Banci 2020 Bantu Susun Masa Depan Malaysia


PUTRAJAYA, 4 JULAI: Bancian Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci 2020), yang bermula Selasa ini, adalah satu pengumpulan data komprehensif bagi membantu negara dalam menyusun keperluan dan merencana masa hadapan rakyat Malaysia yang lebih baik.
Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata menerusi data bancian yang dilaksanakan setiap 10 tahun sejak 1963 itu, kerajaan dapat merangka keutamaan dan strategi yang memberi manfaat kepada penduduk Malaysia keseluruhannya.
“Dengan adanya data yang baik, masa depan negara dapat ditentukan, disusun dari segi apa yang patut dilakukan dan dapatan banci ini akhirnya akan dikembalikan kepada orang ramai dalam bentuk keputusan, perancangan dan dasar yang amat teliti.
“Kita kena ingat, misalnya, bila kita keluarkan bajet tahunan contohnya tahun ini RM280 juta, dan dengan bajet sebanyak itu, data bancian ini yang membantu bagaimana ia dibelanjakan, di sektor mana yang perlu dilebihkan, keutamaan harus kepada apa contohnya pendidikan dan ekonomi,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam temu bual di pejabatnya di Jabatan Perangkaan Malaysia di sini sempena Hari Banci Malaysia yang akan dilancarkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Selasa ini, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Mohd Uzir berkata menerusi bancian di sembilan juta kediaman, data diperoleh dapat membantu negara menyediakan kemudahan dan perkhidmatan digunakan secara bersama seperti jalan raya, utiliti dan perkhidmatan keselamatan seperti bomba dan polis.
Data maklumat itu juga dapat membantu menyediakan perancangan jangka panjang peluang pekerjaan dan pendapatan rakyat bagi memastikan tidak ada penduduk yang tertinggal dalam arus pembangunan dan teknologi termasuk di luar bandar.
“Malaysia sebagai negara yang sedang membangun, kita mempunyai banyak dasar yang sedang dilihat contohnya melibatkan warga emas, pertanian, IR 4.0 dan ekonomi gig, jadi data bancian yang mempamerkan denyut nadi kehidupan rakyat membantu kita memastikan agihan pendapatan itu dapat dinikmati oleh semua,” katanya.
Justeru, beliau berharap penduduk Malaysia tanpa mengira kaum dan status pendapatan, dapat memberi maklumat bancian dengan tepat dan ikhlas bagi memastikan generasi akan datang dapat memperoleh manfaat yang lebih tuntas dan tersusun, sekali gus memberi faedah kepada mereka.
“Saya selalu bangkitkan apa yang kita ada dan nikmati sekarang mungkin sebab kita dah laksanakan bancian dengan baik seawal tahun 70-an secara menyeluruh dan saya yakin pada tahun 70-an semua orang beri kerjasama dalam pelaksanaan banci menyebabkan kita tahu apa yang patut dilakukan oleh kerajaan.
“Data yang baik itu juga membolehkan kita membina banyak sekolah. Kalau dulu universiti susah nak masuk sebab tidak banyak jadi sekarang dah banyak… maka kita kena ingat sumbangan yang terdahulu menyebabkan kita ada sekarang, jadi kini kita pula bertanggungjawab untuk generasi akan datang,” katanya.
Pelaksanaan Banci 2020 yang melibatkan 32.7 juta penduduk Malaysia akan dilaksanakan dalam dua fasa bermula 7 Julai hingga 30 September secara dalam talian (e-Census) manakala fasa kedua akan bermula pada 7 hingga 24 Oktober dengan kaedah temu ramah bersemuka.
Mengenai persiapan Banci 2020, Mohd Uzir berkata ia dimulakan sejak 2017 dengan melaksanakan penyenaraian dan mengemas kini kawasan perumahan di Malaysia termasuk kawasan perumahan baharu.
Kos pengendalian Banci 2020 dianggarkan RM413 juta yang digunakan bagi tujuan projek pembangunan, pembelian sistem dan operasi termasuk pembayaran kepada pembanci dan penyelia terlibat.
Seramai 115,685 anggota akan terlibat dalam pengendalian Banci 2020 termasuk 99,356 pembanci, 14,595 penyelia dan 1,385 pegawai banci yang terdiiri daripada Pesuruhjaya, Timbalan Pesuruhjaya, Penolong Pesuruhjaya dan Penguasa Daerah.
Laporan Banci 2020 dijangka dikeluarkan seawal suku pertama tahun depan dengan pemakluman awal mengenai ciri-ciri demografik penduduk Malaysia.
– BERNAMA

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohsemput.blogspot.com/2020/07/banci-2020-bantu-susun-masa-depan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Banci 2020 32 6 Juta Penduduk Malaysia Dibanci Bermula Selasa Ini

Banci 2020 32 6 Juta Penduduk Malaysia Dibanci Bermula Selasa Ini

papar berkaitan - pada 4/7/2020 - jumlah : 352 hits
Bernama Pembancian dijalankan ke atas semua orang di tempat tinggal biasa mereka pada hari bancian termasuk bukan warganegara yang telah atau akan tinggal selama enam bulan atau lebih di Malaysia dalam tahun ini Gambar hiasan KUALA LUMPUR P...
Laporan Bon Mata Wang Malaysia Meningkat Kepada Rm1 5 Trilion Pada Suku Pertama 2020

Laporan Bon Mata Wang Malaysia Meningkat Kepada Rm1 5 Trilion Pada Suku Pertama 2020

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 346 hits
KUALA LUMPUR Pasaran bon mata wang tempatan Malaysia berkembang 2 9 suku ke suku pada suku pertama 2020 kepada RM1 5 trilion apabila kedua dua bon kerajaan dan korporat meningkat di tengah tengah penularan pandemik Covid 19 kata Bank Pemban...
Ketahui 5 Tahap Kewangan Peribadi Untuk Masa Depan Yang Lebih Baik

Ketahui 5 Tahap Kewangan Peribadi Untuk Masa Depan Yang Lebih Baik

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 383 hits
Ketahui Tahap Kewangan Peribadi Untuk Masa Depan Yang Lebih Baik Assalamualaikum wbt hi korang Lamanya CH tak update tentang kewangan Mesti ada yang tertanya tanya kenapa CH suka update tentang duit kewangan dan cara pengurusan kewangan yan...
6074 Penerbit Filem Yusof Haslam Ketua Ppim Dilantik Ke Panel Rundingan Sprm Free Malaysia Today 30 06 2020

6074 Penerbit Filem Yusof Haslam Ketua Ppim Dilantik Ke Panel Rundingan Sprm Free Malaysia Today 30 06 2020

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 426 hits
PETALING JAYA Tujuh individu dilantik sebagai penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia manakala 12 lagi menganggotai Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah serta 5 yang lain menyertai Panel Penilaian Operasi agensi anti rasuah itu ...
Malaysia Catat 2 649 Kes Berkaitan Penyakit Zoonosis Januari Jun 2020

Malaysia Catat 2 649 Kes Berkaitan Penyakit Zoonosis Januari Jun 2020

papar berkaitan - pada 6/7/2020 - jumlah : 308 hits
KUALA LUMPUR 6 Julai Bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini Malaysia mencatatkan sebanyak 2 649 kes berkaitan penyakit zoonosis iaitu penyakit berjangkit yang berlaku antara haiwan dan manusia kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor H...
Cabar Kepedasan Anda Di Subway Malaysia Dengan Sandwich Tambahpedas Untuk Masa Terhad

Cabar Kepedasan Anda Di Subway Malaysia Dengan Sandwich Tambahpedas Untuk Masa Terhad

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 568 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan rakan sekalian Subway Malaysia semakin menjadi jadi bulan ini apabila melancarkan produk terbaharu Subs Hot Spicy edisi terhad tambahpedas yang memberikan ...
Minat Kulinari Jom Sertai Sg Academy Cerahkan Masa Depan Di Sini

Minat Kulinari Jom Sertai Sg Academy Cerahkan Masa Depan Di Sini

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 420 hits
SG Academy ni satu lagi peluang belajar yang baik buat adik adik yang minat kulinari Akademi ini ialah pusat bertauliah kemahiran swasta yang menjalankan pelbagai program kemahiran selaras dengan permintaan industri terkini Ditubuhkan pada ...
Suku Ketiga Penentu Prestasi Ekonomi Malaysia Bagi 2020

Suku Ketiga Penentu Prestasi Ekonomi Malaysia Bagi 2020

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 343 hits
Suku ketiga penentu prestasi ekonomi Malaysia bagi 2020 S P Global Prestasi ekonomi Malaysia pada suku ketiga akan menjadi penentu bagi mengukur sejauh mana pencapaian ekonomi negara bagi 2020 demikian menurut S P Global Ratings Ahli Ekonom...
6065 Ini Formula Mudah Untuk Meningkatkan Ekonomi Malaysia Koppim Tv Ppim 30 06 2020

6065 Ini Formula Mudah Untuk Meningkatkan Ekonomi Malaysia Koppim Tv Ppim 30 06 2020

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 318 hits
Masih butakah kita Lihat betapa susahnya usahawan kita terpaksa bersaing dengan produk luar negara dan bukan muslim didalam negara sendiri KoPPIM telah pun membuka platform buat usahawan muslim memasarkan produk dan peluang pemilikan pernia...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya