Sebagai pemimpin yang mesra media, Anwar memang perlu menjawab apa juga pertanyaan berkaitan peralihan kuasa itu.Kenapa pula media suka bertanya kepada Anwar?Media suka bertanya kerana pendirian Tun Mahathir tidak pernah konsisten dan selalu berubah-ubah berhubung penyerahan jawatan kepada Anwar itu.Mula-mula Tun Mahathir sendiri mengatakan beliau memerlukan tempoh dua tahun sebagai Perdana Menteri bagi memulihkan ekonomi, membetulkan semula keadaan dan memulihkan negara ini setelah berjaya PH berjaya menumbangkan BN.Kata-kata itu diucapkan sendiri oleh Tun Mahathir sebelum beliau mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri.Tetapi, tidak lama selepas menduduki kerusi empuk Perdana Menteri, nada Tun Mahathir mula berubah dengan mengatakan tempohnya sebagai Perdana Menteri, “mungkin dua tahun, mungkin lebih dan mungkin juga kurang”.Beberapa ketika kemudian pula, Tun Mahathir pernah berkata, “kalau Anwar beri izin dapatlah saya jadi Perdana Menteri selama dua tahun setengah.”Baru-baru ini, Tun Mahathir menyebut beliau memerlukan tempoh tiga tahun bagi menyelesailan pelbagai masalah dalam negara ini.Mengapakah Tun Mahathir selalu berubah-ubah cakap?Kenapa tidak konsisten dengan pendirian asal mahu memegang jawatan selama dua tahun saja?Bersama dengan berubah-ubah dan tidak konsistennya pendirian Tun Mahathir itu, muncul pula golongan “hantu raya” yang kerjanya saban hari meratib agar Anwar ditolak sebagai Perdana Menteri ke-8.Mereka bukan saja tidak segan-segan menamakan pemimpin lain sebagai Perdana Menteri ke-8, malahan sanggup meminta Tun Mahathir berkhidmat sehingga ke hujung penggal iaitu tahun 2023 akan datang.Sedarkah mereka berapa usia Tun Mahathir pada tahun 2023 nanti dan apakah keupayaannya ketika itu?Sehingga sekarang ini pun , meski diketahui umum bahawa sudah ada persetujuan dan ketetapan oleh parti-parti dalam PH berhubung kedudukan pengganti Perdana Menteri itu, masih tidak henti-henti munculnya suara-suara “hantu raya” yang mahu calon lain dipilih sebagai Perdana Menteri ke-8 dan bukannya Anwar.Sehingga yang tidak tahu hujung pangkal dan baru masuk Bersatu pun sanggup menjadi “hantu raya” dengan berkata, tiada perjanjian hitam putih untuk menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri.Jadi siapa yang kemaruk sebenarnya?Anwar yang sudah ada perjanjian, ketetapan dan dipersetujui sebagai Perdana Menteri seterusnya atau mereka yang tidak henti-henti mahu menolaknya itu sebetulnya yang jauh lebih kemaruk lagi? (Shahbudindotcom 01/07/2019)|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |