Ceti Haram Salah Alamat
Ceti Haram Salah Alamat
Melaka: “Saya syak ini angkara along tersalah alamat kerana saya tidak pernah pinjam atau berhutang dengan mana-mana ceti haram,” kata Md Deris Salleh, 69.
Md Deris berkata demikian ketika mengulas kejadian rumah dan kereta menantunya disimbah cat merah oleh individu tidak dikenali, awal pagi tadi.
Menurutnya, kejadian disedari isterinya, Jamilah Baba, 62, ketika bangun menyediakan juadah bersahur untuk mereka sekeluarga sekitar jam 4.30 pagi.
Katanya, sebaik membuka pintu rumah dan lampu luar isterinya ternampak cahaya merah terang sebelum memberitahu kepadanya.
“Apabila menantu saya Mohamad Faizal Mohamad Yusoff, 32, memeriksa dia terkejut mendapati bahagian sisi kanan Proton Persona miliknya disimbah cat merah. Bahagian depan berenda rumah dan kereta Proton Saga anak saya turut terkena cat itu
“Selain itu terdapat kertas mengandungi tulisan Cina berserta nombor telefon luar negara atas nama ‘Mikey Keat’ ditinggalkan di pagar rumah,” katanya kepada Harian Metro ketika ditemui di rumahnya di Lorong Haji Ariffin, Batu 7, Tanjung Kling di sini
Md Deris berkata, mereka sekeluarga amat terkejut dan bimbang dengan kejadian itu yang tidak pernah berlaku sebelum ini, selain tidak pernah bermusuhan dengan sesiapa di kampung itu.
Katanya, anak perempuannya, Nurul Hizaty, 28, turut cuba menghubungi nombor telefon itu dan menghantar mesej di WhatsApp memaklumkan individu terbabit tersalah alamat dan meminta ganti rugi, namun tidak berbalas.
“Anak saya juga ada menyemak maksud tulisan Cina itu di internet ia bermaksud ‘Kalau x reply saya lagi, saya akan bakar rumah awak jadi arang!’
“Alamat rumah dinyatakan juga bukan rumah saya, mungkin mereka tersilap orang. Apapun kami amat bimbang berlaku sesuatu yang tidak baik apatah lagi cat berwarna merah ini biasanya dikaitkan memberi amaran,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Tanjung Kling di sini.
Mengulas lanjut, pesara tentera itu berkata, sebelum kejadian tidak ada apa-apa yang pelik berlaku.
“Biasanya jika ada kereta atau motosikal masuk ke kawasan rumah kami ini anak saudara saya akan perasan kerana rumah kami berdekatan antara satu sama lain.
“Mungkin individu yang menyimbah cat ini meletakkan kenderaan di luar dan berjalan kaki ke rumah saya,” katanya.
Md Deris berkata, di sebalik kejadian itu, mereka sekeluarga bersyukur tidak diapa-apa oleh si pelaku selain cat merah itu jenis cat kapur dan boleh dibersihkan.-HM
Ceti Haram Salah Alamat
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email :
[email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
Menteri pun katak politik, susah nak lulus RUU antilompat – Shahrir
Jersi ‘Hand of God’ Diego Maradona Berharga RM22 juta?
Dah Tiada Lagi Alasan Tak Puasa Sebab Payah Bangun Sahur…Ini Cara Mudah Bangun Pagi
Tiada Masalah Jika Nak Berpuasa Tapi Pesakit Diabetes Disarankan Lakukan 4 Perkara Ini
Resepi Cucur Ikan Bilis Wajib Buat
Taikun bantah saman cuba singkirkannya sebagai pengarah MySJ
Lelaki Disamun Dan Dipukul Geng Motosikal Di Setia Alam (Video)
Pemandu Kereta Plat Asing Kencing Merata (Video)
PN, PH Tak Kisah Apa Jadi Asal Dapat Tumbangkan BN
Adakah terdapat gunting dalam lipatan?
“Penganalisis jangka kekalahan PH dalam PRU15 menandakan kehancuran mereka
PAS guna Taliban demi tingkat imej Islamik – Bukit Aman
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Guna pedang samurai serang suami isteri kerana enggan lakukan hubungan intim
Pak Imam tercabar, suara makmum lagi kuat dari Imam [VIDEO]
The post Ceti Haram Salah Alamat appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2022/04/08/ceti-haram-salah-alamat/