Banci 2020 32 6 Juta Penduduk Malaysia Dibanci Bermula Selasa Ini


Bernama Pembancian dijalankan ke atas semua orang di tempat tinggal biasa mereka pada hari bancian, termasuk bukan warganegara yang telah atau akan tinggal selama enam bulan atau lebih di Malaysia dalam tahun ini. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Projek pembangunan berimpak tinggi dan berskala besar yang melibatkan 32.6 juta penduduk akan dihitung melalui Bancian Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci 2020) bermula Selasa ini.

Bertema 'Data Anda Masa Depan Kita', bancian tersebut adalah kali keenam dilaksanakan setiap 10 tahun sejak 1963 dan kali ini ia merangkumi sembilan juta kediaman bagi mendapatkan banci yang komprehensif merangkumi keperluan input pemantauan Agenda Pembangunan Mampan 2030

Berdasarkan maklumat laman web mycensus.gov.my, aktiviti banci akan dilaksanakan di semua kawasan perumahan dan kediaman di seluruh Malaysia dalam dua fasa, iaitu fasa pertama secara dalam talian bermula 7 Julai hingga 30 Sept ini, manakala fasa kedua bermula 7 Okt hingga 24 Okt secara bersemuka.

Pembancian dijalankan ke atas semua orang di tempat tinggal biasa mereka pada hari bancian, termasuk bukan warganegara yang telah atau akan tinggal selama enam bulan atau lebih di Malaysia dalam tahun ini. –– ADVERTISEMENT –– Namun, bayi yang lahir selepas Hari Banci, orang yang meninggal dunia sebelum Hari Banci, serta bagi mereka yang tinggal di luar negara ataupun akan keluar negara bagi tempoh enam bulan atau lebih untuk bekerja atau belajar, mereka dikecualikan daripada kiraan banci.

Menurut Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, sebelum ini, pewartaan Kerajaan Persekutuan mengikut Akta Banci 1960 menyatakan arahan banci penduduk dan perumahan dibuat di seluruh Malaysia berdasarkan Hari Banci iaitu pada 7 Julai.

"Melalui pewartaan itu juga Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong memberi perkenan pelantikan Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, sebagai Pesuruhjaya Banci yang keenam untuk menyelia pembancian dan memastikan perancangan serta hala tuju pelaksanaan banci berjalan dengan lancar," memetik kenyataan itu.

Selaras dengan kemajuan teknologi dan perubahan gaya hidup rakyat Malaysia, pengumpulan maklumat banci secara dalam talian mula diperkenalkan menerusi Portal Banci dan aplikasi mudah alih pada Banci 2020.

Bagi melengkapkan borang e-Banci (e-Census), poskad yang mengandungi panduan mengisi dan pautan e-Census di Portal Banci akan dihantar ke tempat kediaman setiap penduduk, selain aplikasi mudah alih untuk kegunaan pembanci mengisi maklumat semasa sesi temu ramah diadakan dengan menggunakan tablet atau telefon pintar.

Selain kaedah pengisian dalam talian menerusi pautan https://ecensus.mycensus.gov.my, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) akan menghubungi penduduk yang terpilih bagi kaedah telefon.

Mohd Uzir dalam perutusan khasnya di portal DOSM berkata Banci 2020 akan menggunakan pendekatan 'de jure' iaitu maklumat setiap penduduk dikumpul mengikut tempat tinggal biasa pada Hari Banci.

"Sistem banci berpusat dan komprehensif ini, dengan peningkatan dan penambahbaikan ciri-ciri pembancian secara elektronik (e-Census), menyediakan satu rangka kerja bersepadu yang meliputi pengumpulan, analisa dan penyebaran data yang kompleks.

"Oleh itu, pelaksanaan MyIPCS dalam Banci 2020 akan memberi manfaat kepada kedua-dua pengumpul data dan responden bagi memastikan semua penduduk diliputi.

"Soalan tambahan mengenai butiran perumahan, kesihatan, gaya hidup dan hubungan sosial juga dimasukkan di dalam Banci 2020 bagi memenuhi perubahan corak gaya hidup dalam masyarakat," katanya.

Katanya, DOSM juga telah mengadaptasi pendekatan baru dengan memperkenalkan portal MyCensus 2020 (www.mycensus.gov.my) sebagai gerbang maklumat yang membekalkan banyak maklumat banci dalam bentuk infografik, visualisasi interaktif dan pelbagai aplikasi atas talian berkaitan banci.

Penghasilan profil yang terperinci ini juga akan digunakan untuk membuat perancangan dan keputusan berkenaan perkhidmatan awam yang diperlukan bagi setiap lokaliti seperti hospital, sekolah, jalan raya, dan pengangkutan awam.

Namun, berdasarkan peruntukan yang terkandung dalam Akta Banci 1960 (disemak 1969), Banci 2020 turut memastikan bahawa semua maklumat individu yang dikumpul adalah sulit dan tidak akan didedahkan.-- BERNAMA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/07/banci-2020-326-juta-penduduk-malaysia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Banci 2020 Bantu Susun Masa Depan Malaysia

Banci 2020 Bantu Susun Masa Depan Malaysia

papar berkaitan - pada 5/7/2020 - jumlah : 412 hits
PUTRAJAYA 4 JULAI Bancian Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 yang bermula Selasa ini adalah satu pengumpulan data komprehensif bagi membantu negara dalam menyusun keperluan dan merencana masa hadapan rakyat Malaysia yang lebih baik Ketua ...
Banci 2020 Lebih 30 Peratus Penduduk Dijangka Guna E Census

Banci 2020 Lebih 30 Peratus Penduduk Dijangka Guna E Census

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 803 hits
PUTRAJAYA 7 JULAI Lebih 30 peratus penduduk Malaysia dijangka mengisi borang soal selidik secara dalam talian bagi Banci Penduduk dan Perumahan 2020 kata Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin Pada Banci 2020 kali ini ki...
Apa Itu E Census Banci Penduduk Dan Perumahan 2020

Apa Itu E Census Banci Penduduk Dan Perumahan 2020

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 1397 hits
Disebabkan penularan wabak COVID 19 Fasa 1 Banci Penduduk Dan Perumahan 2020 Jabatan Perangkaan Malaysia akan dijalankan menggunakan mod pembancian e Census di mana cara pembancian ini tidak memerlukan proses bancian secara bersemuka dan ha...
Laporan Bon Mata Wang Malaysia Meningkat Kepada Rm1 5 Trilion Pada Suku Pertama 2020

Laporan Bon Mata Wang Malaysia Meningkat Kepada Rm1 5 Trilion Pada Suku Pertama 2020

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 311 hits
KUALA LUMPUR Pasaran bon mata wang tempatan Malaysia berkembang 2 9 suku ke suku pada suku pertama 2020 kepada RM1 5 trilion apabila kedua dua bon kerajaan dan korporat meningkat di tengah tengah penularan pandemik Covid 19 kata Bank Pemban...
Suku Ketiga Penentu Prestasi Ekonomi Malaysia Bagi 2020

Suku Ketiga Penentu Prestasi Ekonomi Malaysia Bagi 2020

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 305 hits
Suku ketiga penentu prestasi ekonomi Malaysia bagi 2020 S P Global Prestasi ekonomi Malaysia pada suku ketiga akan menjadi penentu bagi mengukur sejauh mana pencapaian ekonomi negara bagi 2020 demikian menurut S P Global Ratings Ahli Ekonom...
Skmm Kompaun Syarikat Telekomunikasi Malaysia Sebanyak Rm4 6 Juta Kerana Tidak Patuh Piawaian Kualiti Perkhidmatan

Skmm Kompaun Syarikat Telekomunikasi Malaysia Sebanyak Rm4 6 Juta Kerana Tidak Patuh Piawaian Kualiti Perkhidmatan

papar berkaitan - pada 4/7/2020 - jumlah : 405 hits
Setiap suku tahun pihak SKMM dilihat seperti memantau kepatuhan piawahan perkhidmatan telekomunikasi dan mengeluarkan kompaun terhadap syarikat telekomunikasi sekiranya gagal patuh piawaian kualiti perkhidmatan Terbaru setakat suku kedua 20...
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2020 Dianjurkan Secara Atas Talian Bermula 25 Jun

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2020 Dianjurkan Secara Atas Talian Bermula 25 Jun

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 336 hits
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2020 sebelum ini sepatutnya telah dijadualkan untuk diadakan antara 27 Mac sehingga 5 April lepas Namun disebabkan oleh penularan wabak Covid 19 ia telah ditangguhkan Kini dengan Perintah Kawalan Pergera...
Konfederasi Hoki Malaysia Terima Tajaan Rm1 5 Juta Daripada Puma

Konfederasi Hoki Malaysia Terima Tajaan Rm1 5 Juta Daripada Puma

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 244 hits
KUALA LUMPUR 10 JULAI Konfederasi Hoki Malaysia menerima suntikan tajaan daripada pengeluar kasut dan pakaian sukan terkemuka Puma bernilai RM1 5 juta untuk tempoh tiga tahun mulai tahun depan Presiden MHC Datuk Seri Subahan Kamal berkata j...
6049 Kunjungan Hormat Ppim Ke Pejabat Ketua Pengarah Jabatan Standards Malaysia Ppim 24 06 2020

6049 Kunjungan Hormat Ppim Ke Pejabat Ketua Pengarah Jabatan Standards Malaysia Ppim 24 06 2020

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 414 hits
Kunjungan hormat PPIM ke pejabat Ketua Pengarah Jabatan Standards Malaysia Tuan Shaharul Sadri Alwi yang diwakili oleh Penolong Setiausaha PPIM En Zulkefli Mohamad Seterusnya menghadiri mesyuarat Sistem Pengurusan dari Perspektif Islam TCI ...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Malayia S Forex Trading Landscape Opportunities And Challenges

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Gsk Raya Open House Dan Minggu Imunisasi Sedunia

The Dab 1a A Limited Edition Electric Production Motorcycle From France

Tukar Kanta Mata Untuk Melihat Seni Politik Anwar

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

Ukraine Approaching Total Collapse

Police Probe Chaos Incident Outside Mosque In Penang

Budaya Pot Luck Jimat Kos Makanan Lebih Banyak Pilihan

Vivo Malaysia Memperkenalkan Inisiatif Eksklusif Untuk Pengguna Celcomdigi Di Malaysia

Meet Studio Your New Favorite Way To Develop Wordpress Locally