajus Penyebab Alergik Ini Khasiat Kesan Sampingannya

papar berkaitan - pada 30/4/2024 - jumlah : 66 hits
Tahukah anda buah gajus adalah satu satunya kacang yang tumbuh melalui pokok Bukan itu sahaja gajus juga biasanya dijual di kedai tanpa kulit luarnya tidak seperti kekacang yang lain Apakah sebabnya Artikel pada kali ini kami akan berkongsi...
Buah Kundur Penyejuk Badan 5 Khasiat Lain Kepada Kesihatan

Buah Kundur Penyejuk Badan 5 Khasiat Lain Kepada Kesihatan

papar berkaitan - pada 24/4/2024 - jumlah : 72 hits
Musim panas semua orang mencari sesuatu yang boleh menyegarkan badan seperti buah kundur Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan khasiat yang terdapat dalam buah kundur dan resepi ringkas untuk anda cuba di ru...
Buah Markisa 8 Khasiat Pada Kesihatan Cara Makan

Buah Markisa 8 Khasiat Pada Kesihatan Cara Makan

papar berkaitan - pada 24/4/2024 - jumlah : 109 hits
Buah markisa disebut sebagai buah yang mempunyai gabungan rasa tembikai nenas dan kiwi Selain rasanya yang unik dan harganya mahal tahukah anda buah ini mempunyai manfaat yang banyak kepada kesihatan manusia kerana kaya dengan kandungan nut...
Buah Tin 10 Khasiat Kepada Kesihatan Lelaki Wanita

Buah Tin 10 Khasiat Kepada Kesihatan Lelaki Wanita

papar berkaitan - pada 23/4/2024 - jumlah : 121 hits
Tahukah anda buah kecil seperti buah tin ini ternyata memiliki kandungan vitamin mineral serat dan antioksida yang tinggi Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan khasiat yang terdapat dalam buah tin dan keheba...
Buah Ciku 10 Khasiat Pelbagai Jenis Penyakit

Buah Ciku 10 Khasiat Pelbagai Jenis Penyakit

papar berkaitan - pada 4/5/2024 - jumlah : 126 hits
Buah ciku sejenis buah yang enak dimakan segar dan amat berkhasiat la juga boleh diproses untuk jadikan beberapa jenis produk yang berpotensi untuk dikomersialkan Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan khasia...
Buah Rambai Tak Terkenal Tapi Kaya Dengan Khasiat Semulajadi

Buah Rambai Tak Terkenal Tapi Kaya Dengan Khasiat Semulajadi

papar berkaitan - pada 26/4/2024 - jumlah : 67 hits
Buah rambai tidak begitu popular sebagaimana langsat atau duku langsat tetapi ia mengandungi nutrisi yang bermanfaat kepada kesihatan Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan khasiat buah rambai pada kesihatan ...
Kolesterol Naik Usai Lebaran Ini 7 Buah Untuk Bantu Mengatasinya

Kolesterol Naik Usai Lebaran Ini 7 Buah Untuk Bantu Mengatasinya

papar berkaitan - pada 22/4/2024 - jumlah : 50 hits
Tak sedikit orang yang mengeluhkan kolesterol naik setelah Lebaran Untuk itu yuk cari tahu buah buahan apa saja yang bisa bantu turunkan kolesterol
Suami Beri Anak Buah Duit Raya Rm50 Dengan Anak Sendiri Kedekut Dapat Sampul Kosong Je

Suami Beri Anak Buah Duit Raya Rm50 Dengan Anak Sendiri Kedekut Dapat Sampul Kosong Je

papar berkaitan - pada 22/4/2024 - jumlah : 68 hits
Walaupun sudah hampir dua minggu selepas Aidilfitri semangat raya masih terasa dengan kunjungan kunjungan yang berlangsung Namun bagi seorang wanita sambutan raya setiap tahunnya bersama anak anaknya terasa kurang lengkap tanpa pemberian du...
7 Jenis Buah Untuk Atasi Flu Dan Radang Tenggorokan Bantu Percepat Penyembuhan

7 Jenis Buah Untuk Atasi Flu Dan Radang Tenggorokan Bantu Percepat Penyembuhan

papar berkaitan - pada 22/4/2024 - jumlah : 35 hits
Tidak memerlukan obat obatan kimia karena beberapa ragam buah buahan lokal diyakini berdaya untuk membantu meredakan radang tenggorokan
Panduan Lengkap Tentang Brand Perlindungan Pendaftaran Dan Penegakan

Cabinet To Address Najib S House Arrest Bid With Transparency Urges Zaid

Zaid Urges Cabinet Transparency On Najib House Arrest Bid

Polis Cari Waris Lelaki Maut Kemalangan

Mengenal 11 Istri Nabi Muhammad Sesuai Urutan Pernikahan

Celebrating Mother S Day With Legumes Dining With The Queens

Ceo Badan Berkanun Ditahan Sprm Disyaki Seleweng Dana Projek Rm1 2 Bilion

Lirik Lagu Dari Jauh Alyph



Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan

Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix


Mesothelioma Attorney Assistance A Beacon Of Hope For Victims Of Asbestos Exposure

Cara Tambah Akaun Admin Page Facebook 2024

Apa Nasib Veteran Tentera Malaysia

Mudahnya Jadi Cikgu Sekolah

Coklat Ketupat Matcha

Khai Bahar Bawa Hatiku Bersama Kamu Chord