Suku Ketiga Penentu Prestasi Ekonomi Malaysia Bagi 2020


Suku ketiga penentu prestasi ekonomi Malaysia bagi 2020 – S&P Global
Prestasi ekonomi Malaysia pada suku ketiga akan menjadi penentu bagi mengukur sejauh mana pencapaian ekonomi negara bagi 2020, demikian menurut S&P Global Ratings.
Ahli Ekonominya bagi Asia Pasifik Vishrut Rana berkata meskipun ekonomi tempatan dijangkakan pulih, namun haluan ke arahnya adalah kekal mencabar berikutan peningkatan kadar pengangguran.
“Kami menjangkakan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia menguncup sebanyak 2.0 peratus pada 2020 — satu angka yang tinggi berbanding jangkaan ramai. Namun, kami melihat kemajuan dari segi usaha membendung COVID-19 di Malaysia serta perkembangan membabitkan langkah sekatan pergerakan.
“Ini bermakna Malaysia berada di kedudukan baik untuk mencatat pemulihan serta normalisasi aktiviti (ekonomi) pada suku ketiga,” katanya pada sesi webinar bertajuk “Malaysia – Fiscal And Debt Risks Reflect Impact of COVID-19” di sini, hari ini.
Bagi tempoh-tempoh 2021, 2022 dan 2023, S&P Global menjangkakan KDNK Malaysia meningkat masing-masing 7.5 peratus, 6.1 peratus dan 4.7 peratus.
Laporan baru-baru ini menyatakan pertumbuhan ekonomi negara ini menyederhana secara ketara kepada 0.7 peratus pada suku pertama 2020 berbanding 3.6 peratus pada suku keempat 2019.
Mengulas selanjutnya, Vishrut menyifatkan suku ketiga 2020 juga penting bagi membolehkan agensi penarafan menentukan prestasi Malaysia pada tahun ini — sama ada berlakunya normalisasi dalam kegiatan ekonomi dan perbelanjaan isi rumah, kes jangkitan baharu COVID-19 berkurangan serta perkembangan ekonomi.
Menyentuh risiko pemulihan bagi tahun ini dan 2021, beliau berkata ini berkait rapat dengan dua faktor yang perlu dipantau — COVID-19 dan pasaran tenaga kerja tempatan.
“Pandemik itu baik di peringkat domestik dan global dijangka dapat dibendung pada pertengahan 2021 apabila terdapat bantuan perubatan berkaitan. Ini akan mengelaknya daripada menjadi satu isu besar seperti sekarang.
“Faktor kedua membabitkan sepantas mana pasaran tenaga kerja ini dapat pulih. Jika kadar pengangguran terus ketara, ini berkemungkinan besar menyebabkan pendapatan isi rumah susut, sekali gus mengurangkan perbelanjaan dan menjejaskan pertumbuhan ekonomi,” jelasnya.
Sementara itu, penganalisis yang juga Rakan Sekutu Penarafan Institusi Kewangan Asia Pasifik syarikat itu, Nancy Duan berkata walaupun tinjauan S&P Global yang menyemak semula tinjauan ke atas lima bank Malaysia kepada negatif berbanding stabil semalam, bank-bank tempatan yang berdepan COVID-19 dan cabaran berkaitan adalah lebih kukuh berbanding bank serantau lainnya.
Malah, katanya, tindakan penarafan ke atas bank-bank terbabit adalah berdasarkan tinjauan prospek penarafan kredit kerajaan ke atas Malaysia dan tidak menjangkakan institusi kewangan itu mampu menghadapi tekanan berkaitan dengan penurunan negara.
“Berbanding bank serantau, kami percaya bank-bank Malaysia menghadapi cabaran berkaitan COVID-19 dari sudut pendirian lebih kukuh berdasarkan sejarah nisbah pinjaman tidak berbayar (NPL) yang rendah serta nisbah modal tinggi setakat akhir tahun lepas,” katanya.
Bagaimana pun, beliau berkata peningkatan mendadak kadar pengangguran pada April yang juga tertinggi dalam tempoh sedekad, memberi risiko kepada bank-bank Malaysia kerana memberi dedahan besar terhadap sektor isi rumah sekitar 58 peratus.
Menurutnya, agensi penarafan itu mengunjurkana kadar pengangguran itu mencecah 4.9 peratus tahun ini dan 4.7 peratus pada 2021.
— BERNAMA
The post Suku ketiga penentu prestasi ekonomi Malaysia bagi 2020 appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/07/02/suku-ketiga-penentu-prestasi-ekonomi-malaysia-bagi-2020/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=suku-ketiga-penentu-prestasi-ekonomi-malaysia-bagi-2020

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
6065 Ini Formula Mudah Untuk Meningkatkan Ekonomi Malaysia Koppim Tv Ppim 30 06 2020

6065 Ini Formula Mudah Untuk Meningkatkan Ekonomi Malaysia Koppim Tv Ppim 30 06 2020

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 319 hits
Masih butakah kita Lihat betapa susahnya usahawan kita terpaksa bersaing dengan produk luar negara dan bukan muslim didalam negara sendiri KoPPIM telah pun membuka platform buat usahawan muslim memasarkan produk dan peluang pemilikan pernia...
6063 Ini Realiti Ekonomi Malaysia Koppim Tv Ppim 30 06 2020

6063 Ini Realiti Ekonomi Malaysia Koppim Tv Ppim 30 06 2020

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 375 hits
Lihat apa yang kita boleh pelajari dari ekonomi negara luar cuba analisa stratergi dan teknik perniagaan yang mereka gunakan bagi membantu sesama mereka kemudian bandingkan pula dengan ekonomi negara kita Dimanakah kekuatan kita sebagai mus...
Laporan Bon Mata Wang Malaysia Meningkat Kepada Rm1 5 Trilion Pada Suku Pertama 2020

Laporan Bon Mata Wang Malaysia Meningkat Kepada Rm1 5 Trilion Pada Suku Pertama 2020

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 347 hits
KUALA LUMPUR Pasaran bon mata wang tempatan Malaysia berkembang 2 9 suku ke suku pada suku pertama 2020 kepada RM1 5 trilion apabila kedua dua bon kerajaan dan korporat meningkat di tengah tengah penularan pandemik Covid 19 kata Bank Pemban...
Bursa Malaysia Dijangka Ikuti Prestasi Bursa Serantau

Bursa Malaysia Dijangka Ikuti Prestasi Bursa Serantau

papar berkaitan - pada 4/7/2020 - jumlah : 258 hits
KUALA LUMPUR 4 JULAI Bursa Malaysia dijangka mencatatkan prestasi dagangan sejajar dengan bursa serantau minggu depan memandangkan pasaran mungkin meneruskan kenaikan kukuh didorong laporan positif mengenai perkembangan vaksin Covid 19 yang...
6074 Penerbit Filem Yusof Haslam Ketua Ppim Dilantik Ke Panel Rundingan Sprm Free Malaysia Today 30 06 2020

6074 Penerbit Filem Yusof Haslam Ketua Ppim Dilantik Ke Panel Rundingan Sprm Free Malaysia Today 30 06 2020

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 426 hits
PETALING JAYA Tujuh individu dilantik sebagai penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia manakala 12 lagi menganggotai Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah serta 5 yang lain menyertai Panel Penilaian Operasi agensi anti rasuah itu ...
6064 Ayuh Bangkit Membina Kembali Ekosistem Islam Malaysia Tv Ppim 30 06 2020

6064 Ayuh Bangkit Membina Kembali Ekosistem Islam Malaysia Tv Ppim 30 06 2020

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 348 hits
Pelaburan Jihad Ekonomi Tidak penatkah kita dipandang Hina Lemah Realitinya masih ramai orang kita yang susah dan hidup didalam kemiskinan Islam itu kuat tapi ekonomi umat islam di Malaysia amat menyedihkan Projek awal telah kami mulakan Ka...
Banci 2020 Bantu Susun Masa Depan Malaysia

Banci 2020 Bantu Susun Masa Depan Malaysia

papar berkaitan - pada 5/7/2020 - jumlah : 460 hits
PUTRAJAYA 4 JULAI Bancian Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 yang bermula Selasa ini adalah satu pengumpulan data komprehensif bagi membantu negara dalam menyusun keperluan dan merencana masa hadapan rakyat Malaysia yang lebih baik Ketua ...
Adb Jangka Ekonomi Malaysia Susut 4 Tahun Ini

Adb Jangka Ekonomi Malaysia Susut 4 Tahun Ini

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 272 hits
KUALA LUMPUR Ekonomi Malaysia dijangka susut sebanyak 4 0 pada tahun ini sebelum pulih untuk berkembang sebanyak 6 5 pada 2021 menurut Bank Pembangunan Asia Dalam laporan Tambahan Prospek Pembangunan Asia yang dikeluarkan hari ini ADB berka...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator