Azmin Sanggah Pakar Ekonomi Kata Darurat Tak Jejas Keyakinan Pelabur



Walaupun banyak pakar ekonomi berpendapat pelaksanaan darurat akan menjejaskan keyakinan pelabur terhadap Malaysia, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mohamed Azmin Ali, yakin keadaan sebaliknya akan berlaku.
Beliau berkata pelaksanaan darurat terhad sebelum ini seperti di Parlimen Gerik, Perak dan DUN Bugaya, Sabah terbukti tidak menjejaskan keyakinan pelabur untuk melabur di Malaysia.
Justeru, perisytiharan darurat di seluruh negara Selasa lalu, akan memberikan keyakinan kepada pelabur asing, kata Azmin.
Beliau mendakwa pelabur asing melihat langkah itu sebagai kesungguhan kerajaan untuk menangani penularan pandemik Covid-19.
“Pelabur semakin yakin bahawa Malaysia berjaya menangani penularan Covid-19 secara bertanggungjawab dan kita akan meneruskan usaha ini,” Azmin dipetik berkata oleh Bernama.
“Apabila kita dapat melandaikan keluk Covid-19, ekonomi negara akan pulih dengan lebih cepat. Jika panjang lagi masanya, lagi besar (usaha untuk memulihkan ekonomi). Itu sebabnya kita memerlukan situasi di mana ordinan (darurat) telah diperkenankan oleh Tuanku (Yang di-Pertuan Agong) bertujuan untuk menangani COVID-19,” katanya.
Beliau mengulas dakwaan penganalisis mengenai kemungkinan keyakinan pelabur asing boleh terjejas berikutan pelaksanaan darurat.
Antara mereka, Felo Akademi Sains Malaysia, Madeline Berma, yang berkata walaupun beberapa pelabur akan cuba memanfaatkan kestabilan yang dibawa oleh darurat, masih ada banyak kesan negatif yang dapat menyahkan sebarang manfaat daripadanya.
“Darurat itu sendiri akan mengurangkan keinginan melabur syarikat-syarikat multinasional (MNC). Dicampur pula dengan faktor-faktor lain seperti kelemahan PKS dan pelabur swasta domestik lain, dan persaingan menarik pelaburan asing daripada negara-negara serantau, kita akan lihat trend penurunan jumlah dan kualiti pelaburan ke Malaysia.
“Sebilangan pelabur asing memandang proklamasi itu sebagai langkah tidak demokratik, dan itu akan dapat menganggu pasaran dan membawa kepada kos menjalankan perniagaan yang lebih tinggi,” kata Madeline. FMT

The post Azmin sanggah pakar ekonomi, kata darurat tak jejas keyakinan pelabur appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/01/17/azmin-sanggah-pakar-ekonomi-kata-darurat-tak-jejas-keyakinan-pelabur/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=azmin-sanggah-pakar-ekonomi-kata-darurat-tak-jejas

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelabur Akan Nampak Darurat Hanya Kestabilan Sementara Kata Pakar

Pelabur Akan Nampak Darurat Hanya Kestabilan Sementara Kata Pakar

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 265 hits
Pengisytiharan darurat memberikan tanda tanda kestabilan politik dan sedikit kelegaan dalam pasaran tetapi para ahli ekonomi percaya para pelabur akan nampak sebalik retorik pemerintah dan sedar keadaan itu bukan semula jadi dan sementara S...
Darurat Kendurkan Ketegangan Politik Fokus Covid 19 Kata Pakar Perlembagaan

Darurat Kendurkan Ketegangan Politik Fokus Covid 19 Kata Pakar Perlembagaan

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 297 hits
Pengisytiharan Proklamasi Darurat pada waktu COVID 19 semakin mengganas dan politiking yang tidak berkesudahan adalah tepat pada masanya bagi menjamin keselamatan dan kelangsungan hidup rakyat demikian menurut pakar perlembagaan Mereka berp...
Pelabur Yakin Malaysia Berjaya Kawal Covid 19 Kata Azmin

Pelabur Yakin Malaysia Berjaya Kawal Covid 19 Kata Azmin

papar berkaitan - pada 18/1/2021 - jumlah : 336 hits
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata proklamasi darurat bertujuan untuk menangani isu pandemik secara lebih berkesan Foto BernamaKOTA TINGGI 17 Jan Pelaksanaan darurat yang pernah dilaksanakan sebelum ini seperti di Parlimen Gerik Perak dan...
Unjuran Pertumbuhan Kdnk Semakin Tidak Realistik Kata Ahli Ekonomi

Unjuran Pertumbuhan Kdnk Semakin Tidak Realistik Kata Ahli Ekonomi

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 376 hits
PETALING JAYA Seorang ahli ekonomi mengkritik keputusan Putrajaya mengekalkan sasaran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar antara 6 5 dan 7 5 bagi 2021 dengan berkata unjuran itu lebih tidak realistik kini berbanding semasa Belanjawan 20...
Pakar Kesihatan Bingung Kerajaan Guna Ordinan Darurat Dapatkan Kerjasama Hospital Swasta

Pakar Kesihatan Bingung Kerajaan Guna Ordinan Darurat Dapatkan Kerjasama Hospital Swasta

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 319 hits
Pakar berkata pemegang taruh penjagaan kesihatan swasta terutama hospital berusaha mendapatkan kerangka kerjasama awam swasta sejak awal 2020 PETALING JAYA Keputusan kerajaan untuk menggunakan ordinan darurat bagi memanfaatkan aset kesihata...
Proklamasi Darurat Bantu Pemulihan Ekonomi Tengku Zafrul

Proklamasi Darurat Bantu Pemulihan Ekonomi Tengku Zafrul

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 238 hits
PUTRAJAYA Dakwaan yang mengatakan proklamasi darurat menakutkan golongan pelabur adalah tidak tepat sebaliknya ia mampu membantu pemulihan ekonomi negara kata Menteri Kewangan Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz Beliau berkata Malay...
Pilihan Raya Boleh Diadakan Ketika Darurat Kata Aziz Bari

Pilihan Raya Boleh Diadakan Ketika Darurat Kata Aziz Bari

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 370 hits
IPOH Proklamasi darurat tidak boleh dijadikan alasan untuk menangguhkan pilihan raya kerana beberapa siri pilihan raya di negara ini pernah dilaksanakan ketika darurat Pakar Perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari berkata jika diimbau Pilihan Raya ...
Pn Perlu Terima Hakikat Darurat Akan Sebabkan Pelabur Asing Lari

Pn Perlu Terima Hakikat Darurat Akan Sebabkan Pelabur Asing Lari

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 328 hits
PERISYTIHARAN darurat tidak akan menarik minat pelabur asing malah penggantungan Parlimen sehingga Ogos akan terus menjejaskan keyakinan mereka kata Lim Guan Eng Bekas menteri kewangan itu menyelar kerajaan Perikatan Nasional yang menafikan...
Siapa Kata Dalam Darurat Boleh Ada Sidang Parlimen

Siapa Kata Dalam Darurat Boleh Ada Sidang Parlimen

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 318 hits
Hanipa Maidin Maaf jebon yang tak pakar nak jawab hujah pakar perlembagaan Saya membaca in toto ulasan pakar perlembagaan ini mengenai darurat seperti yang dilapor media Bila saya baca saya dapati ulasan atau lebih tepat hujah beliau menyok...
Survey Budget 2026 Seen As Positive But Gaps Still Need To Be Addressed

Cabinet To Decide On Issues Of Student Safety Tomorrow Pm

Ramanan Vs Prabakaran Mitra In Leadership Crisis

Apakah Itu Carcosa

The Usual Suspects Our Favorite Motorcycles For Customizing

Kuskop Sokong Peluasan Jenama Borneo Ke Seluruh Negara

Mh370 Antara Fakta Dan Jiwa Yang Masih Mencari Jawapan

Why Combining Retirement Income Planning With Tax And Estate Strategies Creates True Peace Of Mind


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tips Langsai Hutang Dengan Emas

Paper Bowl Packaging F B Custom Kunci Pelanggan Ingat Jenama Anda Setiap Kali Makan

Kacang Goreng Salut Tepung

25 Tahun Perjalanan Seni Inteam Nur Kasih Bakal Berlangsung Di Axiata Arena

Saya Masih Sayangkan Keluarga Saya Isteri Nubhan Dedah Diceraikan Kali Pertama Ketika Hamil Anak Sulung

Migrasi Android Dari Api 28 Ke Api 35 Menghadapi Dependency Yang Saling Menggantung