Buah Gajus Penyebab Alergik Ini Khasiat Kesan Sampingannya


Tahukah anda buah gajus adalah satu-satunya kacang yang tumbuh melalui pokok?
Bukan itu sahaja, gajus juga biasanya dijual di kedai tanpa kulit luarnya tidak seperti kekacang yang lain. Apakah sebabnya?
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan khasiat buah gajus, kesan sampingan dan cara kegunaannya dalam masakan.
Baca juga:
Khasiat Buah Zaitun Khasiat Buah Keras Khasiat Jambu Batu Apa itu buah gajus? Buah gajus (Anacardium occidentale) adalah sejenis kacang yang berasal dari Amerika Selatan atau lebih tepatnya Brazil.
Ia mempunyai tekstur rasa yang berkrim, manis, berperisa serta berbentuk seakan-akan seperti buah pinggang.
Menariknya tentang buah ini, ia sangat mudah ditambah dalam diet anda atau dijadikan snek harian.
Menggabungkan gajus dengan pelbagai hidangan berkuah, bergoreng, bakar, atau kukus bukanlah satu masalah.
Justeru tidak hairanlah buah gajus sangat popular sebagai kacang sihat yang banyak manfaatnya pada kesihatan.
Fakta kandungan nutrisi Setiap 100 gram buah gajus mengandungi khasiat seperti berikut:
Air: 5.2 g Tenaga: 553 kcal Protein: 18.2 g Jumlah lemak: 43.8 g Karbohidrat: 30.2 g Serat: 3.3 g Jumlah gula: 5.91 g Kanji: 23.5 g Zat besi: 6.68 mg Kalsium: 660 g Magnesium: 292 mg Fosforus: 593 mg Kalium: 660 mg Natrium: 12 mg Zink: 5.78 mg Kuprum: 2.2 mg Mangan: 1.66 mg Selenium: 19.9 µg Vitamin C: 0.5 mg Thiamin: 0.423 mg Niasin: 1.06 mg Asid pantothenik: 0.864 mg Vitamin B-6: 0.417 mg Folat: 25 µg Vitamin K: 34.1 µg Khasiat dan manfaat Antara khasiatnya dalam kesihatan adalah seperti berikut:
1. Membantu meningkatkan kesuburan
Faktor kesuburan memainkan peranan yang penting dalam pertumbuhan manusia yang sihat.
Buah gajus ini mengandungi pelbagai vitamin dan mineral seperti magnesium, zink dan selenium untuk kesihatan keseluruhan lelaki. Nutrien ini boleh membantu menyokong pengeluaran dan motilitas sperma yang sihat.
Selain itu, gajus adalah sumber lemak dan protein yang sihat, yang boleh membantu mengekalkan berat badan yang sihat dan menyokong pengeluaran hormon.
Berat badan yang sihat dan mempunyai hormon yang seimbang juga boleh memberi kesan positif kepada kesuburan.
Tambahan pula, gajus kaya dengan antioksidan, yang boleh membantu mengurangkan keradangan dalam badan. Keradangan kronik telah dikaitkan dengan pelbagai masalah kesihatan, termasuk ketidaksuburan.
2. Membantu mencegah kanser
Gajus kaya dengan sumber antioksidan untuk mengurangkan risiko kanser tertentu seperti kanser prostat dan kanser usus.
Antioksidan aktif yang terdapat di dalamnya dipercayai sangat berkesan dalam mencegah kanser yang berkaitan dengan saluran penghadaman.
3. Meningkatkan penglihatan mata
Mendapatkan cukup nutrisi vitamin A, K, dan E adalah sangat disyorkan setiap hari kerana ia penting untuk mengekalkan kesihatan mata yang baik.
Buah gajus mengandungi semua jenis vitamin yang dimaksudkan ini serta menyediakan juga dos antioksidan yang banyak untuk menggalakkan penglihatan lebih baik.
Bagi anda yang mempunyai masalah penglihatan kabur atau ingin memastikan kesihatan mata dalam keadaan baik untuk jangka masa panjang, anda boleh memasukkan 5-6 biji gajus ke dalam diet harian.
4. Meningkatkan tahap testosteron
Makanan kaya selenium telah dikaitkan dengan peningkatan tahap testosteron pada lelaki. Kajian membuktikan bahawa memasukkan gajus dalam diet harian boleh membantu meningkatkan tahap hormon testosteron.
Cadangan kami, cuba anda tambahkan 7-10 kacang gajus setiap kali sarapan pagi dan sebagai snek waktu malam.
Namun begitu, elakkan mengambil gajus secara berlebihan kerana ia mungkin boleh mendatangkan kesan sampingan yang lain.
5. Meningkatkan pengeluaran serat
Pengambilan serat yang mencukupi adalah penting untuk kesihatan tubuh badan seseorang.
Gajus dikatakan mengandungi asid oleik dan palmitik yang bertanggungjawab menghasilkan serat yang bermanfaat dalam sistem pencernaan dan lemak badan.
6. Menggalakkan kesihatan jantung
Buah gajus adalah sumber lemak tak tepu tunggal dan lemak poly tak tepu yang menyihatkan jantung.
Ia boleh membantu menurunkan paras kolesterol dan trigliserida yang seterusnya mengurangakn risiko penyakit jantung.
Buah ini juga kaya dengan antioksidan, magnesium dan kalium yang menggalakkan kesihatan jantung.
7. Membina tulang lebih kuat
Gajus kaya dengan sumber magnesium yang penting untuk memastikan tulang anda kuat dan sihat.
Mengamalkan pengambilan gajus dalam diet harian dapat membantu mengekalkan kepadatan tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis.
8. Meningkatkan sistem imun
Zink, tembaga dan vitamin E adalah antara mineral dalam gajus yang membentuk sistem imun yang kuat.
Vitamin E misalnya, merupakan sejenis antioksidan yang kuat boleh melindungi sel daripada bahaya dan mengurangkan tekanan oksifatif dan keradangan.
9. Membantu menurunkan berat badan
Gajus mengandungi lebih rendah kalori berbanding jenis kacang atau buah-buahan yang lain.
Kandungan serat dan proteinnya yang tinggi boleh membantu mengurangkan rasa lapar dan meningkatkan rasa kenyang.
Apabila disatukan semua faktor ini, ia boleh membantu anda mengurangkan berat badan berlebihan.
10. Mengawal paras gula dalam darah
Kacang gajus mempunyai indeks glisemik rendah yang membantu mencegah lonjakan paras gula dalam darah.
Walaupun kandungan seratnya tinggi, ia boleh melambatkan penyerapan gula dalam aliran darah, dan meningkatkan sensitiviti insulin.
Kegunaan kacang gajus Fleksibiliti dalam penyediaan kacang gajus memberikan pelbagai pilihan untuk anda menikmatinya. Termasukan untuk dimakan secara mentah, digoreng atau sebagai bahan tambahan dalam hidangan lain.
Kesan sampingan buah gajus Makan buah gajus secara mentah sebenarnya boleh memudaratkan sesetengah orang. Hal ini kerana ia mengandungi racun berbahaya yang dipanggil sebagai urushiol.
Urushiol adalah sejenis zat yang terdapat di semua keluarga Anacardiaceae dari pokok termasuklah seperti kacang gajus, mangga, racun ivy, oak racun, sumac, lada peru, dan pistachio. 
Walaupun racun ini berada si semua bahagian tanaman seperti akar, batang daun. Tetapi ia juga banyak ditemukan di dalam minyak di antara buah gajus dan kacang di dalamnya.
Jika anda bersentuhan langsung dengan urushiol ia akan mengakibatkan dermatitis kontak alergik, ruam kulit yang hampir serupa simptom apabila terdedah kepada racun ivy.
Justeru, elak dari makan gajus secara mentah adalah digalakkan. Panggang atau kukus gajus pada suhu tinggi akan menghilangkan urushiol yang mungkin meresap melalui cengkerang dan masuk ke kacang, menjadikannya selamat untuk dimakan.  Oleh sebab itulah, gajus tidak dijual bersama kulit luarnya.
Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan khasiat buah gajus dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.
Sumber:
Are Cashews Good for You? Nutrition, Benefits, and Downsides. Heathline Health Benefits of Cashews. Medical News Today

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/buah-gajus/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=buah-gajus

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buah Kundur Penyejuk Badan 5 Khasiat Lain Kepada Kesihatan

Buah Kundur Penyejuk Badan 5 Khasiat Lain Kepada Kesihatan

papar berkaitan - pada 24/4/2024 - jumlah : 150 hits
Musim panas semua orang mencari sesuatu yang boleh menyegarkan badan seperti buah kundur Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan khasiat yang terdapat dalam buah kundur dan resepi ringkas untuk anda cuba di ru...
Buah Rambai Tak Terkenal Tapi Kaya Dengan Khasiat Semulajadi

Buah Rambai Tak Terkenal Tapi Kaya Dengan Khasiat Semulajadi

papar berkaitan - pada 26/4/2024 - jumlah : 139 hits
Buah rambai tidak begitu popular sebagaimana langsat atau duku langsat tetapi ia mengandungi nutrisi yang bermanfaat kepada kesihatan Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan khasiat buah rambai pada kesihatan ...
Buah Markisa 8 Khasiat Pada Kesihatan Cara Makan

Buah Markisa 8 Khasiat Pada Kesihatan Cara Makan

papar berkaitan - pada 24/4/2024 - jumlah : 344 hits
Buah markisa disebut sebagai buah yang mempunyai gabungan rasa tembikai nenas dan kiwi Selain rasanya yang unik dan harganya mahal tahukah anda buah ini mempunyai manfaat yang banyak kepada kesihatan manusia kerana kaya dengan kandungan nut...
Buah Sukun 6 Khasiat Yang Tak Ramai Orang Tahu

Buah Sukun 6 Khasiat Yang Tak Ramai Orang Tahu

papar berkaitan - pada 2/5/2024 - jumlah : 291 hits
Mungkin tidak ramai yang tahu atau pernah rasa buah sukun goreng Buah yang kebanyakkan dari kita membiarkan sahaja ia busuk di atas pokok ini sebenarnya mengandungi pelbagai kandungan nutrisi di samping boleh dijadikan snek ringan Artikel p...
Buah Tin 10 Khasiat Kepada Kesihatan Lelaki Wanita

Buah Tin 10 Khasiat Kepada Kesihatan Lelaki Wanita

papar berkaitan - pada 23/4/2024 - jumlah : 329 hits
Tahukah anda buah kecil seperti buah tin ini ternyata memiliki kandungan vitamin mineral serat dan antioksida yang tinggi Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan khasiat yang terdapat dalam buah tin dan keheba...
Buah Ciku 10 Khasiat Pelbagai Jenis Penyakit

Buah Ciku 10 Khasiat Pelbagai Jenis Penyakit

papar berkaitan - pada 4/5/2024 - jumlah : 416 hits
Buah ciku sejenis buah yang enak dimakan segar dan amat berkhasiat la juga boleh diproses untuk jadikan beberapa jenis produk yang berpotensi untuk dikomersialkan Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan khasia...
Pucuk Manis Khasiat Dan Kesan Sampingan

Pucuk Manis Khasiat Dan Kesan Sampingan

papar berkaitan - pada 20/4/2024 - jumlah : 330 hits
Sayur pucuk manis sememangnya sedap dibuat hidangan terutamanya masak lemak Ia juga dikenali dengan nama lain seperti cekur manis sayur manis atau Ma Ni Cai Disebabkan ia banyak tumbuh secara liar dan ditanam di Sabah ia juga ada kalanya di...
Khasiat Air Kelapa Laut Untuk Tubuh

Khasiat Air Kelapa Laut Untuk Tubuh

papar berkaitan - pada 22/4/2024 - jumlah : 313 hits
Pernahkah anda mendengar tentang buah kelapa laut Mungkin ada yang tidak pernah melihat buah ini di depan mata namun ramai yang mengenalinya sebagai buah yang baik untuk mengatasi batuk Nama saintifik bagi buah ini adalah Lodoicea maldivica...
Khasiat Kerang Rebus Dan Tips Merebus Untuk Dapatkan Isi Cantik

Khasiat Kerang Rebus Dan Tips Merebus Untuk Dapatkan Isi Cantik

papar berkaitan - pada 24/4/2024 - jumlah : 139 hits
Selain ikan udang dan ketam kerang juga merupakan antara makanan laut yang tak kurang ramai penggemarnya Lebih lebih lagi jika direbus Enak dimakan begitu sahaja atau dicicah dengan air asam sos Thai atau kicap pedas Selain itu kerang juga ...
Menulis Artikel Link Building Jalan Rezeki Saya Sebagai Surirumah

2 Maut Selepas Suv Langgar Pintu Masuk Terminal Lapangan Terbang

Nasi Kandar Deen Mutiara Penang

Breakfast Dengan Roti Canai Sarang Burung Di Sup Tulang Zz Taman Bukit Dahlia Pasir Gudang

Rm80m Isp Victory In Senai To Feature As Isp Group S Greenfield Expansion Into Industrial Dev T

Bukan Pendirian Parti Cadangan Bubar Mca Sertai Dap Hanya Pandangan Peribadi Chong Anthony Loke

Ruth Buzzi Beloved Comedian And Iconic Gladys Ormphby Of Laugh In Dies At 88

Pakai Sheet Mask Bird Nest Dari Watsons


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Saat Ia Pergi

Hard Rock Penang

Pengguna Terperangkap Hutang Sepanjang Hayat Kosmo Ahad 04 05 2025

Sagon Tumbuk

Rendang Asam Tak Pedas Tapi Sedap Boleh Masak Guna Semua Jenis Ikan

Saman Fitnah Fahmi Terhadap Wan Azri Ustaz Dusuki Fb N13 Kuang Ditetap Oct Untuk Perbicaraan