Unjuran Pertumbuhan Kdnk Semakin Tidak Realistik Kata Ahli Ekonomi


PETALING JAYA: Seorang ahli ekonomi mengkritik keputusan Putrajaya mengekalkan sasaran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) antara 6.5% dan 7.5% bagi 2021, dengan berkata, unjuran itu lebih tidak realistik kini berbanding semasa Belanjawan 2021 dibentangkan.
CEO Pusat Pendidikan Pasaran, Carmelo Ferlito berkata, Putrajaya “mesti bersikap realistik” sekarang sewaktu negara berada di bawah satu lagi perintah kawalan pergerakan (PKP).
Katanya, beliau menganggap unjuran itu sedia tidak realistik ketika Belanjawan dibentangkan dan kini lebih percaya bahawa ia tidak konsisten dengan hala tuju negara ini.
“Unjuran sedemikian hanya boleh diterima jika kita mengandaikan krisis Covid-19 akan tamat esok, keyakinan perniagaan dan pengguna pulih dalam satu malam dengan sempadan dibuka dan aktiviti yang terjejas semasa perintah sekatan tiba-tiba muncul semula,” katanya.
Carmelo Ferlito. “Walaupun tanpa PKP 2.0, saya fikir kita perlu jangkakan unjuran punca ganda terbalik, yang bakal menyaksikan pemulihan fisiologi susulan pelonggaran beberapa peraturan sekatan akan diikuti oleh pertumbuhan lebih mendatar, jika pun bukan pertumbuhan negatif.”
Katanya, bagi menghindari unjuran keluk KDNK yang mendatar, kerajaan perlu mengelakkan penutupan menyeluruh, menggubal strategi ekonomi yang jelas dan memastikan iklim politik stabil.
Beliau berkata, strategi “sekatan bertingkat-tingkat” yang digunakan di Malaysia akan menghakis keyakinan komuniti perniagaan dan menghalang syarikat daripada membuat pelaburan baharu.
Katanya, keengganan itu boleh dilihat pada pelabur asing dan domestik.
Beliau memberitahu, 16 syarikat dari China, Taiwan, Jepun, Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini berpindah ke Indonesia.
Terdahulu, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz berkata, Putrajaya mengekalkan sasaran pertumbuhan KDNK 6.5% hingga 7.5% bagi tahun ini walaupun darurat diisytiharkan dan PKP kedua dilaksanakan.
“Masih awal lagi dan kita masih di suku pertama tahun ini,” katanya.
“Jadi kita kekalkan (buat masa sekarang), tetapi unjuran kita berisiko memandangkan (apa yang berlaku) semasa PKP 2.0.”
Tengku Zafrul juga berkata, Putrajaya menjangka negara akan kerugian RM700 juta setiap hari kerana PKP.
Yeah Kim Leng. Yeah Kim Leng, profesor ekonomi di Universiti Sunway berkata, kerugian harian sebanyak RM700 juta itu akan meningkatkan risiko tidak tercapainya unjuran.
PKP selama lapan minggu akan menyebabkan kurangan lebih 2% daripada KDNK, katanya kepada FMT.
“Pandangan menteri kewangan bahawa terlalu awal untuk menyemak semula paras pertumbuhan KDNK bagi 2021 adalah wajar dan boleh dijustifikasikan memandangkan kita hanya berada beberapa minggu dalam tahun baharu,” katanya.
“Julat unjuran rasmi akan diteliti lebih rapi dan disesuaikan jika perlu apabila bank pusat mengeluarkan laporan tahunan dan prospek ekonominya untuk tahun ini pada akhir Mac.”
The post Unjuran pertumbuhan KDNK semakin tidak realistik, kata ahli ekonomi appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/01/23/unjuran-pertumbuhan-kdnk-semakin-tidak-realistik-kata-ahli-ekonomi/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=unjuran-pertumbuhan-kdnk-semakin-tidak-realistik-kat

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Negara Bakal Berdepan Kemelesetan Susulan Pkp Kata Ahli Ekonomi

Negara Bakal Berdepan Kemelesetan Susulan Pkp Kata Ahli Ekonomi

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 300 hits
Pakar ekonomi Yeah Kim Leng berkata perintah kawalan pergerakan dijangka melemahkan perbelanjaan pengguna PETALING JAYA Negara dijangka mengalami kemelesetan ekonomi hingga suku tahun kedua kesan daripada perintah kawalan pergerakan kata se...
Apa Dah Jadi Miti Kata Lockdown Ekonomi Pengarah Kesihatan Kata Tak Perlu

Apa Dah Jadi Miti Kata Lockdown Ekonomi Pengarah Kesihatan Kata Tak Perlu

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 283 hits
Kerajaan Perikatan Nasional perlu menyelesaikan pertentangan kenyataan di antara Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang membayangkan ekonomi akan ditutup selepas 4 Februari sekiranya kes Covid 19 terus tinggi dan kenyataan P...
Bila Ahli Ekonomi Bercakap Mengenai Perpaduan

Bila Ahli Ekonomi Bercakap Mengenai Perpaduan

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 336 hits
BEKAS orang kuat CIMB kata dalam webinar semalam mencadangkan pembentukan kontrak sosial baru untuk memastikan masa depan lebih baik dari segi ekonomi politik dan sosial Mengambil contoh abangnya bekas Perdana Menteri yang cuba menghapuskan...
Azmin Sanggah Pakar Ekonomi Kata Darurat Tak Jejas Keyakinan Pelabur

Azmin Sanggah Pakar Ekonomi Kata Darurat Tak Jejas Keyakinan Pelabur

papar berkaitan - pada 18/1/2021 - jumlah : 270 hits
Walaupun banyak pakar ekonomi berpendapat pelaksanaan darurat akan menjejaskan keyakinan pelabur terhadap Malaysia Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mohamed Azmin Ali yakin keadaan sebaliknya akan berlaku Beliau berkata pelaksan...
Jejambat Retak Undang Perkara Buruk Kata Ahli Parlimen Sabah

Jejambat Retak Undang Perkara Buruk Kata Ahli Parlimen Sabah

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 276 hits
Gambar keretakan pada jejambat Hilltop Luyang yang tular di media sosial KOTA KINABALU Kebimbangan pengguna yang menuntut siasatan segera dilakukan terhadap keretakan di jejambat Hilltop Luyang di sini turut didengar Ahli Parlimen DAP Ahli ...
Periksa Cctv Semua Balai Polis Kata Ahli Parlimen Dap

Periksa Cctv Semua Balai Polis Kata Ahli Parlimen Dap

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 305 hits
Kasthuri Patto menekankan penting bagi sistem pengawasan di semua balai polis diperiksa PETALING JAYA Ahli Parlimen DAP Kasthuri Patto meminta audit dilakukan terhadap fungsi kamera litar tertutup di balai polis seluruh negara berikutan lap...
Isu Vaksin Pfizer Dan Moderna Dan Keadaan Ekonomi Eropah Yang Semakin Buruk

Isu Vaksin Pfizer Dan Moderna Dan Keadaan Ekonomi Eropah Yang Semakin Buruk

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 342 hits
Berdasarkan kepada laporan media mengenai pelbagai kesan sampingan dan komplikasi selepas pengenalan vaksin COVID 19 yang dikembangkan bersama oleh syarikat farmasi Pfizer dan BioNTech seseorang tidak dapat tidak bertanya tanya betapa selam...
Desak Zahid Undur Menurut Biar Berakal Menentang Biar Beradab Kata Tok Mat Kepada Ahli Umno

Desak Zahid Undur Menurut Biar Berakal Menentang Biar Beradab Kata Tok Mat Kepada Ahli Umno

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 301 hits
Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan menegur ahli dan pimpinan parti yang menurutnya membawa budaya tidak sihat dalam parti susulan tindakan segelintir mereka yang mendesak secara terbuka supaya Ahmad Zahid Hamidi berundur sebagai presiden ...
Kerajaan Perlu Semak Semula Pertumbuhan Kdnk 7 5 Tahun 2021

Kerajaan Perlu Semak Semula Pertumbuhan Kdnk 7 5 Tahun 2021

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 397 hits
Kerajaan darurat Perdana Menteri Muhyiddin Yassin diminta untuk mengkaji semula sasaran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar bagi tahun 2021 Bendahari Agung KEADILAN Lee Chean Chung berkata sasaran pertumbuhan 7 5 sebagaimana yang dinyat...
Akmal To Anwar We Are Not Obsessed With Najib Just Want Fair Treatment

Perkara Yang Jangan Di Lakukan Ketika Bercuti Di China

Rumor Transfer Persib Bandung 10 Nama Pemain Top Masuk Dalam Radar

Malaysia Committed To Petrol Subsidy Cuts In Second Half Of 2025 Says Mof

Lorry Driver Charged With Causing Death Of Nine Fru Personnel

Pertandingan Video Ulasan Buku Bahasa Melayu 2025

Weekend Jobs Singapore Flexible Work For Your Free Days

Hifu Treatment A Non Surgical Solution For Skin Lifting And Tightening


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resepi Murtabak Mini Homemade Ringkas Rasa Power Anak Pun Suka

Tambah Pokok Money Plant Untuk Bunga Indoor

Janji Dengan Cikgu

May 17 2025

Pemerhati Bola Sepak Tak Guna Kekal Di Liga Super Jika Sri Pahang Terus Hanyut Dengan Masalah Kewangan

Buku Teks Sains Tingkatan 2 Kssm Bahasa Melayu English