Ramai Salah Faham Hauk Tu Dituju Kepada Face Mask Jovian Tiruan Di Pasaran Jovian Mandagie





Sedar diri dikecam ramai berhubung kenyataan menyokong penguatkuasaan pelitup muka bukan perubatan perlu perakuan dan penanda Sirim, pereka fesyen Jovian Mandagie yang juga menantu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, tampil memberi penjelasan. 

Menurut Jovian, netizen tidak sepatutnya melemparkan kata-kata yang tidak wajar terhadap dirinya lebih-lebih lagi di bulan Ramadan, bulan yang mulia. Dia menegaskan, jenama perniagaannya sudah 15 tahun berada di pasaran dan reputasinya naik di atas usahanya sendiri selama ini. 


"Ramadhan bulan suci ini, bukan saja puasa perut. Patutnya pertuturan pun patut dijaga. Tak perlu kot nak caci maki saya dan fitnah yang bukan-bukan tentang bisnes saya. 


"Jenama Jovian dah berada di pasaran 15 tahun, makin berkembang atas reputasi dan kualiti barangan kami, bukan sebab-sebab lain.


"Alhamdulillah, Jovian Mask berjaya berada dalam pasaran kerana sokongan semua Jovianista atas kualitinya yang memang bagus, anti jerawat dan mudah bernafas itu tak boleh dinafikan," katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di Instastory baru-baru ini. 


Memetik laporan dari Kosmo, Jovian berkata ramai netizen yang salahfaham dengan perkataan 'hauk' dalam kenyataannya tempoh hari yang mana perkataan itu sebenarnya dituju kepada pihak yang menciplak idea produk keluarannya. 


"Saya nak jelaskan sikit pasal pelitup muka 'hauk' tempoh hari. Banyak yang salah faham, apa yang saya maksud itu ialah pelitup muka Jovian tiruan yang berleluasa di pasaran. 


"Tiada niat saya nak memperkecilkan mana-mana jenama pelitup muka lain di pasaran. Lebih dua tahun pelitup muka Jovian tiruan berada di pasaran mengambil kesempatan menggunakan rekaan, monogram, gambar promosi, nama dan logo kami untuk kepentingan masing-masing sehingga menipu pengguna. 


"Saya rasa sesuailah saya gunakan istilah hauk itu pada mereka. Ini semua kerja mafia! Tapi, kalau ada yang tersinggung dengan kenyataan saya, tiada niat saya nak guris hati kalian," katanya. 


Jovian juga menafikan dirinya mencadangkan perakuan dan penandaan logo Sirim pada pelitup muka atas kapasiti dirinya sebagai menantu Perdana Menteri. 


"Bukan permintaan saya mahupun keuntungan bagi saya. Untuk makluman semua, apabila undang-undang dikuatkuasakan, kos akan ditanggung kita semua sebagai penjual? Dari mana pula saya akan dapat untung lebih? Dan saya boleh jamin bahawa produk saya, jenama saya bukan yang pertama ada cop Sirim. Banyak jenama di luar sana dah ada cop Sirim," ujarnya. 


Jovian berharap isu tersebut tidak lagi dipanjangkan dan menasihatkan netizen memeriksa dahulu info yang dibaca sebelum terus percaya dengan apa yang dibaca itu. 


"Saya harap isu ini habis di sini. Siapa yang dah menyumpah saya, lain kali selidik dan tanya dulu. Nevertheless saya doakan anda semua panjang umur dan bahagia dunia akhirat," katanya.


source https://www.thereporter.my/2022/04/ramai-salah-faham-hauk-tu-dituju-kepada.html

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kongsibro.blogspot.com/2022/04/ramai-salah-faham-hauk-tu-dituju-kepada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Undang Undang Sirim Dilakukan Untuk Banteras Face Mask Kualiti Hauk Di Pasaran Jovian Mandagie

Undang Undang Sirim Dilakukan Untuk Banteras Face Mask Kualiti Hauk Di Pasaran Jovian Mandagie

papar berkaitan - pada 11/4/2022 - jumlah : 191 hits
The ReporterDi kala negara negara lain mula memansuhkan peraturan berkaitan dengan wabak Covid 19 seperti memansuhkan kewajiban pemakaian pelitup muka ketika berada di tempat awam Malaysia masih lagi mengenakan peraturan tersebut demi menge...
Ada Salah Faham Jovian Perjelas Isu Mask Hauk Jaga Kata Kata Jangan Fitn4h Saya

Ada Salah Faham Jovian Perjelas Isu Mask Hauk Jaga Kata Kata Jangan Fitn4h Saya

papar berkaitan - pada 12/4/2022 - jumlah : 163 hits
Baru baru ini tular isu yang terkait antara kenyataan pereka fesyen terkenal iaitu Jovian Mandagie dengan pelitup muka yang memerlukan perakuan SIRIM
Kualiti Mask Jovian Dipersoal Dua Kali Tali Mask Putus Masa Live

Kualiti Mask Jovian Dipersoal Dua Kali Tali Mask Putus Masa Live

papar berkaitan - pada 13/4/2022 - jumlah : 168 hits
Baru baru ini Kecoh tentang penguatkuasaan pelitup muka yang perlu mendapatkan cop SIRIM atau tindakan boleh dikenakan Namun selepas menerima maklum balas negatif dari ramai arahan itu akhirnya ditangguhkan sehingga ke tahun hadapan Pereka ...
Remove Face Mask Mandate Sarawak Minister Urges State Govt

Remove Face Mask Mandate Sarawak Minister Urges State Govt

papar berkaitan - pada 14/4/2022 - jumlah : 212 hits
Health minister Khairy Jamaluddin has said that face masks will remain mandatory especially in enclosed areas PETALING JAYA A Sarawak minister has urged the state government to consider removing the face mask mandate State tourism creative ...
Hauk Betul Mask Kau Bang Tali Mask Terputus Masa Llve Netlzen Ucap Terima Kasih Pada Tokti

Hauk Betul Mask Kau Bang Tali Mask Terputus Masa Llve Netlzen Ucap Terima Kasih Pada Tokti

papar berkaitan - pada 12/4/2022 - jumlah : 492 hits
Beberapa hari ini hangat diperkatakann mengenai isu pelitup muka yang perlu mempunyai cop SIRIM difahamkan lebih selamat digunakan berkualiti dan mematuhi standard bagi pengguna
Face Mask Cop Logo Sirim Untuk Keselamatan Pengguna Sebenarnya Kpdnhep Tangguh Penguatkuasaan Sehingga 2023

Face Mask Cop Logo Sirim Untuk Keselamatan Pengguna Sebenarnya Kpdnhep Tangguh Penguatkuasaan Sehingga 2023

papar berkaitan - pada 8/4/2022 - jumlah : 238 hits
Susulan ramai yang menyatakan bantahan terhadap penguatkuasaan pelitup muka bukan perubatan perlu mendapatkan perakuan dan penandaan logo SIRIM Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menangguhkan penguatkuasaan Perintah...
Face Mask Bukan Perubatan Perlu Tanda Sirim Mulai 4 Julai Jika Ingkar Boleh Didenda Atau Penjara

Face Mask Bukan Perubatan Perlu Tanda Sirim Mulai 4 Julai Jika Ingkar Boleh Didenda Atau Penjara

papar berkaitan - pada 7/4/2022 - jumlah : 321 hits
The ReporterBerkuat kuasa 4 Julai 2022 pengilang atau pengimport pelitup muka bukan perubatan perlu membuat permohonan perakuan dan penandaan SIRIM QAS International Sdn Bhd selaku Pihak Berkuasa Yang Berwibawa dilantik oleh Kementerian Per...
Wow Pelitup Muka Mampu Angkat Mesin Potong Rumput Buat Ramai Terpegun Bik1n Pan4s Kaitkan Isu Mask Hauk

Wow Pelitup Muka Mampu Angkat Mesin Potong Rumput Buat Ramai Terpegun Bik1n Pan4s Kaitkan Isu Mask Hauk

papar berkaitan - pada 13/4/2022 - jumlah : 282 hits
YANG tiada cop MS Sirim lagi kuat daripada yang ada Demikian komen netizen menerusi satu perkongsian video di laman sosial yang menonjolkan kekuatan tali pelitup muka yang dijual pada harga lebih murah di pasaran Ia sekali gus memaparkan pe...
Hiburan Lain Kali Selidik Dulu Sebelum Menyumpah Jovian Jawab Isu Mask Sirim

Hiburan Lain Kali Selidik Dulu Sebelum Menyumpah Jovian Jawab Isu Mask Sirim

papar berkaitan - pada 11/4/2022 - jumlah : 178 hits
Selepas teruk dikecam oleh orang ramai Datuk Jovian Mandagie tidak mendiamkan diri dan memberi penjelasan berkenaan isu pelitup muka perlukan perakuan SIRIM Menurut Jovian melalui hantaran Instagram yang dibuat olehnya baru baru ini beliau ...
Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Ini Amaran Tegas Kkm Dedah Produk Makanan Beracun

Trends In The Domain Industry

Sd Guthrie Defends Eviction Of Selangor Cattle Farmers

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Terkini Kadar Dividen Asb 2024

Beli Kelengkapan Sekolah Di Pusat Pakaian Hari Hari

Resepi Sambal Hijau Telur

Daging Masak Kurma

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Rakyat Amerika Syarikat Tiada Telur