Berani Kerana Benar Takut Kerana Salah


 *BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH*


*_Datuk A Kadir Jasin_* ✍🏻


Di hadapan orang ramai, bekas perdana menteri Najib Razak, tunjuk berani.
Ini adalah kerana dia tahu dia boleh berbohong dan ada sebahagian orang ramai akan percaya.


Jadi dia pun tunjuk berani. Dia mahu perbicaraan kes SRC International Sdn Bhd yang dijadualkan bermula esok (3 April) disiarkan secara langsung (live).
Tetapi di hadapan mahkamah dia takut oleh sebab dia tahu bukti terhadapnya kuat.


Jadi dia buat macam-macam muslihat untuk lengah dan gagalkan perbicaraan. Apabila kita semua dibagi gambaran dan jaminan bahawa perbicaraan akan dimulakan esok, tiba-tiba Najib buat satu lagi percubaan menghalangnya.
Peguam dia yang bernama Harvinderjit Singh semalam kemukakan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan agar pertimbangkan semula keputusannya memulakan perbicaraan esok.


Saya amat berharap mahkamah tertinggi negara itu akan tolak rayuan ini sebagai remeh (frivolous).


Inilah muslihat Najib dan para peguamnya mencari talian hayat bagi memanjangkan umurnya sebagai orang bebas.


Mereka tahu jika perbicaraan tidak dihalang dan Najib masuk kandang tertuduh, maka harapan membuktikan yang dia tidak bersalah adalah tipis.
Peguam ni mereka tahu dari awal lagi sama ada anak guaman mereka bersalah atau tidak.


Mereka “bicarakan” dulu anak guaman mereka sebelum dibicarakan oleh mahkamah.


Kalau mereka percaya akan guaman mereka tidak bersalah, mereka akan pertahankannya atas dasar dia tidak bersalah.


Tetapi kalau pada pendapat mereka dia bersalah, mereka akan pertahankannya atas dasar dia bersalah.


Dalam sistem kehakiman kita, tugas pendakwa raya membuktikan sabitan kes adalah lebih berat daripada pembela menafikan pembabitan tertuduh.
Pendakwa raya wajib membuktikan di luar sebarang keraguan bahawa tertuduh melakukan jenayah yang dituduh.


Pihak pembela hanya perlu menimbulkan keraguan berpatutan terhadap bukti dan hujah pendakwa.
Itu pun rasanya Najib tidak yakin sebab dia sendiri tahu apa yang dia lakukan itu adalah salah dan tidak patut dilakukan apatah lagi oleh seorang perdana menteri.


*DUIT PESARA*


Nombor satu, duit sebanyak RM42 juta yang masuk akaun peribadi Najib itu bukan duitnya atau duit suku-sakatnya.


Bukan duit Yayasan Noah (datuknya sebelah ibu) atau sumber-sumber lain yang sah di segi undang-undang.
Ia adalah duit SRC International Sdn Bhd. Masa itu, SRC adalah anak syarikat milik penuh 1Malaysia Development Bhd (1MDB).


SRC ini pula pinjam RM4.4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) atau KWAP kononnya untuk buka lombong arang batu di Mongolia (negeri mendiang Altantuya Shaariibuu).


KWAP ini adalah pemegang amanah duit pencen kakitangan awam. Duit orang pencen dan yang akan pencen. Kita hendak tahu macam mana dan untuk tujuan apa duit dari tabung pencen kakitangan awam boleh masuk ke dalam akaun peribadi Najib.


*KURANG YAKIN*


Maaf cakaplah kalau saya kata, saya tidak berapa percaya lagi dengan perbicaraan Najib ini.
Saya akan percaya hanya apabila Najib didudukkan di dalam kandang tertuduh di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur esok dan mula dibicarakan.


Itu pun belum ada jaminan bahawa Najib dan pasukan pembelaannya tidak akan buat tipu-helah macam digigit anjing, sakit perut dan kesuntukan masa.
Silap-silap Najib minta tangguh sebab dia kena hadir Dewan Rakyat yang sedang bersidang sekarang.


Tak tahulah kalau dia diperlukan minta cuti atau Dewan Rakyat sendiri bagi kelepasan untuk hadir perbicaraan. Dia akan buat semua ini untuk mengabui mata rakyat jelata yang tidak arif mengenai undang-undang. Bagi Najib segala-galanya adalah mengenai perbatuan politik (political milage).


Inilah malapetaka yang telah menimpa orang Melayu yang pastinya beragam Islam sehingga sanggup terus menerima dan menyanjung orang seperti Najib sebagai “Bossku”.


Akibat perbuatan orang seperti inilah maka Melayu dan Islam terancam bukan kerana Pakatan Harapan menumbangkan Barisan Nasional.


Sebaliknya kerana kemenangan PH lah segala jenayah dan kejahatan kerajaan dahulu dapat dibongkar, diambil tindakan dan negara diselamatkan.
Melayu dan Islam terancam kerana perbuatan “Bossku” dan orang-orang seangkatan dengannya.


Mereka inilah yang menggunakan slogan bangsa dan agama untuk memukau dan membodohkan orang Melayu. Dalam mereka merompak dan mencuri puluhan bilion duit negara dan merosakkan institusi kerajaan, rakyat jelata diberikan dedak kerana wang tunai adalah raja.
Bagi saya dan saya yakin begitu juga dengan majoriti rakyat jelata, jenayah rompakan duit negara ini akan selesai hanyalah apabila keadilan dilakukan dan yang bersalah disumbatkan ke dalam penjara.


Itu pun kita tetap memerlukan masa dan keringat untuk memperbetulkan segala kerosakan yang dilakukan oleh tertuduh dan mereka yang bersekongkol dengannya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/04/berani-kerana-benar-takut-kerana-salah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Sahut Cabaran Debat Najib Wahai Najib Sikit Hamba Tak Takut Kalau Berani Turun Gelanggang

Anwar Sahut Cabaran Debat Najib Wahai Najib Sikit Hamba Tak Takut Kalau Berani Turun Gelanggang

papar berkaitan - pada 4/4/2022 - jumlah : 208 hits
Cabaran berdebat yang dilontarkan oleh bekas Perdana Menteri Najib Razak semalam disahut oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim Dalam kenyataannya Anwar menegaskan sangat menunggu nunggu peluang berdebat melawan Najib kerana cabara...
Ceti Haram Salah Alamat

Ceti Haram Salah Alamat

papar berkaitan - pada 8/4/2022 - jumlah : 104 hits
Ceti Haram Salah Alamat Melaka Saya syak ini angkara along tersalah alamat kerana saya tidak pernah pinjam atau berhutang dengan mana mana ceti haram kata Md Deris Salleh 69 Md Deris berkata demikian ketika mengulas kejadian rumah dan keret...
Demo Mahasiswa 11 April Sekjen Pdip Jangan Salah Alamat

Demo Mahasiswa 11 April Sekjen Pdip Jangan Salah Alamat

papar berkaitan - pada 11/4/2022 - jumlah : 166 hits
Badan Eksekutif Mahasiswa Seluruh Indonesia 2022 akan menggelar demonstrasi di Kompleks DPR kawasan Senayan Jakarta Senin Menanggapi hal itu Sekretaris Jenderal PDIP Hasto Kristiyanto mengatakan bahwa demo adalah hak semua masyarakat
Ph Bailout 2019 Salah Dia Bailout Ok

Ph Bailout 2019 Salah Dia Bailout Ok

papar berkaitan - pada 7/4/2022 - jumlah : 103 hits
6 April 2022 AUTA NAJIB PH BAILOUT 2019 SALAH DIA BAILOUT OK Selepas saya membantah gesaan Dato Seri Najib Tun Razak yang mahukan Kerajaan Persekutuan menggunakan wang rakyat untuk menyelamatkan Sapura Energy Berhad jawapan yang biasa dimai...
Tidak Makan Bukan Salah Satu Puncanya Ada Sebab Lain Punca Perut Kembung Dan Berangin

Tidak Makan Bukan Salah Satu Puncanya Ada Sebab Lain Punca Perut Kembung Dan Berangin

papar berkaitan - pada 6/4/2022 - jumlah : 155 hits
Tidak Makan Bukan Salah Satu Puncanya Ada Sebab Lain Punca Perut Kembung Dan Berangin PERUT kembung sering terjadi apabila seseorang lambat makan sehingga menyebabkan perut dikatakan masuk angin Tetapi sebenarnya itu bukan sahaja alasan kep...
8 Amalan Ketika Hujan Turun Salah Satu Yang Utama Adalah Bersyukur Dan Berdoa

8 Amalan Ketika Hujan Turun Salah Satu Yang Utama Adalah Bersyukur Dan Berdoa

papar berkaitan - pada 5/4/2022 - jumlah : 207 hits
Di satu pagi cuaca terasa sejuk diiringi dengan mendungnya langit Melihat dari kejauhan secara perlahan namun pasti titik titik hujan mulai jatuh ke bumi Detik demi detik menit demi menit hingga akhirnya rintik air tersebut semakin deras te...
Tanggapi Susi Pudjiastuti Soal Buka Puasa Ridwan Kamil Sebut Salah Tafsir

Tanggapi Susi Pudjiastuti Soal Buka Puasa Ridwan Kamil Sebut Salah Tafsir

papar berkaitan - pada 6/4/2022 - jumlah : 152 hits
Mantan Menteri Kelautan dan Perikanan Susi Pudjiastuti mengkritik Gubernur Jawa Barat Ridwan Kamil yang menggelar buka bersama di salah satu rumah warga Kritikan ini disampaikan Susi melalui akun Twitternya
Ramai Salah Faham Hauk Tu Dituju Kepada Face Mask Jovian Tiruan Di Pasaran Jovian Mandagie

Ramai Salah Faham Hauk Tu Dituju Kepada Face Mask Jovian Tiruan Di Pasaran Jovian Mandagie

papar berkaitan - pada 12/4/2022 - jumlah : 219 hits
Sedar diri dikecam ramai berhubung kenyataan menyokong penguatkuasaan pelitup muka bukan perubatan perlu perakuan dan penanda Sirim pereka fesyen Jovian Mandagie yang juga menantu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tampil...
Ada Salah Faham Jovian Perjelas Isu Mask Hauk Jaga Kata Kata Jangan Fitn4h Saya

Ada Salah Faham Jovian Perjelas Isu Mask Hauk Jaga Kata Kata Jangan Fitn4h Saya

papar berkaitan - pada 12/4/2022 - jumlah : 164 hits
Baru baru ini tular isu yang terkait antara kenyataan pereka fesyen terkenal iaitu Jovian Mandagie dengan pelitup muka yang memerlukan perakuan SIRIM
Resepi Bbq Kambing

Games Outlets Damansara Aliff

Sarapan Pagi Di Warong Onie Corner Ayer Keroh Melaka

Happy 10th Birthday Ilham Syamil 27 Jan 2025

Buasir Otak Tv Kenapa Ayam Masa Hidup Satu Nama Bila Mati Banyak Nama Be Like

Halal Certification Is A Non Muslim Issue

Sebatan Syariah Daripada Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia

Pelbagai Kaum Makan Budu Dalam Pinggan Sama


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Crescent Petroleum Targets Nioc Assets And Frozen Funds In Escalating Legal Dispute

A Short Interior Painters Guide To Color Psychology And Perceived Size

Ptptn Encourages Savings Plans To Reduce Reliance On Education Loans

Wet Cny For Sabah Sarawak With Continuous Rains Expected Says Metmalaysia

Eleven Masked Men Break Into Puchong Home Two Seriously Injured

Cukup Mudah Masak Ayam Kari Jepun Cepat Dan Sedap Di Makan