Anwar Tidak Kemaruk Nak Jadi Pm


ANWAR Ibrahim berkata beliau tidak kemaruk hendak jadi perdana menteri, seperti dituduh oleh beberapa pihak, sementara peralihan kuasa daripada Dr Mahathir Mohamad kepadanya bukan satu perkara yang perlu dimasalahkan.


Presiden PKR itu berkata kedudukan beliau sebagai pengganti Dr Mahathir adalah ketetapan yang dibuat dan dipersetujui oleh Pakatan Harapan sebelum pilihan raya umum yang lalu lagi.







“Soal perdana menteri sekarang seperti yang (dipersetujui) perjanjian, diserahkan kepada Anwar. Ini menjadi masalah kepada banyak orang. Tapi saya nak ulas… ia tidak menjadi masalah kepada saya.

“Pada saya yang penting Pakatan Harapan perlu tetap pada landasannya. Jaga demokrasi, jaga kepentingan rakyat, banteras rasuah dan tolak penyalahguaan kuasa,” katanya ketika berucap merasmikan bangunan baharu Ibu Pejabat PKR di Bayan Baru, Pulau Pinang, hari ini.

“Saya tak anggap ini suatu yang obses. Kerana kalau ditakdirkan kita jalan, kita jalan kerana yang penting adalah agenda rakyat,” tambahnya.

Anwar juga sekali lagi mengulangi akan terus memberi sokongan kepada kepimpinan Dr Mahathir, yang sedang berusaha membaiki keadaan negara selepas PH mengambil alih Putrajaya daripada Barisan Nasional setahun yang lalu.

“Ini idealisme kita pertahankan dan ruang diberikan sepenuhnya kepada Tun Dr Mahathir untuk mengemudi bahtera PH dan Malaysia dalam keadaan yang sukar,” tambahnya.

Anwar juga menafikan ada perpecahan dalam PH terkait isu siapa pengganti Dr Mahathir.

“Saya hadir dalam semua mesyuarat PH. Saya berjumpa dengan Tun Mahathir setiap minggu, dan saya tidak lihat ada percanggahan (atau) pertembungan seperti mana yang ditafsirkan orang luar.

“Parti-parti (dalam) PH tidak berganjak daripada apa yang disepakati dan janji. Tidak ada perebutan untuk sama ada memperlambat atau mempercepat (peralihan kuasa), ” ujarnya lagi.

Semasa PRU14, Dr Mahathir jadi calon perdana menteri bagi PH kerana Anwar ketika itu masih menjalani hukuman penjara.

Sejak mendapat pengampunan diraja lebih kurang seminggu selepas PH menang pilihan raya umum 9 Mei, Anwar dan Dr Mahathir berkali-kali ditanya tentang pelan peralihan jawatan perdana menteri.
Dr Mahathir berulang kali menyatakan pendirian akan melepaskan jawatan apabila masanya tiba dan menyerahkan jawatan itu kepada Anwar, seperti mana perjanjian sebelum PRU14 lalu.

Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan Saifuddin Abdullah juga dua kali sebelum ini membuat penjelasan tiada tempoh masa rasmi bagi peralihan kuasa daripada Dr Mahathir kepada Anwar.

Masa itu sebaliknya akan ditentukan oleh mereka berdua, katanya.

Dr Mahathir baru-baru ini berkata beliau mahu menyelesaikan masalah Malaysia terutamanya hutang negara sebelum menyerahkan pentadbiran Putrajaya kepada Anwar.

Anwar pula ketika mengulas pelan peralihan kuasa itu baru-baru ini bertanya untuk apa hal itu dibangkitkan berulang kali kerana ia boleh mencetuskan suasana tegang dalam PHMedia Shah Alam Kini di Tukar Kepada www.suarabiru.com (https://mediashahalam.blogspot.com)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mediashahalam.blogspot.com/2019/07/anwar-tidak-kemaruk-nak-jadi-pm.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+SuaraBiru+%28SUARA+BIRU%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Keluarga Dilihat Kemaruk Kuasa Ppbm Selangor

Anwar Keluarga Dilihat Kemaruk Kuasa Ppbm Selangor

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 414 hits
Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keluarganya dilihat kemaruk kuasa apabila gesaan agar Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melepaskan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri ditolak tetapi pada masa sama tekanan dibuat ke atas Tun Dr Mahathir ...
Penulis Saya Nak Jual Hak Cipta Manuskrip Pada Anwar Bukan Ugut

Penulis Saya Nak Jual Hak Cipta Manuskrip Pada Anwar Bukan Ugut

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 350 hits
News Diterbitkan Hari ini 11 22 tengahariPenulis manuskrip Mengapa Anwar Tak Boleh Jadi PM menafikan cuba mengugut Presiden PKR itu untuk mendapat jumlah yang lebih tinggi daripada jumlah yang ditawarkan kepadanya untuk menerbitkan buku itu...
Betul Bukan Anwar Yang Kemaruk Tapi Pihak Yang Menolaknya Itulah Yang Kemaruk

Betul Bukan Anwar Yang Kemaruk Tapi Pihak Yang Menolaknya Itulah Yang Kemaruk

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 313 hits
Anwar Ibrahim semalam mengatakan beliau tidaklah begitu kemaruk hendak menjadi Perdana Menteri seperti yang dituduh oleh beberapa pihak terhadapnya Katanya perkara itu bukan suatu perkara yang perlu dimasalahkan kerana kedudukan beliau seba...
Tak Payah Nak Menyibuk Soal Umno Pas

Tak Payah Nak Menyibuk Soal Umno Pas

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 361 hits
BEBERAPA hari lalu tersebar kembali klip video ucapan seorang pemimpin Pakatan Harapan ketika kempen pilihan raya kecil Parlimen Cameron Highlands yang antara lain berkata Jangan sekali kali biar UMNO hidup balik di Cameron Highlands UMNO h...
Suap Anak Makan Tip Ozlynn Nak Naikkan Berat Badan Anak Selain Dapat Jimat Belanja

Suap Anak Makan Tip Ozlynn Nak Naikkan Berat Badan Anak Selain Dapat Jimat Belanja

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 1306 hits
Simple je masak tapi sebab bersuap bertambah tambah makan begitulah perkongsian dari pelakon Ozlynn yang memberikan tip untuk tambah berat badan anak Perkongsian tersebut dibuat melalui laman instagram rasminya yang dikongsi bersama suami J...
Banyak Kali Tegur Tak Nak Dengar Dia Buat Lagi

Banyak Kali Tegur Tak Nak Dengar Dia Buat Lagi

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 282 hits
Baru baru ini nama Kilafairy menjadi bualan ramai susulan tular fotonya berpakai motif kulit ular Mengulas mengenai perkara itu ibunya penyanyi Rohana Jalil The post appeared first on
Nak Ajar Isteri Berdikari Tak Ada Masalah Tapi Suami Jangan Sampai Lepas Tangan

Nak Ajar Isteri Berdikari Tak Ada Masalah Tapi Suami Jangan Sampai Lepas Tangan

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 560 hits
Tidak dinafikan wanita ialah insan yang dilahirkan serba boleh Kalau boleh memang mahu suami bersama mengharungi semuanya namun atas kekangan isteri faham ada beberapa keadaan yang perlu dilalui seorang diri Kekangan waktu bekerja suami mis...
Dalam Poket Ada Rm3 Je Si Ayah Sanggup Beratur Panjang Nak Beli Kuah Oden Untuk Anak Gadis Yang Degil

Dalam Poket Ada Rm3 Je Si Ayah Sanggup Beratur Panjang Nak Beli Kuah Oden Untuk Anak Gadis Yang Degil

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 396 hits
Selalu kita dengar Mak dan Ayah tanggung anak sampai mati Tapi sedarkah kita sebagai anak melihat pergorbanan mereka tatkala mereka sudah berada di separuh umur hidup mereka Sedihkan kalau ada sesetengah masyarakat yang tidak nampak jasa ke...
Dah Kenapa Nak Letak Foundation Dekat Ular Buat Hal Lagi Netizen Gesa Perhilitan Ambil Tindakan Terhadap Wanita Ini

Dah Kenapa Nak Letak Foundation Dekat Ular Buat Hal Lagi Netizen Gesa Perhilitan Ambil Tindakan Terhadap Wanita Ini

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 293 hits
Beberapa hari lalu satu peraduan secara langsung diadakan oleh sebuah produk kecantikan jenama tempatan dikecam oleh netizen gara gara jurucakap berkenaan tersilap mendedahkan not palsu RM100 Kesilapan itu telah menjadi tular di media sosia...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities