Pakar Kesihatan Bingung Kerajaan Guna Ordinan Darurat Dapatkan Kerjasama Hospital Swasta


Pakar berkata, pemegang taruh penjagaan kesihatan swasta, terutama hospital, berusaha mendapatkan kerangka kerjasama awam-swasta sejak awal 2020. (Gambar Freepik) PETALING JAYA: Keputusan kerajaan untuk menggunakan ordinan darurat bagi memanfaatkan aset kesihatan swasta dalam memerangi wabak Covid-19 membingungkan kumpulan perubatan.
Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Galen untuk Dasar Kesihatan dan Sosial Azrul Mohd Khalib berkata, berdasarkan ucapan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pada Selasa, perisytiharan darurat turut membabitkan penggunaan sumber sektor swasta.
Beliau berkata, ini mungkin bermakna beberapa hospital swasta dan fasiliti perubatan diminta untuk meningkatkan kapasiti sektor kesihatan awam untuk rawatan intensif, katil dan kakitangan khusus.
Katanya, sektor itu sentiasa bersedia membantu memerangi pandemik tersebut dan kerajaan tidak perlu menggunakan peraturan darurat.
Azrul Mohd Khalib. Namun beliau memberitahu FMT bahawa pemegang taruh penjagaan kesihatan swasta, terutama hospital, telah berusaha mendapatkan kerangka kerja awam-swasta dalam bentuk kerjasama dan dana membabitkan pesakit Covid-19 dan bukan Covid-19 sejak awal 2020 lagi.
“Namun kemajuan dalam isu ini agat terbatas. Keputusan terbaru merupakan sesuatu yang mengejutkan kerana kerajaan nampaknya mahu menggunakan undang-undang darurat untuk mendapatkan sesuatu yang ditawarkan secara sukarela,” katanya.
Bekas timbalan menteri kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata, adalah “tidak masuk akal” untuk mengisytiharkan darurat hanya kerana mahu melibatkan sektor swasta dalam perang melawan Covid-19.
Beliau memberitahu FMT, perdana menteri hanya perlu bertemu dengan pemilik hospital dan fasiliti swasta untuk membincangkan bagaimana mereka boleh membantu.

Bekas menteri kesihatan Dr Lee Boon Chye. “Secara mudahnya 70% hospital swasta dimiliki syarikat berkaitan kerajaan (GLC),” tambahnya.
Muhyiddin mengadakan pertemuan dengan pegawai Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) di Putrajaya selepas beliau memberi ucapan menyusuli pengisytiharan darurat di seluruh negara, dan ketika itu berkata, kerajaan menimbangkan untuk menggunakan aset penjagaan kesihatan swasta dalam memerangi Covid-19.
APHM menolak khabar angin bahawa sektor itu dimilik negara dengan berkata, Muhyiddin mahu hospital swasta membantu berdasarkan kemampuan mereka dari segi prasarana, tenaga kerja dan sumber lain.
Sementara itu Azrul berkata, kuasa darurat tidak bermakna apa-apa sehingga orang ramai menerima hakikat bahawa mereka memainkan peranan penting dalam mencegah virus itu daripada merebak.
Katanya, kunci untuk mengurangkan jangkitan adalah dengan mematuhi SOP, sambil menekankan bahawa rakyat perlu menjaga diri mereka sendiri dan individu di sekeliling mereka, hatta di luar pengawasan pihak berkuasa.
“Kita perlu bertanggungjawab dan tidak hanya melakukannya kerana takutkan hukuman atau denda.”
The post Pakar kesihatan bingung kerajaan guna ordinan darurat dapatkan kerjasama hospital swasta appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/01/14/pakar-kesihatan-bingung-kerajaan-guna-ordinan-darurat-dapatkan-kerjasama-hospital-swasta/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=pakar-kesihatan-bingung-keraja

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dah Jadi Doktor Pun Bingung Lagi Kenapa Kerajaan Guna Ordinan Darurat

Dah Jadi Doktor Pun Bingung Lagi Kenapa Kerajaan Guna Ordinan Darurat

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 364 hits
Benda simple tapi buat buat bingung Tindakan kerajaan untuk mempercepatkan dan tiada dolak dalih daripada pihak swasta Sebab tu kerajaan darurat supaya semua fasiliti dalam negara dapat diguna secara cepat dan tiada kompromi Ke korang nak d...
Kerajaan Darurat Tiada Kepimpinan Pasti Anwar

Kerajaan Darurat Tiada Kepimpinan Pasti Anwar

papar berkaitan - pada 18/1/2021 - jumlah : 373 hits
Rakyat sedang menderita Perkara yang paling menyayat hati adalah untuk mendengar kenyataan kerajaan bahawa mereka tidak mampu berbuat apa apa mengenainya Inilah yang cuba disampaikan oleh kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin baru baru...
Kerajaan Pimpinan Muhyiddin Berada Dalam Kegilaan Anwar Sedia Cabar Proklamasi Darurat

Kerajaan Pimpinan Muhyiddin Berada Dalam Kegilaan Anwar Sedia Cabar Proklamasi Darurat

papar berkaitan - pada 17/1/2021 - jumlah : 346 hits
KUALA LUMPUR Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mencabar proklamasi darurat yang dilaksanakan oleh kerajaan di mahkamah Kenyataan itu menyusul selepas tiga hari Ahli Parlimen Port Dickson itu mencadangkan semua ahli Parlimen me...
Kerajaan Boleh Disaman Jika Langgar Hak Asasi Ketika Darurat Kata Bekas Hakim

Kerajaan Boleh Disaman Jika Langgar Hak Asasi Ketika Darurat Kata Bekas Hakim

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 370 hits
Bekas hakim Gopal Sri Ram berkata kerajaan boleh mengemukakan saman atau disaman bagi tindakan ketika darurat PETALING JAYA Tindakan undang undang boleh diambil terhadap kerajaan ketika darurat jika hak asasi seseorang dilanggar termasuk un...
Kerajaan Darurat Boleh Abaikan Janji Janji Kerajaan Pn

Kerajaan Darurat Boleh Abaikan Janji Janji Kerajaan Pn

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 323 hits
Darurat yang digambarkan oleh kerajaan Perikatan Nasional sebelum ini sebagai usaha biasa untuk mengekang merebaknya wabak Covid 19 sebenarnya tidak dijelaskan dengan jujur kesan besarnya kepada pemerintahan negara Menurut Ahli Parlimen Pas...
Kerajaan Tidak Perlu Kotakan Janji Peruntukan Jika Darurat

Kerajaan Tidak Perlu Kotakan Janji Peruntukan Jika Darurat

papar berkaitan - pada 18/1/2021 - jumlah : 290 hits
Perisytiharan darurat yang dilakukan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sejak 11 Januari lalu terus dikritik pelbagai pihak Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Terengganu Azan Ismail berkata darurat tiada kena mengena denga...
Kerajaan Pn Jadi Tidak Cekap Sepanjang Darurat

Kerajaan Pn Jadi Tidak Cekap Sepanjang Darurat

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 326 hits
Kerajaan Perikatan Nasional yang telah pun sedia dipertikaikan sejak ditubuhkan pada Mac 2020 berkemungkinan akan semakin tidak cekap dan lembab sepanjang tempoh darurat Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Terengganu Azan Isma...
Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Happy Deepavali 2025

Peace No Excuse To Neglect Nation S Defence Says Pm

I Ve Already Told Cabinet Members Not To Appeal Says Ewon

Majlis Khatam Hafazan Perdana


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Throwback 2024 Join Competition Sempena Deepavali Celebration Kat Tempat Kerja

Lima Grill Cafe Taiping

What You Need To Know About Intellectual Property In Malaysia

Tha Palace Hotel Kota Kinabalu Sabah

Ideas Mongolian Beef Ramen Recipe Easy

5 Jenis Minuman Sihat Untuk Buang Angin Cergaskan Badan