Laporan Bon Mata Wang Malaysia Meningkat Kepada Rm1 5 Trilion Pada Suku Pertama 2020




KUALA LUMPUR: Pasaran bon mata wang tempatan Malaysia berkembang 2.9% suku ke suku pada suku pertama 2020 kepada RM1.5 trilion apabila kedua-dua bon kerajaan dan korporat meningkat di tengah-tengah penularan pandemik Covid-19, kata Bank Pembangunan Asia (ADB).
ADB dalam keluaran terbaru laporan Asia Bond Monitor yang dikeluarkan hari ini berkata, jumlah sukuk tertunggak, atau bon Islam meningkat 3.1% suku ke suku kepada RM966.7 bilion pada akhir Mac 2020.
“Bon kerajaan membentuk 52.6% daripada keseluruhan bon mata wang tempatan Malaysia dengan nilai mencecah AS$186 bilion (AS$1=RM4.27).
“Ini merupakan peningkatan 3.9% daripada suku sebelumnya dan 4.9% lebih besar berbanding tempoh yang sama pada 2019,” kata bank itu.
ADB berkata, bon korporat menyumbang 47.4% daripada jumlah bon, bernilai AS$167.6 bilion pada suku pertama 2020.
Sementara itu ia berkata, pandemik Covid-19 menjejaskan pasaran bon mata wang tempatan di negara sedang pesat membangun Asia Timur, terdiri dari China, Hong Kong, Indonesia, Korea Selatan, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam, apabila sentimen pelaburan di seluruh dunia dan di rantau ini merosot dan langkah sekatan mengehadkan aktiviti ekonomi.
“Sebaran kredit meluas bagi hampir semua pasaran di rantau ini apabila para pelabur mengambil pendekatan mengelak risiko, dengan bahagian pegangan asing dalam kebanyakan pasaran bon mata wang tempatan negara sedang pesat membangun Asia Timur juga susut,” kata bank itu.
Jumlah bon mata wang tempatan di negara sedang pesat membangun Asia Timur berjumlah AS$16.3 trilion pada akhir Mac, naik 4.2% daripada Disember 2019 dan 14% lebih tinggi pada Mac 2019.
“Terbitan bon di rantau ini mencecah AS$1.7 trilion pada suku pertama 2020, naik 19.7% daripada suku keempat 2019,” kata bank itu.
ADB berkata, bon mata wang tempatan negara sedang pesat membangun Asia Timur sebagai sebahagian daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat kepada 87.8% pada akhir Mac, 2020.
“Bon kerajaan naik kepada AS$9.9 trilion pada akhir Mac, manakala bon korporat mencecah AS$6.4 trilion,” kata ADB.
China kekal sebagai pasaran bon terbesar di Asia Timur berjumlah AS$12.5 trilion menyumbang 76.6% kepada jumlah bon pada akhir suku pertama 2020.
ADB berkata, risiko kepada prospek global masih cenderung rendah, terutamanya disebabkan oleh ketidakpastian yang disebabkan oleh pandemik itu, termasuk prospek aktiviti ekonomi minimum bagi tempoh yang lebih panjang dan gelombang seterusnya penularan Covid-19.
Faktor risiko lain, termasuklah ketegangan perdagangan antara China dan Amerika Syarikat serta kemeruapan kewangan yang disebabkan aliran keluar modal dari pasaran sedang pesat membangun.
Ketua ahli ekonominya Yasuyuki Sawada berkata, kerajaan dan bank pusat di rantau ini mengambil langkah penting untuk mengurangkan impak Covid-19 menerusi pakej rangsangan fiskal dan kelonggaran dasar monetari.
“Bagaimanapun banyak lagi yang perlu dilakukan bagi mengukuhkan ekonomi dan pasaran kewangan rantau ini,” katanya.
 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/06/laporan-bon-mata-wang-malaysia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pasangan Mata Wang Gbp Usd 22 Jun 2020 Laporan Cot Pound Tidak Berminat Dengan Peserta Pasaran Utama Pedagang Dalam

Pasangan Mata Wang Gbp Usd 22 Jun 2020 Laporan Cot Pound Tidak Berminat Dengan Peserta Pasaran Utama Pedagang Dalam

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 366 hits
Pasangan mata wang GBP USD carta masa 1H Salam sejahtera para pedagang Berdasarkan carta masa setiap jam pasangan mata wang GBP USD pada hari Jumaat meneruskan proses penurunan ke dalam wilayah arah aliran menurun yang mencirikan mood pedag...
Diari Pedagang Pada 18 Jun 2020 Tinjauan Perdagangan Pasangan Mata Wang Eur Usd Dan Ruble Rusia

Diari Pedagang Pada 18 Jun 2020 Tinjauan Perdagangan Pasangan Mata Wang Eur Usd Dan Ruble Rusia

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 407 hits
Ruble Rusia semakin mengukuh Dolar AS dan euro berkemungkinan besar akan meningkat berbanding Rubel dalam masa terdekat iaitu selepas undian di seluruh negara yang akan diadakan pada 1 Julai Sehingga saat itu Bank Pusat Rusia akan menahan m...
Pelan Perdagangan Pasangan Mata Wang Eur Usd Pada 16 Jun 2020 Kenyataan Fed Terkini Telah Menyokong Pasaran Kemas Kini

Pelan Perdagangan Pasangan Mata Wang Eur Usd Pada 16 Jun 2020 Kenyataan Fed Terkini Telah Menyokong Pasaran Kemas Kini

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 424 hits
Ekonomi global sudah muncul dari krisis tetapi wabak itu masih belum dapat dihentikan Menurut data rakyat di Amerika Syarikat kecuali New York City yang telah terselamat dari wabak masih berisiko tinggi kerana tingginya kadar jangkitan di n...
Pergerakan Harga Bagi Pasangan Mata Wang Gbp Usd Pada 15 Jun 2020

Pergerakan Harga Bagi Pasangan Mata Wang Gbp Usd Pada 15 Jun 2020

papar berkaitan - pada 15/6/2020 - jumlah : 312 hits
Merujuk kepada carta 4 jam kita dapat melihat bahawa pasangan mata wang GBP USD ini berkemungkinan akan meningkat sebelum ia meneruskan pergerakan penurunan semula Setelah pasangan mata wang ini menyentuh garis bawah pitchfork condong menur...
Pelan Perdagangan Pasangan Mata Wang Eur Usd Pada 2 Julai 2020 Kemas Kini Mengenai Wabak Coronavirus Di Seluruh Dunia

Pelan Perdagangan Pasangan Mata Wang Eur Usd Pada 2 Julai 2020 Kemas Kini Mengenai Wabak Coronavirus Di Seluruh Dunia

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 381 hits
Data terbaru menunjukkan bahawa Amerika Syarikat terus menyaksikan peningkatan terbesar dalam kes jangkitan coronavirus kepada lebih dari 50 ribu kes sehari Ini jelas menunjukkan bahawa gelombang kedua wabak itu sedang berlaku di negara ini...
Pasangan Mata Wang Gbp Usd Bertarikh 15 Jun Laporan Cot Pemain Utama Meningkatkan Nilai Pound Tanpa Membelinya Sudah

Pasangan Mata Wang Gbp Usd Bertarikh 15 Jun Laporan Cot Pemain Utama Meningkatkan Nilai Pound Tanpa Membelinya Sudah

papar berkaitan - pada 15/6/2020 - jumlah : 310 hits
Pasangan mata wang GBP USD carta masa 1H Salam sejahtera para pedagang Menurut carta masa setiap jam pasangan mata wang pound dolar meneruskan proses kejatuhan setelah ditutup untuk kali kedua di bawah kawasan aliran menaik Saya telah membi...
Analisis Dan Ramalan Untuk Pasangan Mata Wang Gbp Usd Pada 19 Jun 2020

Analisis Dan Ramalan Untuk Pasangan Mata Wang Gbp Usd Pada 19 Jun 2020

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 353 hits
Selamat sejahtera rakan dagangan yang dikasihi Walaupun hasil mesyuarat Bank of England semalam bertepatan dengan ramalan pakar mata wang Britain merosot dengan ketara berbanding dolar AS Izinkan saya mengingatkan anda bahawa Bank of Englan...
Pasangan Mata Wang Cad Jpy Berpotensi Untuk Mencapai 79 32 Analisis Pada 25 Jun 2020

Pasangan Mata Wang Cad Jpy Berpotensi Untuk Mencapai 79 32 Analisis Pada 25 Jun 2020

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 289 hits
Pasangan Pasangan mata wang CAD JPY kini bergerak dalam julat penyatuan Sekiranya kita melihat pada carta 4 jam kita dapat melihat bahawa kawasan Daily Liquidity Void di atas Consolidation Range akan bertindak sebagai kawasan magnet Selain ...
Tdm Catat Pertumbuhan 3 Peratus Suku Pertama 2020

Tdm Catat Pertumbuhan 3 Peratus Suku Pertama 2020

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 312 hits
KUALA TERENGGANU 30 Jun TDM Berhad mencatatkan pertumbuhan pendapatan sebanyak tiga peratus bagi suku pertama 2020 yang berakhir pada 31 Mac 2020 Pengerusi TDM Raja Dato Idris Raja Kamarudin berkata pertumbuhan itu disumbangkan oleh kedua d...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur

Datuk Mastermind Behind New Pakistani Cartel At Klia

Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Raikan Kemeriahan Hari Raya Dengan Himpunan Unik Trio Carlo Rino

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Mawat Ulat Bulu Chord

Lukanegara Bertahta Diatas Tanah Mereka Chord

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Legacy Modernized The All New Bell Bullitt Gt Retro Full Face Helmet

Tauhu Bunga Untuk Sarapan Pagi

Lebai Risau Arak Dari Dadah Dadah Tak Haram Kah