Anak Teruja Sekolah Dah Buka Tapi Ibu Yang Gugup
Anak Teruja Sekolah Dah Buka, Tapi Ibu Yang Gugup | Assalamualaikum dan hai semua! Finally sekolah dah buka!! Berakhirlah episode PDPR yang memeningkan para ibu ayah. Baru kita tahu betapa besar pengorbanan seorang guru kan
Alhamdulillah. Geng 4A dah mula kembali ke sekolah. Perkara pertama terlintas semasa pengumuman pembukaan sekolah sudah pastilah tentang risiko jangkitan covid
Tapi, kehidupan harus diteruskan. Pembelajaran di rumah selesa tapi rasanya keberkesanan tu sangatlah kurang. Ibu pun Google buat carian tentang silibus mereka. Hihi. Nak tau tak, mereka harus ke sekolah juga. Dan sudah pasti ibu membuat persiapan juga
Bukan apa, sekarang dah tak sama macam dulu, ada beberapa rutin baru mereka harus amalkan. Antaranya, menyediakan sanitizer dan juga tisu basah di dalam uncang comel untuk mereka simpan di dalam beg sekolah supaya tangan mereka sentiasa bersih
Selain itu, mereka juga dibiasakan dengan pemakaian mask. Apa yang paling merisaukan adalah apabila anak-anak demam, batuk dan selsema. Salah satu cara untuk menguatkan imun badan mereka adalah dengan memberi mereka makan supplement yang bagus. Mencegah lebih baik kan? Bagi Gee, tidak salah untuk kita melabur sedikit untuk kesihatan ahli keluarga
Amalkan Pemakanan Yang Sihat dan Suplemen Yang Bagus
Pemakanan yang sihat sangat membantu badan membina sistem imun yang kuat. Kanak-kanak mana yang tidak suka makan jajan bukan? Tapi, bagi Gee, kita boleh cuba tukar kepada ‘snacking’ yang sihat seperti pengambilan buah – buahan, kekacang dan juga bijirin
Ada pendapat yang mengatakan cukup sekadar mengamalkan pemakanan yang seimbang dan semulajadi. Manakala sebarang pengambilan suplemen atau vitamin akan hanya menghasilkan air kencing yang mahal apabila ia dikumuhkan
Namun begitu, pendapat ini mungkin benar jika dunia kita bebas daripada pencemaran; sentiasa mengamalkan pemakanan yang sihat; makanan yang diambil adalah segar dan bebas daripada pencemaran terpaksa seperti kandungan raksa daripada ikan dan kandungan racun serangga daripada sayuran dan buahan; usia yang masih muda di mana semua fungsi sistem dan organ badan masih tip-top; memiliki sistem imun yang tiada cacat cela termasuk penghasilan antioksidan semulajadi yang tidak semakin menurun dengan usia; dan kita menjalani gaya hidup sihat yang optima tanpa stres
Memperkenalkan Eskayvie Junior: Suplemen Murah dan Selamat Untuk Si Kecil
Pemilihan suplemen kesihatan yang bagus sangat memerlukan penelitian yang rapi oleh ibu ayah. Kita mahu berikan suplemen yang terbaik dan selamat untuk anak-anak. Setiap suplemen yang diberikan kepada si kecil haruslah suplemen yang bersih, selamat dan berkesan
Melalui revolusi dunia sains, Eskayvie Diffenz Junior telah mengenengahkan 6 bahan utama iaitu Multivitamin & Mineral, Kolostrum, Cendawan Susu Harimau, Vitamin C, Vitamin D dan buah Camu-Camu. Gabungan bahan ini sudah tentu memudahkan para pengguna untuk mendapat kebaikan enam bahan dengan bukan hanya mudah tetapi murah. Cuba bayangkan jika anda mengambil 6 jenis suplemen, pasti harganya akan mencecah RM400 dan ke atas, tetapi Eskayvie Diffenz Junior menyediakan anda pilihan yang lebih berpatutan dengan hanya RM60 bagi satu botol
Ketahui Manfaat Cendawan Susu Harimau
Nutrisi daripada Cendawan Susu Harimau semakin mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia kerana ia mengandungi khasiat yang boleh menyembuhkan masalah kesihatan berkaitan sistem pernafasan seperti batuk kronik, asma, resdung, demam dan selesema. Cendawan ini didapati hanya tumbuh di kawasan hutan tebal tertentu terutama Banjaran Titiwangsa dan mempunyai keunikan tersendiri sehingga menyebabkan usaha mencarinya menjadi sangat sukar
Ramai penyelidik yang membuat kajian mengenai kebaikan cendawan herba itu, mengakui ia tumbuh di bawah tanah dan hanya payungnya sahaja akan keluar ke permukaan bumi. Cendawan Susu Harimau dikatakan hampir pupus dan hanya boleh didapati di kawasan tertentu yang bersuhu lembab dan sejuk
Namun kini, dengan kemajuan sains dan teknologi, penghasilan Cendawan Susu Harimau telah dikultur dan dikomersialkan untuk memudahkan lebih ramai mendapat kebaikannya. Malah, kajian mendapati Cendawan Susu Harimau yang dikulturkan mempunyai kandungan nutrisi yang lebih tinggi berbanding yang tumbuh meliar
Tempoh masa untuk cendawan ni membesar memakan masa bertahun lamanya, menjadikan cendawan yang tumbuh di lereng bukit Hutan Khatulistiwa ini sangat ‘rare’ dan susah diperolehi. Harganya juga boleh mencecah sehingga ribuan ringgit! Cendawan Susu Harimau mula giat dikaji apabila pada tahun 2002, Tun Dr Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri Malaysia, mengatakan bahawa penyakit batuk kronik yang dialaminya bertahun-tahun dapat diubati dengan cendawan ini
Cendawan Susu Harimau ini adalah khazanah negara yang sukar didapati dan sangat mahal harganya ya. Jadi, Eskayvie Diffenz Junior ini telah diformulasikan untuk memudahkan anda mendapat khasiat daripada cendawan ini tanpa perlu meredah hutan
Antara manfaat Cendawan Susu harimau adalah :Mengatasi masalah resdung, alahan dan ekzema.Melegakan batuk, selesema, radang paru-paru, asma.Menguatkan paru-paru bagi pesakit paru-paru kronik dan perokok tegar.Menguatkan sistem imun badan daripada jangkitan kuman dan virus.Digunakan secara tradisional untuk merawat symptom masalah yang berkaitan sistem pernafasan seperti batuk kronik, allergi sinus dan asma.Pentingnya Multivitamin dan Mineral Pada Kanak-Kanak
Multivitamin dan mineral adalah nutrisi yang mengandungi banyak vitamin dan mineral tertentu. Ia bertindak untuk memenuhi jurang pemakanan (kekurangan vitamin atau mineral yang boleh mempengaruhi kesihatan optimum). Masalah kekurangan nutrisi ini biasa terjadi dalam kalangan kanak-kanak yang memilih makan atau picky eater
Multivitamin dan mineral ini dapat membantu :
◈ Melengkapkan keperluan nutrisi
◈ Menyokong penglihatan
◈ Merangsang sistem imun badan (immunomodulatory)
◈ Melindungi diri daripada jangkitan
◈ Membantu menguatkan otot dan sistem saraf kanak-kanak
◈ Membantu dalam penghasilan tenaga, dan memelihara kesihatan sistem saraf
Ketahui Kebaikan Kolostrum
Kolostrum atau turut dikenali sebagai cecair emas dikaji dapat meningkatkan sistem imun dan menyokong tumbesaran sihat di kalangan kanak-kanak. Kolostrum ialah susu pertama yang dihasilkan oleh ibu, sama ada manusia mahupun haiwan dalam beberapa hari pertama selepas melahirkan anak. Ia amat kaya dengan antibodi dan juga mengandungi pelbagai Faktor Pertumbuhan (Growth Factor)
Antara manfaat kolostrum adalah :
◉ Meningkatkan sistem imun badan
◉ Melindungi daripada jangkitan yang melibatkan sistem pencernaan
◉ Kesan anti-mikrob dan anti-virus
◉ Melindungi daripada jangkitan sistem pernafasan dan cirit birit
◉ Menyokong perkembangan dan tumbesaran yang sihat
Tonton Video Pengenalan Diffenz Junior Oleh Dr Syid
Tingkatkan Imun Badan Anak Dengan Eskayvie Diffenz Junior
Eskayvie Diffenz Junior boleh diamalkan seawal usia 2 tahun hingga 12 tahun. Harga juga sangat berbaloi iaitu RM60 sahaja sebotol. Apa yang penting, kita dapatkan suplemen terbaik bagi member perlindungan terbaik untuk anak-anak. Pengalaman suplemen yang konsisten dapat menghindarkan jangkitan virus dan kuman berbahaya
Untuk sebarang info lanjut korang boleh layari :
LAMAN WEB : https://diffenzjunior.com/
FB PAGE: Eskayvie Malaysia - https://www.facebook.com/eskayviemalaysia21officialINSTAGRAM: Eskayvie Malaysia -
https://www.instagram.com/eskayviemalaysia/
#Eskayvie #EskayvieDiffenzJunior #DiffenzJunior #KitaIkhtiar
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.sisgee.com/2021/12/anak-teruja-sekolah-dah-buka-tapi-ibu.html