Darurat Kendurkan Ketegangan Politik Fokus Covid 19 Kata Pakar Perlembagaan



Pengisytiharan Proklamasi Darurat pada waktu COVID-19 semakin mengganas dan ‘politiking’ yang tidak berkesudahan adalah tepat pada masanya bagi menjamin keselamatan dan kelangsungan hidup rakyat, demikian menurut pakar perlembagaan.
Mereka berpendapat dengan Proklamasi Darurat yang diisytihar pada Selasa, 100 peratus fokus kini dapat dihalakan kepada usaha memerangi penularan COVID-19 agar ia tidak menjadi lebih parah sekali gus memulihkan negara daripada kesan pandemik itu.
Pakar perlembagaan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Dr Muhammad Fathi Yusof berkata Proklamasi Darurat merupakan langkah yang sangat baik, kerana ia juga dapat mengendur dan ‘merehatkan’ ketegangan politik sekali gus memberi peluang kepada usaha-usaha memerangi COVID-19.
“Pertamanya, pengisytiharan darurat ini adalah satu langkah yang amat tepat bagi memastikan usaha membendung wabak COVID-19 dapat dilaksanakan dengan cepat, tegas dan menyeluruh, tanpa terikat dengan sekatan-sekatan di sudut pentadbiran atau birokrasi.
“Secara tidak langsung, ia juga dapat memastikan tidak berlakunya Pilihan Raya Umum dalam tempoh ini…saya percaya ia bagi memastikan seluruh pemimpin politik dan juga rakyat memberi tumpuan kepada masalah sebenar negara iaitu COVID-19, masalah ekonomi dan masalah kesempitan hidup, bukannya kepada kemelut politik di dalam negara,” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata memandangkan darurat boleh bertindak sebagai mekanisme untuk mengelak berlakunya sebarang bentuk pilihan raya, ia adalah amat relevan memandangkan akan berlakunya aktiviti kempen dan pergerakan pengundi yang boleh meningkatkan risiko jangkitan COVID-19 sekiranya pilihan raya diadakan.

 “Mungkin ada pihak-pihak tertentu yang inginkan pilihan raya dijalankan segera atau ingin mengambil alih kerajaan dalam waktu COVID-19 sedang memuncak…saya percaya langkah pengisytiharan darurat ini sekali gus memberikan ketenteraman politik sekurang-kurangnya sehingga 1 Ogos depan,” katanya.
Bagaimanapun, beliau berpendapat bagi mengekalkan konsep semak dan imbang, adalah tidak salah sekiranya persidangan Parlimen tetap diteruskan sepanjang darurat bagi memberikan ruang kepada Ahli Parlimen untuk mengemukakan pandangan rakyat bawahan.
“Jika diadakan sidang Parlimen, saya percaya tidak akan timbul cadangan untuk usul tidak percaya atau seumpamanya kerana masing-masing memahami fokus yang perlu diberikan iaitu bagi menyelesaikan masalah yang lebih besar ini.
“Walaupun demikian, kerajaan tetap mempunyai hak sama ada untuk menangguhkan sidang Parlimen atau mengubah kaedah persidangan dengan cara persidangan dalam talian, menggunakan ordinan-ordinan tertentu atau Ordinan Darurat sekiranya terdapat risiko jangkitan COVID-19 akibat persidangan berkenaan,” katanya.
Muhammad Fathi juga menyifatkan penubuhan Jawatankuasa Khas Bebas sebagai langkah yang sangat baik bagi memastikan darurat benar-benar bertujuan untuk menangani wabak dan bukannya untuk tujuan politik.
Kewujudan wakil pembangkang dalam jawatankuasa itu menunjukkan keseriusan kerajaan memastikan ia tidak menjejaskan proses demokrasi.
Dalam pada itu, pakar undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata meskipun enam negeri sudah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun darurat tetap diisytiharkan memandangkan ia dapat menangani situasi pandemik yang berada pada tahap kritikal, dengan lebih pantas.
“Darurat memberi kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong dan Eksekutif untuk membuat undang-undang dengan segera serta mengambil tindakan drastik untuk mengatasi ancaman sekarang.
“Undang-undang yang lebih ketat daripada PKP boleh dibuat melalui Ordinan Darurat, misalnya ordinan boleh dibuat untuk menaikkan kompaun kepada mereka yang ingkar arahan daripada RM1,000 kepada jumlah yang lebih besar, malah perintah penahanan sementara juga boleh dibuat,” katanya.
Nik Ahmad Kamal yang juga Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam, Majlis Profesor Negara berkata dalam keadaan jangkitan yang nampak sukar dikawal, ditambah tekanan yang dialami oleh hospital dan ‘frontliners’ di perkhidmatan kesihatan, pengisytiharan darurat adalah cara yang paling berkesan.
“Darurat boleh diisytihar dalam keadaan keselamatan atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam terancam dan dalam konteks COVID-19, semua elemen untuk pengisytiharan darurat itu wujud…jangkitan COVID-19 bertambah setiap hari, hospital tertekan dengan jumlah pesakit yang bertambah, rakyat bimbang untuk bebas dengan aktiviti mereka, ekonomi terjejas kerana perniagaan terpaksa dikawal dan sebagainya,” katanya.
Sementara itu, penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Profesor Dr Shamrahayu Abdul Aziz berkata pengisytiharan darurat itu juga sebagai langkah pencegahan segera bagi mengatasi peningkatan kes harian COVID-19 di negara ini.
“Apa yang membezakannya sebagai contoh pengisytiharan darurat di Batu Sapi, Sarawak sebelum ini iaitu untuk menangguhkan Pilihan Raya Kecil dan darurat yang diumumkan hari ini lebih kepada memutuskan penyebaran COVID-19,” katanya ketika dihubungi menerusi program Malaysia Petang Ini yang disiarkan secara langsung menerusi Bernama TV pada Selasa.
Shamrahayu berkata Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, mempunyai hak untuk memperkenankan selama mana tempoh darurat itu dilaksanakan.
Terdahulu, Al-Sultan Abdullah memberi perkenan Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sehingga 1 Ogos sebagai langkah proaktif membendung wabak COVID-19 di Malaysia.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan Istana Negara memaklumkan Seri Paduka memberi perkenan tempoh pelaksanaan darurat itu atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif COVID-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.
– Bernama
The post Darurat kendurkan ketegangan politik, fokus Covid-19, kata pakar perlembagaan appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/01/13/darurat-kendurkan-ketegangan-politik-fokus-covid-19-kata-pakar-perlembagaan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perintah Darurat Muhyiddin Kerana Politik Bukan Tangani Covid 19 Kata Najib

Perintah Darurat Muhyiddin Kerana Politik Bukan Tangani Covid 19 Kata Najib

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 393 hits
SITI NUR ZAWANI MISCONDatuk Seri Najib Razak mendakwa perintah darurat yang akan dicadangkan Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada Yang di Pertuan Agong petang ini merupakan keputusan berasaskan politik dan bukannya untuk menangani wabak Covid 19...
Azmin Sanggah Pakar Ekonomi Kata Darurat Tak Jejas Keyakinan Pelabur

Azmin Sanggah Pakar Ekonomi Kata Darurat Tak Jejas Keyakinan Pelabur

papar berkaitan - pada 18/1/2021 - jumlah : 236 hits
Walaupun banyak pakar ekonomi berpendapat pelaksanaan darurat akan menjejaskan keyakinan pelabur terhadap Malaysia Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mohamed Azmin Ali yakin keadaan sebaliknya akan berlaku Beliau berkata pelaksan...
Tak Perlu Darurat Kerajaan Ada Kuasa Kawal Covid 19 Kata Tun M

Tak Perlu Darurat Kerajaan Ada Kuasa Kawal Covid 19 Kata Tun M

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 312 hits
PUTRAJAYA Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat kerajaan mempunyai kuasa yang cukup untuk menangani penularan COVID 19 tanpa perlu mengisytiharkan darurat Bekas Perdana Menteri berkata ia berikutan rakyat di negara ini patuh kepada arahan ker...
Pelabur Akan Nampak Darurat Hanya Kestabilan Sementara Kata Pakar

Pelabur Akan Nampak Darurat Hanya Kestabilan Sementara Kata Pakar

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 207 hits
Pengisytiharan darurat memberikan tanda tanda kestabilan politik dan sedikit kelegaan dalam pasaran tetapi para ahli ekonomi percaya para pelabur akan nampak sebalik retorik pemerintah dan sedar keadaan itu bukan semula jadi dan sementara S...
Adakah Darurat Politik Muhyiddin Boleh Di Cabar Di Mahkamah

Adakah Darurat Politik Muhyiddin Boleh Di Cabar Di Mahkamah

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 431 hits
12 Januari 2021 setelah mendapat perkenan dari SPB YDP Agung ke XVI Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta in Billah Perdana Menteri Malaysia Muhyiddin Yassin mengumumkan pengisy...
Umno Mahu Kerajaan Fokus Tangani Covid 19 Bantu Rakyat

Umno Mahu Kerajaan Fokus Tangani Covid 19 Bantu Rakyat

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 241 hits
KUALA LUMPUR 28 Jamadilawal 1442H Selasa UMNO akur dengan titah perkenan Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah yang mengisytiharkan darurat dalam memerangi wabak COVID 19 serta mahu kerajaan memfokuska...
Darurat Demi Mudahkan Kerajaan Urus Covid 19

Darurat Demi Mudahkan Kerajaan Urus Covid 19

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 343 hits
Oleh MAISARAH SHEIKH RAHIM ISMAIL SABRI YAAKOBPUTRAJAYA Pelaksanaan darurat yang dikuatkuasakan sehingga 1 Ogos ini meletakkan keutamaan untuk mempermudahkan segala tindakan kerajaan menguruskan pandemik Covid 19 yang semakin meningkat di n...
Rentas Negeri Punca Kes Covid 19 Di Terengganu Meningkat Kata Exco

Rentas Negeri Punca Kes Covid 19 Di Terengganu Meningkat Kata Exco

papar berkaitan - pada 10/1/2021 - jumlah : 279 hits
Perjalanan rentas negeri menjadi penyumbang peningkatan kes Covid 19 di Terengganu Foto oleh Sayuti ZainudinKUALA TERENGGANU 10 Jan Perjalanan rentas negeri menjadi penyumbang peningkatan kes Covid 19 di Terengganu menurut Pengerusi Jawatan...
Darurat Muhyiddin Gagal Merehatkan Politik

Darurat Muhyiddin Gagal Merehatkan Politik

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 380 hits
Malah AKAN diheret ke mahkamah atas keabsahan status PM nya bukan mempertikai darurat perkenan Tuanku Perjalanan politik AKAN lebih meletihkan Pengumuman PKP SEBENARnya sudah cukup untuk merehatkan politik dan umno atau Mana Saja parti AKAN...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Joker123th 100

Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias