Lawan Petanque Makan Ayam Gepuk Bang Ujang Minum Penang Ais Tingkap
Assalamualaikum WBT
BARU minggu lepas berlatih MAIN PETANQUE, hari ini dah kena bertanding. Setiap pasukan (merah, biru, kuning dan hijau) perlu membentuk tiga kumpulan pemain secara triple sama ada, dua lelaki seorang wanita atau dua wanita dan seorang lelaki. Pada mulanya Sk fikir, markah dikumpulkan mengikut pasukan, rupa-rupanya markah tu untuk kumpulan-kumpulan yang telah dibentuk dalam pasukan tu. Jadinya, kami yang terror-terror ni (ahaks) kena bertanding sehingga ke titisan nafas yang terakhir, hahaha. Jadinya, tempat pertama, kedua dan ketiga jatuh kepada semua kumpulan dari pasukan merah. Hahhhh.. ambillah bumi ni wahai rumah merah, hahahah.

Tak sempat nak kira 1 2 3, member dah snap pic. Sabo aje laaa.

Bolehlah main petanque ni sebab tak perlu nak lari-lari, hihihi. Maklumlah, kita dah remaja purba

Terlanjur dah ada kat luar, rasa tak mahu makan makanan kantin jadi lepas selesai pertandingan, Sk terus menghala ke Restoran Ayam Gepuk Bang Ujang yang terletak di Kampung Melayu, tak jauh pun dari office

Pesanan makanan dan minuman dibuat di kaunter dan terus bayar. Minuman ambil sendiri di kaunter manakala makanan dihantar ke meja oleh staf

PI tak minat makan lauk kering-kering macam ni. Kalau ayam penyet atau nasi ayam, ada sup, bolehlah juga buat basah-basahkan nasi. Geng makan-makan office dah tak aktif sejak AJK tertingginya berhenti dan balik kampung di Segamat, huhu

Set Sk ambil ni RM17 termasuk minuman pilihan, sirap ais atau teh o ais

Sedap tu sedap tapi ayamnya tu keras, agaknya api masa menggoreng terlalu besar. Set Sk ambil ni ada pedal, tu langsung laaa.. keras melantun, hahaha. Sambal dia okey la, boleh refill dan dia tak lokek ya masa tambah sambal tu. Nasi banyak, memang tak adalah nak menambah

Balik dari makan ayam gepuk, ehhhh.. menonong pulak ke Penang Ais Tingkap yang membuka cawangan di B5 Street Market baru-baru ni. Ni gara-gara PI la yang hantar gambar dia tapau ais tingkap ni. Sk pun tak nak kalah laaa

Selain pelbagai jenis minuman seperti di gerai asal di Chow Rasta, Penang, di sini ada mee goreng jugak tau

Hurmmm.. okeylah kan. Pagi dah bersukan, bolehlah minum manis, hihi. Padahal, setakat main petanque tu mana datang la nak membakar kalorinya, hahahaha. Lepas ni katanya nak buat acara lari berganti-ganti pulak. Boleh keeee??
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sariyusa.blogspot.com/2025/12/lawan-petanque-makan-ayam-gepuk-bang.html